Malam Lailatulqadar

hi korang.

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu.

Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin

Bulan Ramadhan, Al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan Hadis Rasulullah s.a.w di antaranya firman Allah s.w.t

Tanda Malam Lailatulqadar

Ada beberapa pendapat yang memaklumkan tentang tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar
  1. Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita
  2. Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat
  3. Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud
  4. Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul
Menurut mereka sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari:-

Ahad atau Rabu, Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29
Jumaat atau Selasa, Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-27
Khamis, Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-25 Ramadan
Sabtu, Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-23
Isnin, Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-21

Sebagai kesimpulannnya, yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar
mysumber.com : tanda malam lailatul qadar 2014
Toodles.

4 comments:

  1. Bertuahnya sapa yg menjumpai mcm lailatilqadat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu lya .
      Semoga malam² terakhir ramadan ni, kita akan bertemu dengannya maybe. InshaAllah ;)

      Delete
  2. malam paling indahkan PG.. nina singgah sini klik dove :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. SubahanaAllah nina, betul tu :)
      Terima kasih ziarah PG kat sini ya nina :)

      Delete

terima kasih komen ❤
komen anda sangat PG hargai! ;)