Blog Melampau di Malaysia!

Panas. Memang panas. Hari ni sahaja ada 2 blog yang aku baca menulis tentang satu Blog Terlampau atau Melampau ni. Memang seorang blogger Malaysia dan sebenarnya beliau tidaklah melampaui batas seseorang sebenarnya. 

 Sumber: Profhariz.com

BLOG MELAMPAU DI MALAYSIA

Denaihati.com. Itulah dia BLOG MELAMPAU yang disebut-sebut. Bukan Blog asing lagi bagi aku. Dengan tagline "Hidupkan Untuk Memberi", DH (Denaihati.com) memang layak digelar blog melampau juga! Kenapa aku kata macam tu? Sebab DH memang satu blog yang berani dan memang melampaui mana-mana blog setakat pembacaan aku yang menganjurkan satu-satu segmen contest dengan menawarkan hadiah yang super grand! Lihat sahaja pada dua tahun yang lalu, DH menawarkan hadiah iphone 5 sebanyak 5 unit untuk cabaran mengejar impian memiliki iPhone 5 ketika itu. Kini, dengan penganjuran contest cabaran iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger, memang aku agak blog DH akan menjadi satu blog Terlajak Terlampau Laris. hehe. 

Tahniah Denaihati.com

Toodles.
Continue reading Blog Melampau di Malaysia!

The Lost of "Kerajaan Malaysia Jamin" on Batu Sumpah Peringatan

Hilangnya 'Kerajaan Malaysia Jamin' dalam Batu Sumpah Peringatan Mengikut Perlembagaan kini menjadi isu hangat bagi penduduk masyarakat Sabah. Merujuk Harian Ekspres Akhbar Kebangsaan Bebas di Malaysia Timur bertarikh 18 September 2014 (Khamis), Bertajuk DAP Lapor Polis isu inskripsi asal Batu Sumpah diubah.
Menurut berita yang dikongsikan, Satu laporan polis dibuat oleh DAP Sabah di balai polis daerah di sini (Penampang) meminta satu siasatan ke atas perbuatan mengubah inskripsi asal Batu Sumpah di Keningau. Sekaligus mahu pihak polis mengenalpasti mereka yang membuka kata-kata "Kerajaan Malaysia Jamin' dari teks asal pada plak Batu Sumpah tersebut.
Harian Ekspress bertarikh 18 September 2014

GAMBAR OATH STONE/BATU SUMPAH PERINGATAN SEBENAR

Sumber yang boleh dipercayai (Gambar) kata-kata pada plak tersebut, tidak sama dengan apa yang tertera pada plak batu sumpah asal yang ditunjukkan pada muka surat 64 buku yang ditulis oleh Richard A. Lind, My-Sabah - reminiscences of a former State Secretary serta replika batu sumpah itu yang dipamerkan di Keningau, Sabah.

Gambar Oath Stone/Gambar Batu Sumpah Peringatan-
Sumber, muka surat 64
Richard A. Lind, My-Sabah - reminiscences of a former State Secretary
Kata-kata yang hilang, "Kerajaan Malaysia Jamin" amat penting kepada maksud syarat untuk anak negeri menyertai Persekutuan. Tanpa ayat itu, batu sumpah menjadi tidak bermakna. Katanya.

dan, berkata, pada dasarnya batu sumpah asal yang didirikan pada 31 Ogos 1964 jelas menyatakan, Kerajaan Malaysia memberi jaminan kebebasan agama di Sabah, Kerajaan Sabah berkuasa atas tanah di Sabah, dan adat istiadat anak negeri harus dihormati serta dikekalkan oleh kerajaan. - Dr Bosi
PELETAKAN BATU SUMPAH PERINGATAN

Menurut Tan Sri Richard Lind, yang merupakan Pegawai Daerah ketika itu, peletakan batu itu dilakukan dengan penuh upacara yang dijalankan oleh Bobolian dengan membuat persembahan korban seperti ayam dan menggunakan darah ayam itu untuk menyucikan batu tersebut, sekaligus mengesahkan kuasa sumpah tersebut, dan

Percaya pada kuasa sumpah tersebut, penduduk pendalaman di saran untuk menghormati batu tersebut, kerana percaya ianya boleh mengundang malang atau bencana sekiranya melanggar syarat keamanan yang dilambangkan oleh Batu Sumpah itu.

"Bagi rakyat pendalaman, penerimaan Persekutuan (melalui kata-kata Kerajaan Malaysia Jamin) membawa kepada peletakan batu sumpah untuk memperingati peristiwa itu".-
Tan Sri Richard Lind.
PG sebagai anak jati Negeri Sabah berharap perkara ini di siasat dengan telus demi menjaga kepentingan anak Negeri Sabah, seterusnya.

Toodles.
Continue reading The Lost of "Kerajaan Malaysia Jamin" on Batu Sumpah Peringatan

Giveaway 2014 Mialiana.com

Assalamualaikum :)


Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
MiaLiana Aynora SewaKeretaSabah ProvideNetwork TengkuButang IeyzartdSyahieyr FuzaMusa YatiAdam ZafirahZarrae Cekelatmanih DayangDeno EngkuMuzahadin PetakBunga AinimRashihah KaryaMahirah Azhafizah Zaidalifah FatihahFazlin FatinFarhanah NiaEmkay SyiraLokman

2. Wajib Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Mialiana.com
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

40 pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2014.

Good luck!

klik pada banner untuk join....
Continue reading Giveaway 2014 Mialiana.com

Tempahan Untuk Ibadah Korban dan Aqiqah


Assalamualaikum fellow. Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji tidak lama lagi akan disambut oleh seluruh umat islam didunia! Bagi mereka yang berkemampuan, ianya pasti hari yang dinanti-nantikan bagi menyahut juga seruan panggilan haji. Syukur alhamdulillah. Berjaya mengerjakan rukun islam yang satu ini.

TEMPAHAN IBADAH KORBAN DAN AQIQAH

Bila Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji tiba, pastinya, ada yang tidak melepaskan peluang untuk turut sama melakukan ibadah yang satu ini juga, iaitu ibadah korban. Disini, PG ingin uar-uarkan, jika ada yang ingin membuat tempahan untuk ibadah korban dan aqiqah, korang bolehlah berkunjung ke laman rasmi equrban.com, diuruskan oleh sebuah syarikat islam 100% bumiputera. Sebuah organisasi yang juga diuruskan oleh mereka yang berpengalaman luas mengadakan aktiviti amal di Kemboja (sumber: Akmaomar.com)

Syarikat EQURBAN RESOURCES SDN. BHD. (951131-U)
87A, Jalan 8/1, Seksyen 8,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor.
Laman Web: http://equrban.com

Ok, tempahan bolehlah dibuat sekarang dengan melayari laman rasmi equrban.com. Semoga ibadah yang kita lakukan mendapat keberkatan dan diterima olehNya. InshaAllah.

Toodles.
Continue reading Tempahan Untuk Ibadah Korban dan Aqiqah

Menjana Pendapatan Sampingan dengan World of Hijab



Assalamualaikum. Salam jumaat fellow. PG ingin kongsikan disini, untuk mereka yang ingin atau sedang mencuba untuk menjana pendapatan sampingan dengan hanya berblog. Atau asalkan anda mempunyai akses internet, maka anda sudah boleh menjana pendapatan sampingan dengan mudah.

WORLD OF HIJAB

Memperkenalkan, World of Hijab. Sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan menjual hijab secara online. Telah beroperasi sejak Ogos 2014 selepas penubuhannya juga pada bulan dan tahun yang sama, dan melalui gabungan program affiliate dan unilevel marketing (sumber Denaihati.com) menjanjikan satu sumber untuk menambah pendaptan sampingan jika kita rajin untuk berusaha.

PENDAFTARAN WORLD OF HIJAB

Anda boleh mendaftar di laman rasmi World of Hijab. Untuk maklumat lanjut, jom layari World of Hijab sendiri, atau anda boleh sedikit penerangan mengenainya dekat blog Denaihati.com.

Toodles.
Continue reading Menjana Pendapatan Sampingan dengan World of Hijab

Program Bicara Wasatiyyah Negeri Sabah


Morning fellow. Pagi ni PG attend Program Bicara Wasatiyyah Negeri Sabah dekat Dewan As-Saadah, Wisma Muis Sabah. Program bersama dengan Y. Bhg. Prof. Dr. Kh. Ali Mustafa Yaqup, Imam Besar Masjid Istiqlal Jakarta, Indonesia, dengan sedikit perkongsian bertajuk Ancaman Fahaman Puralisme Terhadap Kesejahteraan Masyarakat. 

Moga dengan perkongsian akan memberi sedikit tidak banyak ilmu untuk mereka-mereka yang ada didewan ini. InshaAllah. Juga mendengar ucapan aluan daripada YBhg Tan Sri Dr, Abdullah bin Md Zin, Penasihat Agama kepada YAB Perdana Menteri merangkap Pengerusi Institut Wasatiyyah Malaysia.

Sat lagi sambung perjuangan untuk cabaran tugasan kedua iphone 5s anjuran denaihati.com tu :D
Toodles. 
Continue reading Program Bicara Wasatiyyah Negeri Sabah

Cabaran Top 70 Penulis Komen di Blog Denaihati [Hari ke-3] | Kerja Menimbun!


Fellow! Akhirnya ada entri juga untuk hari ni dekat blog aku ni. adeh, baru siap kemas segala laporan, nota kursus plus laporan pelajar praktikal. siapkan apa yang patut dahulu baru mengadap blog Denaihati. hehe. oh tidak. Perjuangan harus diteruskan. evendo banyak macam mana sekalipun kerja, kena pandai bahagikan masa ok. 

bila aku publish entri ni, aku da dekat rumah. so, kena take five dahulu. lepas tu bolehlah berjimba-jimba dekat blog DH. oh ada apa dekat blog DH? ok. satu persoalan yang baik. 

Cabaran Top 70 Penulis komen di Blog Denaihati

hehe. Ya, hari ni da masuk hari ketiga cabaran untuk tugasan kedua contest iPhone 5s anjuran denaihati.com. Tugasan kedua yang agak mencabar disitu sebenarnya. tapi, jika kita pandai membahagikan masa, pasti bolehlah!

so kita jumpa nanti ya :)

Toodles.
Continue reading Cabaran Top 70 Penulis Komen di Blog Denaihati [Hari ke-3] | Kerja Menimbun!

Cabaran Top 70 Penulis Komen di Blog Denaihati.com [Hari ke-2] | Online dari Handphone


Cabaran hari kedua Top 70 Penulis Komen di blog Denaihati diteruskan hari ni. Masuk hari kedua, ada yang gigih meninggalkan komen di blog Denaihati. Lebih-lebih lagi Denaihati telah membuka senarai Top Komentar dari 5 ke 10. Aku yakin, persaingan akan makin hebat dari sehari ke sehari. Hehe. Harap-harap tak jammed la trafik blog Denaihati ;D 

Hari ni di cabaran kedua, Online dari handphone sahaja. Memandangkan aku da lama kebumikan laptop aku. Sobsob~. Korang?! Doakan aku layak menjadi salah seorang Top 70 Penulis Komen di blog Denaihati ya. 

Entri Berkaitan:
Continue reading Cabaran Top 70 Penulis Komen di Blog Denaihati.com [Hari ke-2] | Online dari Handphone

Cabaran Top 70 Penulis Komen di Blog Denaihati.com [Hari Pertama] | Diri Sendiri


hai fellow. hari ini aku da mula menjadikan diri aku sendiri sebagai cabaran utama untuk melaksanakan impian untuk menjadi top 70 penulis komen di blog denaihati.com. Ini semua dek kerana aku nak blog ini berada tempat di antara top 70 komen yang DH cari sebagai menyahut cabaran untuk tugasan ke dua iPhone 5s. inshaAllah, aku akan cuba buat yang terbaik. Bukan sahaja tengah mencabar diri sendiri sebabkan contest iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger itu, tapi juga tengah nak mencabar diri sendiri untuk sahut cabaran rakan blogger abg ben ashaari abg tegap dalam Cabaran 30 Hari beliau.

Cabaran 30 Hari Abg Ben Ashaari Abg Tegap

hari ni je aku da start cabaran pertama abg ben abg tegap tu. 5 fakta menarik tentang aku, korang boleh baca dekat sini. apa pun yang menarik tentang aku, aku tak sabar nak buat task seterusnya. ada satu task  yang memang dinantikan oleh para blogger, kalau tak silap aku, tajuk dia ' pesanan buat bekas kekasih' hehe. mantap juga task tu tau :D apa pun, tunggu esok dan esok punya task. da sampai task tu, korang bacalah sendiri apa aku nak tulis. ahahaha.

Cabaran 30 Hari menjadi TOP 70 PENULIS KOMEN di blog Denaihati.com

ok. ini yang aku kata, cabaran hebat untuk diri sendiri. hari ni je rasanya ada dalam 10 komen yang telah aku tinggalkan dalam blog DH. aku da target, dalam sehari inshaAllah aku mampu untuk tinggalkan 10 or ke 15 komen untuk pelbagai entri DH. inshAllah, doakan PG dapat buat dan buat lagi untuk seterusnya ya.

ok, sapa yang nak join PG buat cabaran ni, boleh sahaja. PG lagi suka, lagi ramai, lagi best! lagi pun cabaran ni suka suki. hehe. boleh hastag #Top70penuliskomenblogdH!

Toodles!
Continue reading Cabaran Top 70 Penulis Komen di Blog Denaihati.com [Hari Pertama] | Diri Sendiri

Tugasan ke-2 Cabaran iPhone 5s Anjuran Denaihati


Tugasan ke-2 Cabaran iPhone 5s anjuran Denaihati.com akan bermula esok iaitu 15.09.2014 sehingga 15.10.2014 (1 bulan). Syukur alhamdulillah, blog PG turut tersenarai dalam tugasan kedua, yang mana tugasannya, PG perlu masuk dalam Top 70 Penulis Komen dalam blog denaihati, sebelum PG layak untuk masuk ke pusingan akhir atau tidak. Maknanya akan ada lagi la kot cabaran yang terakhir. Apa pun, doakan PG berjaya dalam cabaran kedua ni ya :)

Entri Berkaitan:
Continue reading Tugasan ke-2 Cabaran iPhone 5s Anjuran Denaihati

Apa itu GREAT™ 2014


Apa itu GREAT™?

GREAT™ adalah Gabungan Rakan Entrepreneur Aspirasi Terhebat..
Acara 4-hari ini adalah untuk golongan usahawan, di mana pelbagai bengkel, seminar, dan program yang diolah bagi perkongsian maklumat dan pengalaman, membina rangkaian serta memudahkan urusan dengan agensi-agensi kerajaan yang relevan.

Himpunan ulung dan terutama golongan usahawan Malaysia, syarikat baru dan penyumbang dana yang membawa ramai tokoh bagi membentuk sebuah ekosistem mapan untuk golongan usahawans.

Objektif GREAT™

GREAT™mahu mewujudkan suatu rangkaian pengetahuan serta kesepakatan. Dalam pada itu para usahawan juga dapat menimba ilmu untuk berinteraksi di dalam ekosistem tersebut.

GREAT™ menyediakan platform perkongsian maklumat di kalangan usahawan terutamanya dalam 6 kelompok industri utama – Makanan, pertanian, teknologi, gaya hidup, kesenian dan wanita.

Acara ini adalah sebahagian daripada inisiatif kerjasama kerajaan-swasta bagi menjadikan Malaysia sebuah negara keusahawanan. Inisiatif ini diharap mampu memperkasakan golongan usahawan Malaysia bagi menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi negara yang penting.

Bagaimana untuk daftar GREAT™

Orang ramai sememangnya dijemput hadir ke GREAT™ terutamanya golongan usahawan yang boleh menyertai program-program yang dianjurkan. Pendaftaran adalah percuma.

Klik www.gogreat.my untuk maklumat lanjut berkenaan program-program dan daftar di www.gogreat.my/register

Lokasi GREAT™

GREAT™ akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 17 September bersamaan hari Rabu pada jam 5.00 petang bertempat di MaGIC dan kawasan sekitarnya di Cyberjaya.

MAGIC MALAYSIAN GLOBAL INNOVATION & CREATIVITY CENTRE
BLOCK 3730 
PERSIARAN APEC,
63000 CYBERJAYA, 
MALAYSIA

Ok korang, have fun kat sana ya, cepat layari laman web mereka untuk lebih lanjut mengenai ini. 
Toodles.
Continue reading Apa itu GREAT™ 2014

Internet da Makin Slow


Tak kot sampai no future :D

Adui. Masa ni juga internet nak lambat tahap dewa. Anyone menggunakan digi as korang punya internet dak? Sebab PG pakai internet digi. Perasan kat situ since GB RM68 tu da kembali asal ke 4GB sebelum ni 5GB. Lepas tu nak surfing Ya Allah ampun lambat! Tak paham aku kenapa. Korang pakai internet apa wei?! 

Sob~. Tak dapat nak blogwalking. 
Toodles.
Continue reading Internet da Makin Slow

Happy Weekend Jom Ternak Lemak


Hehe. Kuih cempedak home made by anak buah PG ;)

Aku da makin tembam?! Serius. Sana sini lemak tepu. Perut pun da macam orang preggy. Oh, aku tak mengandung pun ya. Tak lagi. Sob~ paling kejam sekali baju kurung yang ada tak boleh nak sarungkan lagi da. Sealamari baju lama da selamat aku perturunkan kat anak buah sorang tu. Tak payah nak outer bagai just pakai macam tu je. Sob~ sedih aku wei.

Last week dapat gaji terus borong kain 2 3 helai, bagi kat mama minta jahitkan. Memang kena save bajet untuk bab kain lah lepas ni. Uwargh! Ada sapa nak buat giveaway kain dak? Aku nak join! Kot-kot rezeki menang, bolehlah menambah koleksi. Hehe.

Oh, good morning korang! Selamat berhujung minggu ya. PG as usual la, menternak lemak kat rumah dengan jayanya. Apa tak makin tembam :)

Toodles!
Continue reading Happy Weekend Jom Ternak Lemak

Segmen Ben Ashaari | Aku, Seorang Blogger


Amboi, bukan main la abg ben abg tegap kita ni ye. Tak pe! PG menyahut cabaran tuan punya segmen. Cabaran 30 hari abg ben pun PG tak ikut lagi. hehe.

Peranan sebagai blogger ya? Ini sudah seperti menjawap soalan peperiksaan kata sis qaseh dalia. Bagi PG pula, ini sudah seperti menjawap soalan kenaikan pangkat ke gred N41. hehe.

Ok, sebagai seorang blogger, peranan kita kepada mereka yang ada disekeliling kita, terutama masyarakat dan negara itu sebenarnya besar maksudnya. Peranan kita sangat meluas. What i mean is, jika kita tersilap untuk memberikan sebarang maklumat, terutamanya jika ianya mencari utama para pembaca, maka mereka juga akan turut mendapat kesan yang buruk, dek kerana kita sebagai blogger ini, peranan kita yang sepatutnya menyampaikan maklumat yang benar dan sahih, tetapi kita pula menyebarkan benda yang tidak benar. Info yang salah. Contohnya seperti apa yang sedang berlaku dekat negara kita sekarang ini, MH370, MH17. For me, jika ada sebarang maklumat yang tidak benar, rasanya no need to share. Itu bukan sahaja akan memberikan satu berita yang tidak benar, malah akan ada lagi banyak hati yang terluka. Yes, memang betul hak bersuara itu adalah hak kita, tapi bagi PG, even apa pun kita buat, kena ada batasnya.

InshaAllah, jika diberikan peluang untuk menjana pendapatan sampingan sehingga ribuan ringgit, istilah untuk berhenti kerja itu sebenarnya ada. Tetapi selepas menyelesaikan segala hutang piutang la kan. hehe. Menjadi blogger sepenuh masa? Sudah tentu! Bisnis? PG memang crazy bab shopping online. Maybe one day, PG akan punya satu jenama sendiri untuk buka bisnis secara dalam talian, maybe. InshaAllah. Doakan tau! ;)

Harapan ya? harapan PG is, semoga dunia blogger akan terus maju dan kreatif! Melihat kepada pertumbuhan negara yang baik, i'm pretty sure, juga akan lahirnya bakal-bakal generasi yang bijak pandai dalam dunia blogger. Mana tahu, anak abg ben sendiri akan menjadi seorang blogger terkenal dan hebat like papanya, kan?. :D
Korang! Segmen hari ni, will berlanjutan until jam 6 hari ni tau.
Toodles!
Continue reading Segmen Ben Ashaari | Aku, Seorang Blogger

Aku Mengandung?

Gambar hanya hiasan ye

Soalan cepumas untuk diri sendiri. Aku tak sure if aku mengandung. Betul. Tak tahu. But bila tengok kalendar on 10 Julai 2014 that was my first period on that month. But dalam definisi doktor, since aku pernah check up my period yang tidak teratur, the first is ur last period sebenarnya. kan para ibu? i'm not sure about this. honest, bab-bab preggy, i'm totally zero. Bukan tidak ambik tahu. Tapi my period pain yang teruk tu masih ada, and kakak ipar told me pergi berurut untuk buang benda tu, selagi tak pergi buang benda tu, then peluang untuk mengandung tu ada, tapi mungkin akan mengalami keguguran disitu. para ibu...help me? maybe ada pendapat lain tentang ini. perhaps.

Senggugut

Senggugut. Ya. Aku ada senggugut since high school. Gelak sat, sebab kali pertama dapat sakit tu, that was my first time kenal 'Dia'. For him, if u read about this, i'm pretty sure, engko akan tersenyum kat situ. hehe. rindu zaman sekolah menengah. ok! senggugut pain yang amat menyakitkan sebenarnya. Aku masih ingat aku escape kelas sebab sakit yang amat sangat masa tu, siap guling-guling bawah katil asrama. hehe. then bila da kerja macam ni, cuti je la mampu aku buat. Thank god dapat bos baik, faham masalah aku ni. Kalau tak, memang sebulan sekali kot dapat memo.

Tanda awal mengandung?

Memang soalan cepumas kan? Kalau tanya aku, apa yang aku rasa since period tak datang lagi ni and soalan yang menjadi tanda tanya samada aku preggy ke tidak, its nothing. Normal. Tak muntah, tak pening. Mood? Oklah, still mampu bersabar kalau encik suami tersayang tu buat perangai. hehe. Asam-asam? ar, itu sangat sinonim kan. Mengidam benda tu tak de la sangat. Sebab, masa nak datang bulan pun, kaum perempuan memang akan mengidam benda-benda asam macam ni. But beberapa hari ni, teringin nak makan nenas campur belacan. nyum-nyum. Tapi officemate PG tak bagi. Depa suruh tunggu dulu. Lepas sure PG preggy ke tak, baru boleh. But la ni, aku tak mahu tahu samada ada aku preggy ke tidak! T_T

Apa pun, doakan PG ya :)
Toodles.
Continue reading Aku Mengandung?

BR1M 4.0 2015 RM300 TAMBAHAN KHAS GST 2015


Syukur alhamdulillah. Berita yang mengembirakan untuk rakyat Malaysia tidak lama lagi. Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) KHAS GST 2015 akan dibuka seawal pada tahun 2015. Tinggal beberapa bulan je lagi kan. Syukur alhamdulillah. Semoga dengan pemberian yang bakal diterima, dapat kita manfaatkan sebaik-baiknya.

Borang permohonan online BR1M 2015 : Akan dikemaskini. 

Info untuk dikongsikan bersama:
  • Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Khas GST 2015 merupakan bayaran sebanyak RM300 kepada jumlah yang sedia ada bagi meringankan beban golongan bagi mereka yang berpendapatan rendah berikutan dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bakal bermula pada April 2015.
  • Ringkasan pembayaran : RM650 + RM300 = RM950 BERSIH yang bakal diterima oleh mereka yang layak dengan isi rumah RM3000 dan ke bawah)
  • Begitu juga dengan jumlah RM450 dan RM300 sedia ada, jumlah bersih sebelum ini akan ditambah kepada RM300 menjadi RM750 dan RM600. 
Syukur alhamdulillah. Tak plan nak buat apa lagi duit tu? Ar, better simpan dalam bank je tau ;)

Toodles.
Continue reading BR1M 4.0 2015 RM300 TAMBAHAN KHAS GST 2015

Giveaway Saya Nak Vitamin Shaklee RM500


Kenapa saya nak Vitamin Shaklee ini?

Mendengar, membaca dan melihat sendiri keberkesanan pengambilan Vitamin Shaklee sebagai makanan tambahan seharian rakan-rakan sekerja PG, menarik minat PG untuk mencuba, merasai sekaligus melihat sendiri keberkesanan Vitamin Shaklee dalam kehidupan seharian PG.

Tag : Asha lya | Yumida

Toodles. 
Continue reading Giveaway Saya Nak Vitamin Shaklee RM500

in Da Office

morning fellow ;)

hari ni awal masuk ofic. memandangkan kemarin aku bercuti. jadi hari ni, ambik kesempatan masuk ofic awal. hurm. seperti biasa, meja kerja ok. tak sesak seperti minggu lepas. lepas ni nak fikir nak start buat apa awal pagi. acteli, da malas nak saratkan otak dan minda dengan kerja yang tak pernah nak abis. nak buat easy come sahaja. bukan apa. satu sifat yang aku memang tak boleh nak ketepikan is, aku suka sangat nak siapkan kerja secepat mungkin. kadang agak membebankan juga kalau nak cepat-cepat je bagi habis kerja kan. erk? bagus apa? tak la orang kata nanti, gomen ni tak de kerja pula. hehe.

what i mean is, kadang bila ada satu kerja bos pesan buat, ada lagi officer lain yang pesan sama nak minta tolong buat ini buat itu. so, kena pandailah tengok dan nak buat macam mana. mana yang due date panjang sikit, kalau boleh ke tepi kan sat. mana yang urgent, kita buat dulu. hehe. erk. apa yang aku melalut awal pagi ni. tak pe! aku selalu kata 'serahkan pada yang pakar' ahaha. so. Good morning korang! ;)

later kita sambung k ;)

Toodles.
Continue reading in Da Office

Menang segmen Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta | Terima kasih Denaihati.com

Menang segmen Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta anjuran Denaihati.com?. Sumpah memang tak jangka. Tapi, bila dapat tahu PG antara yang menang dari mesej Hisyamudin Fadzil, one of DH network team, syukur alhamdulillah. Ini memang tidak di jangka sama sekali.


Entri PG korang boleh baca kat sini Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta. Mengambil masa hanya beberapa jam untuk siapkan entri sebelum 11.59 malam, 31 ogos 2014 hari tu, then PG tak jangakakan nak menang sebab entri yang PG tulis hanya ingin meluahkan rasa kesyukuran pada Malaysia, bukan hendak menang semata-mata. Syukur alhamdulillah. Mungkin rezeki PG ada kat situ. Terima kasih again DH, Denaihati.com and team. Rasanya agak sukar juga tu nak memilih pemenang kan. PG sempat baca beberapa entri yang berkaitan, uncle HH, nik, bang kamil salleh, yumida and ada lagi beberapa yang PG tak ingat nama mereka, rata-rata memang menzahirkan kecintaan mereka pada Malaysia itu tulus dan ikhlas.

Syukur alhamdulillah. Ingin PG katakan sekali lagi, cintailah bumi Malaysia, bukan hanya kerana hari itu adalah hari sambutan Malaysia, tapi ianya adalah kerana, kita anak Malaysia. Tanah tumpah airku, tanah tumpah darahku. Terima kasih sekali lagi untuk team Denaihati.com.

Toodles.
Continue reading Menang segmen Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta | Terima kasih Denaihati.com

iPhone 6!

awesome. sebijik iPhone pun tak pernah dapat lagi, jangan berangan nak dapat iPhone 6 pula. ahahaha. tapi apa pun, ada yang telah dan menjangkakan 09 september 2014 ini, iPhone 6 akan berada di pasaran Malaysia. betul ke? aku tak search lagi pasal benda ni, cuma nak bagitau korang, iPhone 6 memang awesome dan harga pun boleh tahan. hehe.


Sumber: astro awani

Toodles.
Continue reading iPhone 6!
,

Makan Sushi King dengan hanya RM3 sahaja

holla fellow. jika korang adalah peminat dengan makanan ala-ala mentah, memang mentah pun kan. Sushi King is back dengan Bonanza Promotion mereka! RM3.00 sahaja, we'll serving Pink, Red and Purple plate, and of course untuk si pemegang card holders.


So, ahli member, kita sama! PG tak sabar nak makan sushi da ni. oh by the way, sushi bagi PG, tak berapalah elok sangat nak makan selalu kan. faham-faham sahajalah mentah di situ :)




Sushi King RM3 Bonanza Promotion!

Sushi King RM3 Bonanza Promotion is back! (。◕‿◕。)ღ

Sushi King would like to show our appreciation to all our loyal customers by guaranteeing unlimited supply of Unagi Sushi.

To add more value to RM3 Bonanza Promotion, we'll be serving Pink, Red and Purple plate only throughout the Bonanza Promotion.

Details as below:

18-11 September 2014
Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Penang, Perak & Sabah.

22-25 September 2014
Kelantan, Kuala Lumpur, Putrajaya, Sarawak &Selangor.

RM3 Bonanza promotion is exclusive for Sushi King 2014 & 2015 Member card holders only.
For those who do not have our member card yet, fret not, you can drop by at any of our restaurants to apply. *while stocks last*
Jom. ;)
Toodles.
Continue reading Makan Sushi King dengan hanya RM3 sahaja

Suami Apakah?!

Suami apakah dia sanggup memperlakukan isteri sendiri sebegini.
Gombak: Seorang suami yang mempunyai nafsu binatang tergamak memaksa isterinya yang sedang sarat mengandung sembilan bulan melakukan hubungan seks dengan lelaki warga Bangladesh.

Difahamkan suspek berusia 34 tahun itu melakukan perbuatan kejam berkenaan bagi mendapatkan keseronokan serta merangsang nafsunya sendiri.

Suspek akan menonton perbuatan zina itu sebelum menyetubuhi pula isterinya di rumahnya terletak di Kepong.

Sumber polis berkata, wanita malang itu yang berusia 26 tahun akhirnya bertindak melarikan diri jam 10.30 malam Ahad lalu sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian itu kelmarin.

Mangsa yang tidak mahu mengikut kehendak gila suaminya tekad melarikan diri ke rumah rakannya.

Berdasarkan keterangan diambil, mangsa mendakwa dipaksa beberapa kali oleh suami untuk melakukan perbuatan keji itu di rumah mereka,” katanya.

Menurutnya, suami mangsa turut merakam video aksi hubungan seks isterinya dengan lelaki Bangladesh yang juga rakan suspek.
Sumber: News Yahoo

Toodles.
Continue reading Suami Apakah?!

Senarai Penaja Contest iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger

Orang kata, tak kenal maka tak cinta. kalau nak bercinta sekali pun, kenalah rajin mengorat kan. kalau malas. hurm. sendiri mau fikirlah. lalala.

tak buat apa ni, sementara otak tengah beku nak tulis apa, PG nak kenalkan kat korang, para penaja untuk contest iPhone 5s yang mana, PG adalah salah seorang peserta untuk contest itu. syukur alhamdulillah. menang kalah, belakang cerita. memandangkan blog PG masih baharu. so, PG tak harapkan kemenangan sangat. cuma niat untuk menambah kenalan dari contest ini. menang? bonus la kan :) jom.


Senarai Penaja Contest iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger.
  1. http://ejamothman.com
  2. http://www.eridy.com
  3. http://www.hilalazmi.com
  4. http://www.eizil.com/
  5. http://www.asamboi.my
  6. http://www.diarymama.com
  7. http://pendekarberkuda.org
  8. http://www.saji.my
  9. http://abangensem.com
  10. http://www.enveeus.com
  11. http://www.pakarniaga.com
  12. http://anarm.net
  13. http://www.daddydee.net
  14. http://www.sunshinekelly.com
  15. http://sweetkurma.com
  16. http://awn.my
  17. http://mawarmerah2008.com
  18. http://www.broframestone.com
  19. http://www.akmaomar.com
  20. http://khairilmazri.com
itu dia. senarai nama penaja bagi contest iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger anjuran Denaihati.com.


suami orang dan ayah kepada dua cahaya mata. 

psst : nak menang, kenalah rajin risik para penaja juga tau. ahaha
Toodles.!
Continue reading Senarai Penaja Contest iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger

Maaf Jika Aku Tak Sempurna Sinopsis

morning fellow. semalam da start drama Maafkan jika aku tak sempurna kan. PG pula baharu nak start baca novel ni. tu pun pinjam kat kawan ofic la jawapnya. kalau tak salah PG, novel ni da keluar dalam tahun 2013, cetakan kesepuluh. wow. hebak! hurm. honestly, PG tak berapa admire kot lakonan sara ali. lagipun PG jarang tengok dia keluar kat tv. atau mungkin PG yang jarang tengok drama melayu yang ada sara ali. hehe. apa pun, fahrin ahmad memang romantik wei ;)


Maaf jika aku tak sempurna sinopsis

Melina adalah seorang gadis kota yang baru meningkat dewasa. Kehidupannya dipenuhi dengan perkara yang mengasyikkan sehingga dia lupa akan dosa dan pahala. Sikapnya itu telah menimbulkan rasa gundah dalam hati kedua ibu bapanya. Dalam terpaksa dan rasa malu papanya, Datuk Zakri telah meminta jasa baik Luqman untuk membantunya mengawasi setiap tindak tanduk Melina. Setiap hari pasti ada sahaja pertengkaran yang berlaku antara mereka. Perbezaan cara hidup dan latar belakang antara Melina dan Luqman boleh diibaratkan bagai langit dengan bumi. Sebelum Datuk Zakri menghembuskan nafas yang terakhir, beliau telah menitipkan wasiat kepada bapa Luqman, Rashid.

Atas dasar wasiat dan janji oleh kedua ibu bapa Luqman dan Melina, mereka ditemukan dalam satu ikatan suci yang tidak pernah mereka setujui. Walaupun ikatan perkahwinan itu dibina tanpa rasa cinta di hati, namun Luqman tetap menerima Melina seadanya sebagai seorang isteri. Dari hari ke hari, rasa benci yang selama ini menguasai kedua hati kini sudah bertukar kepada rasa cinta dan sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi. Setelah rasa bahagia dikecapi, tiba pula badai yang menguji kesabaran kedua hati. Satu persatu dugaan datang menguji kasih sayang kedua insan ini. Mampukah mereka mengharungi segala dugaan ini? Mampukah mereka mempertahankan ikatan kasih suci yang sudah terpatri?

sumber: kakinovel.com
Toodles.
Continue reading Maaf Jika Aku Tak Sempurna Sinopsis

Senarai Peserta yang layak ke Cabaran iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger seterusnya!

Senarai Peserta Cabaran iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger da keluar. Syukur alhamdulillah, PG tersenarai dekat situ. So that mean, lepas ni i'm pretty sure yang cabaran akan lebih hangat dari biasa. sure punya. last two years before this PG pernah join sekali, cabaran memang pergh la. but, kat situ, syukur alhamdulillah, tak menang sebijik iPhone 5, menang jugalah wang tunai. syukur alhamdulillah. sapa nak bagi ratus-ratus ringgit kan. hehe. tak la sampai ratus ribu ringgit ye ;) tapi yes. sangat berbaloi.



Senarai peserta cabaran iPhone 5s korang boleh tengok dekat sini Cabaran iPhone 5s. But, dekat dalam facebook DH tadi, beliau ada kata, fully senarai akan keluar dalam minggu ni dekat beliau. so, jika ada blog yang tidak tersenarai dalam link yang PG share, korang kenalah rajin-rajin ziarah blog Denaihati.com ya. Good Luck semua!

Entri Berkaitan:

Toodles.
Continue reading Senarai Peserta yang layak ke Cabaran iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger seterusnya!

Pusat Pembelajaran Alam Sekitar DBKK

Morning fellow. hari ni PG da masuk office semula. wa. rasa macam setahun bercuti. rindu dekat pejabat. rindu dekat kengkawan. rindu dekat pc tradisional PG ni juga. hehe. nanti free, PG update where i'm going k. tak pegi mana pun. ada sekitar kota kinabalu sahaja.

Pusat Pembelajaran Alam Sekitar DBKK

oh by the way. berbalik dengan tajuk dekat atas. Yes. Sebenarnya PG pun baharu tahu pusat pembelajaran alam sekitar ini telah dibuka, yang akan dilaksanakan oleh pihak DBKK. PG copy kata-kata perkongsian daripada Puan Salmah Batin, daripada Jabatan Penyelidikan dan Koordinasi, DBKK tentang pusat ini.

"Bagi merancakkan aktiviti lestari alam sekitar yang dilaksanakan oleh DBKK, kini satu pusat pembelajaran alam sekitar telah dibuka bagi memberi peluang kepada orang awam, pelajar sekolah/ IPT  dan penduduk sekitar taman perumahan mempelajari dan memberi pengalaman baharu bagaimana untuk menguna semula sisa bahan dapur dan isirumah menjadikan produk baharu yang mesra alam dan boleh membantu kegunaan harian di rumah seperti menghasilkan sabun daripada minyak masak terpakai yang biasanya minyak ini akan terus dibuang di sinki dapur yang mana ianya akan memudaratkan 'mainhole' di kawasan perumahan itu sendiri sekaligus akan memberi kesan sistem sewerage tidak dapat berfungsi dengan baik. .Kepada yang berminat bolehlah mewar-warkan kepada rakan tetangga dan saudara mara untuk mengunjungi pusat pembelajaran tersebut yang terletak di Taman Perumahan Mei Lok dan mempelajari pelbagai lagi kaedah untuk mengitar semula sisa bahan isirumah. Peta ke pusat saya lampirkan sebagai panduan"

Peta ke Pusat Pembelajaran Alam Sekitar DBKK


PG tak berkesempatan lagi ke sana. InshaAllah will pegi nanti ;) dan berita baik untuk penduduk sekitar atau mereka yang berminat, DBKK berhasrat untuk mengajar masyarakat bandaraya untuk membuat mud ball, air emas, eco candle, eco soap & kompos sebagai menyokong pemuliharaan alam sekitar, terbuka kepada semua warga bandaraya yang berminat! PG kongsikan bersama maklumat kat sini ya.

Setiap HARI RABU.
Masa : 09.00 pagi hingga 12 tengahari
Tempat : Pusat Pembelajaran Alam Sekitar DKK (DBKK Environment Learning Centre Taman Mei Lok Kota Kinabalu)

So. Jom? Jumpa kat sana, maybe? :)

Toodles.
Continue reading Pusat Pembelajaran Alam Sekitar DBKK

Tolong

Tolong Ya Tuhan.
Aku tak mampu.
Aku pasrah.
Aku redha.
Aku. Aku. Aku.

Tolong.
Ya. Aku cuma ingin mohon sedikit pertolongan.
Kuatkan hatiku.
Bekukan hatiku.
Kosongkan jiwaku!

Tolong.
Berikan aku sedikit ketenangan.
Berikan aku apa sahaja,
Asal aku tidak berasa apa yang sedangkan aku rasakan sekarang.

Tolong Ya Tuhan....


Toodles.
Continue reading Tolong

Cabaran 30 Hari | Hari Pertama | 5 Fakta Menarik Mrsyatie

Morning fellow. Ar sudah. PG pun terjangkit sama da ni. Menyahut sahutan, cabaran dari rakan blogger abg ben abg tegap femos amos itu. Sebelum itu! apakah dia Cabaran 30 hari ini? ok, korang boleh google sendiri tau. kalau free, nanti PG share. its lot of bloggers out there, tulis tentang benda ni. serius, fun giler masa baca depa punya story :) tidak lambat tidak juga rasa nak lempang sesiapa sebab lambat menyahut cabaran, PG nak juga join! :D jom baca 5 fakta tentang PG!

5 Fakta Menarik tentang Mrsyatie

1. Tak suka cuaca panas
2. Suka tidur ketika hujan turun
3. Bila part makan mesti ada sup kosong
4. Rasa nak marah bila orang pinjam barang kita tapi tak reti nak bagi balik semula
5. Sukar untuk menepis untuk tidak fikir tentang masalah orang lain.

ok. apa macam? senang sahaja task pertama di hari pertama PG join kan. esok kita tengok apa task untuk hari kedua pula.

Toodles!
Continue reading Cabaran 30 Hari | Hari Pertama | 5 Fakta Menarik Mrsyatie