Selamat Hari Raya Aidiladha!

Morning, assalamualaikum fellow! Selamat Hari Raya Aidiladha dari PG untuk korang ye. Apa korang masak wei? ;) Ayam? Kambing? Lembu? Amboi. Bukan main lagi nooo. PG? Haha. Korang masak ayam, PG masak telur ayam je la. Goreng makan dengan nasi panas bubuh kicap. Boleh je kan? Haha.

Salam Hari Raya Aidiladha dari bumi Malaysia!

Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji pastinya satu perayaan yang dinanti-nantikan oleh umat islam sedunia. Tidak kira dimana sahaja berada, Hari Raya yang satu ini merupakan perayaan terbesar di dalam Islam selain Hari Raya Aidilfitri yang kita sambut pada setiap 1 Syawal. Selepas sahaja selesai menunaikan solat sunat, diikuti pula dengan sambutan ibadah korban.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT. Sumber: Wiki
Ketika ini juga, hari yang dinantikan oleh para jemaah haji kita yang berada di makkah, melakukan ibadah haji, rukun islam ke-5. InshaAllah, mudah-mudahan mendapat haji mabrur!



Korban lembu di ladang 16, UPM, Malaysia.  
  • Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)
  • Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."
Salam Aidiladha.

2 comments:

terima kasih komen ❤
komen anda sangat PG hargai! ;)