Pembayaran BR1M 15 Januari 2015 Ini. Terima Kasih PM.

Syukur alhamdulillah. Nampaknya, pembayaran BR1M juga akan dipercepatkan iaitu pada 15 Januari 2015 ni. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat-peringkat dan keutamaan akan diberikan pada mereka yang berada di negeri yang terjejas akibat banjir. Tidak mengapalah. As long, we know, pembayaran akan dibuat awal. Syukur alhamdulllah. Bagi penjawat awam, kiranya mendapat durian runtuh tu, dengan pembayaran bonus kakitangan seawal pada 05 Januari 2015 juga, bersyukurlah, dan gunakanlah kelebihan yang ada ini sebaik mana mungkin.


KUALA LUMPUR 29 Dis. - Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dijadualkan pada akhir bulan depan, akan dipercepatkan mulai 15 Januari 2015.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pembayaran akan dibuat secara berperingkat-peringkat dan penerima di negeri yang terjejas banjir diberi keutamaan dalam proses penyaluran BR1M.

“Kerajaan prihatin dan mengambil berat tentang kesulitan yang dihadapi oleh mangsa-mangsa banjir, khususnya kepada penerima BR1M. Oleh itu, kerajaan bersetuju pembayaran BR1M dipercepatkan mulai 15 Januari depan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, menurut beliau, permohonan dan proses kemas kini BR1M juga dilanjutkan sehingga 31 Januari 2015. - Utusan
toodles.

2 comments:

  1. yeap. br1m at least sedikit sebanyak dapat membantu mangsa banjir to rebuild back their lives

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu awak. hopely, dapat membantu kan.

      Delete

terima kasih komen ❤
komen anda sangat PG hargai! ;)