21 December 2014

Safi Balqis White Trilogy - Pek Orange

hi fellow. before this, aku menggunakan Safi Balqis White Trilogy yang pek biru tu tau. tu pun sebab bila da sedar diri sikit, kena pakai pelembab kalau nak kulit wajah sentiasa nampak bersih, plus halus mulus dan tulus. Sebelum ni aku pakai nutox. Ok juga. Cuma saja gatal nak cuba benda lain. Tau-tau je la, pengaruh artis yang cantik-cantik ni kuat dekat jiwa dan raga, nampak je hanis zalikha lawa gitu, terus rasa patut cuba. Kot-kotlah cantik kulit wajah tu macam hanis kan. Hehe.


Pelembab Muka Hydragel

Pelembab Muka Hydragel Safi Balqis White Trilogy berasaskan air dengan tekstur gel yang sesuai untuk kulit berminyak. Formulasi yang bertekstur ringan ini pantas meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit. Kandungan asid hialuronik di dalamnya mengekalkan kelembapan dan kesegaran kulit pada wajah.

Safi Balqis White Trilogy dengan formulasi Arbutin, Nano BioWhite dan Limau Gedang bertindak menerusi 3 lapisan kulit untuk 10 aksi pada kulit wajah:
  • Mengawal lebihan minyak
  • Mencerahkan kulit
  • Memudarkan pigmentasi
  • Menyamaratakan tona kulit
  • Melindungi kulit dari radikal bebas
  • Menghidratkan kulit
  • Mengekalkan lembapan
  • Melembutkan kulit
  • Menghaluskan kulit
  • Menyegarkan kulit
 
Pembersih & Penyegar Kawalan Minyak & Jerawat 2 dalam 1 SAFI BALQIS White Trilogy

Pembersih & Penyegar Kawalan Minyak & Jerawat 2 dalam 1 SAFI BALQIS White Trilogy dengan rumusan bebas sabun bertindak 2 dalam 1 sebagai pembersih dan penyegar di samping mengawal minyak dan jerawat pada kulit wajah. Bersama dengan ekstrak Limau Gedang, manik-manik kecil yang mengandungi minyak tea tree bertindak sebagai antioksida yang memberi perlindungan kepada kulit. Ia membersih secara mendalam untuk mengeluarkan sisa kotoran di samping mengembalikan kesegaran tanpa menghakis lembapan semula jadi kulit wajah.

SAFI BALQIS White Trilogy dengan formulasi Arbutin, Nano BioWhite dan Limau Gedang bertindak menerusi 3 lapisan kulit untuk 10 aksi pada kulit wajah:
  • Membersih secara mendalam
  • Mengecilkan pori
  • Memudarkan cela
  • Melindungi dari sinar UV
  • Mencerahkan kulit
  • Melindungi dari radikal bebas
  • Menyamaratakan tona kulit
  • Mengekalkan lembapan
  • Menghaluskan kulit
  • Melembutkan kulit

Hasilnya: Kulit menjadi halus, mulus dan cerah sempurna.

Ok, apa lagi. Jom cuba sekarang. Kali ni senang je bagi PG. Pakai pelembab and foundation terus. Krim malam siang, memang PG tak pakai sebenarnya ;)

Toodles.
Share:

6 comments:

  1. Alemak, samelah kita kak, mudah sangat terpengaruh dengan iklan, nak2 iklan artis2 lawa,cute miut.. dah tau dah, depa tu smmgnya lawa dah, tapi gatai gak nk try.. heehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. #tapi diri ini gatai gak nk try

      Delete
    2. Selepas guna penyegar n pembersih terus gune krim tu ke?

      Delete
    3. Yup wanie :)
      PG pakai tu je. tak pasti kalau nak pakai apa lagi kan. Sebab PG jenis tak makeup sangat, so dua benda ni PG pastikan akan sentiasa pakai. Selain buat treatment sendiri, macam buang blackhead macam tu.

      Delete
    4. Hehe. Sha, konon² akan cantik macam depa kan. hehe. PG selalu terpengaruh lagu tu :D

      Delete
  2. pelembap muka hydragel sesuai pkai tme bila ek ?

    ReplyDelete

terima kasih komen ❤
komen anda sangat PG hargai! ;)