Seminar Buat Duit Affiliate Anjuran blogger Denaihati.

in , by YatieOwner, Monday, December 01, 2014
Buat duit affiliate dengan blog atau erti kata lain buat duit dengan blog secara online memang agak popular sekarang ni. tetapi, ianya memerlukan ilmu atau teknik yang betul untuk kita benar-benar  berjaya dengannya. 

Seminar Buat Duit Affiliate Anjuran blogger Denaihati.

Seminar Buat Duit Affiliate - http://denaihati.com/seminar-buat-duit-affiliate-dengan-blog

Ya betul. bagi mereka yang ingin mengetahui, belajar bagaimana untuk buat duit dengan affiliate, bolehlah cuba mendaftarkan diri ke Seminar Buat Duit Affiliate, anjuran denaihati bersama dengan beberapa lagi kerjasama yang lain.
Tujuan seminar adalah untuk membuka minda bahawa sistem affiliate adalah salah satu cara utama menjana pendapatan online yang lumayan.
Antara panel yang akan berkongsi rahsia dan strategi mengenai seminar ini adalah seperti berikut:
  • Dato’ Hussamuddin – Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Karangkraf yang telah berjaya membina empayar dalam bidang penulisan dan percetakan.
  • Encik Titan – Telah menjana ribuan ringgit melalui program Affiliate yang diusahakan melalui rangkaian blog beliau
  • Prof Hariz – Mula menjejakkan kaki dalam dunia Affiliate pada tahun 2014, tetapi beliau telah menjana ribuan ringgit dalam tempoh yang singkat.
  • Suhaimy (Shuth) – Merupakan seorang Internet Marketer yang mempunyai pengalaman mendalam dalam industri penulisan, beliau mempunyai platform jualan ebook tersendiri iaitu klikjer.com
  • Zeo Unic – Tahun ini sahaja beliau telah menjana puluhan ribu ringgit dari salah satu program affiliate tempatan. Pakar dalam pemasaran Affiliate menggunakan blog dan SEO.
  • Eizil – Salah seorang tunggak utama dalam Team Denaihati Network, mempunyai pengalaman blogging lebih 10 tahun dan menggunakan blog untuk menjalankan pelbagai program pemasaran. 
Pelbagai teknik akan didedahkan oleh para panel kita yang telah berjaya dengan affiliate ini sendiri. jangan lepaskan peluang untuk belajar daripada mereka yang hebat ini ya.

Seminar akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 13 Disember 2014 (Sabtu)
Tempat : Dewan Sultan Muhammad V, Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor
Masa : 09.00 pagi hingga 05.00 petang.
YURAN PENDAFTARAN : RM150.00 Sahaja.
Jangan lepaskan peluang anda semua ya. bagi mereka yang akan menyertai seminar buat duit affiliate ini, ada hadiah cabutan bertuah yang memang hebat untuk si pemenang bertuah! iaitu tiga (3) unit iPhone 6!! memang hebat! jangan lepaskan peluang ini tau. daftar sekarang.

Toodles!
SHARE 0 comments

Add your comment

For coming and comment, thank u ♥ ;)

© Yatie Owner · THEME BY WATDESIGNEXPRESS