31 July 2014

Daily Life!

Morning korang :)

Nampak gayanya, PG masih bercoti-coti Malaysia :) (kalau nak call, by monday la jawapnya ye. Hihi). Masih dekat rumah mama. Sepatutnya balik kemarin. Tapi rasa macam malas je nak gerak. Boleh je duduk kat sini till pegi kerja, tapi PG punya sista pula nak buat open house. Awal-awal da bagitau datang tolong. Baiklah kakak! :D

Uwargh! Hari ni da khamis kot kan. Berapa hari lagi nak duduk kat umah, tidur makan tidur makan ni. Lepas ni, balik kerja, kena pula mengadap pc tradisional tu T_T kena pula siapkan EKSA. Adeh. Kena pula design promosi library. Tidak!! Nak coti² Malaysia lagi boleh takkkk en. Bos? T_T


 :D


Op coz!


Nak macam ni juga!! :P

(Baik sungguh perangai, update blog sesambil menguap. Nampak sangat kemalasan melanda ;))
Toodles!
Share:

30 July 2014

Kemaafan.

Jika di hitung dosa selama 30 tahun aku hidup, memang tak terkata banyaknya. SubahanaAllah. Kalau boleh aku tulis segala dosa-dosa yang pernah aku lakukan, yang tak disengajakan juga, memang tak siap kerja aku kat dapur sat lagi. Mana dosa aku sebagai anak dekat mama dan arwah bapa, adik dekat abang-abang aku plus dosa aku sebagai adik perempuan dekat kakak-kakak aku. Kedegilan tahap dewa dalam diri aku (degil sungguh ke?) Ya Allah memang aku rasa kemaafan untuk seribu tahun ke depan lagi memang aku harapkan.


Degil dan tak dengar kata! Simple tak paham bahasa melayu ke aper engko yatie. Sungguh! Aku memang degil. Tak dengar kata itu mungkin tak! Tuhan da bagi sesempurna fizikal apa kot supaya aku boleh dengar dengan jelas apa orang kata. Tak paham bahasa memang sungguhlah! Hehe. Bila mama kata suruh aku belajar masak, mak pun tak reti masak tapi mama still nak suruh aku belajar masak, tapi aku degil tak reti nak dengar kata dia! Da besar da nikah kawen macam ni, baru nak menyesal tak dengar kata mama. Masak je pun kan. Simple kot! Ar, simple tu la aku rasa kalau nak suruh masak sat lagi oleh suami aku, aku boleh je nak bagi alasan, 'makan kat luar'. Ar tu la degil tak nak dengar kata mama dulu. Suruh belajar masak tapi ntah pi mana angkat kaki :D memang malang nasib sungguh nasib suami aku dapat isteri macam aku kan. Ahaha. Tapi! Itu tak bermakna aku tak de kemahuan untuk belajar masak kan. Setakat masak nasi, goreng sayur ikan, kari, kicap bagai tu, ahaha, senang sungguh wei! Suami kata 'ayang kalau nak masak tak perlu nak jadi macam chef sangatlah, tonyoh² apa yang ade, yang penting garam ada, da cukup. Ajinomoto kalau boleh kurangkan. Tak payah letak pun tak pe'. Phew phew! Baik tak, baik tak suami PG? Hehehe.

U know what. Mana ada mak bapa yang nak anak dia jadi manusia yang tak baik kan. Semua nak anak depa ok! Tapi aku? Memanglah aku manusia yang da diberikan segala fizikal dan mental yang tip top. Memang tak kurang apa pun. Aku masih boleh bercakap, bergerak ke sana kemari, erti kata lain, aku masih berpijak dibumi yang nyata wei. Tapi dek sebab dan kerana perasaan dalam hati ada taman masa tu, dalam taman ada apa dan nak je teroka apa benda dalam tu, aku jadi degil! Bapa suruh belajar sungguh-sungguh kot, tapi aku mengelamun tak tentu pasal. Pergh! Memang bila diingatkan semula, dan boleh dipatahkan balik masa lalu, memang aku tak nikah kawen kot dengan suami aku sekarang :D see. Dosa aku dekat arwah memang banyak dan tak terkata! Degil sungguh dengar kata hati sendiri, tak peduli apa orang tua kata. Ya Allah, hanya Engkau yang tahu dosa-dosa hambaMu ini. Degil sungguh yang tak boleh nak dimaafkan! Sobsob~

Fuh! Da tahu dosa da banyak dekat mak bapa. Bantai juga nak buat dan kumpul dosa bebanyak lagi dekat abang dan kakak sendiri. Tak dengar kata memang tak kan. Tak paham bahasa ong putih memang ye la kot. Bahasa melayu kalau tak paham juga memang rasa nak kena penampar je engko yatie. Dosa aku dekat depa memang ribu riban la.  Melawan kata, Maki hamun (dalam hati je tau. Hehe) Cakap main lepas dekat depa, kutuk depa, plus mengumpat bagai dan macam-macam lagi la! memang banyak! Aku rasa aku memang tak layak untuk mendapat satu kemaafan pun ;(


Paling ever last. Sumpah! Dosa aku dekat suami sendiri. Ya Allah. Hanya Dia sahaja yang tahu. Gaduh, maki hamun, kutuk mengutuk, mengumpat suami sendiri (ar, ni mengumpat dekat adik beradik suami je tau. Hehe), tak dengar cakap suami, melawan kata beliau (wa. Perkataan beliau seperti beliau telah berumur dalam 40 tahun maybe, hihi) dan sewaktu dengannya la. Kalau aku nak tulis panjang lebar kat sini, memang siap sampai esok entry aku ni ;D

Ya Allah. Banyaknya dosa aku. 30 tahun hidup kat duniaNya ini, da berapa puluh ribu ratus riban dosa yang aku buat! Korang rasa, adakah kemaafan untuk aku? ;(

Toodles.
Share:

Tired T_T

Hi korang's!

Salam eid mubarak. PG baru nak duduk santai la ni. Dari semalam kemas rumah mama, dapur mama. Pagi ni sambung lagi. Sobsob. Tak pe! Sat lagi balik kk, mama tak la penat kemas rumah lagi.

As usual raya ke dua mama memang selalu 'open house'. Jemput our sedara mara yang serious memang agak payah juga tau nak jumpa dalam setahun. Plus mama open to all abang², kakak² ipar punya kengkawan. As usual, soto kak ipar juga menjadi igaun ngeri sapa yang tak makan! Kekeke ;D


So! PG update secepat mungkin. Rasa nak terlena pula baring kat ayunan mama ni. Jangan cempedak tu jatuh sudah la. Kang menimpa kat muka, abih sebulan aku ambik coti kang. ;)

Toodles!
Share:

28 July 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri Korang!

Hi korang ;)

Kreadit: Anisputeri.tumblr.com

Haa. PG nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat seluruh Umat Islam yang menyambutnya pada hari ini. Syukur. Syukur alhamdulillah. Berkesempatan dan diberi peluang untuk sampai ke hari ini. Syukur! Semalam sibok sungguh dekat dapur mama, tak dengar langsung pengumuman rayo. Kekeke. Bila abang aku sorang tu habaq raya esok, abih satu rumah macam ada konsert anuar zain :D yang paling kecik jangan kata la. Bukan suara gombira, tapi suara nanges sebab abang-abang sepupu dia macam nampak hantu pun dia jugak. :D

Apa pun. Selamat Hari Raya Aidilfitri again PG nak ucapkan. Maaf Zahir dan Batin ye ;) muah²!

Toodles!
Share:

27 July 2014

Wayang Menarik Sepanjang Minggu Pertama Hari Raya Aidilfitri di TV3

Assalamualaikum. hi korang!

Jangan lupa tau, starting malam (inshaAllah, jika esok adalah hari raya kan :D) ini dan sepanjang minggu pertama hari raya hari yang mulia ini, jangan lupa saksikan drama-drama menarik dari TV3, iaitu Love You Mr Arrogant Raya, Sebenarnya Saya Isteri Dia Raya, Kampung Girl Raya dan juga Yes, Boss! Raya! ;) nak tengok sinopsis? jom klik yang berkaitan :D apa pun, selamat menonton dari PG! hehe. entry auto publish tau. kot-kot masa entry ni keluar, PG tengah buat apa kat dapur mama yer. hehe..



Entry Berkaitan: 


Sinopsis Kampung Girl Raya
Sinopsis Yes, Boss! Raya!

Toodles!
Share:

26 July 2014

Senarai Peserta Contest Buffet Ramadhan Casa Ombak by Akma Omar

hi korang.

remember, sebelum ini, PG ada join contest Buffet Ramadhan Casa Ombak, anjuran Sis Akma Omar! Sis Akma Omar, PG kenal dari satu contest dengan hadiah utama iphone 5. anjuran blog Denai Hati. blog Denai Hati memang suka sangat buat contest yang super awesome dengan hadiah yang cukup kaw kaw hebat! dari sana PG mulai kenal dengan para blogger hebat dan otai. depa pun memang baik hati. sungguh peramah. ada satu ketika, bila PG kena minta sebanyak undi dari another blogger then, sampai ke tengah malam buta online dengan sis akma. hebat kan? hehe. bukan sahaja dengan sis akma, ramai lagi. syukur alhamdulillah, tidak menang hadiah utama yang diberikan, PG berjaya menang ratusan ringgit. waa. macam banyak kan :D tak la. dalam 2 3 ratus juga. siapa ingat pelakon Karl Shafek yang tengah ke udara dalam drama Rindu Awak 200% tu, sebab dia telah berdiri wakilkan dirinya untuk ambik hadiah wang tersebut untuk PG. waaaaa. terima kasihlah cik daud!


itu dia Karl Shafek

ok, tak nak cerita tentang itu lebih lanjut. past is past. ni nak habaq, untuk para peserta Contest Buffet Ramadhan Casa Ombak, PG ucapkan Selamat Bercontest. Maaf, PG tak sempat lagi nak ziarah korang satu persatu, sedangkan ada di antara korang yang telah ziarah PG. internet makin slow like siput da. inshAllah, PG will ziarah juga korang ;) apa pun, Good Luck semua! 
 

Entry Berkaitan

Toodles!
Share:

25 July 2014

Sinopsis Yes, Boss! Raya

hi korang.

ok, ni last nak kongsi. hehe. bukan apa, drama yang PG share ni semua, adalah drama fav PG. kalau tak tengok, memang sah lah bukan PG. hehe.

Sinopsis Yes, Boss! Raya


Fiesta Raya: Yes Boss! Raya
Hari Raya Ketiga, 9.00 malam

Apakah yang akan berlaku apabila Aryana dan Irham bertukar perwatakan selepas mereka berkahwin? Aryana menjadi ‘bossy’ manakala Irham hanya mengikut kehendak Aryana. Aryana enggan berkerja dengan Irham dan lebih selesa menjadi suri rumah sepenuh masa. Irham sering meluahkan masalah kepada pembantu peribadi baharunya, Nisya. Irham mula rapat dengan Nisha yang lemah lembut.

Pelakon: Fahrin Ahmad, Emma Maembong, Nur Risteena.

Sumber: Selebritionline
ok! jangan lupa tengok tau ;)
Toodles!
Share:

Sinopsis Kampung Girl Raya

hi korang.

lagi dan lagi nak update. budak kampung girl pun nak raya dengan kita juga ni. hehe. jangan lupa saksikan Kampung Girl Raya pada malam raya kedua tau.

Sinopsis Kampung Girl Raya


Fiesta Raya: Kampung Girl Raya

Hari Raya Kedua, 9.00 malam

Ain sedang sarat mengandung dan mengidam makanan yang pelik-pelik di kampung. Asyraf cuba memenuhi permintaannya dalam mencari nangka dan daging unta walaupun terpaksa menghadapi pelbagai masalah untuk mendapatkan makanan tersebut.

Pelakon: Akim Ahmad, Nad Zainal.

SUMBER: SelebritionlineToodles!
Share:

Sinopsis Love You Mr Arrogant Raya

hi korang.

tinggal dua hari lagi, inshaAllah kita akan menyambut bersama Hari Raya Aidilfitri dalam waktu terdekat ini. inshaAllah. inshaAllah. Raya tanpa drama-drama raya memang tak sah kan. PG dari pergi bertandang kat rumah sanak sedara, sebenarnya lagi suka duduk rumah layan drama yang best-best bagai macam ni. hehe. tengok tu, Love You Mr Arrogant Raya pun nak juga beraya dengan kita ;) Bakal ke udara pada malam raya, di TV3. kena tengok ni ;) abihlah daging ayam bawa sekali depan TV. ahaha.

Sinopsis Love You Mr Arrogant Raya 


Fiesta Raya: Love You Mr Arrogant Raya

Menjelang Raya, 9.15 malam

Kebahagiaan rumah tangga Zara dan Irham bersama anak sulung mereka, Nazriel Iman yang baru berusia setahun kembali teruji. Konflik mula melanda hidup Zara dan Irham apabila Zara membuat keputusan untuk berkerja di pejabat lamanya. Irham dan Farizah (isteri Hardy) mula menerima gambar-gambar yang menunjukkan kecurangan antara Zara dan Hardy.

Pelakon: Azlee Khairi, Zara Zya, Idris Md Diah, Mustafa Kamal, Fadillah Mansor, Norish Karman, Azizul Azman.

SUMBER: SelebritiOnline

Toodles! ;)
Share:

23 July 2014

Rindu Awak 200% Romantik Sungguh!

Hi korang.

Rindu Awak 200%. Kalau aku rindu tahap dewa, bukan lagi 200%, peratus pun silap hari bulan tak boleh nak kira peratus da ;)


Sapa tengok babak dekat sawah padi tadi? Jeles wei. Romantik sungguh si Zill Faezrul kan. Armel Aisyah pun oklah. Malu-malu kucing gitu :D tapi serius! Zul Ariffin mata dia memang super cute ;)


Adoi. Janganlah so romantik. Jeles tau. Ahaha ;D

Toodles!
Share:

21 July 2014

18 July 2014

Malam Lailatulqadar

hi korang.

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu.

Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin

Bulan Ramadhan, Al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan Hadis Rasulullah s.a.w di antaranya firman Allah s.w.t

Tanda Malam Lailatulqadar

Ada beberapa pendapat yang memaklumkan tentang tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar
  1. Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita
  2. Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat
  3. Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud
  4. Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul
Menurut mereka sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari:-

Ahad atau Rabu, Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29
Jumaat atau Selasa, Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-27
Khamis, Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-25 Ramadan
Sabtu, Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-23
Isnin, Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-21

Sebagai kesimpulannnya, yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar
mysumber.com : tanda malam lailatul qadar 2014
Toodles.
Share:

Permohonan Cuti Tahunan Cuti Hari Raya Aidilfitri 2014

Hi korang.

da mohon cuti raya ke belom? :D kang lambat-lambat mohon cuti, tak beraya pula korang. PG tak lama bercuti raya kali ni. 3 hari sahaja. memandangkan tahun ni tak balik umah abah mak mentua kat ipoh. so save cuti sikit :) open house pun weekend on minggu pertama sambutan hari raya baru buat. so, balik kerja dulu pun tak pa. lagipun, jarak nak balik umah mama dengan nak pegi tempat kerja, tak pun sampai sejam. ulang alik pun boleh :D


Toodles.
Share:

Pray for MH17 | Pesawat MH17 Jatuh Terhempas

Al-fatihah. Al-fatihah.


Pesawat MH17 Jatuh terhempas. Laporan media asing mendakwa, pesawat tersebut telah ditembak sebelum jatuh terhempas di selatan Ukraine. Berikut adalah Urutan Masa perjalanan MH17 yang berlepas dari Amsterdam, dalam perjalnan ke Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Berikut ialah urutan masa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang dilaporkan terhempas di sebuah kawasan tegang di Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada Khamis.

Pesawat Boeing 777 yang membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal itu adalah dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Penerbangan itu dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada 6.10 pagi Jumaat.

Laporan media asing mendakwa pesawat itu telah "ditembak" namun kerajaan Rusia dan Ukraine masing-masing menafikan pembabitan mereka dalam insiden itu.

17 Julai (Khamis)

* 12.15 Tengah Hari - (waktu tempatan Amsterdam) MH17 berlepas dari Lapangan Terbang Amsterdam.

* 10.15 MALAM - (waktu Malaysia) MAS mengesahkan ia telah menerima pemberitahuan daripada ATC Ukraine bahawa ia telah terputus hubungan dengan Penerbangan MH17 pada 1415 (GMT) di kedudukan 30km dari Tamak, kira-kira 50km dari sempadan Rusia-Ukraine.

18 Julai (Jumaat)

* 12.00 TENGAH MALAM - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menulis tweet: "Saya terkejut dengan laporan bahawa sebuah pesawat MH terhempas. Kami akan melakukan siasatan serta merta."

- Perdana Menteri Ukraine Arseniy Yatsenyuk mengarahkan siasatan dilakukan terhadap nahas itu.

* 2.07 PAGI - Laporan Reuters memetik Menteri Kecemasan Rusia Vladimir Puchkov sebagai berkata Rusia telah meminta kebenaran Kiev pada Khamis untuk membantu kerja-kerja menyelamat di selatan Ukraine selepas sebuah pesawat penumpang Malaysia terhempas di kawasan itu.

* 2.30 PAGI - Laporan Reuters memetik Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sebagai berkata di Wilmington, Delaware pada Khamis bahawa nahas pesawat Malaysia di sempadan Ukraine adalah satu "tragedi dasyat" dan Amerika Syarikat mahu menawarkan bantuan sewajarnya untuk membantu mengenal pasti apa yang berlaku dan mengapa ia berlaku. SUMBER: BERNAMA.COM

 foto serpihan pesawat MH17 di lokasi kejadian. SUMBER: MYSUMBER.COM

SENARAI NAMA PENUMPANG MH17
  1. Kapten Wan Amran Bin Wan Hussin
  2. Kapten Choo Jin Leong Eugene
  3. Ahmad Hakimi Bin Hanafi
  4. Muhamad Firdaus Bin Abdul Rahim
  5. Mohd Ghafar Bin Abu Bakar
  6. Dora Shahila Bin Kassim
  7. Azrina Binti Yakob
  8. Lee Hui Pin
  9. Mastura Binti Mustapa
  10. Chong Yee Pheng
  11. Shaikh Mohd Noor Bin Mahmood
  12. Sanjid Singh Sandhu
  13. Hamfazlin Sham
  14. Nur Shazana binti Mohamed Salleh
  15. Angeline Premila Rajandaran
  16. Berita Semasa akan kemaksinikan daripada masa ke semasa senarai nama penumpang MH17 Malaysia Airlines - SUMBER: BERITASEMASA.COM

Ya Allah, tempatkanlah mereka di kalangan orang-orang beriman. #Prayformh17. Al-fatihah.
Toodles.
Share:

17 July 2014

15 July 2014

Sinopsis Drama Rindu Awak 200%

Hi korang.

Tv3 memang king and queen of drama melayu bah kan, wa sabah sudah. Hehe. Lepas drama hot Kerana Terpaksa Aku Relakan, drama kat atas pula muncul. Harap-harap best macam drama sebelum ni la ye ;)


Sinopsis Rindu Awak 200%

Zill Faezrul Iqbal - Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang tapi bermulut celopar sungguh menjengkelkan hati Armel Aisya.

Tapi, dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya.

Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya rumah tangga mereka tidak pernah aman! Penyudahnya Armel ke utara, Faezrul ke selatan.

Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel.

Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada di rumah, menimbulkan tanda tanya di kepala Armel.

Mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evoque!

Siapa lelaki ini? Mungkinkah dia suku sakat Jula Juli Bintang Tujuh?

Toodles.
Share:

Soal Jawap : Font Blog

hi korang.

entry ni PG buat untuk menjawap pertanyaan dari blogger cik nadya. cik nadya asking about PG punya font blog. i think dekat font entry kot. cik nadya, kalau PG tak menjawap soalan cik nadya, please, ask me back ya :D


font : arial
size : 12

Toodles.
Share:

14 July 2014

Majlis Berbuka Puasa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

Hi korang.

ni minggu lepas punya cerita, menghadiri majlis berbuka puasa dewan bandaraya kota kinabalu bersama YB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan warga kerja dbkk 2014 di magelan grand ballroom, sutera harbour resort. majlis yang sangat simple. what i love is, gabungan warna biru dan putih kat situ. bukan rasa macam nak pergi majlis berbuka, tapi da rasa macam pegi kenduri orang nak menikah pula :D

aku ambik gambar sikit sahaja. memandangkan jiran belah meja aku da tengok aku pelik semacam je, asyik nak selfie je. ahaha. ar itu yang penting. budak kecik tu pun mak dia angkut sekali pegi majlis :D



Hehe. Budak kecik tu suka sangat makan manis, that why gigi da jadi lagu tu :D

Toodles.
Share:

Congratulations Germany!

Hi korang ;)

Germany world cup 2014! taniah german! evendo bola bukan minat aku sebenarnya (hehe), aku still nak ucapkan tahniah :D lepas ni, tak de la aku nak heart attack lagi subuh-subuh dengar suami aku tu jerit gollllllll!!!! enough. tak nak da. T___T

 Germany World Cup 2014
CONGRATS!!

Toodles!
Share:

09 July 2014

My Name is Khan.

Hi korang.

tengah tak berapa sibok ni, nak share gambar selfie dengan anak buah sorang ni. tak faham aku, anak-anak sekarang ni memang hantu bergambar erk? hehe. ni anak kakak. kakak yang sulung. called aqif sahaja. bukan khan macam kat atas tu tau :D sangat gediks macam makcik dia juga (hehehe). aqif kalau panggil makcik dia sorang ni, babu atie. erk. bila masa pula aku bertukar nama ni? ahaha.



heee. sangatlah gedik engko aqif. macam nak lempang je :P
suka sangat nak itot mimik muka makcik dia ni.

Toodles!
Share:

08 July 2014

Diary Anak Linda Rafar Di temui

Hi korang.

Sebelum ini, aku ada kongsi entry anak linda rafar meninggal dunia. Al-fatihah buat memen. Hari ni aku nak kongsikan dengan korang, diary memen anak linda rafar yang ditemui. Mungkin ditemui bila depa tengah kemas mengemas barang-barang peribadi arwah memen kan. Siapa tahu?.

Diary Anak Linda Rafar





Siapa yang lebih tahu kesakitan yang dialami oleh memen. Hanya dia sahaja yang tahu.
Al-fatihah Memen.

Toodles.
Share:

Review Wayang Transformers: Age of Extinction

Hi Korang.

masih cerita dating dengan suami. hehe. jangan ada yang ambik hati pula tau. :) lepas pegi watsons terus pegi tengok wayang Transformers: Age of Extinction ni. totally i wanna say is, aku mengantuk! bukan sebab citer ni tak best. tapi disebabkan wayang ni ambik masa hampir 2 jam T_T da la puasa. budak couple depan aku boleh je depa makan dengan suka hati. heee tak hormat orang langsung! huhu.

 
ok, citer ni biasalah. sambungan dari episod yang lalu, Transformers: Dark of The Moons. aku memang simpan koleksi citer ni. so kalau rasa nak tengok ulang tayang 2 3 5 kali pun boleh sahajalah ;)

episod kali menyaksikan pertarungan sesama robot paling hebat di abad ini. seperti biasa, dua musuh tradisi, autobots dan juga deceptions. selepas mereka menghilangkan diri dari bumi, seperti dalam episod lalu, kali ini mereka ditemui semula oleh manusia secara tidak sengaja.

kali ini juga pelakon hebat, ensem macho man lakonan Mark Wahlberg menjadi hero utama citer ni.  memegang watak jurutera yang gemar mereka cipta objek dari bahan terbuang dan tidak sangka, Cade Yeager (Mark Wahlberg) telah menemui Optimus Prime di sebuah pawagam lama.


 
Optimus Prime. 
bermula dengan penemuan Optimus Prime, segalanya bermula. apakah yang terjadi dengan optimus prime sehingga ditemui di sebuah panggung wayang lama? hurm. korang kenalah tengok sendiri. sebab wayang ni panjang dan korang akan di sajikan dengan action yang super best! tengok sekarang tau ;)

Toodles!
Share:

Safi Balqis White Trilogy

Hi Korang

ni cerita ahad lepas, keluar dating dengan suami. awal pagi lagi keluar pegi UTC. suami tak sihat. kejap je kat UTC, sebab limit 15 orang sahaja kalau nak buat tampal gigi, cabut or etc. so, keluar dari UTC terus cari watsons pegi beli benda alah kat bawah ni :)

sebenarnya aku bukan pengguna safi balqis pun. sebelum ni aku pakai Nutox. kalau tak tahu Nutox, sila ingat si cantik manis fazura. sebab fazura kini menjadi duta Nutox. hehe. aku kalau beli produk kecantikan sebenarnya, duta sesuatu produk tangga ke-2 untuk aku decide nak beli ke tak. first thing is, sesuai ke tidak produk tu kat kulit wajah sendiri. kang main beli je, sekali tengok tak sesuai pula. silap-silap hari bulan, keluar pula jerawat. tak mau kan jadi macam tu? T_T

so, safi balqis white trilogy is my first time percubaan. da 3 hari pakai ni, setakat ni ok sahaja. muka pun tak gatal-gatal lagi. that mean, this produk dengan aku kira sesuailah juga. but. who knows kan? hehe. so, ok. later aku review lagi pasal ni k :)


Krim Pelembap Siang SPF20PA++ SAFI BALQIS White Trilogy mencerah dengan efektif dan memastikan kulit dilindungi dari sinaran UV. Ia juga memberi kelembapan dan keselesaan agar kulit terasa lembut, halus dan bermaya sepanjang hari.

SAFI BALQIS White Trilogy dengan formulasi Arbutin, Nano BioWhite dan Kiwi bertindak menerusi 3 lapisan kulit* untuk 10 aksi pada kulit wajah**:

  • Memudarkan pigmentasi
  • Menyamaratakan tona kulit
  • Melindungi dari sinaran UV
  • Mencerahkan kulit
  • Melindungi dari radikal bebas
  • Menghidratkan kulit
  • Mengekalkan lembapan
  • Melembutkan kulit
  • Menghaluskan kulit
  • Melicinkan kulit

Hasilnya: Kulit menjadi halus, mulus dan cerah sempurna.

*Pada lapisan epidermis.
**Dengan penggunaan berterusan bersama rangkaian produk SAFI BALQIS White Trilogy.


Skrub Buih Pembersih Kawalan Minyak & Jerawat SAFI BALQIS White Trilogy bertindak mengawal minyak dan jerawat serta membersih secara mendalam sambil mengeluarkan kotoran dan sel-sel kulit mati dengan manik-manik mikro dan seterusnya mencerah kulit dengan sempurna dan selamat.

SAFI BALQIS White Trilogy dengan formulasi Arbutin, Nano BioWhite dan Kiwi bertindak menerusi 3 lapisan kulit* untuk 10 aksi pada kulit wajah**:

  • Membersih dengan mendalam
  • Mengawal lebihan minyak
  • Mengawal jerawat
  • Menanggalkan sel kulit mati
  • Melindungi dari sinar UV
  • Mencerahkan kulit
  • Menyamaratakan tona kulit
  • Mengekalkan lembapan
  • Melembutkan kulit
  • Menghaluskan kulit

Hasilnya: Kulit menjadi halus, mulus dan cerah sempurna.
* Pada lapisan epidermis.
** Dengan penggunaan berterusan bersama rangkaian produk SAFI BALQIS White Trilogy.



SAFI BALQIS WHITE TRILOGY
Pencerahan kulit yang efektif bukan sekadar pada lapisan luar malah meliputi lapisan dalam kulit wajah.

Sistem White Trilogy diuji secara saintifik untuk mencerah menerusi 3 lapisan kulit* untuk hasil pencerahan yang sempurna dan selamat dalam**:

3 Minit - Bertindak pada lapisan luar kulit untuk memulakan proses pencerahan secara semula jadi
3 Hari - Mula mengurangkan pembentukan melanin pada lapisan dalam kulit
3 Minggu - Kulit menjadi cerah sempurna hasil pencerahan jauh ke dalam lapisan kulit

BAGAIMANA TINDAKANNYA?
SAFI BALQIS White Trilogy bertindak mencerah wajah secara menyeluruh menerusi 3 lapisan epidermis kulit dengan 3 bahan utama:

Arbutin
Arbutin berkesan merangsang sel-sel kulit, memulihkannya agar tidak kelihatan kusam dan tidak bermaya seterusnya memastikan proses pencerahan berlaku dengan sempurna.

Nano BioWhite
Partikel nano bertindak meresap jauh ke dalam lapisan kulit untuk menghalang pembentukan melanin punca tompok hitam dan kulit kusam.

Ekstrak Kiwi
Kiwi bertindak sebagai antioksida dan mengelupas kulit dengan lembut untuk menghasilkan sel-sel kulit baharu. Kandungan semula jadi pada Kiwi yang kaya dengan Vitamin C (2 kali lebih tinggi daripada lemon) membantu memastikan proses pencerahan berlaku secara lembut dan selamat.

Hasilnya: Kulit menjadi halus, mulus dan cerah sempurna.
* Pada lapisan epidermis.
** Dengan penggunaan berterusan bersama rangkaian produk SAFI BALQIS White Trilogy.

Sumber: Safi

Toodles!
Share:

07 July 2014

Giveaway Cash RM1000 by Emas Putih

Hi Korang.

Jemput join segmen by blogger Emas Putih jom :)

As-Salam

[Sila Tekan Banner Diatas If Nak Join]


Toodles!

Share:

Siapa Fir Rahman memegang Watak Johan dalam Drama Ramadan Jangan Pergi

Hi, hi fellow.

Since drama Ramadan Jangan Pergi di mainkan di TV3, rata-rata penonton mencari sinospsis drama ni. Page view belasan-belasan since blog ni dibuat, tup-tup naik mendadak dek kerana penangan drama Ramadan Jangan Pergi. Memang awesome la korang! Terima kasihlah pada yang sudi mai baca sinopsis kat blog PG ni ya ;) muah² love korang!

Fir Rahman aka Johan

Siapa Fir Rahman. Waaa, dolo-dolo, form 5 la, PG berada dekat aliran sastera tau, da rasa macam buat review buku laksamana apa ntah tu, lupa da :D plot-plot satu-satu citer tu wajib kena buat. Ahaha. Jadi bila nak view pasal orang, pelakon ke something barang ke, thank god, macam dipermudahkan je. Hehe. Perasan sungguh!



Ok, berbalik dengan Fir Rahman, jejaka hensem (hensem ke?!) dari singapura! Sekampung Aaron Aziz la kan. Pelakon baru kot kan, tak perasan pegang watak apa kat mana-mana. Membawa watak Johan, suami dan ayah dalam drama Ramadan Jangan Pergi. Menceraikan Farah (lakonan Siti Saleha) dengan alasan berkahwin dengan Nadia (lakonan lufya yang juga penyanyi ost untuk drama Ramadan Jangan Pergi) atas dasar semoga mak ayah johan menerimanya semula dalam keluarga, since johan dibuang keluarga gara-gara berkahwin dengan farah.

Apa yang bakal terjadi dekat Johan? Farah dan Nadia? Sama-samalah kita nantikan tau ;D

Toodles!
Share:

Sinopsis Ramadan Su

Hi.



Sinopsis Ramadan Su

Drama bersiri ini mengisahkan azam seorang ibu berkerjaya yang mahu memasak untuk anak-anaknya pada bulan Ramadan. Lebih menarik, satu resipi akan dikongsikan pada setiap penghujung episod.

Su (Rita Rudaini) dikurniakan dua orang anak Mukhriz dan Munirah hasil perkahwinannya dengan Lukman (Faizal Hussein). Su ialah seorang wanita berkerjaya yang mengharapkan bibiknya untuk menguruskan segala urusan rumah dan lebih cenderung membawa keluarga makan di luar ataupun membeli makanan dari luar.

Bulan Ramadan bakal tiba tidak lama lagi. Rakan-rakan sepejabat Su sering berbincang tentang resipi masakan untuk bersahur dan berbuka puasa. Su menganggap memasak itu sesuatu yang menyusahkan. Hati Su terusik apabila melihat kemesraan anak-anaknya bersama-sama bibik dalam menyediakan juadah. Buat pertama kalinya, Su berazam untuk memasak demi keluarganya pada bula puasa. Berjayakah Su?
Lakonan: Rita Rudaini, Faizal Hussein, adik Mior Adha, Najmi, adik Nur Qistina Raisah, Kismah Johar, Kartina Aziz, Siti Chubby dan Chef Azli.

Toodles!
Share:

Sinopsis Raya Ni Mesti Kahwin

Hi.


Sinopsis Raya ni mesti kahwin

Nana rasa tertekan apabila tema serumahnya telah bertunang dan bakal berkahwin selepas Hari Raya. Mak Piah selalu mendesak Nana untuk cepat berkahwin. Akhirnya Nana memulakan misi untuk mencari calon suami sebelum tiba Hari Raya. Adakah Nana akan menemui calonnya? Sama-samalah kita nantikan ye ;D

Dibintangi Oleh:
Nina Iskandar, Amar Asyraf, Azlee Khairi, Shah Iskandar dan ramai lagi.

Toodles!
Share:

06 July 2014

Mata Panda Selamat Malam

Hi.

Hari ni keluar dating dengan suami. Bajet macam belum nikah kawen pula kan. Hihi. tak pa! Kita ni, bagi yang da nikah kawen kadang, kena jugalah spent our time berdua. Macam aku, belum di berikan rezeki untuk menimang anak lagi, memang my time dengan suamilah. Lain time, dengan kengkawan, plus family :)

Sebenarnya aku da tak larat nak menaip. Awal pagi lagi da keluar rumah, dekat nak berbuka tadi baru nak balik umah. Kat sabah memang awal berbuka dari semenanjung malaysia. Teringat pula waktu berbuka kat ipoh, umah mak abah mentua. Sobsob~.

So, aku nak masuk beradu dululah. Esok cerita aku pegi dating kat mana dengan suami. Hurm, tetiba rindu bertandang kat orang jauh. Sob²~.


Toodles.
Share:

05 July 2014

Anak Linda Rafar Meninggal Dunia | Al-fatihah

Al-fatihah. Al-fatihah.

Terkejut menerima berita ini. Anak Linda Rafar telah menemui penciptanya pada hari ini. Melalui laman web ohbulan.com, Linda Rafar telah mengesahkan berita ini pada pukul 6 petang hari ini melalui instagram beliau sendiri. Anak Linda Rafar mengalami ketumbuhan kronik diperut pada april lalu. Al-fatihah.


Kredit: ohbulan.com

Al-fatihah
Share:

Raya Mega Sale with Watsons!

Hi fellow.

Watson, jenama rangkaian runcit produk kesihatan dan kecantikan memang menjadi tempat kegemaran aku untuk membeli belah barang keperluan peribadi.

Bukan setakat itu, as a member watsons, waktu sale memang akan aku sentiasa nanti-nantikan. Bukan sahaja harga yang jauh lebih murah, tapi juga banyak point yang boleh didapati. Masa dapat point tu memang best! Contoh jika barang yang kita beli dalam lima poloh inggit, kita boleh dapat dalam pengurangan harga tau. Memang fav aku la ;) kengkawan aku sampai nak jadi member. Sobsob~ sedangkan depa boleh je guna kad member aku! Bestnya, aku dapat point. Hehe.

Watsons Raya Mega Sale!

Sebut pasal watsons, watsons ada buat jualan mega sempena raya tau. Korang akan dapat potongan sebanyak 50%, bermula 24 jun 2014 sehingga 06 Ogos 2014 ini. Wow! Ok, lets check this out here ok ;) (watsons).

Temui Artis!

Bukan takat membeli belah dan mendapat diskaun yang super B! Korang juga berpeluang bertemu dengan para pelakon Drama baru keluaran TV3 dengan kerjasama Watsons, bertajuk Raya Ni Mesti Kahwin, lakonan Nina Iskandar, Amar Asyraf, Shah Iskandar, Azlee Khairi dan ramai lagi.


Jom membeli belah kat watsons sekarang ;)
Toodles.
Share:

Siapa Amar Baharin dalam Carian Tertinggi Google Jun 2014?

Hi fellow.

Base on entry blogger yumida, Carian Tertinggi Google Jun 2014. Tertera nama Amar Baharin. Siapakah Amar Baharin itu? Pelakon? Majistret? Hehe. Da macam drama ibu mertua ku pula :D

Ok, Amar Baharin seorang pelakon yang baru meningkat naik. Drama terdekat yang korang boleh tengok is, drama di Slot Akasia, TV3. Kerana Terpaksa Aku Relakan.


Boleh tak jangan so sweet sangat :D


Amar Baharin bersama pelakon cantik Izreen Asminda dalam slot akasia, 
Kerana Terpaksa Aku Relakan. 

Dikabarkan, Amar menjadi punca penceraian Izreen Asminda dan bekas suami. Waallahualam.

Amar Baharin
Nama penuh Amar Mohd Baharin, 29 Tahun (2014), bangsa melayu, asal kajang selangor, menetap di Kuala Lumpur, pekerjaan of course Pelakon, dan juga model. Amar study di Smk. Bukit Bandaraya juga di Sekolah Menengah Teknik Tengku Ampuan Afzan sebelum melanjutkan pelajaran dan menjadi graduan jurusan kejuruteraan elektrik di UiTM Shah Alam. 
Instagram: amarbaharin 
Facebook: amar.baharin
Twitter: amarbaharin
Lakonan Drama/ Filem: 
Geng Surau musim kedua, Anak Wayang (2009), Pontianak Beraya Di Kampung Batu 2, Drama Nazihah, Laila Manja (TV3), Kau Dan Aku (Astro Ria), Shopaholic, Ketika Cinta Merintih, Mat Kental, Tanah Kubur, Mimi Mencari Cinta (Astro), Kerana Terpaksa Aku Relakan (2014)
Share:

Hanie Soraya | Hujung Dunia

Hi.

Hanie Soraya Taha. Baharu tahu, hanie ni pula penyanyi lagu yang femes memes Hujung Dunia sekarang ni. Ingatkan tadi si pelakon cantik, juga penuh dengan kontroversi hanis suraya tu. Kalau sebut nama depa seakan sama je kan ;)

Kredit: Syazni b 
Fikir sebelum bicara
Susah sebelum senang
Jatuh sebelum berjaya
Sedar sebelum ---
Menyanyi biar dari hati
Berjanji biar pasti

Chorus:
Hingga ke hujung dunia ini
Pasti adanya suka dan duka
Kamu dan aku
Hingga ke hujung dunia ini
Pasti ada menangis ketawa
Bersama-sama

(Hingga ke hujung dunia)
Hingga ke hujung dunia

Kurang kamu sesuatu
Pantas waktu berlalu
Terimalah seadanya
Tiada apa yang sempurna

Menyanyi biar dari hati
Berjanji ditepati

[Ulang chorus]
Walau apa pun yang telah terjadi
Perlu tabah kau hadapi
Segala yang pernah kita lalui
Menjadikan kita yang hari ini

Lalalala lalalalala
[Ulang chorus]

Hehe. Sambil update blog sambil nyanyi lagu ni. Boleh je kan ;) kan salah satu tips elak mengantuk :D

Toodles!
Share:

Asus Fonepad 7 Dual Sim (ME175CG) Spesifikasi

Hi.

Sekarang ni aku pakai Asus Fonepad 7 ni pula. Bukan apa, senang nak update blog dimana-mana sahaja. Tapi sebagai pengguna tegar smartphone dengan pengunaan kamera 100% memang suka bergambar, asus fonepad 7 bukan pilihan utama. ;D apa pun, mari aku kongsikan sedikit info mengenai Asus Fonepad 7.


Asus Fonepad 7 Dual Sim (ME175CG) Spesifikasi

Operating System
AndroidTM 4.3 
Display
7" LED Backlight WXGA (1280x800) Screen
IPS Panel
10 finger multi-touch support 
CPU
Intel® Atom™ Z2520 Dual-Core, 1.2 GHz 
Memory
1GB 
Storage
8GB
16GB One Year ASUS Webstorage Space *2 
Network Standard
HSPA+ UL:5.76 Mbps/DL:42 Mbps
3G : WCDMA : 850/900/1800/1900
2G : EDGE/GSM : 850/900/1800/1900, 
Wireless Data Network
WLAN802.11 b/g/n
Bluetooth V4.0 
Camera
1.2 MP Front Camera ( 720p Video Recording )
5 MP Rear Camera ( 1080p Video Recording ) 
Audio
High Quality Speaker 
Interface
1 x Micro USB (USB OTG support)
1 x 2-in-1 Audio Jack (Headphone / Mic-in)
1 x MicroSD,supports up to 64GB of additional storage
2 x Micro SIM Card Slot(Dual SIM Sku)*1*4 
Sensor
G-Sensor, E-compass, Proximity 
Battery
10 hours; 15Wh Li-polymer Battery *3 
Standby Time
720 hours(3G) 
Navigation
GPS, GLONASS & AGPS 
Color
Gary/
White 
Dimensions
199.5 x 120.8 x 11.35 mm (WxDxH) 
Weight
340 g

Toodles! ;)
Share:

Tips Hilangkan Rasa Mengantuk

Hi.

Good morning! Hari ni duduk rumah sahaja. Bolehlah lelapkan mata sampai lebam biji mata :D hehe. Pemalas betul. ;P tak de la, sebenarnya banyak benda kita boleh buat ketika free macam ni, lebih-lebih lagi dalam bulan ramadhan ni. Tak semestinya kena layan lemah sebab bangun sahur tadi. Bagi yang bekerja macam aku, anggaplah seperti rutin kita pegi kerja. Tak kan la awal pagi kena tidur pula kat office kan. Tak kot. ;)


Tips hilangkan rasa mengantuk

  1. Hampiri kawasan bercahaya terang
  2. Basuh muka
  3. Wangian aromaterapi
  4. Senyum dan lakukan perkara baik
  5. Dengar muzik
  6. Senaman ringan
  7. Pandang pepohon hijau
  8. Segarkan semangat korang
  9. Urut
  10. Minum air - hehe, ni puasa memang tak boleh la kot kan :D
  11. Amalkan teknik pernafasan betul
  12. Berjalan-jalan
  13. Membaca Al-quran

Ar itu dia, tips yang aku boleh share untuk korang. Apa yang penting is kuatkan semangat! Semangat kena ada untuk merangkumi semua tips yang aku sebut tadi. Selamat mencuba! ;)

Toodles!
Share:

Datuk Sharifah Aini Meninggal Dunia | Al-fatihah

Al-fatihah. Al-fatihah.

Datuk Sharifah Aini meninggal dunia. Melalui laman web Astro yang aku baca baru-baru tadi, dan agak terkesima, datuk sharifah aini telah meninggal dunia pagi sabtu tadi. Ketika umat manusia yang lain telah lena di ulit mimpi indah, tetapi ada hamba Allah yang sedang pergi meninggalkan kehidupannya di dunia dan pergi menemui kehidupan yang satu lagi, kehidupan kekal abadi. Al-fatihah Sharifah Aini.


"Dari Dia kita datang,
dan dari Dia juga kita kembali"
Al-fatihah.
Share:

04 July 2014

Kisah Penghijrahan Pengislaman Felixia Yeap (Rania)

Hi.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur alhamdulillah aku ucapkan buat blogger terkenal Felixia Yeap, atau nama islamnya kini Rania.

Peluk Agama Islam pada 03 Julai 2014

Rania telah memeluk Agama Islam pada 03 Julai 2014 bersamaan 05 Ramadhan 1435H, yang juga jatuh pada tarikh hari lahir beliau sendiri. Menganggap hari keislamannya, hari penghijrahannya, rania yakin itu adalah hari kelahiran semula dirinya.
3 Julai 2014, bersamaan dengan 5 Ramadhan 1435. 
Saya yang telah Islam di hati (tanpa disedari), kini akan mengucapkan 2 kalimah syahadah saya di depan keluarga terdekat saya, dan juga para kenalan yang telah seringkali menyokong dan memberi galakkan pada saya supaya terus istiqamah. 
Tidak ada sebarang media yang akan hadir. 
Hari ini bukan hanya saja Hari Lahir saya...tetapi juga Hari Kelahiran Semula saya.

Hari saya kembali akhirnya selepas 28 tahun mencari jalan pulang. Kredit: Felixia Yeap Blog

 Toodles!
Share:

03 July 2014

Buffet Ramadhan Casa Ombak

Syukur alhamdulillah, Ramadhan datang lagi. Ramadhan tanpa "Buffet Ramadhan" memang tidak sah. Ibarat irama tanpa lagu, yang tidak dapat dipisahkan. Oleh itu, Ombak Creative juga tidak ketinggalan sama menyediakan pakej "Buffet Ramadhan" sepanjang bulan ramadhan ini.

Buffet Ramadhan Casa Ombak by Ombak Creative

Sebelum saya membicarakan lebih lanjut mengenai Buffet Ramadhan Casa Ombak, mari kita baca sedikit info mengenai Ombak Creative. Siapakah Ombak Creative?

Ombak Creative merupakan sebuah syarikat event yang mana pengurusannya adalah dibawah Casa Ombak Sdn. Bhd, yang mana dimiliki sepenuhnya oleh syarikat milik bumiputera kita iaitu, Ombak Creative Solution.

Ombak Creative telah beroperasi selama lebih daripada sepuluh (10) tahun, dalam menjalankan perkhidmatan pengurusan event seperti majlis perkahwinan, majlis koperat, persendirian, katering dan pelbagai event lagi dibawah satu bumbung.


Salah satu gambar by Ombak Creative.
Sangat cantik kan? :)

Majlis Perkahwinan

Untuk majlis perkahwinan, Ombak Creative selaku perancang perkahwinan, akan membantu bakal-bakal pengantin, dalam merancang perkahwinan dan juga sekaligus merealisasikan hari bahagia anda.

Sesuai dengan tagline mereka 'Your True Experience', Casa Creative menjanjikan satu kelainan, iaitu, hanya dengan membayar mengikut budget dan kemampuan anda, kami yakin anda bakal berpuas hati dengan hasil kerja kami.

Lokasi Perkahwinan Ala Taman

Lokasi event Ombak Creative, terletak di Casa Ombak Banglo, No. 22 Jalan Damai off Jalan Ampang. Lokasi Event yang super awesome, berkonsepkan ala garden.

Memang sesuai untuk si bakal pengantin, yang mengutamakan keindahan alam semulajadi untuk hari bersejarah mereka.

Untuk mengetahui lanjut mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh Ombak Creative, anda boleh klik disini (Ombak Creatives)

Artikel Berkaitan:


Buffet Ramadhan Casa Ombak

Berbalik dengan Buffet Ramadhan Casa Ombak. Sepertimana yang saya katakan tadi, Ombak Creative juga turut menyediakan promosi Buffet Ramadhan sepanjang bulan ramadhan ini. Memberikan kelainan, menikmati hidangan berbuka puasa dengan dikelilingi dengan suasana ala garden di tengah-tengah hiruk piruk bandaraya ibu kota metropolitan Kuala Lumpur!

Sesuai dengan tagline mereka kali ini, iaitu:
"There is something different, we are pleased to introduce our place for your ‘Buka Puasa’ at our garden” – Casa Ombak"

Menu utama Buffet Ramadhan Casa Ombak

Untuk info anda, Buffet Ramadhan Casa Ombak menyajikan hidangan Masakan Kampung sebagai menu utama berbuka puasa.

Pastinya, menjamah masakan kampung, bakal mengubat rindu seketika pada suasana kampung. Tak sabar pula rasanya hendak balik ke kampung Hari Raya Aidilfitri nanti kan. :)

Selain pelbagai aneka juadah berbuka ala 'buffet' juga tersedia 'buffet stall', agak lebih open space sedikit agar anda mahupun keluarga, rakan-rakan, sanak saudara mudah untuk memilih juadah berbuka yang telah disediakan mengikut selera masing-masing.

Istant Cook Stall

Lebih menarik juga adalah, "Istant Cook Stall' turut tersedia. Hidangan pula disediakan sendiri oleh chef Casa Ombak untuk anda yang inginkan kelainan dalam menikmati hidangan masakan kampung ala kampung. Pastinya ada yang merasakan ianya adalah seperti masakan air tangan ibu! siapa tahu. ;)

Harga Buffet Ramadhan Casa Ombak

Harga Buffet Ramadhan Casa Ombak amatlah berpatutan bagi saya, dan ianya mampu untuk dinikmati oleh sesiapa sahaja.

Berikut adalah harga yang ditawarkan oleh Buffet Ramadhan Casa Ombak:
Dewasa : RM55nett
Kanak-kanak (05 - 12 tahun) : RM27nett

Lokasi Buffet Ramadhan Casa Ombak


Casa Ombak Sdn Bhd, 
No. 22 Jalan Damai, 
off Jalan Ampang, 
55000 Kuala Lumpur

Tempahan Buffet Ramadhan Casa Ombak

Tempahan boleh dibuat untuk individu, secara berkumpulan, keluarga atau pun syarikat dan boleh dibuat melalui seperti berikut:-
Call/Whatsapp : Akma Omar 013 2680001
Tel : 03 21818750
Call/Whatsapp : 013 624 1417
Call/Whatsapp : 012 662 1062
Facebook page : Ombak Creative
Website: www.OmbakCreatives.com

Bagaimana? Sangat menyelerakan, kan? Selamat mencuba tau! ;)

Contest Duit Raya Casa Ombak ini dianjurkan oleh AkmaOmar.com, ditaja oleh Pengurus Perkahwinan Ombak Creative, Lelaki Kacak, Roti Boom Asli, Custom Tshirt, Denaihati.com, Inspired Magazine, Profhariz.com, KitePunye.com, Zoncinta.com, Jawatan Kosong Kerajaan, Exam PTD

Toodles!
Share: