31 August 2014

Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta

Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta. Bila aku mula menaip tentang ini, entah berapa puluh kali aku tekan butang x yang ada dalam keyboard Asus Fonepad 7 aku ni. Aku seakan kehilangan kata-kata. Apa yang perlu aku katakan dan apa yang perlu aku persoalkan lagi tentangnya?

Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta!

Ya. Aku orang Malaysia! Anak Malaysia, dan aku juga berbangga menjadi anak jati Sabah, Negeri dibawah bayu yang menjadi sebahagian daripada Malaysia.

Di sini lahirnya sebuah cinta

Betul. Di sini lahirnya sebuah cinta. Aku juga lahir setelah Malaysia mendapat kemerdekaan iaitu pada tahun 1957. Terima kasih mak pak. Tanpa mereka, aku mungkin tidak akan ada di sini. Bertepatan dengan tema Hari Kemerdekaan Malaysia pada tahun ini, 'di sini lahirnya sebuah cinta', maka tidak salah aku katakan di sini lahirnya aku juga kerana sebuah cinta daripada mereka. Terima kasih Malaysia! Jadi, apa lagi mampu aku keluhkan tentang Malaysia? Tiada!

Tanpamu, aku bukan sesiapa

Ya. Tanpa Malaysia, aku bukan sesiapa. Aku tidak akan punya identiti di sini. Terima kasih Malaysia. Terima kasih sebab aku lahir ketika namamu gah!, dan semoga namamu terus gah dan gemilang untuk anak-anak cucuku di generasi seterusnya. InshaAllah. Untuk mereka juga merasa dan berasa syukur padamu dan padaNya, aku akan sentiasa mendoakan agar Malaysia terus berdiri teguh!

Syukur Alhamdulillah

Syukur alhamdulillah Malaysia. Ya. Apa lagi yang boleh aku katakan padamu Malaysia, jika bukan tanda syukur ketika dan saat ini berbanding keadaan sebelum Malaysia mendapat kemerdekaannya?. Pasti sukar untuk digambarkan oleh kita yang telah lahir selepas tahun 1957, bukan.

Jika dibanding juga keadaan kita sekarang dengan negara luar di kala ini yang sedang mengalami pergolakan politik, peperangan, kelaparan, kemiskinan dan segalanya, aku yakin, korang juga akan berasa bersyukur dengan apa yang telah Malaysia berikan tika ini. Syukur alhamdulillah, terima kasih Malaysia. Jadi, apa lagi yang perlu aku keluhkan? Apa lagi yang perlu aku persoalkan? Tiada. Terima kasih Malaysia.

Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta. Terima kasih juga aku ucapkan buat blogger denaihati.com kerana telah memberikan peluang untuk aku meluahkan rasa kecintaan aku pada Malaysia dengan segmen anjuran beliau. Rasanya tanpa segmen ini juga, kita kena sentiasa tanamkan dalam diri, jiwa kita untuk cintakan Malaysia. Sebab, Malaysia adalah tanah airku, tanah air kita, dan Malaysia hanya satu.


Selamat Hari Merdeka yang Ke-57 Malaysia. 
Merdeka!  Merdeka! Merdeka! 

Toodles.
Share:

26 August 2014

Senarai Harga Perodua Axia

Senarai Harga Perodua Axia. Kengkawan kata harga bulanan Perodua Axia paling murah dalam RM250.00 ke RM300 something. Giler murah wei! Savy kitaorang tu pun RM300 sebulan something. Viva aku pakai sebelum ni pun dalam RM400 something. Kira Perodua Axia bulanan memang murahlah kan. Mari tengok senarai harga perodua axia.

SENARAI HARGA PERODUA AXIA


Kredit: Google
  1. Standard E (1.0 E manual) – RM24,900 (solid), RM25,300 (metallic)
  2. Standard G (1.0 G manual) – RM32,800 (solid), RM33,200 (metallic)
  3. Standard G (1.0 G automatic) – RM34,800 (solid), RM35,200 (metallic)
  4. Special Edition (1.0 SE manual) – RM37,900 (solid), RM38,300 (metallic)
  5. Special Edition (1.0 SE automatic) – RM 40,900 (solid), RM41,300 (metallic)
  6. Advance (1.0 AV automatic) – RM44,900 (solid), RM45,300 (metallic) - Sumber: kepalabergetar.blogspot.com

Entri Berkaitan:

Suami kata, deposit kena besar sikit kalau nak dapatkan bulan dalam dua ratus something tu. ;)

Toodles.
Share:

Sinopsis Kalau Itu Jodoh Kita

Sinopsis Kalau Itu Jodoh Kita. Macam best je drama ni kan.


Mempamerkan kehidupan pasangan suami isteri yang masih muda dan diuji dengan pelbagai ujian. Perkahwinan antara mereka telah diaturkan oleh orang tua mereka. Pelbagai dugaan yang dihadapi dan memerlukan kesabaran yang tinggi untuk mempertahankan rumahtangga mereka. Akhirnya, Feroz sedar yang Lutfa adalah cinta pertamanya dan seorang isteri yang cukup sempurna. Feroz dan Lutfa sedar bahawa restu pilihan kedua orang tuanya adalah pilihan yang terbaik bagi mereka.

Lakonan Qi Razali, Uqasha Senrose, Anzalna Nasir, Pekin Ibrahim. Akan ditayangkan Ogos ini di TV Alhijrah saluran 114.

Kredit: Kepalabergetar.blogspot.com
Toodles.
Share:

Siapa Kata Jadi Urus Setia Kursus itu Best?!

Propa sungguh tajuk kat situ kan. terang-terangan nak bagitau korang, jadi urus setia kursus ni ada best dan tak bestnya.

Best bila....

  1. Makan free kat tempat kursus
  2. Tak perlu buat lain-lain kerja (duduk sambil scroll facebook dari pagi hingga habis kursus) 
  3. Tak payah masuk office, nak kejar tumb merah ke ape
  4. Petang habis kursus, kursus awal habis 4.30 macam tu, terus balik rumah. yahooo!
  5. Boleh suka hati blogwalking dekat blog. lagilah best aku kata!!

Tak best bila...
  1. U duduk kat sini dari pagi hingga petang then u do nothing. aku bukan manusia yang suka duduk tanpa buat apa. aku cepat bosan!
  2. Kena duduk dengan penceramah kursus bila time breakfast, lunch dan minum petang. tak suker!
  3. Lagi tak best bila internet dekat dewan kursus 'shut down'. Sure tak boleh nak blogwalking la kan


Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan Semua!

dan banyak benda lagi aku nak sebut. tapi malas nak sebut. kang tak pasal-pasal bos aku terbaca aku tulis ni, silap haribulan, sebulan juga aku kena duduk jadi urus setia kursus :D

Toodles.
Share:

Pasangan Pengantin Bogel di Ipoh, Perak. Apa Kata Felixiayeap (Raisyyah Rania Yeap)?

Pasangan pengantin berbogel di Ipoh, Perak. Korang boleh baca dekat sini. Aku tak nak kata banyak pasal itu, sebab aku bukan orang yang sepatutnya nak judge depa. Tapi apa yang aku nak kongsi is, kata-kata Felixiayeap atau Rania tentang ini on her facebook.

 kredit : mymediahubonline

Apa kata Felixiayeap (Raisyyah Rania Yeap)

Read the news about a pair of models posing half naked in my hometown (Ipoh) for a bridal commercial photography shoot.

Out on the open road in the middle of the town, in the middle of the traffic.

That was something new.

As long as I had been a model (my previous modeling field as a sexy model) I have had modeled that way a lot of times...but all were done in disclosed areas or by the private beaches. (NOT ANYMORE, of course, that was my past)

But THEY... (the models, the organizers and the photographers)...certainly have guts.

But perhaps they have forgotten that this is an Islamic country where the majority are Muslims.

Or maybe they just aren't local people, thus they hadn't noticed.

Anyway, in my personal opinion, not with intention to offense anyone, I really hope this would not be a trend here. If you really need to do it (to be a bikini/lingerie model) as it's your job and profession, perhaps try to persuade or make sure that it is done at a more appropriate venue.

Let's not encourage women to wear lesser and lesser in public.
A woman's modesty is supposed to be priceless.

Don't just be a model...be a role model too.
Toodles.
Share:

25 August 2014

12 Pelajar Akademi Fantasia 2014!

Senarai 12 orang Pelajar Akademi Fantasia 2014 untuk info korang. 


Senarai enam (6) orang Pelajar lelaki Akademi Fantasia 2014:

  1. Azwan Satar, 30,
  2. Ikhwal Hafiz Ismail, 22,
  3. Mohd Firman Bansir, 25,
  4. Mohd Razman Abd Aziz, 22,
  5. Muhd Zharif Mohd Kamil, 26
  6. Muhd Fareezuan Adnan, 19


Senarai enam (6) orang Pelajar Wanita Akademi Fantasia 2014:

  1. Adeline Joyce Masidah, 21,
  2. Muna Shahirah Munadi, 20,
  3. Nina Nadira Naharuddin, 22,
  4. Nor Aziha Md Salleh, 20,
  5. Syamila Nuhair Zainordi, 21,
  6. Walfadhilah Suhaizat, 19.



12 orang Pelajar Akademi Fantasia 2014 bersama para barisan tenaga pengajar AkademFantasia 2014, termasuk Zizan Razak iaitu hos mingguan Akademi Fantasia 2014, disamping Jihan sebagai pengacara diary AF2014 kali ini.


Senarai barisan tenaga pengajar Akademi Fantasia 2014:

Acis sebagai guru muzik dan pengarah muzik konsert, 
Siti Hajar (guru vokal), 
Fatimah Abu Bakar (Guru Motivasi) 
Linda Jasmine (Guru Tarian) dan 
Datin Marlia Musa (Guru Seni Persembahan)

Pengetua Akademi Fantasia 2014?!

Pengetua untuk Akademi Fantasia 2014 masih menjadi tanda tanya! Melalui perkabaran blog abang nara a.k.a beautifulnara, Penyanyi Awie dan juga M. Nasir adalah antara nama yang disebut bagi menduduki kerusi yang memang panas tu. Apa pun, kita nantikan bersama ok!

Toodles.
Share:

24 August 2014

Welcoming MH17 | Pray for MH17

Tiada satu pun diantara mereka adalah saudara mara aku. Tiada. Tapi aku terkesima, terkesan. Bila melihat ketibaan jenazah live from TV3 tadi, jumaat hari tu tak dapat tengok sebab kerja, jadi awal pagi aku da menapak depan tv, tak nak ketinggalan ketibaan live jenazah yang kedua ni pula.

TERKESAN

Ya. Sebagai manusia, sisi jiwa perasaan aku tak dapat nak tepis perasaan yang ada. Aku sedih. Pedih. Luluh. Terkesan. Aku hampir mudah menitiskan air mata. Lebih-lebih lagi view fokus betul pada keluarga mangsa :( Semoga mereka tabah. Semoga mereka tenang. Semoga mereka baik-baik sahaja! Ya Allah, bantulah mereka untuk tabah menjalani kehidupan mereka selepas ini. Al-fatihah.




Toodles.
Share:

23 August 2014

Entri Blog di Muka Pertama Google

Berada di page pertama dalam carian google? Memang aku tabik spring la sapa ada kat situ. Bukan senang tau nak berada dikedudukan depan muka surat pertama macam tu.

iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger

Yup. Jika korang search keyword iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger diatas, akan nampak mereka-mereka yang ada difront page tersebut, maka bagi aku, mereka adalah sangat hebak! As aku katakan tadi, bukan senang untuk berada dihadapan muka surat pertama carian google! By the way, contest tiga (3) iPhone 5s untuk dimiliki still on going!

Cantiknya Kajol Keyword

Hehe. Aku bukan teror sangat bab-bab SEO ni, as aku tulis kemarin lepas Mudahnya Belajar SEO. Tidak! Bukan mudah ok. Banyak benda kena tahu! Banyak benda kena baca. Banyak benda kena research. Terutamanya keyword! Korang boleh google apa yang aku maksudkan dengan SEO dan apa hubung kaitnya dengan keyword tu tadi.

Sebut pasal keyword Cantiknya Kajol. Ok, ini sangat mengejutkan. Sebab, tadi pagi dapat mesej dari blogger Kamil Salleh, empunya blog sensasi2020.com. hehe. Korang boleh tengokla sendiri. Tapi! Bukan nak bermegah tau. But just nak share dengan korang is, keyword atau tajuk yang unik atau simple macam tu pun kadang boleh menjadi carian pembaca. Nasib sahaja jika dapat duduk dekat page pertama google. Apa pun, SEO bukan mainan PG :D



Terima kasih bagitau PG bang kamil! :)
Toodles.
Share:

22 August 2014

Cantiknya Kajol di Majlis Pelancaran Astro BollyOne HD

Kajol di Majlis Pelancaran Astro BollyOne HD. Cantik kan dia? :) Lisa Surihani pun cantik.





cantikkan beliau? :)
korang. Blog Denaihait.com tengah buah contest tau, iaitu contest iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger. Bukan satu (1) iPhone 5s beliau nak kasi, tapi tiga (3) bijik! Jom cepat klik sini - 3 Unit iPhone 5s Untuk Dimiliki. 

Toodles.
Share:

21 August 2014

Mudahnya Belajar SEO

Apa itu SEO? Merujuk kata-kata sis Akmaomar.com melalui blog beliau, SEO adalah satu proses yang mana akan memberi kesan kepada penglihatan semula jadi atau pun hasil yang organik melalui enjin carian. Katanya lagi, seseorang penulis blog atau pemilik laman perniagaan sudah pasti atau tidak salah kalau PG kata, SEO adalah perkara utama untuk dipelajari selepas kita mempunyai blog.

Mudahnya Belajar SEO




HasrulHassan.com

Senang  dan mudah sahaja berkata-kata, bukan? Tapi. Untuk mempelajarinya, sebenarnya ianya mengambik masa. Sehari, dua hari. Tiga hari atau mungkin berbulan dan bertahun juga lamanya.

Blogger HasrulHassan juga pernah mengatakan, untuk belajar mengenai ilmu SEO ini, mengambil masa bertahun juga. Bertahun lama tuk PG tak pasti.

Jika korang berkesempatan untuk mengetahui lanjut tentangnya atau ingin tahu lanjut tentang SEO, Uncle HasrulHassan boleh menjadi rujukan yang terdekat. PG juga menjadi salah seorang silent readers Uncle HasrulHassan.

Ilmu SEO yang beliau ada, tidak mampu PG korek dalam-dalam. Ye la, blog PG ni pun masih baharu. Banyak benda lagi nak kena explore orang kata. SEO bagi mereka yang otai, memang kacang je la kan :D

Korang. Masih sempat jika henda join Contest iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger anjuran Denaihati.com. Bukan satu (1) bijik iPhone 5s beliau nak kasi, tapi tiga (3) bijik tau :D Jom. Klik Sini - Tiga iPhone 5s Untuk Dimiliki

Toodles.
Share:

17 August 2014

Merajuk

Yup. Aku nak cakap yang aku tengah merajuk sekarang ni! Banyak benda yang buatkan aku merajuk. Merajuk dalam hati je la. Kalau kat luar, nyata sungguh masih anak mama. Oh, teringat seketika. Someone told me, that I'm still anak mama. Who cares! Memang aku anak mama kot :D


Yes. Aku memang tengah merajuk!

Toodles.
Share:

11 August 2014

Please. Hug Me!

Ya Allah.

aku harapkan kesabaran yang amat tinggi tika ini.
sebab aku pretty sure, orang yang bersabar itu pasti ada sesuatu untuknya.
pasti ada yang lebih baik dan membahagia untuknya nanti.
please. i cant stand anymore. please help me.
i will try my best to ignore all the thing if U help me Ya Allah. T_T


i need that hug! T_T

Toodles.

Share:

09 August 2014

05 August 2014

Siapa Fatin ilani Di Sebalik Gambar Berkebaya Labuh Berlatarkan Pemandangan Ibu Kota Kuala Lumpur dengan Mesej Keamanan GAZA!

hi korang's.

Fatin ilani. Siapa Fatin Ilani?. tetiba je nama beliau femes dekat google. PG ada buat sedikit carian, and what i found is, and korang boleh tengok je la dekat gambar-gambar kat bawah. Fatin ilani, seorang gadis muslimah yang bergambar berlatarbelakangkan pemandangan ibu Kota Kuala Lumpur, bergambar disebalik pencakar langit dengan memegang mesej keamanan di Gaza. as korang sendiri tahu, apakah yang sedang berlaku di Gaza sekarang ini bukan. Gambar-gambar Fatin ilani telah menjadi perhatian blog-blog tempatan dalam tempoh 24 jam yang lalu (sumber webberita.com).


Disebalik Cerita Fatin ilani

Fatin Ilani yang turut dutemubual berkata beliau bersetuju untuk menyertai aktiviti ini hanya kerana Keow Wee Loong yang juga merupakan jurugambar rasmi untuk ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dan tidak akan sesekali bersetuju jika diajak orang lain.

“Saya pun tidak percaya yang saya mampu untuk memanjat sampai ke puncak,” ujarnya yang turut memberitahu ‘pendakian’ mengambil masa 45 minit dan dilakukan dalam persalinan kebaya penuh. Kredit Sepenuhnya: Webberita


Disebalik Cerita Gurugambar Keow Wee Loong

Terkejut. Menceritakan pengalaman beliau sendiri dalam mengambil gambar Fatin ilani tersebut, beliau sendiri agak terkejut dengan keputusan Fatin ilani untuk bergambar di sebuah bangunan yang mana tidak diberitahu dimanakah lokasi tersebut, dan berdasarkan pengalaman beliau sebelum ini, kebanyakan mereka yang mengikuti beliau sangat takutkan ketinggian, tapi berbeza dengan Fatin ilani.





tengok dari atas bangunan ofic tingkat 7 pun aku da gayat giler, apatah lagi bangunan yang bertingkat-tingkat macam ni. tidak!!!

Toodles!
Share:

02 August 2014

Hari Raya je Makan ;)

Hi korg ;)

Adui. Perut tak boleh nak menampung lagi da ni. Masuk la ni, ini rumah ke tiga yang PG mai, dan lauk pauk yang tersedia memang tak boleh nak tolak. Rumah pertama umah makcik, ikan masak ampap memang pergh pecah leleh tak boleh nak tolak. Ikan ampap kalau tak tahu, rupa dia macam gambar kat bawah tu :D perghhh!!!


Ikan Ampap

Rumah ke dua, akak ipar PG yang kedua ajak pi umah kawan dia kat tuaran. Itu cerita semalam. Hampir sesat kat situ. Kawasan kampung yang gelap, hampir nak hujan. Boleh sesat pi hujung dunia yang memang kalau jadi pape etc minyak habis ke memang agak sukar kat situ juga. Lauk? Sambal belacan! Fuhhh memang tak boleh nak tolak la kan :D


Sambal belacan dari negara mana ntah. Tapi macam ni lah rupanya :D

Ar yang ketiga, malam ni lah. Kakak ipar pertama PG pula ajak pi umah kawan dia. Lauk? Sungguh yang ni memang tak boleh sungguh nak tolak. Kalau boleh nak tambah 2 3 kali lagi :D Bakso!! Ya Allah. Memang tangkap leleh wei. Letak kicap, cuka, lada, limau.


Bakso! 

Ok da, tu je nak update ;) esok nak beraya dekat kepayan and papar pula. Mata da mengantuk sungguh ni. Oh kepayan, tanah tumpah darahku :D Ooo sweet memory ever! Muah²!!

Toodles.
Share: