Bantu Azzri Fickri Lawan Kanser Tulang

in , by YatieOwner, Thursday, April 16, 2015
melihat orang yang kita sayang berada dalam keadaan sihat walafiat adalah satu moment yang tidak boleh di jual beli. begitu juga dengan Azzri Fickri. mari baca sedikit mengenai beliau dan sama-samalah kita membantu.

Bantu Azzri Fickri Lawan Kanser Tulang

Azzri Fickri bin Md Yusslin, 24Tahun

Azzri Fickri bin Md Yusslin, 24 tahun, seorang graduan jurusan perniagaan di UiTM Puncak Alam, Selangor. Seorang pelajar, seorang suami yang ingin sentiasa berada disamping isteri tercinta dan juga seorang abang yang ingin melihat tiga orang adik perempuannya membesar dan berjaya dalam hidup.

Di usia yang begitu muda, Azzri Fickri telah menghidapi penyakit kanser tulang sejak empat tahun yang lalu. While aku menulis tentang ini, tahap kesihatan azzri fickri kini semakin tenat, sel-sel kanser telah merebak ke bahagian tulang belakang, hati, bahagian tulang lain dan juga ke otak. Kini, azzri lumpuh sepenuhnya di bahagian kanan badan, manakala hanya bahagian kanan paru-parunya yang masih berfungsi.

  • Lebih teruk lagi, rawatan Chemotherapy kini tidak lagi memberi tindak balas kepada tumor kanser Azzri.
  • Menurut doktor, terdapat 80% peluang untuk badan Azzri memberi tindak balas positif terhadap rawatan HITV itu. Tetapi ia bakal menelan kos yang besar iaitu sebanyak RM250,000.00.
  • HITV merupakan langkah terakhir yang dapat menyelamatkan Azzri dan menurut doktor, rawatan ini tidak akan meninggalkan kesan sampingan.

BANTUAN DIPERLUKAN 'BANTU AZZRI FICKRI LAWAN KANSER TULANG':

Salah seorang rakan karib Azzri, Finn Tan telah menghasilkan satu video bagi membantu Azzri mendapatkan dana untuk membantunya menjalani rawatan HITV tersebut.

*maaf, PC PG tak dapat nak share link youtube.

Finn juga telah menubuhkan 'Azzri Fickri's Cancer Fund' di laman web youcaring.com  (https://www.gofundme.com/start/medical-fundraising) sebagai satu usaha mengutip dana dari orang ramai di UK yang telah mendapat sebanyak £2,584 (RM14,016) buat masa sekarang.

Bantu Azzri Fickri Lawan Kanser Tulang

Selain itu, UiTM Puncak Alam (http://fbm.uitm.edu.my/v2/images/file/Donate.pdf) turut menyebarkan berita tentang kutipan dana untuk Azzri.

Bantu Azzri Fickri Lawan Kanser Tulang

Harapan untuk Azzri kembali sembuh kini terletak pada sumbangan ikhlas kita semua. Sumbangan dana kanser Azzri boleh dibuat melalui 3 akaun di bawah: 

Akaun Maybank:
Azzri Fickri b M. Yussli
1124-8213-7877

M.Yussli Yusoff
5120-4431-7341

Akaun CIMB:
Azah Hassan
7014-94-8002

"My right side was completely paralyzed for 2 weeks and now I'm in great pain due to multiple tumors on my spine," luah Azzri.

Sama-samalah kita membantu.

Toodles.
SHARE 0 comments

Add your comment

For coming and comment, thank u ♥ ;)

© Yatie Owner · THEME BY WATDESIGNEXPRESS