Sinopsis Drama Ku Tak Rela di TV3



Sinopsis Ku Tak Rela

Mengisahkan konflik isteri dan anak sebagai simbol utama. Konflik bermula apabila seorang isteri menghadapi masalah untuk mengandung. Setiap hari fikirannya serabut memikirkan tentang masalah tersebut, pada masa yang sama risau jika suaminya berkahwin lain kerana tidak boleh mengandung. Masalah bermula tatkala Suraya, lakonan Watie Sadali disahkan mengandung. Akhirnya masalah lain timbul apabila anak yang dikandung meninggal dunia dan diganti dengan bayi lain tanpa pengetahuan suaminya.Saat dia membesarkan anak tersebut, Suraya akhirnya dikurniakan seorang lagi anak tetapi berhadapan dengan satu lagi situasi untuk membahagikan kasih sayang antara anak sendiri dan anak angkat. Menambahkan debar tatkala anak-anak mula meningkat remaja dan meminati lelaki yang sama. Satu persatu masalah baru muncul dalam kehidupan keluarga tersebut saban hari. Paling terkesan apabila campur tangan suami yang tidak tahu rahsia besar yang disimpan selama ini akhirnya memburukkan lagi situasi keluarga mereka.

kredit : infolaju

Toodles.

0 Komen:

Post a Comment

terima kasih komen ❤
komen anda sangat PG hargai! ;)