Selamat Menyambut Pesta Kaamatan Sabahan!

hi fellos. PG nak ucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan buat seluruh rakyat Malaysia yang meraih perayaan ini, amnya buat rakyat negeri sabah sendiri yang mana, ini adalah amalan secara tradisi kaum kadazan dusun sejak zaman bersama. PG pun ada darah Kadazan Dusun ni, sebab mama PG berbangsa Kadazan Dusun sendiri. hehe. Cumanya PG ni je tak reti nak berbahasa ibunda mama :D malu pula. haha.

Apa itu Pesta Kaamatan? 

Ok. Untuk kengkawan blogger PG, Pesta Kaamatan atau nama lain Tadau Kaamatan, atau juga dalam bahasa Kadazan, called Magavau, merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati Bambazon, iaitu Semangat Padi. As PG kata ianya adalah amalan tradisi sejak zaman berzaman, Perayaan Magavau ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Menurut info yang PG baca juga, Pesta Kaamatan ini telah diluluskan sejak tahun 1960 lagi dalam Majlis Undangan Kerajaan Koloni oleh Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama dan telah pun diistiharkan sebagai cuti umum bagi Negeri Sabah.


Semangat Padi


Tarian Sumazau

Tarian Sumazau Ketika Pesta Kaamatan

Bila Sebut Pesta, pastinya akan ada aktiviti yang menarik dipersembahkan, kan? Begitu juga dengan Pesta Kaamatan. Tarian Sumazau adalah satu persembahan dan juga pertandingan yang PG kata memang wajib kot semasa Pesta ini dirayakan. Menariknya disitu, tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakai tradisional mereka. Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung mengikut alunan rentak yang dimainkan dan iringan paluan gong. Best tau. PG memang selalu je join tarian ni kalau side mama ada rayakan. Mama convert masuk islam sebelum bernikah kawen dengan arwah bapa ;)


Unduk Ngadau

Unduk Ngadau

Selain tarian Sumazau, diadakan juga pertandingan nyanyian yang dipanggil Sugandoi. Pertunjukan bina badan dan juga ratu cantik atau dipanggil Unduk Ngadau.

Sumber: Tadau_Kaamatan

Ok. tu je la kot korang patut tahu bila sebut tentang Pesta Kaamatan ni. hehe. PG tak ambik point sangat. Yang PG tahu, bila ada sambuta Pesta Kaamatan ni, kerajaan Negeri Sabah akan bercuti umum. hehe. Nampaknya isnin depan akan cuti umum sebab sambutan Pesta Kaamatan jatuh pada 30 sabtu dan 31 ahad. Horey! Bolehlah blogwalking nanti. InshaAllah.

hurm. jumpa next entry, maybe? :)

Toodles!
Continue reading Selamat Menyambut Pesta Kaamatan Sabahan!

Second Giveaway Novel RAM by SiPanjangKata


http://sipanjangkata.blogspot.com/2015/05/second-giveaway-novel-ram-by.html


SYARAT2 PENYERTAAN DI SINI:

1. Follow blog sipanjangkata, IG karlel95, add FB MuhdtHalim dan like fb page Hasani Ent.di sini dan sini
2. Buat entry "Second Giveaway Novel RAM by SiPanjangKata" dan copy paste banner di atas.
3. Tinggalkan url entry anda di ruangan komen
Pemenang dipilih dengan rawak melalui cabutan random.org. Tarikh tutup GA ni ialah 15 Jun 2015
TUNGGU APA LAGI JOIN CEPAT!!!!!
 
Toodles.
Continue reading Second Giveaway Novel RAM by SiPanjangKata

McDonald's Family | BE CPUV NUFFNANG 2015

McDonald's Family. Woot woot. itu dia on going kat situ. maaflah pakcik nuffnang. saya buzy giler. (ceh) tak sempat menyempat nak update pasal kamu. T_T.


kali ni dapat daripada McDonald's! McDonald's memang one of fast food yang suami memang hantu giler dengannya. PG jarang makan burger bagai ni. nak makan kalau teringin. tapi selera suami, tak payah nak tunggu ada teringin dekat situ. nampak je signboard McD tu, mulalah nak ajak masuk. haha. apa pun, terima kasih nuffnang, terima kasih McD!

toodles.
Continue reading McDonald's Family | BE CPUV NUFFNANG 2015

Selamat Hari Pekerja 2015

hi fellos. selamat hari pekerja PG ucapkan. even lambat, tapi tak pe la kot kan. dia ikut empunya badan bah tu. hehe. kalau lambat nak update blog, lambatlah juga nak wish. hahaha. tak de la. by the way, kemarin sambutan hari pekerja 2015 dekat tempat PG bekerja. melibatkan dekat seribu kakitangan juga. sebagai salah satu penghargaan sama dekat kakitangan dbkk sendiri, sudah pasti cabutan tiket bertuah dengan grand prize kali ini iaitu televisyen, flat screen, 32 inci adalah yang dinanti-nantikan. sapa dapat memang bertuah. dan yang tak bertuahnya sudah pastilah PG. haha.



apa pun. Selamat Hari Pekerja Semua!

PG tak berapa nak sihat. later sambung lagi T_T
toodles.
Continue reading Selamat Hari Pekerja 2015

Sabahan Blogger | Salam Dari Bumi Negeri Dibawah Bayu :)

Blogger Sabah | PG anak jati sabah. Tapi jujur tak reti nak beribundakan bahasa sendiri. Lahir dengan bangsa jawa plus dusun kadazan. Tapi juga haram tak reti cakap pelat dusun kadazan. Mama kata kena belajar juga tak kira apa sekalipun. Tet. Me like, buat muka blur while mama cakap macam tu. Hehe. 



Ok, tak nak cakap pasal tu. Yes. PG one of dari Blogger Sabah yang ada dekat Sabah sendiri, dan PG jadikan blogger Uzu aka Emasputih blog sebagai idola untuk lebih berblog. Siapa tak kenal uzu, bolehlah klik dekat banner tu ye. Seorang blogger sabahan, fully blogger, student, terbaharu model produk kecantikan, and of coz banyak dapat job untuk blog sendiri and what i wanna say is, i adore how uzu boleh berjaya ke tahap macam tu. Kacak sungguh engko uzu :D

Bukan uzu sahaja blogger sabah yang PG yakin da ada satu nama yang boleh blogger lain sebut-sebut 'oh tu blogger sabah yang femes amos tu kan' hehe, tapi ramai lagi. Nak selongkar memang jenuh. Kuota 50MB sejam ni tak mampu nak korek dengan lebih banyak. Tapi say yes, memang ada lot of lagi blogger sabah yang berjaya. 


its me PG aka mrsyatie, 

blogger sabah yang kecik besar kecik besar je aku tengok :D
dapat apa dengan blog? ar . Soalan yang bagus! Later aku story ;)

last but not least. Aku blogger Sabah, berminat nak bagi job review, email me here yatieowners@gmail.com.  Deal murah giler sampai jadi. Hahaha.

Toodles!
Continue reading Sabahan Blogger | Salam Dari Bumi Negeri Dibawah Bayu :)

Cara Berkasih Sayang Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W ;)


Cara berkasih sayang mengikut sunnah Rasulullah S.A.W | Indah sungguhkan. Bagi yang halal, bahagialah sampai ke jannah. InshaAllah. 

Bukan susah nak berkasih sayang dengan mendapat manfaat dan pahala kan. Ikut je cara Baginda. Peringatan untuk diri sendiri juga ni ;)

morning happy weekend fellas! Hari ni duduk rumah sahaja. Tak tahulah if ada plan petang sikit. While suami keja ni, bolehlah lepak kat sini. Tapi . Sob~ internet da habis kuota! Ni pun terpaksa melanggan RM1.00 for 50MB. uwargh! Blogger tanpa internet super laju memang tak boleh wei :D nampaknya da nak kena start survey best GB lepas ni. apa pun. selamat berhujung minggu semua! Tak sabar nak tunggu mext weekend pula for 3 hari cuti. Yahoo!!

Toodlessss!
Continue reading Cara Berkasih Sayang Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W ;)

Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015 #SBB2015

Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015 #SBB2015 | woot woot. itu dia. SBB2015 kembali lagi. Bagi blogger yang biasa menghadirkan diri ke majlis ni seperti tahun-tahun yang sudah, pastinya tahun ini korang tak sabar kan. hehe. Untuk info, sepetang bersama blogger anjuran blogger hebat malaysia, denaihati memang bukan lagi satu rahsia. Pernah keluar dekat tv1 tau. rasanya dua tahun yang lalu. daebak tuan denaihati. kenangan indah dengan blogger denaihati ni memang tak abis kalau aku nak cakap. lebih-lebih lagi menang tiga kali hadiah wang tunai dari denaihati :D later citer pasal tu k. hehe.


Majlis Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015

  • Tempat: Taman Cabaran, Precint 5, Putrajaya
  • Tarikh: 13 Jun 2015
  • Masa : 08.00 pagi hingga 05.30 petang
  • Bayaran: RM30 seorang
  • Penyertaan terbuka kepada semua yang ingin hadir
  • Pendaftaran di: http://sbb.my/pendaftaran

itu dia maklumat untuk korang yang patut tahu untuk majlis SBB2015 ni. memang daebak aku cakap. lagi-lagi daebak sebab peluang untuk menang hadiah yang super hebat delicious mantap memang terang lagi nyata. mari lihat hadiah-hadiah untuk majlis SBB2015 ni. ;D

Hadiah Cabutan Bertuah SBB2015!

  • Hadiah berjumlah RM5000 tunai juga hamper.
  • Iphone 6
  • Samsung Note Edge
  • dan hadiah-hadiah lain katanya :D

Contest SBBYEOS2015?!

"Tambah menarik, pihak Yeo’s Malaysia akan mengadakan kontes menjelang SBBYEOS2015 ini yang menawarkan hadiah 3 unit GoPro Hero 4 untuk 3 pemenang. Nantikan pengumuman rasmi mengenai kontes ini. - Denaihati'

Daebak wei! ada contest pula. itu dia. contest menjelang sepetang bersama blogger 2015! bagi PG yang pretty sure tak dapat nak hadirkan diri dekat majlis SBB2015 ni, memang join contest je la mampu jawapnya kan. blogger lain, nikkhazami, yumida, sally yatiey, jangan terlepas peluang join sekali contest tu tau. kot-kotlah rezeki kan :)
For blogger yang hadirkan diri, good luck and selamat ber sepetang bersama blogger dan yeos ye :)
Toodles.
Continue reading Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015 #SBB2015

Iklan Nuffnang Di Sekat Dekat Pejabat

Iklan Nuffnang disekat dekat pejabat? ah'ah. ada sapa-sapa yang mengalami benda yang sama dengan PG tak? iklan akan keluar sekejap je tau sebelah pagi. tu pun tak lama. kejap je. lepas tu sure iklan nuffnang tak munculkan diri. tak tahu la kenapa. tengok tu, iklan pun tak nak bangun-bangun da. merajuk kot kan.



if sapa-sapa yang mengalami benda yang sama dengan PG dan ada cara to fix that, let PG know maybe? thanks T_T

toodles.
Continue reading Iklan Nuffnang Di Sekat Dekat Pejabat

Rabun Dekat

Aku rabun dekat? Oh mak engko! baca sini, rabun dekat penyakit mata yang ada kaitannya dengan penambahan usia. T_T. Sob. Umur da masuk 31 Tahun ni, dengan tak ambik apa-apa suplement langsung, adakah rabun dekat juga disebabkan itu? Tidak!


Bila rasa-rasa tahu rabun dekat? Since last year, memang perasan bila nak menulis je, akan jarakan pandangan mata while menulis. Suami kata 'ayg da rabun dekat'. O_o. Kebetulan ada cermin mata kakak dekat rumah, terus cuba. Oh jelas nyata while menulis. rasanya betul kot da rabun dekat. tapi tak pergi test dekat klinik or hospital berdekatan. suami kata, selagi tak pergi buat test sebenar, jangan ngada nak pakai cermin mata kakak tu. kang da betul-betul pakai spek mata, sometimes, menganggu juga tu. contoh kata suami, aku jenis yang simpan barang, kadang lupa letak mana. nanti tup-tup pandai lupa letak mana spek mata. masalah juga tu. :) agak-agaknya kena ambik suplement kot kan. T_T

Toodles.
Continue reading Rabun Dekat
,

Waktu Yang Sesuai Membeli Belah di Zalora!

Waktu yang sesuai membeli belah di Zalora? hehe. Amboi. Mentang-mentanglah baru dapat job dari zalora, gagah terus nak update pasal zalora je kan. haha. psst. nak bodek zalora sikit. manalah tahu kot-kot murah rezeki zalora bagi hadiah mengejut such like pasangan suami isteri yang bergaduh di facebook zalora tu, tup-tup na ambik, dapat bekalan setahun dari zalora. korang ado? :D hahaha.


jeles mak :D

Waktu yang sesuai untuk membeli belah di Zalora? haha. sudah tahu bertanya pula. kenalah pada waktu gaji masuk hujung bulan. ar masa tu, lantak koranglah nak beli apa. duit da ado. tinggal nak pilih apa je korang nak. kalau PG, gaji bukan satu masalah nak membeli apa yang berkenan di hati dekat zalora tu, cuma kena pandai bajet je la. hehe. sekarang ni mudah je kan. masuk laman web zalora, pilih nak barang apa dan letak dahulu dekat wishlist tu. senang. esok lusa gaji da masuk, terus bayar :D ar. itu tips pertama. waktu sesuai nak shopin, kenalah tunggu gaji masuk. bagi yang bekerja la. :)

kalau yang tak bekerja pula, apa kata korang buka satu blog, inshaAllah, kalau murah rezeki, dapat jemputan bekerjasama dari zalora macam PG, dapatlah jemputan menulis dan dapat hadiah voucher, boleh tukar dengan barangan daripada zalora. best kan? :)

Ok. waktu kedua yang sesuai untuk membeli di zalora juga adalah, pada waktu sale! huhu. nak tahu pada waktu sale tu apa? mudah giler. kalau korang melanggan berita daripada zalora, pastinya email korang akan penuh dengan berita terkini, terbaharu daripada zalora sendiri. apa-apa news pasti depa akan update sesegera mungkin. PG of course menantikan email sale :D hehe. kalau tak dapat email, korang boleh masuk laman web zalora dan tengok pada  bahagian women then tengok dekat SALE. (tengok gambar dekat bawah ni)


serius. korang akan berpuas hati dengan sale yang ada. PG da siap-siap wishlist. hehe. tak sabar nak tukar dengan voucher hadiah yang ada. RM100 inggit. sapa nak bagi kan? ;) thanks so much dekat zalora tau! :D


 wishlist zalora!

Ok, tu je la kot PG nak share dengan korang. kalau ada lagi waktu-waktu yang sesuai nak membeli belah di zalora, PG will share ok ;) last but not least, thanks again zalora!

Toodles!
Continue reading Waktu Yang Sesuai Membeli Belah di Zalora!
,

Nak Beli Apa Dekat Zalora?

Belum Siap Assignment ;) da siaplah. baca dekat sini Assignment ke 2 - 3 Fesyen Terkini Baju Raya 2015! horey. senang hati da siapkan tugasan kedua ritu. then tengah fikir nak claim apa lepas ni. hehe. apa pun, PG nak ucapkan thanks so much dekat zalora malaysia banyak-banyak for the second jemputan tu. thanks dear! 


hurm. still thinking nak beli apa. entri Barangan daripada Zalora Dah Sampai~  hari tu pun, memang agak lama sikit nak decide nak beli apa. terhad for RM100 voucher. sapa nak bagi kan? hehe. then untuk kali ni, tak tahu nak beli apa?! haha. a few item PG da tengok. da scroll da rasa macam berkenan di  hati da. tapi harga. Ya Allah. RM100 voucher je wei. hehe. 
antara yang PG berkenan :D


Adira Block Kurung Modern Blue
RM 199.00

toodles.
Continue reading Nak Beli Apa Dekat Zalora?

D2D's First Giveaway by Edrina


http://edrina-dafinites94.blogspot.com/2015/05/dare-to-dreams-first-giveaway.html

Syarat-syarat Penyertaan:

1. Blogger Malaysia
2. Follow Blog:-

3. Like fanpage:
4. Follow Instagram: @officialdafifc , @mialiana , @ainizulaikha , @ikalinenncraft 5. Buat entry di blog anda bertajuk "D2D's First Giveaway by Edrina"
6. Copy coding yang disediakan, paste di ruangan html entry di blog anda dan publish entry tersebut.
7. Tinggalkan link entry anda dalam ruangan komen di SINI
8. GA bermula pada 12.00AM, 9 Mei 2015 dan tamat pada 11.59PM, 9 Jun 2015

18 pemenang dicari dan pemenang ditentukan melalui Top Referral dan cabutan bertuah secara manual oleh penganjur sendiri

Senarai Hadiah:


• CASH RM20 (Top Referral)
• Bawal Zarazuri (x5)
• Bookmarks LE (x3)
• Topup RM10 (x3)
• Hot Perfume (x2)
• Alfafa Shaklee (x1)
• Barang Craft (x3)

Giveaway ini di'sponsor oleh:

Jemput join semua :)
Toodles.
Continue reading D2D's First Giveaway by Edrina

Simple RM100 Giveaway Byijeni

Assalamualaikum, Jom join Simple RM100 Giveaway Byijeni. RM100 untuk dimenangi tau. Klik banner di bawah untuk maklumat lanjut :)

 
Hadiah Giveaway :-
  • Wang Tunai RM 20 (x2 Pemenang)
  • Topup RM 5 (x6 Pemenang)
  • Topup RM 10 (x3 Pemenang)
    Total : 11 Pemenang

    Haaa cukup RM 100 hadiah untuk giveaway ni. Even hadiah tak lah sehebat org lain, tapi ikhlas dari hati tau. Aicewahh.

    Syarat Giveaway :-
    1) WAJIB follow 2 blog ni (IZNI NAJWA) & (BYIJENI_SHOP) - akan dicheck ye
    2) Buat entry yang bertajuk : Simple RM100 Giveaway Byijeni
    3) Copy dan paste code di HTML entry dan publish.
    4) Submit link entry anda di ruangan komen.

    Mudah kan caranya? Apa tunggu lagi, cepat KLIK SINI untuk join.
  • TARIKH GA : 14/5/2015-30/5/2015

jemput join ye semua. :)
toodles!
Continue reading Simple RM100 Giveaway Byijeni
,

Koleksi Tips Blogging Untuk Blogger Blogspot

Koleksi Tips Blogging Untuk Blogger Blogspot. hi fellas. jika korang adalah pengguna blog yang totally menggunakan blogspot sebagai medium untuk korang berblog, korang memang tak silap masuk blog PG ni. Sebab dekat sini, PG nak kongsikan dengan korang, bahawanya (wa. macam ada kes mahkamah pula kan :D) ada 150 Tips Blogging Blogger Blogspot yang menarik ditulis sendiri oleh Malaysia Top Blogger kita iaitu HasrulHassan yang memang patut korang baca dan cuba praktikan. Lebih-lebih lagi bagi mereka atau korang yang ingin menjana pendapatan sampingan secara online. nak jana pendapatan online, kenalah ada blog kan? ;)



Jangan Lupa Baca tau! :)

semoga membantu!
toodles.
Continue reading Koleksi Tips Blogging Untuk Blogger Blogspot
,

Just Follow The Flow

morning fellos. pagi ni lambat sikit masuk office. masuk office je atas meja memang clear se clear clear nya. berapa kali nak ulang da. hidup pun ceria je. hati pun bunga-bunga. semalam mimpi indah. haha. tapi itu meja dekat office sebelah. masuk library atas meja tak payah nak cakap. last week minggu exam. para pelajar dewan bandaraya kota kinabalu yang gigih nak ambik exam yang memang baik hati kembalikan buku lepas pinjam memang baik hantar sesegera mungkin. baiknya korang. doa aku untuk korang ni, lulus dengan jayanya exam untuk pengesahan korang tu. inshaAllah! amin wei. ar ambik.

sambung. atas meja jangan cakap. bersepah dengan buku. kebetulan last week on friday aku cuti luarjangka, memang nak sumpah serana je sapa masuk library then tak kemaskan semula. nak kata budak tadika, tak kot. da ada anak pun. tapi masih juga tak reti-reti nak beda kan library dengan rumah. bukan susah pun nak buat. da habis baca buku ke apa ke, letak la semula dekat tempat asal. uwargh! stress. rasa nak kena bagi penampar je hidup-hidup T_T.

just follow the flow. boleh je. tapi tidak semua benda kita kena just follow the flow tau. as i say kerja dengan gomen ni selamat, tapi tak semua benda nak kena selamat tapi menyusahkan orang lain. win-win situation. jangan susahkan aku dan aku tak susahkan korang. aku tak sentap korang pun tak sentap bila tengok muka aku. haha. kan nak kerja lama. hehe.


then sebut pasal follow the flow. aku teringat dekat my conversation dengan one of my fav ever 'person' ni. its about my personal matter that i talk to him. then, apa yang aku nak cakap is. if u read bout this, tu je la aku boleh cakap 'just follow the flow'. tak boleh nak jangka. since apa yang jadi, what i realy-realy, freak need is, ketenangan jiwa dan raga, sabar, jangan banyak fikir and ya just follow the flow. haha. so. tu je la mampu aku buat sekarang. inshaAllah, doakan untuk aku tau. thanks!

toodles.
Continue reading Just Follow The Flow

Khidmat Masyarakat | Ajar Anak-Anak Anda 4 Bahagian Peribadi | Ajar Mereka jerit : Jangan Sentuh!


Kepada adik-adik yang membaca ini, kalau ada orang sentuh adik di bahagian merah macam dalam gambar ni, adik jerit dan lari. Ceritakan pada mak atau cikgu okay? Orang itu salah, dia buat benda tak betul. Adik rasa tak selesa, adik kena cerita dekat kakak / mak / cikgu. 

Bilakah pelajaran ini akan diserap dalam pendidikan seawal tadika? Ia boleh bermula di rumah. Tanggungjawab kita mendidik anak-anak / kanak-kanak yang kita sayangi. Gambar ini di screencaptured daripada video 'Komal' di Youtube. Tolong search dan pertontonkan pada anak-anak dan murid anda. Sumber: haniszalikhaFB

Sebarkan!
Toodles.
Continue reading Khidmat Masyarakat | Ajar Anak-Anak Anda 4 Bahagian Peribadi | Ajar Mereka jerit : Jangan Sentuh!

TomorrowLand | BE CPUV NUFFNANG 2015

TomorrowLand Movie | woot woot. syukur alhamdulillah dapat Be Cpuv dari Nuffnang lagi. kali ni dapat atas nama tomorrowland. PG ingatkan tomorrowland tu ala-ala iklan katil. hehe. rupanya movie ye. TomorrowLand akan berada dipawagam berdekatan korang pada 22 Mei 2015 ni. minggu depan. sabar sikit erk :)


itu dia. 


terima kasih nuffnang!

toodles.
Continue reading TomorrowLand | BE CPUV NUFFNANG 2015

Gambar Mesra Nur Fatihah dan Shukri Yahya dalam Dia Isteri Luar Biasa

Dia Isteri Luar Biasa. Ah'ah kot. Sebab baca sinopsis pun da memang luar dari kebiasaan kehidupan seorang isteri. nak tahu? kenalah baca sinopsis dekat bawah dan yang pastinya, jangan lupa nantikan minggu hadapan drama ni dekat slot akasia, tv3 pukul 6.55 till 7.00 malam tau.

Gambar Mesra Nur Fatihah dan Shukri Yahya dalam Dia Isteri Luar Biasa?

Siapalah yang menimbulkan isu ni tau. haha. memang tak de kerja. tapi honest, memang mesra pun kan. tengok iklan dekat tv3 tuk drama ni pun memang mesra giler wei. jeles pula. erk. nak ajak suami main kejar-kejar dekat pokok ke apa? haha.


gambar dekat atas ni kot yang depa kata gambar mesra nur fatihah dan shukri yahya tu kan :)
 

atau gambar yang ni? alolo sweet je. 

Baca Berkaitan:

Toodles.
Continue reading Gambar Mesra Nur Fatihah dan Shukri Yahya dalam Dia Isteri Luar Biasa
,

Pening Pula

hi fellos. da selesai audit kemarin lepas, terus rasa hidup sunyi dan sepi pula. aik? boleh pulak macam tu kan. hehe. sebenarnya bukanlah sunyi dan sepi. tapi cuma nak merehatkan minda seketika. tak nak buat apa-apa. amboi. haha. sedangkan kerja banyak lagi tak siap.

so. dari PG tak buat apa-apa, dan since jiran sebelah meja asyik duk main coc, plus akak depan meja aku tengah baca novel (waaaa santainya korang!) aku pun tak naklah buang masa kan. dari tak buat apa. baik update blog. hehe. pening kepala? ah'ah. pening kepala pula sebenarnya. bagi mereka yang jenis memang 'suka gila' bila tiada kerja, bergumbiralah korang. tapi bagi aku yang memang hantu kerja punya orang, ar...memang peninglah aku seketika kalau duduk diam-diam tanpa buat kerja. erk? boleh pula kan. haha.

apa pun. tepuk dada tanya selera.

honest, bila da duduk kerja dalam kerajaan ni. amboi. berkata-kata such like da banyak pengalaman pula kan. hehe. ok. berbalik dengan ayat aku tadi tu. sebenarnya....waaa. berapa banyak sebenarnya niiii. ok-ok. ni gara-gara pening punya pasal lah ni. sambung balik. sebenarnya, kerja dalam kerajaan ni, its easy way highway sebenarnya. ada peraturan sendiri then u have to follow the rule u selamat. amboi. :D

faham tak apa aku cakap tu? :) ye la. selamatlah kan. for me selamat tu contohnya seperti sekarang ni lah. u habis buat kerja, u diam-diam then update blog. selamat giler aku cakap. hehe. tak payah nak bising-bising. lagi-lagi best kalau nak keluar berurusan peribadi, dapat bos yang baik hati, jenis tak kisah as long kerja siap, memang paling selamat lah aku rasa. haha. so itu lah. bagi aku kerja dengan kerajaan adalah yang paling selamat. just follow the rule :D rezekilah kan kerja dengan gomen. bukan nak kata kerja dekat swasta tak best. best apa. dengar kata bonus depa 2 3 4 5 sebulan gaji. ye ke? :)

sedap juga kalau dapat tidur :D

ar. masih pening. rasa macam nak tidur pun ada. cuaca dekat luar Ya Allah, redup, awan hitam tanda nak hujan sat lagi jawapnya. talk later. bye!


melampau juga kalau pening sampai tahap macam ni kan :D

toodles.
Continue reading Pening Pula

Apa Sebenarnya Wordless Wednesday Ni?

Apa itu Wordless Wednesday? Ar nampak tak. Aku pun da terjangkit nak post untuk Wordless Wednesday, pendeknya WW ni punya entri. Tapi sebenarnya, aku tertanya-tanya juga apa benda sebenarnya Wordless Wednesday ni. Nak cakap pelik, tak juga. Sebab rata-rata all the bloggers akan update salah satu entri dalam blog mereka dengan WW ni. Caption pun simple. Letak gambar, then say something sesimple mana mungkin gambar tu then publish. Wa. Senang batak kan? Kalau tak join sekaki, memang rugilah orang cakap. Tak la sampai merugikan sampai engkorang boleh hilang duit ke apa kan. Hehe. Sekurang-kurangnya, ada jugalah entri untuk diupdate :)


Apa itu Wordless Wednesday?

Info yang aku dapat dari google, Wordless Wednesday bermaksud Hari Rabu Tanpa Perkataan dan apabila diterjemahkan ke dalam bahasa melayu, bermaksud juga sebenarnya adalah pada setiap hari rabu, the all bloggers di seluruh dunia, yang retis ke tak retis ke, will make one entri tanpa menulis sepatah pun perkataan kecuali meletakkan tajuk Wordless Wednesday dan gambar sahaja. Tak kisah apa gambar as long orang tahu apa maksud disebalik gambar tersebut.

Katanya lagi, untuk WW ini, sedikit sebanyak melatih kekreativiti setiap blogger dalam menyampaikan sesuatu tanpa sebarang penjelasan. Info untuk korang sama, pengasas WW ni berasal daripada luar negara dan telah disebarkan di Malaysia oleh blogger Malaysia iaitu Encik Aman dan Encik Andy.

Blog - Malaysianww

Nice. so lepas ni bolehlah post apa sahaja gambar pada hari rabu tanpa kata-kata :D

Toodles! 
Continue reading Apa Sebenarnya Wordless Wednesday Ni?
, ,

3 Fesyen Terkini Baju Raya 2015

Hi Fellos. Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri! Alamak. in Advance pula ucapan tu kan. Ramadhan tak mai lagi, da sebut-sebut Syawal :D Haha. Apa pun, korang tak salah baca tajuk PG tau. Sebab dekat sini PG nak kongsikan dengan korang, 3 Fesyen Terkini Baju Hari Raya 2015 dari Butik Zalora Malaysia untuk korang peminat setia Zalora!


3 Fesyen Terkini Baju Raya 2015. Ok, as korang tahu Zalora sentiasa memeriahkan industri fesyen tanah air kita dengan kemunculan pelbagai rekaan baju raya yang unik dan menarik kan?, dan PG yakin telah ada yang menantikan, apakah koleksi baju raya terbaharu daripada pereka-pereka fesyen termuka tanah air seperti Jovian Mandagie, Rizalman, Nurita Harith dan ramai lagi.

dan, apakah fesyen terkini baju raya untuk tahun 2015? Yes. PG yakin korang sudah telah tidak sabar untuk mengetahuinya kan.


Ok, dekat bawah ini adalah diantara koleksi fesyen baju raya yang boleh korang temui daripada koleksi Zalora dan Fashion Valet sendiri, dan that was early suprise is, sudah terdapat beberapa pereka fesyen yang telah membuka pesanan awal atau pre-order untuk Raya 2015 ini. awesome wei! PG pun tak sabar nak shopping dekat Zalora.


Peplum - Honestly, permintaan terhadap rekaan baju kurung peplum yang pernah menjadi fenomena melanda industri fesyen muslimah di negara kita ni tak pernah putus-putus kan. PG percaya sampai lah ni pun, pasti ada permintaan untuk peplum. Bukan untuk penggunaan di hari raya aidilfitri sahaja, malah untuk apa-apa majlis sekali pun :)


Kimono - Rekaan kimono tidak kurang hebatnya. Rekaan yang sedang trending kini, memang patut dicuba dan that one so unik kan? bayangkan pakai di pagi hari raya aidilfitri yang mulia? pastinya anak-anak gadis akan mencemburui sesama sendiri :D


Kurung Moden – Rekaan ketiga yang masih mendapat permintaan adalah baju kurung moen. Rekaan ketiga ni memang rekaan kegemaran PG. Kurung moden atau mama kata rekaan cutting princess ni memang sesuai bagi mereka yang ingin nampak lebih elegen, sudah pastinya dipagi hari raya :)

So? Apa tunggu lagi? Cepat dapatkannya di Zalora Malaysia tau :) Semoga artikel ini dapat membantu korang yang sedang mencari apakah fesyen terkini baju raya 2015. ;)

Toodles.
Continue reading 3 Fesyen Terkini Baju Raya 2015

Audit MS-ISO Dah Lepas Lega Jiwa dan Raga !

amboi. tajuk title memang tak boleh nak blah. hehe. tu sebab hati da lega, jiwa da tenang seketika sebab audit untuk bahagian latihan dan pembangunan, tempat PG da selesai. en. bos kata ada satu di kena kan NCR. uwargh! tak pe. inshaAllah, teguran yang ada akan diambik untuk penambahbaikan dimasa akan datang. :D


yahoo!!

so lepas ni, bolehlah fokus dekat blog pula. hehe. perasan tak PG da tukar template?? apa pendapat korang tentangnya? haha. macam retis pula :D

toodles ;)
Continue reading Audit MS-ISO Dah Lepas Lega Jiwa dan Raga !

Blogwalking Sebelum Ramadhan bersama Ayuinsyirah

hi hi fellos.ar tu dia. sebelum ramadhan menjelmakan diri, kita blogwalking dengan suka ria. sapa nak join sekaki, ar silalah klik banner dekat bawah ya :) bolehlah menambah kenalan kan. selamat bersegmen semua!



syarat2 nyer :
1. sebelum tu pertama sekali ayu minta sangat kawan2 follow ayu dulu..bolehkan..hehe
2. tajuknyer SEGMEN : blogwalking sebelum Ramadhan bersama ayuinsyirah
3. gam kuat2 banner comel diatas dan linkkan ke entry ini ye
4. kalau kawan2 nak tag rakan-rakan blogger yg lain pun boleh...tak tag pun takpe...hehehe
5. siap....gam kuat2 kat ruangan komen kat bawah...hehehe

Tarikh Tamat Segmen : 8/6/2015 jam 10.00 malam. Lama lagi kan? :)

Toodles.
Continue reading Blogwalking Sebelum Ramadhan bersama Ayuinsyirah

Sinopsis Drama Dia Isteri Luar Biasa di Slot Akasia TV3

Sinopsis Dia Isteri Luar Biasa di Slot Akasia TV3. Mengisahkan kehidupan Dewi Yusra yang mencari suami sementara bertujuan untuk mendapatkan anak, walaupun dia beranggap mampu hidup tanpa cinta dari seorang lelaki. Dewi pernah mencuba untuk mendapatkan perkhidmatan kaedah IVF dan GTF dari klinik pakar perbidanan untuk mendapatkan anak sendiri, namun ditolak kerana menyalahi undang-undang. Sahabat baiknya, Kamarul juga pernah menawarkan diri untuk menjadi suami sementara Dewi. Nina anak kawan baiknya Eda sering menjadi peneman dirinya.

Kehadiran Dr. Raden Amzar dalam satu insiden yang tidak disengajakan di Heathrow, ketika penerbangan pulang dari London ke Kuala Lumpur mengikat Dr. Raden Amzar terus disisi Dewi. Dr. Raden Amzar juga pelanggan setia Nasi Ayam Bonda dalam diam mencuri perhatian Dewi. Dewi mewarisi perniagaan Nasi Aya Bonda tersebut. Seterusnya, Dewi merancang sesuatu agar Raden Amzar dapat menjadi Suami semantara. Apa yang dirancang berjalan lancar seperti yang dirancang. Dewi dan Raden Amzar ditangkap Khalwat. Mereka bernikah secara rahsia di Kota Londan.

Akhirnya Dewi disahkan mengandung, rancangan awal Dewi yang mahu meninggalkan Raden Amzar setelah mengandung gagal bila Dewi menerima alahan yang teruk. Keadaan lagi buruk bila bayi dalam kandungannya mahukan Raden Amzar sentiasa disisi. Raden Amzar sedar, Dewi masih belum boleh menerima dirinya lagi. Apakah yang terjadi seterusnya?



say hello to jericho malaysia :D hello shukri! :)



wot wot. rindu gabungan depa dua. :)

DIA ISTERI LUAR BIASA

TARIKH : 18 Mei 2015 (Isnin-Khamis, 6.55petang)
SIARAN : Slot Akasia TV3
NOVELIS : Umie Nadzimah
PENGARAH : Jamal Khan (Khan Mancung)
TERBITAN : Pena Creative Pictures Sdn Bhd

BARISAN DAN WATAK PELAKON

Shukri Yahaya sebagai Raden Amzar
Nur Fathia Abdul Latiff sebagai Dewi Yusra
Keith Foo sebagai CikKem
Nonny Nadirah ebagai Eda
Uqasha Senrose sebagai Dr Akma
Ardell Aryana sebagai Nora
Elizad Sharifuddin sebagai Kaklong Zaharah
Ziela Jalil sebagai Umi Sakinah
Syatilla Melvin sebagai Razita
Raja Farah sebagai Dr Adibah
Afiq Muiz sebagai Dr Rizwan
Leez Rosli sebagai Fatiha
Alexx Yanz sebagai Shahriman
Lia Asmizza sebagai Aisyah
Azza Elite sebagai Adawiyah

LAGU TEMA / OST

Tajuk Lagu: Potret
Artis : Akim And TheMagistrate
Link : http://goo.gl/meRgvS

Sumber : infotaip dan cardova

Toodles.
Continue reading Sinopsis Drama Dia Isteri Luar Biasa di Slot Akasia TV3