Laksa Penang Ala Sabah

in , , by YatieOwner, Saturday, September 12, 2015
Laksa Penang Cara Sabah? erti kata lain, cara masakan oleh orang sabah lah. hehe. cakap pasal laksa ni. honestly sebelum ini, PG memang tak reti nak makan makanan yang satu ni. tengok serius rasa terliur je. tapi kalau da start nak makan tu, sure, confirm akan keluar balik. mee tu memang tak boleh masuk. da lah besar size tali rupiah. memang tak la kot.

pergh. sombong giler masa tu. kalau boleh, mesti akan ada bunyi 'errrr' no for laksa! haha.

tapi. tapi.

itu dulu tau. tapi lah ni. kalau boleh hari-hari nak pekena laksa. serius! sampai sanggup pesan dekat kawan office singgah beli laksa ni dekat warung berdekatan anak dia sekolah.

la ni, ada dua tempat yang PG da jumpa, memang kena dengan tekak PG. ni dekat kota kinabalu, sabah je tau. semenanjung jangan cakap. PG gerenti cakap, mana-mana pun boleh jumpa kan? uhu.

Laksa Penang Belakang Supermarket Sunny. ar itu dia. warung laksa tu betul-betul dibelakang supermarket sunny, tepi sikit belah kiri. the only one yang memang jual laksa penang dekat situ. selain laksa. ada jual nasi ayam penyet juga. ada cendol yang super sedap dan juga air kelapa. warung tu kecik je tau. tapi pergh. memang menyelerakan. satu mangkuk laksa berharga RM5.00 sahaja. giler mangkuk murah wei! kalau beli dua tiga pinggan pun, pergh. memang tak rugi. aku yang tengah taip entri ni pun, da terliur da ni. sure lepas ni ajak suami pergi makan. hahaha. oh waktu beroperasi pula, pada pukul 9.00 pagi (kalau tak silap aku) sampai pukul 5.00 petang (kalau juga tak silap aku). nanti aku update lagi pasal ni k. juga beroperasi setiap hari isnin sehingga sabtu. ahad tak buka. cuti-cuti keramaian? itu aku tak sure. nanti aku minta number fon depa. senang nak call kalau nak tahu buka ke dak masa tu :)


Laksa Penang ala Sabah ;)

Laksa Penang dekat Tuaran. yup. ini yang kedua. gambar tu laksa penang tuaran, sabah punya style. hehe. warung ni tak kecik tak besar. standard warung kampung. laksa ni baru dekat kedai depa. sebelum ni, warung tu popular sebab ayam penyet depa the best in town la aku cakap. laluan nak pergi warung tu senang. sebelum nak masuk pekan tuaran sebelum bulatan, belah kiri tu nampak warung tu. kalau pakai kereta, turun sikit dari jalan tar, then sampai. tepi jalan sahaja. senang nak cari. hehe. harga? maaflah. tak tanya harga pun. lalala. tapi rasanya tak lari dari harga RM5.00 - RM6.00 kot. waktu operasi? setiap hari kot. sebab ahad pun awal pagi PG cari breakfast, kedai ni da buka. malam? rasanya tak lebih dari pukul 10.00 malam :D

panjang lebar da PG menaip bah. macam tiada yang PG delete ni. haha. talk later bye!

toodles.
SHARE 4 comments

Add your comment

For coming and comment, thank u ♥ ;)

© Yatie Owner · THEME BY WATDESIGNEXPRESS