Selamat Hari Raya Selamat Hari Trafik Juga ;)

hi fellas. morning. sebelum balik (waaa. awal lagi da plan sebelum balik. hehe) PG nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat kengkawan bloggers PG, yang menyambutnya. Semoga Sambutan Hari Raya kali ini, akan lebih bermakna dari tahun-tahun sebelum ini. InshaAllah. Mana-mana anak-anak yang tidak dapat pulang berhari raya pada hari raya baru-baru ini, semoga dihari raya aidiladha ini, dapatlah hendaknya pulang meraihkan sambutannya bersama-sama keluarga tercinta. wa macam syahdu je kan ayat PG tu. hehehe.



itu dia. jangan nak menafikannya sama sekali tau. sambutan seperti ini, kebiasaannya juga adalah selamat hari trafik. huhu. perjalanan nak balik kampung, rumah mama memang selalunya akan mengalami trafik jem macam ni. kesian dekat suami sebab akan sakit kaki bila terlalu lama drive. sikit-sikit nak tukar gear. PG drive, PG tahulah penatnya macam mana. so. pesanan penaja daripada PG, rancanglah perjalanan. mungkin PG akan balik malam sikit. selalunya selepas jam 9.00 malam jem akan berkurangan disitu. apa pun. doakan PG selamat sampai rumah tau. hehe.


ha itu dia. sebenarnya plan nak balik kampung, baru je decide tadi. tu pun dekat group whatsapp family. amboi. tak semena-mena keputusan balik adalah muktamad gitu. hahaha. PG selalunya tak gemar balik kampung dengan tergesa-gesa jika ada benda yang belum diselesaikan dekat rumah. contoh? kain baju kemarin lepas punya tak basuh lagi. tak lipat kain baju lagi. tak pack lagi baju apa nak kena bawa balik. mana dengan baju sendiri, baju suami lagi. pakaian dalam, luar, berus gigi, sabun, tuala segala bagai. bukan tak de benda tu dekat rumah mama. tapi ye la, bila da ada suami ni, lain sikit peliknya tu. ahahha. ni kalau sapa yang da nikah kawen, memang tahulah kot jadual sebagai seorang isteri disitu. erk. amboi. panjang lebar pula membebel kan. hahaha.

oklah. PG berhenti dekat sini dahulu. nampaknya kena buat entry autopost ni. sebab dekat kampung sure tak de masa nak update blog ;) selamat hari raya aidiladha semua! berhati-hati balik kampung tau. ❤

toodles.

0 Komen:

Post a Comment

terima kasih komen ❤
komen anda sangat PG hargai! ;)