Bukan Isteri Sempurna Sinopsis

Bukan Isteri Sempurna Sinopsis. hollas. aku kalau nak cakap pun, memang bukan seorang isteri yang sempurna. masih juga nak cari kesempurnaan sebagai seorang isteri. masih banyak kekurangan. sebagai menantu pun, masih juga banyak kekurangan. erti kata lain, aku bukan isteri sempurnalah macam orang lain. haha. sebut pasal bukan isteri sempurna ni, sebenarnya aku baru je nak tengok drama bukan isteri sempurna yang tamat dekat tv3 tu. rasanyalah da tamat. tak update sangat kalau drama yang pukul 10.00 malam baru nak main. jenuh mata nak menunggu. haha. jom baca sinopsis.


Sinopsis Drama Bukan Isteri Sempurna
Sinopsis Drama Bukan Isteri Sempurna ~ Nina telah diperkosa oleh Danish Arham, kembar kepada Daniel Arman. Apabila Danish Arham melarikan diri, Daniel Arman terpaksa menggantikan tempat abang kembarnya dengan mengahwini Nina. Datuk Zainuddin yang bersangka buruk dengan Nina telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Nina sehingga Nina melarikan diri.

Lima tahun berlalu. Nina bertemu semula dengan Daniel Arman apabila syarikat tempat dia bekerja bergabung dengan syarikat Daniel Arman dan dia tidak dapat mengelak apabila jawatannya bertukar daripada menjadi setiausaha Zachary kepada PA Daniel Arman.

Namun begitu, Daniel Arman tidak pernah membenci Nina. Nina pula tidak pernah mengharapkan cinta Daniel Arman kerana dia sedar hakikat dirinya yang tidak sesempurna wanita lain. Tambahan pula Azzura sering bersama dengan Daniel Arman. Dan Zachary, rakan kongsi Daniel Arman yang tidak putus-putus mengharapkan cinta Nina.

Ketenteraman hidup Nina berkocak apabila Danish Arham kembali dan inginkan Nina sebagai haknya. Danish Arham melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkan Nina kembali namun bagi Daniel Arman, Nina telah menjadi isterinya dan dia bertanggungjawab ke atas wanita itu walaupun tidak pernah wujud hubungan suami isteri yang sebenar antara mereka.
ar. best tak? best tak? by the way, drama bukan isteri sempurna boleh tonton online dekat laman web ni http://tvon9.net/tonton-online-tonton-online-bukan-isteri-sempurna-full-episod/ dan korang boleh download drama bukan isteri sempurna dekat url yang sama. hehe. PG da download. weekend nanti nak tengok sampai habis ;)

toodles.
Continue reading Bukan Isteri Sempurna Sinopsis

Miliki Data Internet Lebih Murah dan Laju dengan U Mobile

holla fellas. sekarang punya zaman, zaman internet hanya di hujung jari sahaja. kan? dimana-dimana sahaja kita pasti akan memerlukan internet. suami PG paling memerlukan penggunaan data internet pada waktu kesesakan jalan raya. masa tu lah penggunaan WAZE amat penting dekat beliau.

Pelan Pascabayar Hero P70

PG pula memang jenis tak boleh duduk diam tanpa handphone. lebih-lebih lagi dalam tu ada internet super laju tahap dewa. kalau tinggi memang semua benda nak explore. instagram, wechat, whatsapp, mail, itunes, app store, movie segala. rasa dunia aku punya. muahaha. kalau rendah, kena tabahkan hati jugalah disitu. penggunaan sangat terbatas. kadang buat-buat muka kasihan dekat situ minta hotspot pula dengan suami. hehe.

kadang as blogger ni, memang agak tak menyenangkan hati juga kalau tak buat blogwalking atau update blog dalam sehari. nak-nak kalau tengah join contest ke apa ke. memang nak sentiasa onlinelah jawapnya. PG pernah join contest dengan hadiah super hebat iphone 5s. penggunaan data internet masa tu memang amat-amat memerlukan ditahap yang super tinggi. kalau tak, memang risiko kalah ke terjunam terkeluar dari contest tu memang ada. haha. so sebenarnya. penggunaan internet di masa kini, sebenarnya amat-amat memerlukan even ada yang kata, internet bukan segalanya. amboi.


 Pelan Pascabayar Hero P70

ok. ok. kat sini PG nak kongsikan berita baik punya dekat korang. dekat PG juga. memperkenalkan Pelan Pascabayar Hero P70! dimana korang boleh mendapatkan data internet berkelajuan tinggi sebanyak 7GB dengan harga bulanan yang sangat-sangat murah iaitu sebanyak RM70.00 sebulan dengan kelebihan panggilan tanpa had kepada semua rangkaian khas untuk pelanggan setia U Mobile! huhu. terbaik. sapa nak bagi wei. data laju 7GB kat situ, panggilan tanpa had plus harga murah. terbaiklah PG kata. 


memang hero sungguh la kan. PG terfikir juga nak tukar ke U Mobile. tapi setakat ini masih setia dengan Digi. korang yang nak cuba menggunakan Pelan Pascabayar Hero P70 dari U Mobile ni, bolehlah dapatkan lagi maklumat lanjut dekat laman web mereka ya. kat sini PG tempek. senang korang nak melawat https://www.u.com.my/postpaidplans.

untuk nuffnang. terima kasih sebab bagi PG BE CPUV lagi. alhamdulillah. rezeki bulan september tak habis lagi. hehe ;) ❤❤

toodles!
Continue reading Miliki Data Internet Lebih Murah dan Laju dengan U Mobile

Kawal Kulit Wajah Berminyak dengan THEFACESHOP

holla. cantiknya awak? pakai apa erk? ar. haha. kalau korang tanya, aku pakai apa dekat muka. tak de nya aku nak cakap aku pakai mary kay ke, atau produk memahal. tak de. muka biasa-biasa sahaja. kulit pun tak la normal sangat. kejap kering kejap berminyak. payah nak urus. pening kepala nak pakai produk apa yang sesuai. menyampah tiap kali masuk watsons then blank nak beli apa lagi. nak pakai produk memahal dengan harapan jadi lawa macam lisa surihani mak si yahaira tu. haha.

THEFACESHOP BEST!

amboi. jauh bebenar harapan aku tu kan. tak de nya. honest. dua benda je aku pakai. pelembab plus foundation. pelembab pun masih terkial-kial mencari sebab nak tahu kesesuaian dengan kulit sendiri. tu pasal pakai pelembab tak statik. asyik bertukar-tukar. sebelum ni aku pakai Safi Balqis White Trilogy pek warna putih ada biru-biru tu. lepas tu bertukar pula ke pelembab Safi Balqis White Trilogy - Pek Orange nampak sangat tak reti nak jaga muka kan? paling last ever tak sampai sebulan dua aku tukar lagi pakai pelembab keluaran thebodyshop baca kat situ.

dari tak kisah nak jaga muka tu, terus jadi 'aku kisah'. perempuan biasalah. nak nampak cantik je selalukan? honest. bila tengok kulit wajah pompuan lain lawa cantik halus mulus tulus, mulalah berangan nak kulit wajah yang sama. hampeh. tak de nya kalau malas nak jaga kulit wajah sendiri. huhu. lebih-lebih lagi kalau jenis kulit wajah yang tak berapa nak normal sangat ni. kejap kering kejap berminyak. sakit hati betul.

tapi. tapi. ar ni nak berkongsi dengan korang. produk terbaharu keluaran korean gitu. THEFACESHOP!. kalau kulit wajah jenis macam aku ni, berminyak macam tu kan, then u use this kind of product, inshaAllah, minyak tu tak akan nampak kat situ. as product ini sendiri say Oil Control Water Cushion. gitu. gempak kan.



harga pun tak la mahal sangat. mampu beli juga. PG inshaAllah akan cuba dapatkan. tengok dekat blog namee tentang produk ni pun best giler. kira kalau jenis malas nak makeup ke apa ke kan. boleh apply produk thefaceshop ni. kira 2 dalam 1. oh harga THEFACESHOP dalam RM83.90 sahaja. mampu beli tak korang? ;)

so apa lagi. jom cepat dapatkan sekarang, dan untuk lebih lanjut. boleh layari facebook mereka thefaceshop

by the way, nuffnang thanks so much sebab bagi BE CPUV dari thefaceshop lagi. tq bebanyak tau! :)
 
toodles.
Continue reading Kawal Kulit Wajah Berminyak dengan THEFACESHOP
, ,

Jutawan Dinar Iraq Tipu?!

Jutawan Dinar Iraq tipu? holla korang. pagi ni buka whatsapp je terus dapat info suh pi tengok harian metro. erk? ada apa hal. rupanya. ada info dekat situ, dimana harian metro mengeluarkan kenyataan JUTAWAN MIMPI, 50,000 RAKYAT MALAYSIA LABUR DINAR IRAQ TERTIPU. omgeee. dug dug sat jantung. sebab PG one of diantara rakyat Malaysia yang ada membeli duit kertas dinar iraq seperti dalam gambar yang tertera disitu.

JUTAWAN DINAR IRAQ 


katanya disitu, harapan menggunung kira-kira 50,000 pelabur tempatan yang membeli dan menyimpan 'duit peram' dinar iraq membabitkan nilai hampir RM50 juta sejak 2004 lebur apabila pelaburan mereka tidak memberi peluangan diharapkan'. Laporan Asmah Rusman dan Siraj Mohd Zaini.


honestly, bagi PG benda ni risiko. if pemegang dinar iraq sanggup tunggu, then u have to wait for it. kalau tak, mungkin sapa yang pegang dinar iraq tu boleh let go duit tu. rasanya ramai kot yang nak beli. bagi PG juga, benda ni peluang sekali dalam seumur hidup. sebab apa tau? sebab. as korang boleh tahu even iraq adalah negara yang masih dalam peperangan, kalau korang boleh tengok dekat berita etc semua kan, tapi. tapi. korang harus tahu, iraq adalah negara pengeluar minyak terbesar selain negara-negara lain etc like kuwait dan iran. which is. if iraq nak lebih maju daripada negara lain for depa punya pengeluaran minyak kan, so iraq harus mengapungkan matawang iraq mereka. which is. kena apungkan matawang dinar iraq mereka. PG tak berani nak cakap banyak benda ni. sebab PG. wei banyak aku sebut sebab kat situ wei. haha. sebab, PG tak berapa arif sangat dengan matawang negara luar. which is, matawang dinar iraq sendiri pun, PG tahu dari rakan office.

tapi itu lah. pegang matawang negara luar macam ni, as tahu tentang dalam proses pemulihan, we have to wait. korang pun tahu kan, setiap pelaburan pasti ada risiko. apa pun. please, please. sesiapa yang percaya akannya bebenda macam ni, u beli sekeping duit kertas matawang dinar iraq ni pun tak pe. money changer dekat kuala lumpur dengarnya banyak yang jual. good luck untuk ini tau semua! dengar kata juga matawang iran irr juga akan bakal diniagakan semula since sekatan ekonomi negara mereka telah dilepaskan. (maaf kalau PG salah info ;))

juga. aku tak risau benda ni sebab blogger denaihati sendiri ada membeli matawang dinar iraq ini. rajin-rajin, pi selongkar blog beliau tau ;) 

toodles.
Continue reading Jutawan Dinar Iraq Tipu?!

Home MakeOVER dengan KAODIM Such Like Maria Elena

Alhamdulillah. honestly since kawen aku masih duduk dengan keluarga. even rumah tak lah besar mana. tapi as long duduk dekat rumah yang tak perlu nak bayar sewa bulanan. which is, boleh saving for future house la kan. inshaAllah. nak cakap pasal nak beli rumah sekarang ni, aku masih tak berkemampuan disitu.

inshaAllah. inshaAllah. ada rezeki, adalah kan. sekarang ni think positive sahaja, sebab bila masih duduk dengan keluarga, that mean, Dia masih nak bagi aku peluang untuk lebih lama bersama keluarga. bayangkan erk, kalau duduk rumah sendiri nanti, then tak de masa nak balik rumah mama. agak-agak mama sedih tak? hehe. tapi. lain orang, lainlah penerimaannya tau. :D

Home Makeover Such Like Maria Elena The Blogger!

ok, ok. abaikan part aku tu. tak nak citer sedih medih. haha. tapi la ni, aku nak berkongsi info untuk korang yang nak makeover rumah korang. huhu. nampak tak such like Maria Elena the blogger over there. haha. sapa tak kenal maria elena, meh sini nak lempang sikit. kekeke. tajuk bukan main panjang dekat situ kan. muahahaha.

PG da pergi tengok blog maria. how maria makeover their home. sweet giler wei rumah dia. sangat jelesi one daku wei. thank god belum ada rumah sendiri. kalau tak, memang daku da tiru how maria elena punya rumah yang simple but just nice untuk mereka bertiga sekeluarga. uwargh!

ok. tak nak cakap banyak. dekat bawah ni gambar rumah maria elena selepas selesai mengmakeoverkan rumah beliau. omgee. apakah ayat yang aku pakai dekat situ itu? hahaha. nak tengok gambar rumah maria sebelum dan selepas, cecepat korang masuk blog maria. maria ada berkongsi video dekat situ. serius lawa wei. nampak perubahan dekat situ. i love maria punya stuff untuk their family tengok drama ke lepaking their. korang patut tengok.

 

KAODIM

oh yes. itu dia KAODIM. which is, if korang nak mencari perkhidmatan such like makeover korang punya rumah. macam maria elena did. korang boleh masuk laman web KAODIM. i share their laman web here KAODIM. senang untuk korang klik terus. if maria elena share with us, that mean perkhidmatan mereka memamg boleh dipercayai secara langsung. jangan risau la kot kan.




juga antara lain perkhidmatan yang KAODIM sediakan.

nice kan. ok, jangan lupa masuk laman web KAODIM untuk info lanjut k. PG da bookmark untuk future house PG. inshaAllah. amin, amin ;) Nuffnang! thanks for this. wuhuu. dapat BE CPUV lagi disitu :D


tehee!

toodles.
Continue reading Home MakeOVER dengan KAODIM Such Like Maria Elena

4 BE CPUV Nuffnang Tengah On Going

woot woot. terima kasih nuffnang. ada empat ketul be cpuv nuffnang dekat situ yang masih on going. hopely dapatlah lagi banyak be cpuv daripada nuffnang untuk tahun ni. hehe. tapi earning tak la banyak mana pun. tapi. tapi. bersyukurlah. daripada dahulu. susahnya PG nak dapatkan be cpuv. setahun pun payah nak dapat sebenarnya. tips? PG ada tulis dekat sini. few tips yang memang PG amalkan untuk dapat Be Cpuv Nuffnang ni. mak amboi. macam amalkan jamu pula kan. hehe.

  

thanks so much nuffy!
toodles.
Continue reading 4 BE CPUV Nuffnang Tengah On Going

Update Blog dekat iPhone

hollas fellas. Semenjak menggunakan smartphone iphone 5 ni, dan ada few thing aplikasi yang PG da explore, aplikasi blogger memang sangat usefully. sangat memudahkan PG nak kemaskini blog. oh bukan kemaskini blog such like nak edit template ke apa. tapi setakat nak tulis entri baru dan publish, memang sangat mudah dan sangat-sangat menyenangkan kerja PG. even gambar tu sebenarnya besar bila dah publish kan, tapi setakat ini, ianya OK. 



sangat best juga bila kita tak selesai siapkan entri lagi, kita boleh save dan edit semula dengan mudah pada bila-bila masa. juga jangan risau bila kita ingin edit semula dilaptop atau pc, sebab aplikasi ini akan tersambung sendiri dekat blogspot bila kita buka dilaptop atau pc. draft entri kita masih juga tersimpan. senang kan? 

aplikasi ni bukanlah baru. dah lama kot. dekat smartphone android pun ada. pesanan PG buat blogger, cubalah guna aplikasi ni, serius senang nak kemaskini blog sekiranya tidak berkesempatan nak berbuat demikian dekat laptop atau pc. happy blogging fellos! ❤️

toodles.
Continue reading Update Blog dekat iPhone

Potluck di Hari Raya Aidiladha

hi fellas. ok perut da memang kenyang sekenyangnya. gambar kat bawah gambar menu keluarga PG di pagi hari raya aidiladha hari ini. kebiasaannya daging, ayam. sayur dan juga ikan uji rashid. tau kan ikan uji rashid tu? tapi pagi ni lambat sikit ke pasar, so ikan tak de. PG ganti dengan beli sayap ayam. plannya memang nak ada bakar-bakar. so. bakar ayam je la. 

potluck? kakak PG (kak didie) selalunya memang rajin potluck bagai ni. even sebenarnya dekat rumah mama pun boleh je buat kan. hari raya macam ni pun rajin juga buat potluck. hehe. tu pun sebenarnya pesan kat kak didie, masak kat rumah sendiri nanti sampai rumah mama tinggal makan je. senang. hahaha. 

sampai rumah mama. part kak didie da selesai. part aku belum. kekeke. ala senang dan mudah je pun. perap sayap ayam then bakar. masak sayur kubis. air orange kakak ipar PG buat. air limau kak didie buat. limau nipis ambik dekat belakang rumah mama je. jimat sikit duit kan. 

oh by the way, potluck tu sebenarnya tak kiralah waktu dan ketika apa sekalipun, boleh je nak buat kan. tak payah tunggu ada perayaan kecik ke besar ke. best juga ;) jimat duit belah diri sendiri dan juga belah kakak. hehe. 


maaflah. air lupa nak snap :D
toodles!
Continue reading Potluck di Hari Raya Aidiladha

Pengorbanan

bila sebut tentang pengorbanan. banyak benda aku nak cakap. tapi pengorbanan yang satu ni banyak buat aku belajar dan berfikir dan apa yang aku harapkan moga pengorbanan aku berbaloi. dan hingga kini juga aku masih cuba untuk belajar, dan terus belajar. 

hati, perasaan. ya. aku rasa aku banyak berkorban dengannya. aku utamakan perasaan orang lain lebih dari perasaan aku sendiri. pernah aku cuba buang perasaan untuk tidak pentingkan dan tidak memperdulikan perasaan orang lain, namun aku tetap aku. aku tetap tidak boleh menjadi orang lain bila melibatkan hati dan perasaan.

disakiti? aku redha. aku terima andai orang lain ok. aku akan cuba pujuk hati dan perasaan aku. aku tahu kemampuan aku. jangan risau. namun. apa yang aku harapkan adalah. semoga pengorbanan hati dan perasaan aku ini berbaloi. 


me. manusia biasa yang tidak sempurna mana tapi sentiasa inginkan kesempurnaan dalam bersederhanaan ;)

aku tidak ingin mencari musuh. tidak ingin mencari masalah sebab aku hanya inginkan ketenangan. aku juga berharap semua orang juga begitu. 

toodles. 
Continue reading Pengorbanan

Rasai Suasana 'ILLUSION' Yang Menakjubkan di Petrosains Sekarang!

hollas fellas. ingin merasakan suasana ILLUSION dari sudut pandangan mata kasar anda? jangan lupa untuk datang ke pameran ILLUSION di Petrosains, KLCC bermula dari 04 September 2015 sehingga 10 Januari 2016!

TANGGAPAN MEMBENTUK PANDANGAN

macam mana tu? itulah yang kita akan pelajari di Pameran Petrosains ILLUSION. Dimana kita akan diuji dengan menggunakan deria kita. Tanggapan membentuk pandangan, rasa dan pemahaman dunia (kredit: creating-wonder). ye la, tidak semua apa yang kita anggap dan apa sahaja pandangan kita adalah sama. semua orang berbeza, kan?

tapi melalui pameran Petrosains ILLUSION ini, dengan tema 'Minda Memperdaya Mata' atau 'Nothing Is As It Seems', kita akan belajar menggunakan deria deria kita, dan belajar bagaimana gabungan sains, seni dan psikologi akan memberikan tanggapan dan membentuk satu pandangan yang berbeza melaluinya.

3 BENDA WAJIB CUBA

jangan lupa untuk mencuba tiga benda yang ada dekat Petrosains itu nanti tau. Antaranya adalah Virtual Barbershop, Delicate Boundaries dan juga Columba. apa benda tu? ar masuk sini creating-wonder. tengok apa benda sebenarnya yang PG sebut tu. hehe.


Price is inclusive of GST at 6%.
* Children below 10 years must be accompanied by an adult.
To book your slot, please contact our info/booking line at 03 2331 8181.

come. jangan lepaskan peluang ini tau. bebudak sukalah kan bebenda sains macam ni. kalau ada dekat kota kinabalu, sabah, sure PG akan pergi ;)

MAKLUMAT PAMERAN PETROSAINS ILLUSION

Nothing Is As It Seems dan Lihat Dunia Berubah Di Depan Mata Anda di Petrosains, KLCC
dari 4 September 2015 - 10 Januari 2016! Maklumat lanjut boleh didapati di http://www.petrosains.com.my/page/public/illusion-about.php


haha. semangat nak bagitau mengenai pameran dekat atas sebab itu dia be cpuv sekali lagi dalam bulan september PG dapat daripada Nuffnang dan kali ini datangnya daripada Petrosains! Terima kasih Nuffnang, terima kasih Petrosains! ;)

Toodles.
Continue reading Rasai Suasana 'ILLUSION' Yang Menakjubkan di Petrosains Sekarang!

Mencari Resepi Nak Masak Apa diHari Raya Haji? Meh Baca.

nak masak apa raya haji? aku? tak tahu. tapi kalau korang tengah cari idea nak masak apa. meh masuk blog enyabdullah cepat. beliau ada share beberapa resepi, idea untuk masak apa dihari raya haji.

Rendang Tok

Ya Allah. nampak dear EA share gambar rendang tok kat situ, da terliur-liur pula PG. hahaha. rendang tok memang masakan warisan orang negeri perak kan? mak mentua PG memang pergh sedap giler ar kalau masak rendang tok. tapi. tapi. lain orang. lainlah cita rasanya kan. best part of course setiap masakan ibu, adalah masakan yang paling daebak la PG kata. mak mentua PG pun macam tu. hehe. tak bodek tau. PG duduk sabah, mak mentua jauh duduk ipoh, perak. huhu. nak minta pos rendang tok, tunggu mak mentua free. uwargh!

kat blog EA ada dikongsikan juga resepi rendang tok. klik sini. PG letak kat sini terus, senang. manalah tahu kot-kot tetiba PG nak cuba masak kan. hehe.


kredit: enyabdullah blog 

so. selamat memasak semua!
PG malam sikit baru nak start balik kampung EA :)
toodles.
Continue reading Mencari Resepi Nak Masak Apa diHari Raya Haji? Meh Baca.

Pengantin Paling Baik

bila kita hidup dengan ada rasanya tanggungjawab dalam diri masing-masing, even kita bukan sesiapa untuk sesiapa, atau kita berada dekat luar masa waktu kita bertugas dalam pejabat, tidak ada yang lebih mulia jika kita dapat membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan dari sesama insan. PG tabik spring dengan seorang jururawat yang telah membantu menyelamatkan seorang lelaki yang lemas dipantai. Namun, ajal maut ditangan tuhan kan. Bukan kerja kita. Jom baca.

 

CHINA - Seorang jururawat yang sedang menghadiri sesi fotografi pra-perkahwinan berlatar belakangkan pantai, terpaksa menangguhkan seketika sesi fotografinya itu bagi menyelamatkan seorang lelaki yang lemas di pantai itu. 

Tanpa ragu-ragu, bakal pengantin itu bergegas mendapatkan mangsa dan mula melakukan bantuan penafasan CPR untuk menyelamatkannya. 

Guo Yuanyuan, jururawat di Hospital Dalian, sedang menghadiri sesi fotografi pra perkahwinannya, ternampak seorang lelaki lemas di pantai. 

Difahamkan, lelaki itu mengalami serangan jantung secara tiba-tiba ketika sedang mandi laut.


Guo terus berlari mendapatkan mangsa dan melakukan CPR terhadapnya sementara menunggu pihak paramedik dan ambulan yang tiba 20 minit kemudian.

Walau bagaimanapun, Guo mahupun doktor tidak dapat menyelamatkan mangsa yang sudah meninggal dunia.

Meskipun cubaan menyelamatkan mangsa adalah sia-sia, tindakan jururawat itu menjadi bualan hangat di media sosial negara itu dan diberikan gelaran 'Pengantin Paling Baik'. - THEHYPEMEDIA.COM 
 
semoga Guo diberkati sentiasa.
Toodles.
Continue reading Pengantin Paling Baik

Selamat Hari Raya Selamat Hari Trafik Juga ;)

hi fellas. morning. sebelum balik (waaa. awal lagi da plan sebelum balik. hehe) PG nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat kengkawan bloggers PG, yang menyambutnya. Semoga Sambutan Hari Raya kali ini, akan lebih bermakna dari tahun-tahun sebelum ini. InshaAllah. Mana-mana anak-anak yang tidak dapat pulang berhari raya pada hari raya baru-baru ini, semoga dihari raya aidiladha ini, dapatlah hendaknya pulang meraihkan sambutannya bersama-sama keluarga tercinta. wa macam syahdu je kan ayat PG tu. hehehe.



itu dia. jangan nak menafikannya sama sekali tau. sambutan seperti ini, kebiasaannya juga adalah selamat hari trafik. huhu. perjalanan nak balik kampung, rumah mama memang selalunya akan mengalami trafik jem macam ni. kesian dekat suami sebab akan sakit kaki bila terlalu lama drive. sikit-sikit nak tukar gear. PG drive, PG tahulah penatnya macam mana. so. pesanan penaja daripada PG, rancanglah perjalanan. mungkin PG akan balik malam sikit. selalunya selepas jam 9.00 malam jem akan berkurangan disitu. apa pun. doakan PG selamat sampai rumah tau. hehe.


ha itu dia. sebenarnya plan nak balik kampung, baru je decide tadi. tu pun dekat group whatsapp family. amboi. tak semena-mena keputusan balik adalah muktamad gitu. hahaha. PG selalunya tak gemar balik kampung dengan tergesa-gesa jika ada benda yang belum diselesaikan dekat rumah. contoh? kain baju kemarin lepas punya tak basuh lagi. tak lipat kain baju lagi. tak pack lagi baju apa nak kena bawa balik. mana dengan baju sendiri, baju suami lagi. pakaian dalam, luar, berus gigi, sabun, tuala segala bagai. bukan tak de benda tu dekat rumah mama. tapi ye la, bila da ada suami ni, lain sikit peliknya tu. ahahha. ni kalau sapa yang da nikah kawen, memang tahulah kot jadual sebagai seorang isteri disitu. erk. amboi. panjang lebar pula membebel kan. hahaha.

oklah. PG berhenti dekat sini dahulu. nampaknya kena buat entry autopost ni. sebab dekat kampung sure tak de masa nak update blog ;) selamat hari raya aidiladha semua! berhati-hati balik kampung tau. ❤

toodles.
Continue reading Selamat Hari Raya Selamat Hari Trafik Juga ;)

Yahaira Leanne Nama Anak Lisa Surihani dan Yusri

Yahaira Leanne. Syukur alhamdulillah. Mengikut instagram Lisa Surihani, dan bersempena dengan hari ke-7 kelahiran bayi perempuan mereka, pasangan Lisa Surihani dan Yusri telah mengumumkan nama bayi perempuan mereka iaitu Yahaira Leanne. Cantik nama tu kan. Cantik dan membawa maksud wahai sebaik baik kelembutan. InshaAllah, PG doakan baby mereka sebaik baik dan sebaik baik kelembutan seperti ibunya. InshaAllah. Doakan yang baik-baik sahaja. :)


thanks and kredit: safurara



Toodles.
Continue reading Yahaira Leanne Nama Anak Lisa Surihani dan Yusri

Bila si Blogger Cantik Lyssa Faizureen Masuk Blog

ar amboi. aku pun da terjangkit perkataan 'BILA' kat situ. haha. apa pun. memang teruja kot bila blogger cantik masuk blog ni. erk? siapa kata tak cantik? siap disenarai pendekkan lagi tau. blogger yang PG maksudkan adalah blogger Lyssa Faizureen, empunya blog http://www.lyssasecret.com/. PG yakin, blogger's out there pasti kenal dengan Lyssa ni kan.

beberapa hari ni PG memang perasan nama Lyssa dekat beberapa kotak komen PG, tapi tak perasan Lyssa ni, adalah Lyssa yang PG bayangkan. PG pun nampak nama, kadang tak menyempat nak masuk semula blog mereka yang tinggalkan komen ke apa. kalau dekat rumah memang PG jarang akan blogwalking. sebab internet tak laju, lagi satu tak pakai laptop da. online pun dari smartphone kan. bila dekat office, barulah nak membalas segala, tapi tu pun kalau ada masa free. kalau tak, memang sah dan sahihlah silent T_T.

tapi apa pun. hehe. itulah dia Lyssa Faizureen. terkesima, terkejut, teruja, ter segala terlah PG nak cakap, sebab Lyssa sudi mai singgah dan komen blog PG. honestly, PG memang selalu juga masuk blog Lyssa. bila google tutorial je, memang blog Lyssa ni akan berada di muka pertama google. Dari carian tutorial tu la PG mengenali blog Lyssa. Cantik? of course. sampai PG pernah kata, da lah cantik, serba serbi tahu lagi pasal blog. femes pula tu. nak ke Lyssa pandang blog macam PG ni. god! see?! nampak sangat down kat situ kan. tapi bila nampak, komen Lyssa beberapa kali dekat blog PG, omgeeeeeee. awak ke Lyssa yang cantik dan femes tu?!! nampak tak teruja dekat situ? :D wink wink. malu pula PG. hehehe.

so. yes. bila si blogger cantik masuk blog. blog PG. omgeee. memang bangga. sangat berterima kasih sebab sudi datang. terima kasih sebab sudi komen. terima kasih sebab sudi singgah sat. erk berapa kali nak ulang dekat situ. hehe.

apa pun. nak tanya jugaaaa.

Lyssa..apa tips erk berjaya dengan blog?
Lyssa..apa tips erk boleh berada dalam majalah?
Lyssa....lagi banyak nak tanya sebenarnya. cuma tak tahu nak tanya apa. terkedu seketika. otak tengah blank nak tanya apa lagi. hahaha.


Blogger ramai ini memang sangat diminati ramai. Aku pun pernah jugak tegur dia dekat twitter. Sangat ramah dengan peminat. Anda yang nak tutorial blog, boleh masuk blog Lyssa. Selalu jugak bila search tutorial blog, tersesar dalam blog Lyssa. Sekarang dah jarang update sebab busy dengan pelajaran pulak.kerdit: hafizhafizol


serius awak comel!  

ni yang buatkan PG lagi semangat nak berblog ni ;) thanks again drop by here lyssa :)

Toodles.
Continue reading Bila si Blogger Cantik Lyssa Faizureen Masuk Blog

Kedai Gunting Rambut Rozaimi | Mr_barbershop66

Kedai Gunting Rambut Rozaimi aka Mr_barbershop66. kalau PG sebut Kedai Gunting Rambut Mr_barbershop66, PG takut orang tak kenal (inshaAllah kenal) tapi kalau sebut Kedai Gunting Rambut Rozaimi, PG pasti seluruh Negara mengenalinya ;)

Siapa yang tidak mengenali dengan empunya nama. Pemain Bola sepak Malaysia yang namanya memang disebut-sebut semua orang. Kini. Selepas kejadian yang menimpa dirinya beberapa bulan lalu, as korang tahu apa yang menimpa beliau dan of course life must go on dearest people, begitu juga Rozaimi. Kita doakan yang terbaik buat beliau.

Kedai Gunting Rambut Mr_barbershop66 (Rozaimi Abd Rahman)

Itu dia. Disini PG ingin uar-uarkan buat seluruh peminat Rozaimi, tak kira dimana sahaja korang berada atau sesiapa sahajalah. Jangan lupa singgah ke Kedai Gunting Rambut Mr_barbershop66, di Pekan Tanjung Aru, Kota Kinabalu Sabah. Senang saja bah cari ni tempat. If korang dari semenanjung Malaysia, ambik flight AIRASIA, korang boleh sahaja singgah kedai gunting Mr_barbershop66 ni. satu jalan, satu laluan sekiranya korang nak ke pusat bandar. ala, nanti kalau nak singgah, cakap je nak pi kedai gunting rambut rozaimi. sure semua orang kenal. hahaha. 

  


nice view kan tu kedai. PG suka dengan deco dalam kedai ni. simple dan bersahaja. macam cafe pun ada juga. honest, PG tak pergi lagi. tapi kalau tengok dari gambar-gambar yang dikongsikan dalam instagram Mr_barbershop66 sendiri, memang nice. inshaAllah, nanti PG bawa husband pergi sana ye ;) dekat je tu. PG pun selalu lepak tanjung aru, makan laksa penang kat situ. hahaha.
 

Lebih lanjut:

Kedai Gunting Rambut Mr_barbershop66

Lokasi : Pekan Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah [satu baris dengan pizza santinos]
Waktu Beroperasi : 10.00 pagi hingga 09.00 malam
Sebarang pertanyaan Hubungi : 016 842 4922 
 
Sabahan! Bah apa lagi? Jangan lupa kamurang support rakan senegeri kita ni. :)
Toodles.
Continue reading Kedai Gunting Rambut Rozaimi | Mr_barbershop66

Cantik dan Menangi Hadiah daripada Produk Kecantikan KATE bernilai RM380 Sekarang!

morning fellas. wa pagi ni masuk kereta je, rasa macam nak nampak cantik je. erk. macam cantik je macam comel je. haha. tak de maknanya. aku kalau nak nampak muka tu nak makeup bagai, tunggulah waktu mood terbilang dan gemilang tu datang dari penjuru dunia mana, barulah akan nampak muka tu bermakeup sikit. haha. kalau tak, tak de nya nak pink sana sini bagai. cukup natural. kekeke. 

natural look erk? sebut pasal natural look. pagi ni masuk blog je, terus nampak iklan KATE kat situ. terus masuk dalam blog careentan serius gile engko. KATE tu rupanya barangan MAKEUP ok! serius memang sesuai sangat dengan aku ni. atau korang yang minat dengan makeup yang nampak natural look sahaja, seriously korang patut cuba barangan kecantikan keluaran KATE!







before 



after
serius awak cantik dear! :) 



itu dia KATE masuk. hahaha. terima kasih Nuffnang. terima kasih KATE!

NAK MENANG PRODUK KECANTIKAN DARIPADA KATE BERNILAI RM380?! 

Toodles.
Continue reading Cantik dan Menangi Hadiah daripada Produk Kecantikan KATE bernilai RM380 Sekarang!

Layan Orange Marmalade Pula

hollas fellas. PG baru nak tengok drama korean orange marmalade ni. baru layan sampai episod 5. ada lebih kurang 16 episod kalau tak silap PG. 


orange marmalade ni citer macam twilight gitu. vampire bercinta dengan manusia. tak tengok klimaks citer ni lagi tapi memang best. tengok bebudak zaman sekolah, teringat zaman sekolah sendiri. amboi. hahaha. drama ni dah habis main dekat astro kalau tak silap. PG download full episod dekat google. senanglah nak tengok bila-bila. 

kat sini, PG share fully sinopsis orange marmalade k. 

www.portalsinopsis.com/2015/05/sinopsis-drama-korea-orange-marmalade.html?m=1

toodles!
Continue reading Layan Orange Marmalade Pula

Wall's Fruttare | BE CPUV NUFFNANG 2015

woot woot. syukur alhamdulillah. duduk rumah hari ni, masyuk pula tiga ketul be cpuv daripada nuffnang dekat situ. rezeki bulan september wei. syukur alhamdulillah. kali ni datang daripada Wall's. korang tau kan Wall's ni satu jenama yang memang terkenal dengan aiskrim keluaran mereka yang memang sedap mantap lagi meletup. sebut pasal tu, kali ni Wall's ada mengeluarkan aiskrim baharu dimana ada dua perisa disitu, iaitu perisa pisang dan juga strawberi. hurm. juice! tengok gambar pun da nampak lazat dan sangat mengoda kan.



so korang. apa tunggu lagi. cuaca panas macam ni, bolehlah grap seketul dua aiskrim mengoda itu. Wall's Fruttare memang tidak boleh ditolak sama sekali. happy weekend semua! untuk Nuffnang dan juga Wall's. terima kasih sebab sudi memberikan PG iklan di hujung minggu di hari yang berbahagia untuk merehatkan minda ini ya. muah ciked! hahaha.


toodles!
Continue reading Wall's Fruttare | BE CPUV NUFFNANG 2015

4790 Pageview Blog Last Month! Terima Kasih Bloggers!

woot woot. syukur alhamdulillah. PG anggap ianya adalah sebagai satu semangat untuk terus berblog. bukan senang nak dapatkan pageview sampai 4 ribu sebulan. kena korbankan masa dan sebagainya. syukur alhamdulillah. ini bukan kerja seorang. for sure para bloggers yang sudi datang singgah, ziarah blog PG of course. terima kasih ya korang ;) korang memang baik hati :D inshaAllah, semoga ikatan persaudaraan sesama blogger kita, akan terus terjalin. inshaAllah.



terima kasih semua!
toodles.
Continue reading 4790 Pageview Blog Last Month! Terima Kasih Bloggers!
,

Sedangkan Lidah Lagi tergigit Inikan Pula Suami Isteri

sesebuah perkahwinan jika tidak di uji dengan ujian, dugaan, tidak sah. bila ianya diuji, kita sendiri kena kuat dan kita sendiri kena tahu how to handle it. PG tak berani nak cakap panjang-panjang bab perkahwinan. sebab PG sendiri masih banyak benda nak kena belajar. masih juga nak merangka nak bentuk rumahtangga PG. perselisihan faham? pergaduhan. adat. tapi kalau boleh, cepat-cepat lari dari situasi tersebut. haha. kat sini PG ingin berkongsi sedikit info yang PG dapat dari blog teratakcintaku iaitu 'penyelesaian apabila berlakunya konflik dalam rumah tangga'. semoga bermanfaat ya :)


Jangan Merajuk

Sejak masih kanak-kanak, orang perempuan pandai menggunakan strategi merajuk untuk mendapat apa yang mereka inginkan. Ramai juga isteri menggunakan strategi merajuk untuk menang dan memaksa suami mengalah. Merajuk tidak menyelesaikan masalah, malah ia boleh memburukkan lagi masalah sedia ada.

Walaupun dengan cara merajuk, isteri boleh mendorong suami mengalah, strategi itu tidak membawa kedamaian yang kekal. Malah, perbuatan merajuk sangat membahayakan kerana ia akan menyusahkan usaha untuk berdamai semula. Semakin kuat dan semakin lama rajuk seseorang isteri, semakin susah apabila mereka hendak berdamai. Oleh itu, apabila si dia merajuk lagi, helah itu mungkin memakan diri sendiri kerana tidak ada lelaki yang suka dihukum isterinya sendiri.

Jangan Menghukum

Pergaduhan, pertengkaran dan konflik antara suami isteri meninggalkan kesan buruk kepada hati dan perasaan kedua-dua pihak. Masing-masing cenderung mahu menghukum satu sama lain kerana hendak memuaskan hati yang sakit atas kata-kata berbisa dan perbuatan salah pihak satu lagi.

Lelaki dan wanita mempunyai cara sendiri apabila menghukum pasangan. Lelaki lazimnya cenderung ‘menarik diri’ dan tidak mahu lagi bercakap dengan isteri, melainkan terpaksa. Wanita pula cenderung untuk merajuk, menekan, menarik muka masam, menyindir, tidak mahu senyum dan tidak mahu melayan suami. Namun, hukuman tidak mungkin menyelesaikan sebarang masalah.

Jangan Berdusta

Jika pasangan menunjukkan sikap mahu berdamai dan anda sendiri mahu berdamai, jangan berdusta. Jangan pura-pura tarik harga atau jual mahal. Jangan pura-pura tidak sudi. Jangan pura-pura benci.

Perbuatan seperti itu ada risikonya. Dia mungkin menyangka anda betul-betul tidak sudi dan tidak mahu berdamai. Akibatnya, dia terdorong untuk melupakan usaha berdamai.

Jangan Mencari Salah

Jika mahu berdamai, berhentikan tabiat suka mencari salah orang. Ia termasuk perbuatan berleter, menegur, mengkritik dan menasihati pihak satu lagi.

Mencari salah tidak mungkin membawa penyelesaian. Kajian mendapati, wanita cenderung menuduh suami mereka bersalah apabila berlaku masalah dalam hubungan perkahwinan.

Hentikan Bahasa Negatif

Dua jenis bahasa negatif yang biasa digunakan apabila bergaduh ialah bahasa tuduhan dan bahasa celaan. Jika mahu berdamai, hentikan bahasa itu termasuk sindiran dan penghinaan.

Untuk tujuan berdamai, tukar bahasa negatif kepada bahasa positif. Jenis bahasa positif yang sangat baik kesannya kepada hubungan cinta suami isteri ialah bahasa pengiktirafan, penghargaan, pujian dan sanjungan.
 
Berbicara Mengenai Hari Ini dan Esok

Setelah berdamai, jangan bercakap melainkan mengenai hari ini dan hari esok.

Jangan pandang ke belakang melainkan untuk tidak mengulangi lagi kesilapan kita sendiri pada masa lalu. Jangan sekali-kali mengungkit perkara yang menyebabkan konflik.

Senyum Semula

Menurut pelbagai kajian, antara perkara yang banyak disebut lelaki mengenai bekas isteri mereka ialah isteri mereka tidak senyum. Jadi, senyumlah walaupun susah kerana senyuman ialah cara yang mujarab untuk berdamai semula.

Mulakan Berdamai

Selepas konflik yang berlaku itu berlarutan, kedua-duanya mungkin mahu berdamai, tetapi takut risiko untuk memulakannya. Jika benar inginkan perdamaian, ambil langkah untuk berdamai. Jangan tunggu sampai pihak satu lagi yang memulakannya.

semoga bermanfaat ya ;)
toodles.
Continue reading Sedangkan Lidah Lagi tergigit Inikan Pula Suami Isteri

Khidmat Masyarakat | JOM BELI NOVEL INI

morning fellos. assalam jumaat. penghulu segala hari. pagi ni PG nak berkongsi sedikit maklumat tentang novel yang ingin PG uar-uarkan untuk all bloggers atau sesiapa sahaja yang terbaca tentang ini. semoga dengan maklumat ini, dapatlah kita membantu empunya novel.

Assalam...

Selalu saya tulis dalam novel, sudahlah jatuh ditimpa tangga pula. Begitulah yang saya kena sekarang. Malam Selasa saya terima kerja yang ditawarkan tapi malam Rabu saya kehilangan kerja tersebut. Memang bukan rezeki. Ingatkan dah lega fasal bab rumah dan bab kerja tapi rupa-rupanya tak lega lagi.

Tak habis-habis musibah datang. Orang kata saya ni insan terpilih, Allah sayang sangat pada saya sebab tu Allah jentik dengan musibah.

Masalahnya dah dua tahun. Tak larat dah saya nak menongkah arus ujian demi ujian yang mendatang. Rasa nak mati dah sekarang.

Jangan risau. Saya masih yakin pada Allah. Cuma saya penat dan kecewa dengan hidup saya sejak kembali ke Malaysia. Dah dua tahun, ya Allah. Permudahkanlah hidupku. Tak larat dah aku menanggungnya.

Kalau sudi, tolonglah beli buku saya. Help me to bounce back, please... badly need your help. I guarantee you, my book will entertain you.

Kalau Dah Jodoh
RM17.00 (SM) / RM20.00 (SS)
Harga dah termasuk kos pos.

Untuk beli, bank in dalam akaun Maybank Elee Mardiana binti Muhammad.
No. Akaun: 158396028622.

Tolong share jika sudi.
FB: Elee Mardiana

Psst: Jom membeli dan membantu penulis ni. What'sApp 0108033151

please. please. jika ada yang berkemampuan, atau mungkin merasakan ini adalah salah satu cara untuk kita saling bantu membantu sesama insan, bolehlah cuba dapatkan novel ini ya. terima kasih semua.

toodles.
Continue reading Khidmat Masyarakat | JOM BELI NOVEL INI