20 October 2016

Sweet Fattah Amin dan Neelofa dalam Suri Hati Mr. Pilot

Assalamualaikum Fello! Siapa suka gandingan Fattah Amin dan Neelofa dalam Suri Hati Mr. Pilot? Sebab i sebenarnya sukaaaa sangaatttt. Tak taulah nak cakap macam mana. Depa sweet. Manis like candy sugar. Sweet like kucing. Sweet like ntah apa-apa ntah. Dan apa yang i mampu cakap, mohonlah korang couple ke apa ker. Sebab koranggg sangattt sweeeeeettt. Mohon jangan sentap dengan statment i tau. Blog i kan. Hehe.


hi fattah :D
kredit: www.moviesinfobsyokv2.net

I tengok drama ni dekat laman web kbergetar.com tau. i Tak de astro kat rumah. So laman web tu memang best giler. Laju je update drama ni. Ok! Sapa tak tengok lagi, please mohon tengok drama ni sekarang. Jangan kata i tak share pula. Dan those people, seem macam dengar anti depa, no please jangan kecam i tau. Sebab i memang suka gandingan depa berduaaaa :D

  

OK bye.
Xoxo.
Love Korang.

12 October 2016

Aprilissa Sue Ann Peserta 3 Juara dari Kota Kinabalu, Sabah

Assalamualaikum Fello!. i nak kongsi Program Realiti 3 Juara, di TV3 yang akan bermula pada 16 Oktober 2016 ini, setiap hari ahad pada pukul 9.00 malam. Program realiti nyanyian yang mencari tiga juara menerusi tiga genre berbeza iaitu balada, rock dan irama Malaysia. Sebab nak korang tengok sebab ada sepupu belah mak i kat situ. Hehe. Dan mohon, silalah undi sama ye :D


"Ia amat menarik untuk dijadikan sebagai satu lagi format program berbeza daripada yang sedia ada di mana kita mengangkat tiga pemenang dari tiga kategori berbeza dalam satu pertandingan," katanya kepada mStar Online.
 


KONSEP PROGRAM 3 JUARA
Konsep 'battle' - 2 orang peserta dari setiap kategori setiap minggu
Bagaimanapun menariknya kata Suffian, untuk lima minggu pertama pertandingan tiada sebarang penyingkiran akan diadakan bagi memberi peluang kepada mereka mencari rentak sebelum yang benar-benar layak mara ke peringkat seterusnya.
"Sebanyak 18 peserta akhir akan kami pilih yang memperlihatkan enam dalam setiap kategori.
"Setiap minggu peserta dari genre rock sebagai contoh akan berentap dengan pesaing dalam kategori sama.
"Hanya seorang daripada setiap genre akan diumumkan sebagai juara," ujarnya.
HADIAH UNTUK BAKAL JUARA PROGRAM 3 JUARA
Wang tunai sebanyak RM300,000.00

Jangan lupa tengok tau!
Xoxo.
Love Korang!

07 October 2016

Calling For Hari Sukan Negara 2016 Peringkat Negeri Sabah

Assalamualaikum gais.
(gais tu macam korang. awak pun boleh kot. atau kalau ikut pemahaman i la kan, dia berbunyi macam ni "wei korang, wei gais! jom pergi makan! 'wei gais! korang buat apa gais?!") hahaha. Maaflah kalau i salah :D
Hola gais. Sorry. Beberapa hari i tak de kat sini kan. Jangan risau. I tak pergi mana pun. Ada je. Cuma mood nak update blog tu biasalah. Sometimes ada mood, sometimes tak de mood. Hehe. Tapi. Namun bagaimanapun. I'm so happy sebab menang hadiah saguhati giveaway one of blogger i join hari tu. Nanti hadiah da sampai ke tangan i, i review ye. Before that, i nak cakap pasal Hari Sukan Negara, which is esok! Yahoo!! I raikan bersama dengan YB KJ. Kenalkan? Raikan bersama dari jauh sahaja. Hehe.


#harisukannegara #harisukannegarasabah #hsn2016

Ok. Esok i punya duty on Hari Sukan Negara senang sahaja. I pergi candid-candid gambar area pantai teluk, likas, kota kinabalu sabah of course. So! Blogger sabahan. Esok mana yang lalu dan berada di teluk likas awal pagi, nampak i sedang candid-candid, selfie sorang-sorang diri, bolehlah tegur i. Jangan risau, i tak makan orang. Muahahha.

Lepas candid-candid kat situ, ada few tempat lagi yang i akan pergi. Sepeti perdana park, tg. aru. pantai tg. aru 1 dan 2, taman prince philip, tg. aru, grace point. taman rimba ujana tropika, penampang, taman tun fuad stephens, bukit padang. So, area i dengan team i kat situ. As i cakap, kerja i senang. Ambik-ambik gambar, candid, selfie dan laporkan kepada urus setia collect gambar pula dan i balik rumah Zzzz. Muahaha.

Belum selesai lagi. Itu part sebelah pagi. For petang pun benda yang sama. Jam 3 macam tu i da ada kat tempat-tempat yang berdekatan dengan i dahulu. I duduk sebelah inanam. So i pergi terjah teluk likas dahulu. Kalau selalu i lalu area kat situ, memang ada few manusia sekali alam juga buat aktiviti riadah kat situ. Dan! Hopely gais. Esok turun. Please support i. Please support Hari Sukan Negara! Oh. if anyone nampak posting i ni, i ada letak >>> #harisukannegarasabah <<< kat facebook. So those! Sabahan, bolehlah pakai hastag tu :) Kita-kita juga bah ni kan :D

Dan! dan. Esok juga ada acara larian tau. Tengok image kat bawah. Ada area Masjid Bandaraya kat situ. Kalau sempat i tunggu korang lari-lari anak kat situ, kalau tak sempat, Bye! Hahaha.


So! I update secepat mungkin untuk Hari Sukan Negarai Peringkat Negeri Sabah 2016 with love. Salam Jumaat semuanya :)

xoxo.

27 September 2016

Projek Bebas Hutang dengan Hanya RM10.00 Sahaja

Assalamualaikum.

Hi fellas. I nak share 1 benda ni. I called ianya Projek Bebas Hutang dengan Hanya RM10.00 sahaja. Sebab apa? Sebab, ianya hanya bermodalkan sebanyak RM10.00 SAHAJA. 


I tak share kalau tak menarik tau. Hehe. Apa pun, mari i kenalkan awak-awak dengan DanaNiaga2u.com ini.
DanaNiaga2u.com adalah program KOMUNITI terbaru yang mana tujuan utamanya adalah MEMBANTU sesama insan, erti kata lain juga adalah membantu memajukan Ekonomi masing-masing melalui Platform MUDAH, MURAH, CANGGIH, TELUS dan TERKINI.
For sure, dalam keadaan ekonomi kita yang tidak menentu sekarang ini, pasti setiap daripada kita ingin cuba memajukan ekonomi keluarga kita masing-masing dengan menambah pendapatan sampingan kan? 

For bloggers macam PG ni pun, kita pasti nak menjana pendapatan sampingan juga kan? Macam kita letak iklan Nuffnang tu. Kira menjana pendapatan juga tu. Dan why not, kita mencuba Platform DanaNiaga2u ni pula? RM10.00 Sahaja diperlukan. InshaAllah, dengan bimbingan yang betul, i rasa, PG yakin, kita pasti akan boleh pergi jauh dengan DanaNiaga2u ni. InshaALLAH.

Nak join PG? ;)
Nak tahu lebih lanjut:
Whatsapp PG : 010-9562835
Email PG : yatieowners@gmail.com

pssst. brim da masuk kan? hehe. jom labur RM10.00 untuk dananiaga2u sikit. kita tak tahu esok lusa, pulangan daripada RM10.00 itu mungkin terbayar :) 

jom!
xoxo.

25 September 2016

Tester Kit Minyak Wangi De'Xandra

Assalamualaikum.

Tester Minyak Wangi De'Xandra. Hi awak! Kemarin lepas i ada kongsi Minyak Wangi De'Xandra i yang ke-3 kan. Ok. Awak-awak patut cuba. Then kat sini, i nak kongsi dengan korang, botol-botol kecik itu adalah tester minyak wangi de'xandra ni. Dan juga, kepada yang dekat-dekat dengan PG juga tu kan, atau kawan sepejabat PG tu duduk dekat kinarut, kota kinabalu, sabah. Then, bolehlah jumpa PG atau kawan PG tu. Cuba sendiri wangian tester kit de'xandra ni. Dan kalau berkenan, bolehlah tempah. Hehe. Dan dan, i rasa, those yang berminat untuk menjadi agen untuk wangian de'xandra ni juga, bolehlah cuba bertanya-tanya dekat kawan PG tu. Jangan risau, dia tak makan orang. Hehehe.



Selamat mencuba!:)

xoxo.

24 September 2016

Korean Lover | Love in The Moonlight Episode 11

Love in The Moonlight Episode 11 | Oh no! I tak sabar nak tunggu isnin for Love in The Moonlight Episod 11. Last episod 10 minggu ni, Crown Prince terkejut nampak Master Han ada dengan Hang Ra On kan. Dan nampak sangat Crown Prince terkejut bila Master Han tu sebut nama Ra On. Oh man! Adakah episod 11 nanti Crown Prince akan tahu siapakah sebenarnya Ra On? Sangat-sangat i tak sabar nak tunggu for next episode. Anyone yang tahu episod 11 da ada kat google, please, please share dengan i please T___T. Can't wait!


Pakcik google pinjam gambar awak sat ye :)

xoxo.

23 September 2016

Cerita Dalam Bas Awam ;)

Nak muka halus mulus tulis bak para wanita korea? Jangan harap nak dapat kalau ada sifat malas. Hehe. Tadi petang time i balik kerja, ada sorang minah ni duduk kebetulan sebelah i. Ya Allah. Licin, putih muka beliau wei. Beliau? Tak. Muda lagi. Muda dari i rasanya. Hehe. Kira adik i la kan. I punya nak pandang dia tak berani. Kang dia kata i pula. Da kenapa pandang-pandangkan. 

Sampai nak dekat kawasan i turun pun, i still tak berani nak pandang. Hahaha. Sebenarnya i nak tengok sebab i nak tanya produk apa dia pakai yang buatkan kulit wajah dia flawless macam tu. Hehe. Sampai kesudah tak berani nak tanya, i rasa i patut buat something dekat kulit wajah i. Tak la sampai nak buat pembedahan plastik. Sampai kesudah i jadi mangsa kutuk nanti.


Da macam hantu kak limah balik kampung pula :D

xoxo.

De'Xandra Perfume Botol Ke-3

Assalamualaikum. Hi.

Minyak Wangi De'Xandra | Tak jawap dosa :D. Hi awak-awak. I lama da nak kongsi artikel ni. Da sebulan dua artikel ni duduk dekat draft. Kesian dia. Hehe. By the way, ini adalah botol minyak wangi ke-3 yang i beli, tak silap i. Wangian original minyak wangi ni. Sangat harum dan PG memang syorkan awak-awak kalau nak beli, cari wangian De'xandra ni juga. Those sapa duduk dekat area Kota Kinabalu, Sabah, boleh contact PG untuk wangian tester tu. Cium bau je la then kalau nak dapatkan wangian tu, inshaAllah kalau ada stok, then awak dapat hari tu juga. Hehe. Tak pun esok lusa ke macam tu kan. PG tak jual tau. Kawan sepejabat PG yang jual :)


then. Ya. its me :D

Dengan pengalaman jualan perfumes ini, kami hanya membawa masuk perfumes-perfumes yang sangat TERKENAL & LARIS di Malaysia untuk memudahkan pengguna memilih. - GITU :D

xoxo.

22 September 2016

Plaza Shell @ Bangunan Hap Seng Kota Kinabalu, Sabah

Bangunan Hap Seng Kota Kinabalu, Sabah | Awal pagi i candid kat belakang bangunan Hap Seng ni. Da macam ala-ala korea punya bangunan kan? Hehe. By the way, bangunan yang dikendalikan oleh Hap Seng Consolidated Berhad ini menempatkan Plaza Shell kat sini. Macam mana i nak cakap ye. Plaza Shell kat bangunan Hap Seng Kota Kinabalu, Sabah. Senang kan? atau kalau nak cari bangunan Hap Seng Kota Kinabalu, cari kat Plaza Shell. Atau mana yang lebih better? Hahaha. Bingung i seketika :)


view belakang bangunan hap seng kota kinabalu, sabah


ni pula view depan bangunan hap seng kota kinabalu, sabah

Memetik petikan daripada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman:
"Bangunan yang dikendalikan oleh Hap Seng Consolidated Berhad itu memperlihatkan satu lagi struktur bangunan yang mempunyai reka bentuk dan seni bina moden. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman berkata ia merupakan satu kebanggaan apabila melihat bangunan tersebut didirikan disebuah tapak yang sebelumnya hanya sebuah perkampungan air dengan rumah-rumah yang dibina di atas tiang. “Hal ini menunjukkan bandaraya ini melalui kepesatan pembangunan dan transformasi kemajuan dari semasa ke semasa terutamanya sejak dekad kebelakangan ini,”katanya.
Sumber: sayangsabah
Jom breakfast!
xoxo.

21 September 2016

Beauty Box Giveaway by Sally Samsaiman!

Beauty Box Giveaway by Sally Samsaiman! | I join sama sebab i memang suka bebenda-benda barangan kecantikan, evendo sebenarnya dalam handbag cuma ada 3 benda basic seperti Azhafizah blog iaitu lipstick, foundation dan eyeliner. Kot-kotlah menang, rezeki, boleh buat koleksi dalam handbag i :D


Sebut pasal satu-satu produk, i setakat ni setia pada foundation B.B Cream keluaran maybelline tu. Since i da cuba sekali B.B Cream tu, after that, i tak tukar lain lagi. Kekallah sampai ke hari ni, still pakai. Selain itu, produk yang i pakai sekarang juga, pencuci muka Safi Rania Gold. Safi Rania Gold i da pakai dekat 2 tahun. Setakat ini dia ok dekat kulit wajah i. Yang penting sebenarnya nak jaga kecantikan is, jangan ada sifat malas. Nak cantik, kena rajin. Kan? ;)


B.B Cream Maybelline


Masker Safi Rania Gold | Pencuci Muka Safi Rania Gold | Rexona i :D

So macam mana? Best tak story tentang produk kecantikan PG? Simple sangat kan. Hehe. Awak-awak pula macam mana? Kalau nak sertai giveaway ini, klik banner atas sekali tau. Good luck! :)

xoxo.

Korean Lover | Sinopsis Scarlet Heart Ryeo

Sinopsis drama korea Scarlet Heart Ryeo. I tengok drama ni. Awak-awak tengok tak? I mula-mula macam tak berapa nak suka drama ni. Tapi bila da masuk pertengahan cerita episod satu tu, i start mula suka dan tunggu nak habiskan cepat dan pergi tengok lagi episod lain. Masa i download, i da download sampai episod 7. Kiranya nanti i tak akan tertunggu-tunggu apa next episod. Tapi bila da habis tengok, jadilah macam pagi ni. Semalam punya cerita, pagi ni i da balik-balik refresh facebook. Nak tunggu anyone yang share. Hehe. I tak de astro kat rumah. Hehe. Bukan sebab i tak nak beli, tapi i rasa tak berbaloi. Sebab waktu kerja i, balik rumah tinggal nak tutup mata je, dan esok i kena pergi kerja semula, membuatkan masa i kurang tengok tv. Hehe. Apa-apa pun, meh i share sikit sinopsis. I tak reti nak olah sangat, mana yang i mampu, i share la. ;)

 
Pakcik google. Pinjam gambar awak sat yer :D

Scarlet Heart Ryeo mengisahkan tentang Hae Soo, seorang gadis di era zaman moden yang terbawa masuk dan terperangkap ke zaman Dinasti Goryeo. Dimana zaman yang penuh dengan konflik perebutan kuasa berlaku diantara putera-putera Maharaja Goryeo ketika itu. Konflik terus-terusan berlaku dengan campur tangan permaisuri. Menarik jalan cerita ini diselitkan dengan percintaan yang berlaku diantara Hae Soo dengan Putera Ke-4 dan Putera Ke-8. 

Bagaimanakah dan apakah yang akan terjadi pada hubungan Hae Soo dan para Putera yang lain? Jangan lupa tengok tau drama ni. I pun blur-blur sikit dengan jalan cerita ni. Tapi for me, setakat ni, drama ni best ;)

xoxo.

20 September 2016

Giveaway Mangkuk Tingkat by El Darwena

Assalamualaikum.

Hi fellas. I pantang nampak warna pinky-pinky ni. Terasa ada satu cabaran dalam hati jiwa dan raga. Ar, sama macam giveaway mangkuk tingkat by el darwena ni. Warna mangkuk tingkat giveaway dia kat situ, memang i tak boleh tengok. Tapi da alang-alang ternampak, i terus join sama giveaway mangkuk tingkat ni. Dengan harapan i, moga i menang hadiah mangkuk tingkat tu. Muahaha. So awak-awak sekalian alam. Agak-agak kalau spesis sama macam PG, meh jemput sekali giveaway ni. Kot-kot rezeki awak-awak pula kan. Hadiah satu je tau. Tapi, mari kita berharap moga-moga tuan tanah nak bagi hadiah lebih dari satu kat situ. Hehe. Klik banner!


Giveaway tamat pada 15 October 2016 jam 11.59 malam tau :)

xoxo.

17 September 2016

Selamat Hari Malaysia!

Assalamualaikum.

Morning hi fellas. Tak terlambat kot kan i nak ucapkan Selamat Hari Malaysia kat awak-awak sekalian alam kan. Dengan harapan i semoga kemakmuran negara kita akan sentiasa terjaga. Terpelihara. Macam mana nak kekalkannya? Bersatu hati. Sehati Sejiwa. InshaAllah Malaysia, akan terus kekal maju. Amboi i da cakap macam i berpidato. I tak de background tu. Hehe. 

So ya. Aktiviti i tiga hari cuti duduk rumah tak de apa. I bangun pagi tinggal i kemas rumah apa yang patut dan i tinggal makan minum dan i layan drama korea i. Tu je. Nampak sangat hidup i simple kan? Ah'ah. 


So ya. Jumpa next entry maybe? Selamat Hari Malaysia again!
xoxo.

15 September 2016

Giveaway Penghargaan RM100 by Kennymerligal


Giveaway penghargaan cash rm100 by kennymerligal | mencari 5 orang pemenang bertuah bagi merebut hadiah wang tunai sebanyak rm20 untuk setiap seorang. Giveaway ini akan bermula pada 1 September 2016 dan berakhir pada 30 September 2016.

Cara untuk menyertai:
  1. Buat satu entry blog bertajuk "Giveaway penghargaan rm100 by kennymerligal". 
  2. Copy dan paste banner diatas ke dalam blog post anda atau gunakan kod yang telah disediakan dalam ruangan textarea dibawah. 
  3. Backlinkkan entry ke sini. 
  4. Tinggalkan link entry anda di ruangan komen artikel giveaway sahaja. 
Syarat syarat :
  1. Blogger Malaysia. 
  2. Follow blog kennymerligal
  3. Follow instagram
  4. Follow twitter
  5. Like facebook page
(*syarat yang kedua adalah wajib manakala yang selebihnya terpulang kepada anda)

Hadiah :

Wang tunai RM20 x 5 orang pemenang bertuah. 

Pemenang akan dipilih secara rawak oleh admin dan keputusan akan diumumkan selepas tamat giveaway. Semoga penganjuran giveaway ini dapat merapatkan lagi tali persahabatan di kalangan rakan rakan blogger. 

xoxo.

W - Two Worlds Final a Happy Ending Love Story

W - Two Worlds Final Story. Finally W - Two Worlds last episode da bersiaran kemarin kan?. I da tengok online kejap tadi. Then i sedih sebab its last episode dan lepas ni tak de sambungan lagi da. Kecualilah pengarah drama tu nak ada sambungan drama ni. Baru ada cerita barulah kat situ. Kena cari drama baru pula untuk pulihkan perasaan sedih i tu. Hehe. By the way. Meh i cerita sikit drama last W-Two Worlds ni.


Ni babak last episod 15. Sambungan babak terus ke final. Yeon Joo yang sedih nampak Kang Chul diseberang jalan dalam keadaan cedera parah, berdarah kat situ dan tiba-tiba Kang Chul hilang semula. Memang sedihlah kat sini. I almost nak nangis. Nasib  tengok kat office. Hehe. Dan. Dan....Yeon Joo thinking of...hilang Kang Chul kat situ..dan hubungan mereka pun terhenti. Belum lagi :D


Kang Chul diseberang jalan. Sempatlah juga dia nampak si Yeon Joo dan terus pengsan dan hilang as usual. Sedih juga kat sini, kot-kotlah watak Kang Chul tak muncul-muncul lagi kan. T_T not yeeeeetttt :D


ada cerita selepas selepas ke tiba-tibaan Kang Chul hilang.

dan tiba-tiba juga babak berpegangan tangan kat situ, dalam bilik kat hospital.

ok happy ending sat :D


Yeon Joo blur seketika


Yeon Joo nampak macam blur. Percaya atau tidak percaya sahaja kat situ kan? ;)


senyum i kat sini sorang-sorang :D


Ya. Percayalah Kang Chul is BACK!


BACK...YES YOUR HUSBAND IS BACK ;D


Sedih kejap. Kang Chul told Yeon Joo, her father kat mana.


Please peluk i juga Kang Chul? Muahaha


dan dan. Happy ending!
Kang Chul duduk dalam dunia Yeon Joo terus.  

So? Macam mana i punya description untuk awak-awak sekalian alam? Senang nak faham kan? Hehe. 
xoxo.

14 September 2016

Sesi Penjagaan Rambut Dengan Dove | Dove Hair Care Range

Dove Hair Care Range | I jenis manusia suka tukar-tukar shampoo. Bukan takat shampoo. Pencuci muka ke, makeup ke, tuala wanita pun i jenis suka nak tukar-tukar bila masa tengok ada retis-retis dekat tv tu tepek muka depa lawa-lawa dengan satu-satu produk. Macam Nora Danish kan duta Safi Rania Gold tu. I pun terjebak sama pakai that produk. Konon-konon nak muka i nanti sehalus mulus tulus Nora. Tak de hal. Biar i perasan sorang-sorang. Korang jangan terjebak. Hehe. Tapi officemate i da terjebak dengan i tau. Muhahaha.


Then beralih kepada penjagaan rambut pula. I rasa nak terjebak dekat DOVE ni pula. Dulu i kejap je pakai dove. Macam yang i kata, i jenis tukar-tukar pakai. Tak stick pada yang satu. Konon-konon nak tengok mana sesi penjagaan yang terbaik untuk rambut i la kononnya. Tak de hal kan. Ikut suka hati je.

Then apa jadi dekat rambut i?

Sampai sekarang i masih ada masalah dengan rambut yang kerap gugur. Kalau i sisir pakai jejari je pun, ada lah lebih daripada 20 helai rambut akan ikut sama kat jejari runcing i tu. Awak-awak rasa kalau dalam seminggu berapa helai rambut i akan gugur? T_T Nangis i kejap tepi meja office ni.

Sebut shampoo. Selalunya i akan pilih yang jenis ada sebut kelemumur kat situ. Tu je la. Conditioner pula i jenis tak kisah. Tak tahu la boleh campur-campur ke tak, atau kena juga yang sama dengan kelemumur tu. Korang rasa? I kena pakai yang berkaitan ke apa? Sebab sumpah, sampai sekarang i tak tahu ;)

Terima kasih Nuffnang!
Terima kasih DOVE!

xoxo.

My Cerita Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya Aidiladha awak-awak sekalian alam. How raya's awak-awak? Dapat daging korban tak? erk. Sure dapatkan? Suami i kata jiran depa kat ipoh siap bagi depa 3 kilo daging kambing. terbaik. Jangan sebut kambing depan i. I terliuq cepat. Hehe.
Ok. Cerita Hari Raya Aidiladha i simple sahaja. Lagi pun kat Kota Kinabalu, Sabah, sesetengah tempat atau mungkin i tak tahu, Hari Raya Aidiladha tak berapa nak disambut such like masak-masak Hari Raya Aidilfitri. Suami i pun kata macam tu. 'Sabah tak berapa nak sambut Hari Raya Korban kan yang?' Kalau kat Semenanjung Malaysia, Hari Raya Aidiladha ni la akan disambut lagi meriah daripada Hari Raya Aidilfiti. So, i just like 'Oh ok yg'. Then, tak pe. Kita sambut sahaja as usual.


Nenek belong's. Later i talk pasal ni :)

Dan selalunya, Hari Raya Aidiladha, kita family pakcik buang tak plan apa-apa pun. But this year pula, i punya sister yang kedua plan kumpul ramai-ramai kat rumah mama kat kampung. So, i ikut sahaja. Lagipun i tak de suami kat sini. So i bila-bila masa sahaja free. Hehe.

So, he were go. My cerita Hari Raya. Maaflah tak sempat nak ambik gambar potong-potong ayam, sayur-sayuran, bawang-bawangan kat dapur sebab i sibuk nak cari line Digi kat kawasan rumah mama. Teruk giler line Digi kat kampung. Kampung's kan? What the fishcake there. Hehe. Then i tinggal nak membantu popet popet there sahaja kata lapar nak makan. Then oh lupa. Ada bakar ikan uji rashid kat situ, aka ikan merah. Do no la kenapa tipikal panggil ikan uji rashid. Mungkin sebab mata ikan merah itu besar like penyanyi uji rashid? oh no! Tak tahu. Dan gelaran tu kekal. Nak pergi buat aktiviti ke apa ke, 'jangan lupa beli ikan uji rashid. Boleh bakar-bakar'. Gitu. Sabah macam tu la. I bagitau je. Esok lusa kot-kot awak-awak mai Kota Kinabalu, Sabah kan. Tak la awak-awak sekalian alam rasa pelik :D

Then makan-makan. After that, pergi ziarah nenek nudar kat tepokon. Setahun rasanya tak ziarah nenek. Maaflah nenek. Syukur alhamdulillah, nenek nampak sihat kat situ sedikit. Berbanding dengan sebelum ini, nenek pucat dan takut juga if anything hapend kan. Then chit chat dengan nenek. Nenek masih ingat nama-nama anak menantu dan cucu dan cicit. Terima kasih nenek.


Semua hantu wefie. Pantang nampak kamera :D


Nenek and me :)


Kakak Nurul was busy candid while Nenek chit chat wit me, asking mana i punya suami :D

After that, rumah babu kasiah i. Ni babu kasiah da whatsapp seminggu sebelum Hari Raya Aidiladha, pesan datang rumah. Sebab masa Hari Raya Aidilfitri hari tu, kitaorang datang rumah babu, but babu kasiah not there. So kali ni, kena wajib datanglah. Dan, ada laksa wei! I suker giler laksa since ter makan laksa kak dayang, officemate i make it. Giler sedap. Before this i tak reti nak makan. Macam geli gitu. Tapi-tapi. Lepas tu i da buat makan tau. Siap tambah dua mangkuk. Pergh. Jangan cakap. Boleh meleleh. 


My kakak ipar. Hello hi SIL! At babu kasiah house.

Ok. tu je kot nak cakap pasal Hari Raya Aidiladha i. Dari rumah babu kasiah dan terus balik inanam. Esok abang syafik, abang nong da bekerja. I masih bercuti kemarin. Namun. I sakit T_T. Syukur alhamdulillah. 


Selamat Hari Raya Aidiladha again!
xoxo.

10 September 2016

Gambar Majlis Pernikahan Bella Dally dan Nazim Othman di Kota Kinabalu,Sabah

Assalamualaikum.

Gambar Majlis Pernikahan Bella Dally dan Nazim Othman di Kota Kinabalu, Sabah | Syukur alhamdulillah i nak ucapkan buat pasangan pengantin baru ini yang telah selamat diijab dan kabulkan pada hari ini di Hotel Promenade Kota Kinabalu Sabah. Bella yang menerima mas kahwinnya sebanyak RM300 disamping barangan hantaran tujuh berbalas sembilan nampak gojes kat situ. Cantiknya awak ;) ❤️


Maaf erk. Gambar i screenshot random hastag iG peminat yang ada berkongsi gambar pernikahan mereka berdua. Those yang share, thanks for this ya :)
Thanks to : Orang Putih Kita iG too ;)

Tahniah sekali lagi ❤️ dan Selamat Pengantin Baru both of U ;)
xoxo.

09 September 2016

Sinopsis Drama Mariam Alisa diTV3

Sinopsis Drama Mariam Alisa | Mariam Alisa mengisahkan tentang Mariam Alisa. Seorang gadis kampung yang hanya tinggal berdua bersama ayahnya yang sudah uzur dan juga lumpuh. Disebabkan Mariam adalah satu-satunya anaknya, dan ketidak selesaan apabila dijaga kebajikannya beliau menyebabkan ayah Mariam menyuruh Mariam bernikah dengan Ustaz Haiqal, yang sering bertandang ke rumah kerana Ustaz Haiqal sering membantu Mariam dan ayahnya. Namun, Mariam yang sering dipermainkan oleh lelaki, masih belum terbuka hati lagi menerima mana-mana lelaki.


Sumber: Myinfotaip

Demi menyara kehidupan Marian dan juga ayahnya, Mariam menjual nasi lemak di sebuah gerai dikampungnya. Sehingga pada suatu hari, Farhan seorang pemuda kampung datang membeli nasi lemak Mariam. Pada saat itu, Farhan telah mula sukakan Mariam, sehingga sanggup berpura-pura pekak demi mendekati Mariam. Mariam pula mula berlembut hati dengan Farhan kerana mengetahui Farhan seorang pekak dan kelihatan seperti bukan orang berada.

Dan. Bagaimanakah dan sampai bilakah Farhan perlu berahsia dengan Mariam? Jangan lupa saksikan Drama Mariam Alisa setiap hari Rabu hingga Jumaat pada jam 09.00 malam di TV3.

TAJUK : MARIAM ALISA
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 26 Ogos 2016
HARI / MASA : Rabu hingga Jumaat, 9.00 malam
SIARAN : Slot Lestary TV3
PENGARAH : Shahrulezad Mohameddin
TERBITAN : Radius One Sdn Bhd
PELAKON : Elvina Teylv, Ben Amir, Amirul Faqeem, Haris Zainuddin, Aida Aris, Roy Azman, Nadia Aqilah, Najua Pramlee, Zalikha Awaluddin

PARA PELAKON DRAMA MARIAM ALISA

Elvina Teylv sebagai Mariam Alisa
Ben Amir sebagai Farhan
Amirul Faqeem sebagai Ustaz Haiqal
Haris Zainuddin sebagai Fareeq
Aida Aris sebagai Datin Hayati
Roy Azman sebagai Dato Mokhtar
Nadia Aqilah sebagai Sharmin
Najua Pramlee sebagai Adila

LAGU TEMA / OST MARIAM ALISA
Lagu : Dalam Keraguan
Penyanyi : Nadia Aqilah


Nadia Aqilah nyanyi bestkan? I suker :)
xoxo.

07 September 2016

Cover Plastik For iPhone 5G|5SE dan Sesuai Juga Untuk iPhone 5 Yang Hot Murah!

Assalamualaikum.

Tajuk i panjang. Supaya memudahkan pemahaman awak-awak yang sedang membaca. Hahaha. Jangan marah i tau. Ok. Kat sini i nak kongsikan dengan awak-awak sekalian alam, kot-kotlah awak-awak tengah nak mencari cover jenis plastik macam kat gambar iPhone 5 i tu. Harga dia mampu milik i kata. RM2.99 sahaja. Sumpah tak tipu awak-awak sekalian. Compare dengan harga yang i pergi tengok dekat kedai-kedai yang memang jual jenis cover macam ni, semuanya i jumpa harga dalam RM10.00 ke atas. I masih boleh berfikir samada ianya adalah mahal atau tidak berbaloi sama sekali.


hi awak dalam tu. duduk diam-diam ye :D

So i decide pergi masuk kedai Super Save Jimat Hebat, Bangunan Centre Point, Kota Kinabalu, Sabah, Tingkat 2. I jumpa kat situ cover plastik untuk 5G dan 5SE tapi boleh dipadankan dengan iPhone 5 i, dengan harga yang jauh lagi murah dan i terus beli. Kualiti dia sama sahaja dan yang penting, boleh muat dengan iPhone 5 i. 


see? tak percaya harga dia RM2.99 je kan? ;)


Kenapa tidak menggunakan item harga yang murah kalau ianya berbaloi-baloi kan? Jemput datang kedai tau :D

xoxo.

Nak Tahu Ikhas atau Tidak Menulis Entri Blog~

Assalamualaikum.

erk. da kenapa kan? by the way, beberapa hari ni i ada masa yang sangat-sangat banyak kat office tau. Kerja office i da settelkan. Memandangkan i jenis tak suka nak tangguh-tangguh kerja dan better i selesaikan terus. After that i tak kisahlah jiran tetangga kata i takde kerja ke ape. Takde hal. Yang penting i da selesaikan part i dan all staff tahu kerja masing-masing. Takde kerja duduk diam-diam je la. Oh. Nak kata i makan gaji buta? Hahaha. Lagi i tak kisah. Sapa kerja dengan gomen da berbelas tahun, tahulah tinggi langit kat situ. Makanya, da habis kerja. Duduk diam, buat hal sendiri :D

Sangat free, jom blogwalking. Internet office pun free. Hehe. Dan, berbalik dekat tajuk i atas tu. I adalah buka dan baca balik few entry i yang lama-lama dalam blog ni. Nak tergelak pun ada. Rasa menyampah pun ada dan rasa nak padam je entri tu pun ada. Entri usia tengah dalam jiwa kacau masa tu, tak tahulah. Asal nak update pun ada banyak. Hehe. 


suami: tepuk dada tanya selera yang oi :D

See? Nampak sangat entri blog i ikhlas dan tak ikhlas kat situ Kan. Kat sinilah nak tahu ikhlas atau tidak kita ni menulis entri blog. Korang macam mana pula? Ikhlas menulis ke tau macam PG juga. ASAL UPDATE? :D

xoxo.

06 September 2016

MINI GIVEAWAY BY TRIPLE S



Prizes of giveaway :

3 winners x RM10
3 lucky winners will be chosen using random.org

Rules :

1. Open to all bloggers in Malaysia.
2. Must be following our blog "Airah" & "Indah" *compulsory*
3. Follow Instagram : @twicemakeup.my, @allemari.co" *optional*
4. Copy the banner above and create and entry titled "MINI GIVEAWAY BY TRIPLE S"
5. Link the entry in this entry comment section below.
6. Canceled if less than 10 participants.

That's it. My rules are very simple to follow. I hope all of you will join this giveaway.

Starting at 2/9/2016 and finishing at 2/10/2016.

jemput join semua. klik banner ya :)

xoxo

05 September 2016

Menang Giveaway Birthday by Cik Eyz

Menang Giveaway Birthday by Cik Eyz | Hi fellas. Syukur alhamdulillah. Blog PG terselit menang hadiah giveaway by Cik Eyz hari tu. Bersempena dengan birthday Cik Eyz. Syukur kat situ. PG menang hadiah RM10.00 sahaja. Tapi tu pun da bersyukur sangat-sangat, dan baiknya Cik Eyz is, dia bagi pilihan lagi samada nak tunai atau pun topup. So, PG pilih topup sahaja. Lagi senang kat situ kan.


Alhamdulillah :D 

Terima kasih Cik Eyz :)
xoxo.

Good Luck UPSR Candidates!

holla fellas. PG nak ucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR buat adik-adik blogger PG yang mendudukinya bermula hari ini. Juga buat anak buah PG cheche tu. Beberapa hari ni nampak sangat effort dia kat situ, belajar last-last minute. Banyak tanya juga kat PG. Tapi tau-tau je lah, PG da lama melepasi UPSR ni. Mana yang PG tahu, english maths few thing, PG sharelah juga. As long PG jawap pertanyaan dia. Sekurang-kurangnya dia tahu kita support dia belajar dan bakal menduduki peperiksaan yang besar macam ni. Kan? Ar korang tu kalau ada adik-adik yang duduk UPSR tahun ni, anak ke apa ke kan, please support them. Tak tahu nak jawap persoalan pada soalan mereka pun tak pe. But as long awak support adik, anak, for sure depa akan lebih bersemangat nak hadapi UPSR ni :)


 
 
good luck cheche [kanan]. good luck jiran [kiri]

babu yang nebes :D

xoxo.