29 February 2016

Tukar Bahagian Tukar Pejabat Tukar Kerja

but thank god bukan tukar jabatan. syukur alhamdulillah. tak boleh nak komplen apa dan tak boleh nak banyak bunyi. terima dengan hati yang terbuka memandangkan pertukaran ni memang sebenarnya aku harapkan, iaitu bertukar bahagian tapi masih dibawah ketua bahagian aku yang lama, yang juga mendapat arahan untuk bertukar ke bahagian baru. bersama-sama kami berdua yang keluar adalah sorang lagi staff baharu di bahagian lama. hahaha.


nampak sangat mood ntah apa-apa ntah
maap erk. aurat ke apa benda ke. jangan terlalu fokus :D

so. ketika ini. tiga orang keluar dari bahagian latihan dan ke bahagian baharu, dan juga sorang lagi keluar, ditukar ke bahagian pembangunan organisasi, mengantikan pegawai yang sedia ada, yang di arahkan mengambil alih tugas ketua kerani. reramai keluar macam ada isu kan? erk. tak de ye. hehe.


bahagian lama. bye awak T_T

dan officially. hari ini, aku da berpindah, tukar bahagian. tukar pejabat. tukar kerja. kerja lama aku tinggalkan sepenuhnya dekat bahagian lama. cuma if depa nak rujuk apa-apa, for sure aku sedia membantu. aku da duduk 6 tahun dekat bahagian latihan dan pembangunan kot. the proses, perjalanan kerja aku da boleh simpan dalam kepala, di tepi sikit-sikit, dan di bahagian baru yang aku totally tak tahu apa benda, akan aku simpan paling depan untuk aku buktikan, bahawasanya aku mampu untuk belajar benda baharu. amboi amboi. semangat je lebihkan. buatnya tak tahu la. hehe.


bahagian baru. meja masih bersepah-sepah. but ini bukan meja aku sebenarnya. sementara sahaja :D

dan officiallynya juga. esok 01 Mac 2016. bermulalah tugasan baharu. bos pun masih dalam perancangan aku tengok. memandangkan bahagian dasar 'new' bagi kami-kami. tak pe en. bos! kita boleh tunggu. do ur best. sebab kita-kita tahu engko mampu ;)


nasib ada yang baik hati bagi coklat. hati pun ada senang :D

oklah. setakat ini sahaja ye kengkawan. meja aku still tak berkemas. dan dan. please. doakan yang terbaik untuk aku di bahagian baru. thank god yes, tak tukar jabatan. muahahaha.

done :)

Senarai Pemenang Anugerah Meletop Era Ame 2016 | Tahniah Para Pemenang

video akim peluk stacy di malam anugerah meletup era ame 2016 semalam siapa yang tengok, giler kentang sweet amat-amat aku cakap. kata akim melalui instagram beliau, dia terlanggar lengan stacy ketika itu, dek kerana teruja nak menyanyi dan memilih untuk peluk stacy, (aku rasa) untuk akim cover situasi tersebut. apa pun, depa sweet sangat semalam. sampaikan para penonton bersorak gembira. hahaha. jom tengok keputusan rasmi pemenang anugerah meletop era ame 2016 semalam. PG tak de astro kat rumah. hehe. kita tengok online je :)


Keputusan Rasmi Pemenang Anugerah Meletop Era Ame 2016

Artis Baharu Meletop - Mira Filzah
Bintang Online Meletop - Dato Siti Nurhaliza
Couple Meletop - Johan Raja Lawak & Ozzlyn
Penyampai Radio Meletop - Johan Raja Lawak (Era FM)
Program Radio Meletop - Johara Pagi ERA
Grup/ Duo Meletop - Akim & The Majistret
Penyanyi Meletop - Ayda Jebat
Lagu Meletop - Siapa Diriku- Ayda Jebat
Program Meletop - Gegar Vaganza 2015
Hos Meletop - Dato AC Mizal
Drama Meletop - Drama M.A.I.D- Lakonan Ayda Jebat
Pelakon Meletop - Ayda Jebat
Artis Lawak Meletop - Johan Raja Lawak
Anugerah Khas Sepanjang Zaman - Zulkarnain Hassan- Bekas Pengulas Sukan Bola Sepak – Pingat + Trofi dan Tunai RM20,000
Filem MeletoP - Polis Evo- Astro Shaw
Bintang Filem Meletop - Zizan Razak- Filem Polis Evo
Fesyen Meletop - Dato’ AC Mizal

Anugerah Utama Meletop ERA 2016 (Lelaki dan Wanita)
 
Anugerah Top Top Meletop (Wanita): Ayda Jebat
Anugerah Top Top Meletop (Lelaki): Johan Raja Lawak

Sumber dan Kredit: melvister.com

done. 

27 February 2016

Segmen Bloglist Vitaminwawa March - May 2016

Syarat Penyertaan:

1. Buat entry bertajuk : SEGMEN BLOGLIST VITAMINWAWA MARCH-MAY 2016
2. Copy & paste photo diatas dan linkkan ke entry ini.
3. Follow blog Vitaminwawa.
4. Follow Ig : @vitaminwawa2u
5. Like page : Vitaminwawa2u
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal SEGMEN BLOGLIST VITAMINWAWA MARCH-MAY 2016

senang je syaratnya kan. jom korang! sambil bersegmen, sambil kita boleh menambah kenalan :)
done.

26 February 2016

Sinopsis Drama Uda dan Dara

sinopsis drama uda dan dara. woot woot. dah lama tak tengok drama lakonan zul ariffin dan siti saleha. boleh jadi melting tengok depa dua ni berlakon. zul ariffin, memang tak boleh dinafikan lakonan dia yang bersahaja dan memang sangat-sangat mau melting aku dibuatnya. hehe. siti saleha pula, memang sangat berbakat. drama, filem lakonan dia sebelum-sebelum ini ni pun, memang masuklah dengan dia aku tengok. dan aku harap. drama uda dan dara ni akan menjadi satu fenomena pulak lepas ni. manalah tau kan. hehe. jom baca sinopsis.

sinopsis drama uda dan dara


Drama Uda dan Dara yang akan bersiaran selama 60 episod telah diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd, mengisahkan tentang seorang gadis bernama Siti Mariam lakonan Siti Saleha yang berkawan baik dengan Izzat Hilman (Zul Arifin). Perhubungan mereka ditentang oleh ibu Izzat Hilman yang ingin menjodohkannnya dengan Khalidah. Izzat Hilman juga sering menghina Siti Mariam kerana agak berlebihan berat badan. Ini membuatkan terjadinya perselisihan faham antara Siti Mariam dan Izzat Hilman sehingga ke tahap Siti Mariam membencinya.

Setelah terpisah lama, mereka bertemu semula. Kini Siti Mariam sudah semakin cantik dan Izzat Hilman mula jatuh cinta kepadanya. Namun kenangan silam masih menghantui Siti Mariam. Izzat Hilman tidak mahu mengalah dan dalam diam Siti Mariam turut menyimpan rasa cinta.

Namun bila Siti Mariam mengingatkan kembali wasiat arwah ibu Izzat Hilman dia jadi takut untuk menjalinkan perhubungan lebih-lebih lagi kehadiran Khalidah seolah ingin memisahkan perhubungan mereka. Ini membuatkan Siti Mariam meletakkan syarat pada perhubungan mereka, tempoh tujuh bulan diberi dan Izzat Hilman perlu bersiap sedia untuk berpisah.

Dapatkah Izzat Hilman memenuhi syarat tersebut? Apa akan terjadi kepada kesudahan kisah percintaan ini? Jangan lupa tonton Drama Uda Dan Dara setiap Isnin hingga Jumaat jam 6:00 petang. Episod satu Drama Uda Dan Dara telah mula disiarkan pada 24 Februari 2016.

Sumber and thanks: notainfo.com

done.

25 February 2016

Sakit Gigi | Masak | Basuh Kain

anyone yang pernah alami sakit gigi? tolong! sakitnya tak boleh nak cakap. sakit rasa macam nak hempuk-hempuk kepala. biar bergegar semua gigi. hahaha. kejap sakit kejap sedap je kan. tuhan sahaja yang tahu. nak nanges aku kat sini sorang-sorang. syukur suami tak balik lagi. kalau tak. memang boleh gaduh macam ni. hahaha. 

 

korang buat apa kalau sakit gigi? PG nak bawa tidur da. tapi memandangkan perut da berkeroncong sangat. masak dulu. kejap lagi lepas makan. memang terbongkang jawapnya. tak pe. sakit gigi masih boleh ditahan-tahan lagi. ni pun update blog sambil masak. tak boleh layan sangat sakit gigi ni. erk. terror PG kan. dua benda boleh buat serentak. erk. bukan dua benda je. tiga benda serentak buat. mesin basuh bagi pusing kain. update blog plus masak. terror kan. haha.

hurm. oklah tu je kot nak update malam ni. esok kita sambung lagi ;) selamat menjamu selera pada para isteri yang tengah masak dan bagi para suami tu makan. orang kata air tangan isteri yang masak, inshaAllah suami makan pun berselera je. amboi amboi amboi. kena berguru PG ni dengan korang.

done.

Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016

Tak lama nak masuk bulan March, makanya senarai bloglist untuk January & February akan bertukar bila masuk bulan March. So nak cari bloglist baru untuk March dan April. Jemput sertai Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016.

Klik banner untuk sertai Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016


Segmen simple sangat. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.

TAMAT : 28 FEBRUARY 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016
2. Copy & paste coding dalam kotak bawah ni di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016

Terima kasih atas sokongan semua ^__^

done!

24 February 2016

@nakbebel Yang Semakin Terkenal

nakbebel image da femes sekarang ni kan. dekat facebook je bersepah PG tengok yang kongsikan nakbebel ni. bagi PG, nakbebel ni macam satu medium menyuarakan apa yang hati tak boleh nak suarakan. lepas tu yang tak boleh blah pulak tu, nakbebel ni macam tau-tau je apa kita nak suara kan. hahaha. macam PG la tu. ada je something yang PG tak boleh nak suarakan, mulakan search nakbebel. then share dekat facebook. konon-konon dengan harapan apa yang dishare, orang yang makan cili terasa pedas. amboi. hahaha.



betul. setuju sesangat. tak de benda dekat dunia ni yang mudah.
oleh itu. bagi kita yang masih dalam tahap kesabaran meninggi, inshaAllah, Allah ada bersama kita. @nakbebel betullah kan.


 lagilah betul. bagus pura-pura gembira dari orang tahu engkau tak gembira. siaplah 1001 persoalan dia nak tanya. baik aku pura-pura okay. hehe. 

done!

23 February 2016

Tips 5 Minit Jana Pendapatan Dengan Mobile Ads Nuffnang!

korang! ni nak share tips dengan korang. bagaimana kita blogger mampu menjana pendapatan sampingan dengan iklan nuffnang, hanya dengan 5 minit sahaja. amboi. bunyi macam tipu je kan. hehe. tapi. tapi. apa kata kita cuba sahaja dulu. kot-kot rezeki earning nuffy mencanak naik lepas ni kan? rezeki tu. apa pun jom baca lanjut.
 


ok. sebelum itu. tengok statistik peratus daripada nuffnang diatas. dimana. 51% daripada penduduk kita adalah pengguna internet mudah alih. banyak tu kan. dan dari itu, 43% daripada trafik web adalah datangnya dari telefon bimbit. of course for sure, 52% of digital spend in 2015 datangnya dari telefon bimbit. 

bermaksud. pengguna mobile phone sekarang totally sebenarnya menggunakan mobile phone depa untuk mengakses web atau apa sahaja sepenuhnya la kan.

sebenarnya ini berita baik untuk para nuffnangers. dimana. nuffnang kini telah meningkatkan iklan nuffnang mereka dalam edisi khas pula untuk mobile phone yang dipanggil MOBILE ADS!

maksud mudahhhh. bila pembaca blog membuka blog kita melalui mobile phone, iklan nuffnang akan still cantik tertera dan kita still akan dapat trafik from that. pembaca blog atau blogger juga still boleh memberikan sumbangan klik melaluinya. senang kan? :)

Cara Letak Iklan Mobile Ads Nuffnang!

da baca kan. ok sekarang cecepat pergi letak code mobile ads nuffnang dalam blog kita. mudah je. korang pun memang da tahu macam mana nak letak yang sebelum ni punya code kan? ar. macam tu la juga untuk mobile ads pula.


Hanya klik pada 'Add Ad Mobile' dan ikut arahan !
(no. 1 warna merah kat situ)

jangan lupa save dan refresh blog selepas letak code tu tau.

jangan lupa refresh account nuffnang korang juga.

jika tertera seperti no. 2, ada nama mobile seperti gambar dekat atas, that mean U DONE! boleh tepuk tangan. hehehe. senang je kan?

good luck tau!
done.

22 February 2016

Segmen 12 Jam Bloglist #19 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mac dan April 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 Februari 2016, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #19 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 29 Februari 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...


PG nak jemput semua rakan blogger PG kat sini untuk join sama segmen ni. sambil bersegmen, bolehlah berblogwalking sesama kita nanti :)

done. 

Earning Nuffnang Almost RM200.00!

hollas! nak bagitau korang. earning PG setakat hari ini. hehe. inshaAllah. sampai ribu riban nanti, nak juga cashoutkan. amboi. ribu riban la sangat. la ni, biarlah dulu dalam account nuffnang tu. orang kata, sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan?. oh.  apa pun. PG nak ucapkan terima kasih dekat korang, all the bloggers sebab sudi singgai mai masuk blog PG, dan klik tabung baby nuffy PG. tanpa korang. tak de nya nak meningkat earning nuffy PG tu. kena say thanks dekat korang! :)


earning tu da lama duduk dalam account. da setahun baru nak dapat earning banyak tu. tu pun tengok kerajinan PG update blog ke tak. hehe.

oh. nak tahu macam mana earning kita cepat naik dan mencanak? meh baca sini. inshaAllah. mungkin membantu korang :) 
thanks nuffang! thanks korang!
done :)

20 February 2016

Kejiranan Dahulu dan Sekarang

sama ada korang perasan atau tidak. kejiranan dahulu dan sekarang, still sama kan? suka sangat jaga tepi kain orang. dari jaga tepi kain sendiri. erk? perkataan sangat kat situ aku rasa agak kolot sikit.

contoh kalau aku. tak de nya aku nak sangat sibuk hal perihal jiran tetangga aku. kecualilah ada bebenda yang aku rasa, perlu untuk aku ambik tahu. inshaAllah, sebagai hamba Allah yang diberi akal dan fikiran yang waras, mungkin kalau aku ambik tahu sedikit tidak banyak, mungkin aku boleh bantu jiran aku. so meaning from jaga tepi kain orang dari jaga tepi kain sendiri, still sama, perlu kot kadang. lagi pun, kan kita telah diterapkan dalam budaya kita saling bantu membantu? ;) kot-kotlah esok lusa aku kena pergi outstation, tak de sapa kat rumah aku, bolehlah aku pesan jiran tetangga tengok-tengokkan rumah kan. ye la. kita tak tahu, kot-kot juga pencuri ke nak masuk curi barang ke apa ke kan. hehe.



sebenarnya apa yang aku nak cakap ni. adalah few thing bab-bab jiran aku ni, yang aku tak berapa nak terkenan dihati. but. consider still mampu layan. oklah. janji hidup aku bahagia laki bini. ye la. bila difikirkan balik. mana nak nak dapat rumah sewa yang murah macam ni punya mampu bayar dizaman ekonomi yang sendiri korang boleh agak. so. thank god. owner rumah pun setakat ni alhamdulillah, masih boleh dibawah berbincang if aku laki bini adalah masalah dalam pembayaran. syukur sesangat.

setakat ini, jiran aku semua ok. ok maksud aku. still boleh bertegur sesama jiran. kalau terserempak dekat luar koridor kakak-kakak ke makcik-makcik ke, tegurlah. tak ke mana juga suara tu kan. hehe. bising? bising ni perkara biasa da hidup dalam kalangan jirang-jirang. tak nak hidup berjiran. pergi tinggal dekat hutan. esok lusa ada apa-apa dalam hutan, sila panggil tarzan mai tolong. hahaha.

oklah. tu je la nak update pasal jirang-jirang sekalian umat. moga kita mejadi jiran yang baik kepada jiran kita. biarlah jiran tak baik dengan kita. jangan kita ikut sama macam depa. hehe.

done!

Datin Eina Azman Selamat Bersalin Anak Kembar

datin eina azman selamat melahirkan bayi kembar mereka. tahniah. syukur alhamdulillah. siapa yang tak ada bayi kecil dalam kehidupan rumahtangga kan. menerusi instragam suami datin eina azman, dato paduka kaiser yang mengatakan:


alolo sweet. sepasang bayi kembar datin paduka eina azman.

datopadukakaiser: Today my journey as a husband turn to a father. The greatest gift, the love of my life gave me is the birth of our new born new twins. Im glad to say my wife is safe and my 2 babies are healthy. Thank you everyone for your prayers and your wishes

 congrats dato datin :)
dan selamat berpantang :D

done.

Melegakan Sakit Dengan Segera Jangan Lupa Ambil Panadol Actifast

korang! panjang jelas dan nyata pula tajuk aku tu kan. hahaha. tapi. kalau tak sakit, jangan nak gatal tangan nak pi telan panadol pula. Panadol Actifast - Fast For? of course lah untuk melegakan kesakitan kan. PG tak berapa suka sangat ambik sebarang jenis ubat kalau sakit. kalau rasa mental fizikal tu masih mampu bertahan, jangan ambiklah. cuba bertahan. bawa tidur ke apa ke kan. PG pun jenis yang memang tak suka pergi hospital ke klinik ke. tak sukalah.

but. bagi korang yang jenis tak tahan lasak. mean mungkin korang jenis yang cepat jatuh sikit. pening ke. maigrain kan. sakit sendi mendi. pinggang. ar pinggang tu macam PG la. kerap sangat sakit pinggang. bolehlah ambik panadol actifast. fast for? kelegaan. amboi. statment sungguhkan. tapi kelegaan sakit ni depend dengan body korang jugalah. kalau cepat menerima kesan ubat tu tadi, oklah. kalau jenis lambat, hurm. tak dapatlah PG nak explain pepanjang. hehe.

ok, kat sini PG kongsikan dengan korang dua panadol actifast yang PG rasa korang memang selalu beli kot. sebab suami PG selalu beli dua jenis panadol ni. kalau selama ni kita hanya tahu membeli tapi tidak baca mengenai panadol actifast ni kan. moga bermanfaat :)



Panadol® ActiFast Tablets

Apabila anda mahukan kelegaan yang pantas dari sakit kepala, sakit gigi, dan sengal badan, anda mahukan Panadol Actifast. Panadol Actifast diserap dua kali lebih cepat untuk melegakan kesakitan berbanding Panadol biasa. Dan seperti tablet dan kaplet Panadol yang lain, Panadol Actifast tidak membahayakan perut anda.

Tentang Panadol® Actifast

Panadol Actifast analgesik yang diperbuat dari paracetamol untuk melegakan sakit dan ketidakselesaan dengan cepat yang berkait dengan :
  • Sakit Kepala , termasuk Migrain
  • Sengal-sengal Badan
  • Sengal dan Sakit otot
  • Gejala Selesema
  • Sakit Sendi/Osteoarthritis
  • Senggugut
  • Sakit Gigi
  • Sakit Tekak
Panadol Actifast juga melegakan demam.

Untuk kesakitan dan demam, anda boleh percaya kepada Panadol Actifast untuk melegakannnya dengan cepat.

Mengandungi 500mg paracetamol dan 173mg sodium, Panadol Actifast telah dirumuskan dengan istimewa untuk menyediakan kelegaan sakit dengan pantas. Jangan ambil Panadol Actifast jika anda perlu mengikut diet rendah sodium (contohnya, jika anda mempunyai darah tinggi).

Pengunaan

Dewasa (termasuk warga tua) dan kanak-kanak berumur 12 tahun dan keatas :
  • Untuk diambil secara oral sahaja.
  • 2 biji (1000mg paracetamol), diambil setiap 4-6 jam, seperti yang diperlukan.
  • Dos maksimum harian : 4000mg
  • Jangan melebihi dos yang disyorkan. Tidak boleh digunakan bersama produk yang mengandungi paracetamol.
  • Boleh diambil dengan atau tiada makanan.
Tidak digalakkan untuk kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah.

Bahan Aktif 
  • 500mg Paracetamol
  • 173mg Sodium 
 
Amaran & Perhatian (rujuk label untuk senarai penuh)
  • Sentiasa membaca label. Guna seperti yang diarahkan sahaja. Untuk melegakan sakit dan demam. Penggunaan yang salah boleh membahayakan.
  • Pastikan anda tidak mengambil dengan ubat lain yang mengandungi paracetamol pada masa yang sama.
  • Pastikan anda tidak mengambil ubat ini sekiranya anda alah kepada paracetamol.
  • Jika sakit berlarutan, sila dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi anda.
  • Jika anda mempunyai masalah kerosakan hati atau buah pinggang, dapatkan nasihat doktor anda sebelum mengambil Panadol.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
  • Paracetamol yang berlebihan boleh mengakibatkan kegagalan fungsi hati. Jika disyaki atau terlebih mengambil dos berlebihan, dapatkan rawatan perubatan serta merta walaupun anda berasa sihat.
  • Sebelum mengambil ubat ini, pastikan anda mendapatkan nasihat doctor jikalau anda sedang menggunakan warfarin ataupun ubat-ubatan untuk mencairkan darah.
  • Penggunaan paracetamol yang berpanjangan dengan warfarin dan coumarins lain yang digunakan untuk mencairkan darah boleh meningkatkan risiko pendarahan; rujuk doktor anda sebelum mengambil ubat-ubatan ini bersama. Penggunaan paracetamol yang jarang tidak mempunyai kesan yang sama.
  • Setiap biji tablet mengandungi 173mg sodium (346mg sodium untuk 2 biji tablet). Perlu diambil pertimbangan apabila sedang mengamalkan diet yang mengawal sodium.




Panadol® ActiFast Compact

Untuk kelegaan yang pantas dari sakit kepala, sakit gigi, dan sengal badan, pilihlah Panadol Actifast Compack. Panadol Actifast Compact kini boleh didapati dalam pek kecil , bergaya dan mudah dibawa dan senang disimpan di dalam beg bimbit , beg tangan atau beg sukan .

Panadol ActiFast diserap dua kali lebih cepat berbanding Panadol biasa untuk melegakan kesakitan. Ia terbukti secara klinikal melegakan kesakitan bermula dalam masa 15 minit.
 
Tentang Panadol® Actifast Handipack

Panadol Actifast analgesik yang diperbuat dari paracetamol untuk melegakan sakit dan ketidakselesaan dengan cepat yang berkait dengan : 
  • Sakit Kepala , termasuk Migrain
  • Sengal-sengal Badan
  • Sengal dan Sakit otot
  • Gejala Selesema
  • Sakit Sendi/Osteoarthritis
  • Senggugut
  • Sakit Gigi
  • Sakit Tekak
Panadol Actifast juga melegakan demam.

Mengandungi 500mg paracetamol ditambah dengan sodium bikarbonat, Panadol Actifast telah dirumuskan dengan istimewa untuk menyediakan kelegaan sakit dengan pantas. Jangan ambil Panadol Actifast jika anda perlu mengikut diet rendah sodium (contohnya, jika anda mempunyai darah tinggi).

Untuk kesakitan dan demam, anda boleh percaya kepada Panadol Actifast untuk melegakannnya dengan cepat dan efektif.
 
Pengunaan

Dewasa (termasuk warga tua) dan kanak-kanak berumur 12 tahun dan keatas :
  • Untuk diambil secara oral sahaja.
  • 2 biji (1000mg paracetamol), diambil setiap 4-6 jam, seperti yang diperlukan.
  • Dos maksimum harian : 4000mg
  • Jangan melebihi dos yang disyorkan. Tidak boleh digunakan bersama produk yang mengandungi paracetamol.
  • Boleh diambil dengan atau tiada makanan.
Tidak digalakkan untuk kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah.
 
Bahan Aktif
  • 500mg Paracetamol
  • 173mg Sodium 
 
Amaran & Perhatian (rujuk label untuk senarai penuh.) 
  • Sentiasa membaca label. Guna seperti yang diarahkan sahaja. Untuk melegakan sakit dan demam. Penggunaan yang salah boleh membahayakan.
  • Pastikan anda tidak mengambil dengan ubat lain yang mengandungi paracetamol pada masa yang sama.
  • Pastikan anda tidak mengambil ubat ini sekiranya anda alah kepada paracetamol.
  • Jika sakit berlarutan, sila dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi anda.
  • Jika anda mempunyai masalah kerosakan hati atau buah pinggang, dapatkan nasihat doktor anda sebelum mengambil Panadol.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
  • Paracetamol yang berlebihan boleh mengakibatkan kegagalan fungsi hati. Jika disyaki atau terlebih mengambil dos berlebihan, dapatkan rawatan perubatan serta merta walaupun anda berasa sihat.
  • Penggunaan paracetamol yang berpanjangan dengan warfarin dan coumarins lain yang digunakan untuk mencairkan darah boleh meningkatkan risiko pendarahan; rujuk doktor anda sebelum mengambil ubat-ubatan ini bersama. Penggunaan paracetamol yang jarang tidak mempunyai kesan yang sama.
  • Setiap biji tablet mengandungi 173mg sodium (346mg sodium untuk 2 biji tablet). Perlu diambil pertimbangan apabila sedang mengamalkan diet yang mengawal sodium.
tq nuffnang!
done.

19 February 2016

Rakuten Bloggers Project

korang. rakuten ada buat projek dengan some bloggers ker? untunglah sapa yang dapat deal dengan rakuten ni. nama pun rakuten bloggers project kan. kot-kotlah dapat hadiah barangan gegirl ke, best juga. jeles tau. hehe.

apa itu rakuten?

ok. PG bukanlah baharu tahu tentang laman web rakuten ni. sebelum ni pernah juga eplore laman web depa. rakuten macam zalora, lazada macam tu. mean, apa benda yang tak de jual kat situ. semua ada. dari barangan lelaki dan wanita. barangan anak-anak. barangan kesihatan. barangan kecantikan. makanan dan thing banyak lagi lah. korang boleh masuk kat sini rakutan online shopping.


kredit and thanks: redmummy blog

bagi korang yang memang jenis tak suka keluar shopping gitu, memang rakuten ni satu tempat shopping yang sesuai lah untuk korang juga. lagi pun semua benda sekarang hanya dihujung jejari runcing je kan. pilih-pilih bayar da sampai barang. kerja korang senang, mudah dan selamat. inshaAllah selamat. bah. apa lagi. jom shopping :)

tq nuffnang :)
done.

Jodoh dengan Laptop 1Malaysia

bersyukur sangat alhamdulillah. akhirnya. terberjodoh juga dengan laptop 1Malaysia yang dulunya diberikan secara percuma je kan. tapi yang aku punya ni, kebetulan kawan office tak pakai. dan tak pernah pakai pun. dari simpan sahaja dekat rumah, kenapa tak buat something dengannya kan. dijadikan cerita. si kawan ni cakap kat PG, kata dia ada laptop 1Malaysia tu tapi tak pakai dan kiranya nak jual kalau-kalau ada sapa yang nak.


pucuk dicita ulam mendatang. PG memang da lama nak laptop 1Malaysia ni. nak dapatkan secara free tu memang tak la kan. si kawan ni jual murah giler, PG tak banyak cakap, terus deal beli. hahaha. akhirnya! kuat sungguh jodoh kami kan. 

since tak pakai laptop sebelum-sebelum ini, nak dapatkan laptop baru memang boleh je, tapi kena fikir bajet lagi dan lagi. then niat nak dapatkan laptop baru tu, hold dahulu. fikir juga masa tu, kalau nak beli laptop just untuk blog je, memang rasa agak satu kerugian je. lagi pun dekat office, PG pun memang selalu je buka blog. update segala pun dari office selain handphone. 

dan. dan. syukur alhamdulillah. akhirnya its mine! rajinlah lepas ni update blog dekat rumah. kalau internet mengizinkan. hehe. 

done :)

18 February 2016

Sinopsis Tundukkan Playboy Itu

sinopsis tundukkan playboy itu. sapalah pula mamat playboy ni. ar nak tahu sapa, kenalah tengok drama terbaharu di slot akasia tv3, berjudul tundukkan playboy itu, mengantikan drama cinta si wedding planner. setiap hari isnin hingga khamis, pukul 6.58 petang. para pelakon drama ni pun boleh tahan juga. PG tengok depa punya promote drama ni pun, boleh tahan juga. dekat facebook je banyak sangat sharing post. jom baca sinopsis.


sinopsis tundukkan playboy itu

mengisahkan tentang kehidupan seorang lelaki kaya raya, lakonan harraz naufal (hafidz roshdi) yang suka berpoya-poya, bermain cinta, membuang masa sehinggakan tan sri mukhriz (ridzuan hashim) dan puan sri rosell (maria farida) sebagai parent yakin bahawa sudah tiba masanya untuk seseorang yang istimewa, hadir dalam hidup harraz bagi menundukkan sikap playboy anak mereka. sisi lain harraz pula dia seorang yang bertanggungjawab apabila melibatkan soal syarikat, bersesuaian dengan jawatan dia sebagai ketua pegawai eksekutif harraz holding. dia sangat berdisiplin, menepati masa dan berusaha untuk memajukan syarikatnya.

suatu hari. tan sri mukhriz bertemu suffian (mahmud ali bashah) rakan lama sekolah beliau dan dalam pertemuan itu, tan sri mukhriz bertemu dengan nurin (uqasha senrose), anak suffian yang baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang arkitek, lalu merasakan sesuatu dengan nurin pada pandangan pertama, tan sri mukhriz terus memberi tawaran bekerja di syarikat harraz.

nurin menghadiri temuduga di syarikat harraz. namun berasa kecewa kerana syarat yang diletakkan oleh harraz untuk dia membuka tudung sebelum diterima bekejar atas alasan syarikatnya bertaraf antarabangsa. nurin tetap dengan pendiriannya dan walau berat hati dia menolak syarat harraz.

tan sri mukhriz yang mengetahui hal ini, cuba membela nurin dan memaksa harraz untuk menerima nurin sebagai arkitek baru di syarikat mereka. akur dengan itu, harraz bersetuju menerima nurin, dalam masa yang sama makin marah pada ayahnya dan semakin benci dengan nurin.

ada sahaja perkara yang cuba harraz buat untuk menyusahkan nurin ditempat kerja. berbeda dengan farhan (alif satar), sepupu harraz, yang bagaikan jatuh cinta pandang pertama, dengan membantu nurin dalam pekerjaanya sambil merahsiakan hubungan yang ada dengan harraz.

semakin lama nurin bekerja di syarikat itu, harraz mula menyedari nurin sememangnya seorang pekerja yang cekap dan berkebolehan. hati harraz mula berubah, tapi dalam masa yang sama keliru dengan perasaan sendiri kerana gadis bertudung sememangnya bukan citarasa harraz.

pada suatu hari. nurin terpaksa membantu rakannya, nashrain lee (ben asri) seorang pereka fesyen yang kekurangan seorang model muslimah dengan menjadi model. nurin memakai persalinan muslimah beserta niqab yang menutup sebahagian wajahnya. kebetulan sama majlis pertunjukkan fesyen tersebut dihadiri harraz. bagaikan magik. nurin melangkah ke pentas peragaan, harraz terpaut dengan panahan mata nurin tanpa menyedari itu adalah nurin. sejak dari itu, harraz berusaha untuk mengenali dan menjejaki model tersebut. dalam masa yang sama. hubungan nurin dan harraz semakin rapat dan berita itu tidak disenangi elfira (mawar rashid) yang memburu cinta harraz. 
 
bagaimana? adakah nurin mampu menundukkan sikap playboy harraz? adakah harraz akan memahami erti sebenar cinta? dan adakah elfira berjaya memusnahkan kerjaya nurin? sama-sama kita nantikan sampailah habis drama ni ya. :D

done

DIY Kotak Letak Shawl Dengan Mudah

da sudah. orang nak DIY. aku pun sibuk nak DIY juga. da kenapa pula kan. hehe. tapi-tapi, DIY sendiri senang tau. bukan senang je, tapi jimat dan menyeronokkan. tapi ni, DIY pun aku buat secara kebetulan je. meh baca. kot-kot korang boleh ikut sama buat. daripada kotak terletak sepi je tepi dinding kat bilik korang ke apa ke kan.


in da progress. bahan pun senang dan mudah je nak dapatkan, kan?

1. kotak rice cooker aku yang da buruk
2. pembalut kertas. love-love bagai sebab hati pun dalam bunga-bunga je :D
3. solatape (bawa dari office je)
4. gunting
5. double tape

tu je bahan

 
tara!
 
double tape tepi untuk letak area dalam kertas, kalau nampak comot je kan, bolehlah letak double tape :)



done!
akhirnya siap. bolehlah letak tudung ke shawl ke apa ke dalam tu dengan cantik dan kemas gitu. ikut suka hati la nak letak apa pun kan.
 
done!

17 February 2016

Duit Iran

duit iran ke duit matawang iran ke tau duit iran irr, ke sama je, then siapakah yang mencari duit iran kat google ni? hahaha. sah sah yang cari mesti nak tahu pasal duit iran ni kan. lately pun banyak berita positive tentang negara iran. paling mengembirakan rasanya adalah Parlimen Iran Luluskan Perjanjian Nuklear dengan Kuasa Dunia
yang mana dari perjanjian ini akan membawa penarikan semula apa yang telah disekat sebelum ini. so that mean. nilai matawan iran juga kemungkinan bakal berubah satu hari nanti. tunggu dan lihat sahaja. hehe.



yang ni PG da jual beberapa keping sebab nak pakai duit ;)

oh. PG pun ada simpan sedikit duit iran ni. tak banyak tak sikit. ada duit lebih sikit, bolehlah beli. lagipun kita tak tahu nilai matawang ni bila akan naik semula kan. maksudnya bila matawang ni akan value semula dipasaran antarabangsa something like that la. dikabarkan, rumors berterbaran, ada yang mengatakan 100k duit kertas iran irr ni, dimasa hadapan mungkin akan boleh mencecah hingga RM75K sekeping. RUMORS sahaja tau. hehe. apa pun, PG syorkan, cuba dapatkan sekeping sahaja, rasanya 100k iran sekarang baru dalam RM60 - RM70 sekeping kot. dan kot-kotlah bolehlah bertukar dikemudian hari kan, jauh beza tu kalau dapat ribu riban ;) inshaAllah. 



haaaa. sapa cari ni?? melekat dekat akaun nuffnang PG ;)

done.

Dan Bila Nampak Lelaki Handsome Macho Giler T_T

do no. just. arghhhh???!! kenapa dia hensem wei. kenapa dia macho sangat. kenapa dia kacak sangat. kenapa. kenapa dan kenapa. T_T. bukan takat cakap dekat girlfriend aku je. dekat suami pun cakap juga. kenapa dia sangat-sangat flawless bang oi?. suami hanya mampu kata 'hensem, cute lagi abg kan?' aku 'what?!'.


jericho rosales


shukri yahaya


jericho rosales


shukri yahaya


jericho rosales


shukri yahaya


jericho rosales


shukri yahaya


jericho rosales


shukri yahaya
❤❤❤

sama ada korang perasan atau tidak, muka depa dua tetap seiras bagi aku :D
done.

16 February 2016

Pink Colour Huawei Mate S Terlajak Mengoda!

berbahagialah bagi kamu dan aku, wahai si pengemar tegar merah jambu. seperti merah jambu ala-ala rose gold gadget terkini keluaran Huawei Mate S yang rose gold nya amat-amat terlajak mengoda hati, mengacau jiwa dan raga. plan nak tukar fon baru, rasanya pilihan yang amat-amat tepat tika ini adalah rose gold huawei mate s! wow! jangan sampai terbeliak biji mata tengok tau.

Harga Huawei Mate S di Malaysia : RM2698.00
(kredit and thanks: mesramobile)


kredit and thanks: fourfeetnine

selain warna rose gold, tiga lagi warna yang ada iaitu luxurious gold, titanium grey dan mystic champagne. totally ke empat-empat warna depa memang sangat-sangat menawan kan T_T. pssst huawei..nak 1 biji dengan free nya boleh? T_T

tengok size pun Ya Allah. tak boleh nak kata apa wei. Height:149.8mm, Width:75.3mm, Depth:7.2mm, Weight:About 156g (including the battery). pergh. still slim melim kan. sesedap rasa je pegang T_T

Operation System Android 5.1 + EMUI 3.1. of course boleh download apa sahaja korang dan aku nak. as korang tahu pun, Android, apa sahaja kita nak download, still mampu diterima pakai. huhu.

Memory. ROM:32GB/64GB/128GB (This is subject to specific version in different markets). oh? ok. 128GB kalau dapat, Ya Allah. boleh nanges tepi bucu meja sebab selfie bebanyak still mampu nak letak muka aku seribu satu gambar. muahahaha. RAM:3.0GB

Network la ni of course LTE. tq huawei! LTE ni paling menang sekarang ni. wajib dan kena ada. aku baru je tukar digi LTE. memang ngam la kalau huawei nak bagi free sebiji kat aku. sure aku sayang korang ketat-ketat. nak pink tau. hehe.

Connectivity Bluetooth 4.0, Wi-Fi 802.11b/g/n, 2.4G USB2.0 high speed. that mean. engkorang pakai LTE then nak kongsi wifi dengan jiran belah rumah korang pun still mampu terangkatlah internet korang. memang sesungguhnya bersyukurlah jiran tetangga korang. muahahaha.


Camera, Main camera: 13MP OIS RGBW AF camera with dual - tone flash. Secondary camera: 8MP FF BSI Camera with soft light. camera jangan cakap. bagi korang yang memang hantu selfie. memang korang harus berasa bersyukur amat disitu. depan kamer je 13MP. tangkap selfie, sebijik sebijik nampak jerawat :D belakang kamera 8MP pun Ya Allah. memang korang tak patut mengeluh sama sekali! aku suka engko huaweiiiiiii. tolong bagi aku percuma satu weiiii :D

ok! itu saja nak cakap pasal ni. tak boleh nak kata apa lagi da. kalau dapat sebiji huawei ni, memang aku banyak cakaplah nanti. muahaha.

tq nuffnang!
tq huawei!
done :)

Pump & Menang a Cool Mercedes-Benz CLA200 dari Petronas!

Petronas - Pump & Win! cool. dengan pump minyak je pun boleh menang hadiah. cool giler kentang, hadiah pun bukan calang-calang. Mercedes-Benz CLA200! ni kalau menang, memang menang bergaya je la jawapnya dekat jalan raya. hehe. korang nak menang tak? meh klik sini Petronas - Pump & Win!

before that. meh PG share hadiah yang bakal dimenangi!

http://www.mymesra.com.my/






Promotion valid from 5 January to 29 February 2016.
*Terms and conditions apply

05 Jan 2016

Fantastic Rides Await Lucky PETRONAS Kad Mesra Members

Kuala Lumpur, 5 January 2016 – PETRONAS Kad Mesra members are in for the best ride of their lives: By fueling up at any PETRONAS Station with a minimum purchase of RM40 and swiping their Kad Mesra, members stand a chance to win a cool Mercedes-Benz CLA200, eight customised Proton Iriz, 16 classy Piaggio Vespa and 16 nifty JAVA foldable bikes! 



Winners of the Mercedes-Benz CLA200, Proton Iriz and Piaggio Vespa will also receive RM1,000 and RM500 free fuel respectively while 1,600 consolation prize winners will receive 3,000 Mesra points.

“PETRONAS is a brand that has proven itself twice in the Formula One Championships. Through this new campaign, we celebrate the success of Formula One track proven Winning Formula with our loyal customers by giving them the chance to also feel like winners on the road with brand new rides to go with our winning fuel experience,” said Ibrahimnuddin Yunus, Managing Director and Chief Executive Officer, PETRONAS Dagangan Berhad (PDB).

“Kad Mesra members are highly encouraged to take advantage of the eight-week campaign period to not miss out on the exciting prizes we have prepared for them. The best rewards for motorists are at PETRONAS.”

Non-Kad Mesra members are encouraged to take the opportunity to register to participate in the campaign and enjoy points that can be redeemed for fuel and items from Kedai Mesra every time they make a purchase.

The campaign by PDB is among the many on-going initiatives introduced by the company to provide added value to its customers through its extensive retail network. Customers are not required to fill in forms, making it easier for them to participate in the campaign which starts 5 January and ends 29 February 2016.


PDB most recently introduced an enhanced formulation of PETRONAS Dynamic Diesel in the market. Last year, the company launched PETRONAS PRIMAX 97 with improved Advanced Energy Formula, the nation’s first Euro 4M-compliant RON 97 fuel that delivers superior acceleration and enhanced driveability.

PETRONAS’ winning fuels are available at more than 1,000 PETRONAS Stations nationwide. Together with our over 750 Kedai Mesra, we offer a one-stop convenience centre concept of fueling, dining, shopping, banking, car spa and other services, all under one roof.

good luck!
tq nuffnang
done :)