30 April 2016

Penangan Drama Descendants of The Sun

 

penangan drama korea descendants of the sun masih. mood masih bertebaran hendaknya. teringat pula dekat kengkawan askar. hahaha. sapa da tengok drama ni, kita geng. sedih giler masa kapten tu tetiba muncul kat padang pasir tu. sedih plus nak tergelak pun ada tengok perangai doktor tu kan. malu-malu kucing lagi. hahaha. ok. sambil sambung but OT ni, sambil layan lagu ost drama ni. mata pun bawa tidur. hehe. 


xoxo

Overtime Day ;(

bertabahlah hati sebab dihari cuti datang office dengan niat satu sahaja. nak cepat habiskan kerja orang lain dan hujung bulan claim overtime. good. that one claim terbaik. dapat gaji. syukur alhamdulillah. ada juga penambahan. boleh berjimba-jimba duit tu. erk. amboi. nampak sangat tak ikhlas. hahaha.

ok. hari ni da masuk hari yang ke tiga belas hari ot since last week. hari biasa ot dari jam 5 petang to 7 malam. tu pun sedar tak sedar kejap je masa tu berlalu. kena sambung esoknya pula. la ni pula hari sabtu. bertabahlah hati. tak pe kan. as long berbayar. ar zaman sekarang ni, nak kejar ot bebanyak biar meletup gaji tu. sapa suruh semua barang naik. ingat nak makan pasir ke apa kita ni. huhu.


bini superman :D

stop kat sini dulu. sebab mata aku memang da ajak nak tido sesangat tapi gagah nak siapkan kerja. harapan aku Ya ALLAH, kuatkanlah aku dengan kengkawan aku yang bertebaran kat office ni siapkan kerja ot kitaorang dengan harapan siap cepat dan blah dari office ni. 

isnin cuti. yahoo!

xoxo.

Giveaway Special April Syamimi Bersama Sponser

http://hanyadihatiku.blogspot.my/2016/04/giveaway-special-april-syamimi-bersama.html

Antara syarat yang perlu diikuti ialah..

1. Buat tajuk entry - Giveaway Special April Syamimi Bersama Sponser
2. Letakkan banner diatas dan backlink kan kembali ke sini.
3. Follow sponser. (WAJIB) Lihat disini >> Syarat Wajib <<
4. Hantarkan kembali url penyertaan di kotak komen.


hehe. PG follow disaat akhir. dengan harapan untuk menang tu besar :D
klik banner nak join tau :)

xoxo.

28 April 2016

Pashmina Premium by aL-Mi'a

 

remember i told my en. bos cuti hari tu sebelum beliau nak pindah jabatan? hehe. itu dia. ole-ole for me. terima kasih en. bos. lepas ni sure tak de lagi bos nak bagi ole-ole macam ni punya baik. sob tetiba kan. oh tu. pashmina premium dari aL-Mi'a. buatan tangan indonesia. kat pelekat tu katalah. sejenis tudung ala-ala keknis bos kata. esok lusa aku pakai. tempek kat sini tuk korang tengok. ada pelbagai warna en. bos beli. tapi satu je harus pilih. hahaha. 

en. bos terima kasih. sayang ketat-ketat dekat hang. pindah nanti keep in touch tau! T_T

xoxo.

25 April 2016

Demam ;(

bila orang rajin buat overtime, engko pun sibuk nak join sama buat overtime. terimalah pembalasan sipitung bila sakit, lemah gemalai datang menyerang tak fikir lagi datang nak bagi salam. ar sudah. jawaplah sendiri.

ar. lemahnya di hari isnin yang berbahagia ini. sob. rasa nak baring je sekarang ni. rasa nak tarik selimut. rasa nak bantal busuk paling empuk didunia. tak peduli busuk macam mana sekalipun. rasa nak tilam paling sedap dan nyaman. rasa nak sesedap rasa duduk kat rumah. layan movie korean sambil makan snek. cola sejuk. ar bestnya! betapa rasa diri perlu cuti sebab lama tak ambil cuti panjang-panjang. cuti pun banyak lagi. tapi tak tahu nak pergi mana. sakit pun bawa je masuk pejabat. sebelum ini lah.

la ni. rasa nak balik rumah je! rasa nak cuti. peduli cuti bebanyak kat situ. kalau tak mampu tak kan nak paksa badan tu kan. arrrr malasnya!!


korang. pernah tak rasa apa yang aku rasa ni? :(
xoxo.

23 April 2016

Home Sick!

aku totally home sick right now. remember aku duduk rumah sewa sebelum ni? before plan duduk tu, aku ada cakap kat my brotherhood. dia kata ok kalau nak cuba. tapi mungkin tak akan lama. aku dengan rasa sesedap rasa yakin sahaja ok, tak cakap banyak. tapi dalam hati, memang meronta sedikit je la. suami pun balik-balik kata kenapa kita tak belajar untuk hidup sendiri. hidup berdikari without adik beradik sendiri. erk. aku tak kisah kot. ok sahaja. pusing mana pun, adik beradik is always adik beradik kot kan. lagipun kalau nak balik rumah mama pun dekat je. hehe.


balik dengan citer abang aku tadi tu. then. bila da duduk beberapa puluh hari, yang tak sampai pun 365 hari pun kan. sebab aku masuk duduk sewa sendiri pun last year dalam bulan 11, 12. honestly! aku sangat-sangat rindu nak duduk dekat rumah sendiri. even bukan rumah aku yang beli atas titik peluh. but. itulah rumah yang aku memang membesar dengan abang, kakak yang lain. even rumah tu kira baru juga dibuat selepas pindah dari rumah lama. evendo rumah kampung. that why aku sangat home sick!. bukanlah kata rumah sewa aku tu tak ok ke apa. ok tu ok. cuma ada few thing yang aku rasa mula tak selesa kat situ, but pretend ok sebab malas nak pikir dengan lebih mendalam dan anything hapend ke apa ke, pagi-pagi buta pun boleh je kot kami laki bini lari balik rumah abang. hahaha. nampak tak isu tak situ? :D

uwargh! aku rindu nak balik rumah mama. rumah kampung. rindu bilik kat kampung. dan apa yang lebih aku rindu is. rindu ketenangan nak tidur dengan lebih nyaman dan tenang! sob.

aku sangat-sangat homesick!
xoxo.

18 April 2016

Pemenang Review Blog di Xechalogy Blog

Pemenang Giveaway by Xechalog. syukur alhamdulillah. even tak menang hadiah utama, hehe. menang untuk di review blog je pun, da kira bersyukur. wei. bukan senang dan bukan ada nya masa untuk tuan blog kadang nak buat review blog orang lain tau. PG pun sah-sah nak buat review tunggu masa yang betul-betul free. kalau tak, memang ke laut la jawapnya. muahaha.

 

tq awak :D


cantik kan? tempek sebiji :D

xoxo.

Sinopsis Drama Suami Tanpa Cinta

Assalamualaikum.

Sinopsis Suami Tanpa Cinta | Drama Suami Tanpa Cintah mengisahkan tentang Zaidan Iman (Aid) dan Ain Syifa yang berkawan sejak dari zaman sekolah lagi, dan demi kerana ingin menyelamatkan perniagaan keluarga masing-masing, mereka mengambil keputusan untuk berkahwin dan menggabungkan syarikat mereka.

Namun. Perkahwinan mereka bersyarat, dimana sekiranya talak jatuh ke atas Ain, maka syarikat mereka akan jatuh ke tangan Ain Syifa. Manakalah Aid tiada lagi hak ke atas syarikat tersebut. Oleh kerana itu, Aid dan Ain masing-masing berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankan rumahtangga mereka.


Sumber: myinfotaip

Ain cuba sedaya upaya menyayangi suaminya Aid, sepertimana Aid yang mencintainya. Namun, kisah silam Ain membuatkan Ain menutup dirinya untuk mencintai Aid. Namun. Kehidupan mereka semakin hari semakin ceria dan bahagia. Malah mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Aid melakukan pelbagai cara untuk membuatkan Ain jatuh cinta kepadanya. Ain yang keliru dengan perasaanya sendiri, masih belum mampu untuk meluahkan rasa cinta kepada suaminya yang telah berputik, yang telah disedari oleh Aid.

Sehingga pada suatu hari. Kepercayaan yang dibina diantara mereka, akhirnya teruji dengan satu berita yang sampai ke pendengaran Ain. Ain mula sangsi dengan Aid yang juga sudah mula berahsia dengannya. Ain membawa diri meninggalkan Aid dengan nota kecil yang membuatkan Aid menjadi risau dan cuak. Dapatkah Aid mencari Ain? Bagaimanakah perkahwinan Suami Tanpa Cinta ini akan kekal hingga ke jannah? Apakah kebenaran disebalik cerita yang didengari oleh Ain akan terjawap? Jangan lupa saksikan Drama Suami Tanpa Cinta di Astro Ria ya :) I tak de astro kat rumah. I tengok online je :D


EPISOD : 16 episod
TARIKH TAYANGAN : 4 April 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
PENGARAH : MP Roslin Md Sharif
TERBITAN : Pena Creative Picture Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahaya, Janna Nick, Cristina Suzanee, Mark Adam, Sarah Hildebrand, Afzan A.Rahman, Noor Ikhram, Wan Sharmila, Mia Nasir, Roy Azman, Zeila Jalil, Hilal Azman, Liza Abdullah, Ungku Ismail Aziz

PARA PELAKON DRAMA SUAMI TANPA CINTA:

Shukri Yahaya sebagai Zaidan Iman (Aid)
Janna Nick sebagai Ain Syifa
Cristina Suzanee sebagai Alesya
Sarah Hildebrand sebagai Adura
Mark Adam sebagai Rafael
Wan Sharmila sebagai Rozalinda

LAGU TEMA DRAMA SUAMI TANPA CINTA 
Lagu : Mungkin Saja
Penyanyi : Janna Nick

xoxo.

Update Sepantas Kilat

assalamualaikum fellas!

Ya ALLAH. rindunya nak membebel kat sini. maap erk. nampak gaya nak jadi seorang blogger yang rajin mengupdatekan blog dari hari ke sehari ke seharian, memang nampak sangat tak nyata kerajinan kat situ. huhu. rasa nak lempang diri sendiri pula.

ok. meh nak update sekilat mana mungkin pasal PG. kot-kot ada yang rindu nak tahu pasal PG kan. perasanlah diri sendiri kot-kot juga ada peminat sendiri. muntah hijau.

ok!

masuk bulan april. till bos PG akan berpindah ke jabatan lain. sob. meh update pasal kerja.

satu. hari tu PG tukar bahagian. even masih sama jabatan. bos masih sama. alhamdulillah. ketika itu. konon-konon diri adalah yang terbaik sebab bos bawa sekali masuk bahagian baru. perasan nak mampus.

dua. gosip masih bertebaran. viral sana sini. lepas tukar bahagian. still banyak gosip berterbangan. cerita sana sini bos aku akan dipindahkan. minta simpang malaikat. janganlah masa tu. baru tukar bahagian kot. tak kan la nak dipindahkan pulaks kan. ketika itu. gosip yang ada macam rasa tak nak dengar je. tapi. melibatkan bos aku kot. tak kan tak nak tahu kan. hahaha.

tiga. masuk bahagian baru. fail pekeliling diserahkan dekat aku. tukar kulit fail baru. bos suruh. konon-konon tak nak nampak old fashion. ye la. saya yang menurut perintah dekat pejabat. nanti tak buat. susah diri sendiri kan. ketika itu. terus rasa. oh bahagianya sebab ada kerja baru. kerja lama tinggal sama sekali. masa pindah. diri rasa tenang. tapi agak sunyi sepi. sebab orang da biasa buat kerja. bila takde kerja. blur sepanjang masa. rasa diri tak berguna sama sekali. rasa pergi kerja makan gaji buta saja. ar ambik. statement memang tak fikir sapa-sapa. sebab memang kena dengan diri sendiri.

fail baru done. buat kerja baru lagi. fail permohonan kad kuasa untuk para pegawai kena settel cepat. ketika itu. sebab da tahu dan dah dengar yang bos aku dalam senarai yang akan dipindahkan. aku rasa diri kelabu. awan berarak mendung yang kelabu. ala-ala macam lagu awie tu kan. share kerja dengan cik cantik aka donna. cepatkan siap apa yang patut sebelum bos bla dari jabatan dan bahagian dasar. huhu.

last week. 15.04.2016. fail permohonan settel kemas. gambar settel edit. senarai data permohonan settel. tinggal hantar pi kedai je lagi. da pas dekat bos. pandai-pandailah bos urus. after that baru pas kat aku semula. huhu.

bos. dapat surat pindah jabatan. berkuatkuasa 09.05.2016. rasa macam tak berkaitan nak update dekat sini tentang bos. tapi. bos aku kot. sedih sat. later la aku talk pasal bos. apa pun. kerja tetap kerja. nak tak nak. kan?

ahad. kemarin. 17.04.2016. on duty. litter free city run. duty dekat check point air je. jangan kata tak penat. rasa penat sebab cecepat nak tuang air dalam gelas tu, rasa diri da macam join pelari sama berlari. hahaha.


bodyguard from kota kinabalu sabah saja bah :D
cik cantik aka donna. tq untuk gambar ni tau. cantik ko ambil. macam ko juga cantik. hehe
 
latest. la ni da settel few thing yang memang kena settel cepat sebelum bos pindah. and now i'm free! tunggulah arahan seterusnya. hahaha. bolehlah berjimba dengan blog ;) lama tak blogwalking. rindu nak buat tu semua. earning nuffnang pun tak cek lagi. harap-harap nuffy sudilah naikkan earning lagi. hehe.

dan also. thanks untuk korang yang sudi mai singgah blog PG tau. k bye! jumpa next entry sepantas kilat. muahaha.

xoxo

05 April 2016

Mini Giveaway By Niena Annisa

ASSALAMUALAIKUM

*click banner to join

Apa khabar semua? Jom ramai-ramai meriahkan first giveaway daripada Niena.

Giveaway ini bermula dari 3 April dan berakhir pada 30 April 2016 pada jam 11.59 malam.
Syarat penyertaan amat mudah. Niena harap semua dapat ikut ya.

HADIAH :



Shawl chiffon x 2 pemenang

xoxo