,

Pemberian Bantuan Khas RM500 Pada 13 Jun 2016 ini

syukur alhamdulillah. tak banyak mana pun, tapi still boleh membantu kan? bersyukurlah. daripada tiada. semalam tengah masak kat dapur, bertubi-tubi pula whatsapp group adakah aku kesah tu masuk. erk. ni mesti ada hot gusip ni. haha. telah dijangka. rupanya nak habaq tentang bonus RM500 yang memang ditunggu-tunggulah oleh penjawat awam semua. jangan cakap PG je tunggu. korang yang blogger gomen ni pun, sure tunggu kan berita baik ni? hehe.


ok! katanya. pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada 13 jun ini. melibatkan anggaran peruntukan kewangan RM1 billion. bukan sikit. banyak tu. dengan harapan dimana bantuan ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara bagi persiapan hari raya aidilfitri nanti :)


juga disebut adalah mengenai satu kenaikan gaji tahunan (KGT) pada julai ini juga. sabah belum lagi T_T. so jangan lupa, ingatkan diri sendiri juga untuk berjimat cermat. gaji bulan 7 lama lagi kot nak sampai :D

terima kasih PM :D
xoxo

3 comments:

terima kasih komen ❤
komen anda sangat PG hargai! ;)