Birthday Giveaway By Alia

http://aliafarhansaid.blogspot.my/2016/07/birthday-give-away-by-alia.html


SYARAT PENYERTAAN

1) Mestilah follow blog ini telebih dulu
2) Follow Instagram @aliafarhan
3) Like PAGE VANILLA FREAK
4) Follow Instagram @gilaperfume_gilamakeup
5) Buat 1 entry bertajuk 'Birthday Giveaway By Alia'
6) Dalam entry tu, copy semua info dalam entry ini
7) Tinggalkan link penyertaan dan email pada comment entry ini

Tarikh Akhir 31 Julai ini.

xoxo.
Continue reading Birthday Giveaway By Alia
,

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Amyra Rosli dan Amar Baharin

Gambar Majlis Pertunangan Amyra Rosli dan Amar Baharin | Finally! Congrats both of u. Cantiknya Amyra Rosli kan. Amar Baharin pun hensem kacak kat situ. Alhamdulillah. Majlis Pertunangan Amyra dan Amar telah pun selamat berlangsung, dan for next, inshaAllah, kita tunggu gambar Majlis Perkahwinan Amyra Rosli dan Amar Baharin pula. Jom tengok gambar ;)







xoxo.
Continue reading Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Amyra Rosli dan Amar Baharin

Letak Icon Tepi Url Blogspot

I pantang tengok blog-blog yang comel. Mulalah nak ikut sama. Hehe. Nasiblah kaki edit blog. Tahulah juga sikit-sikit coding kat mana. Meh, i nak kongsikan dengan awak-awak sekalian alam, cara letak icon tepi url blog awak-awak. Macam yang i pakai sekarang. Sweet je kan. Alamak. Up blog sendiri kat situ. Erk? Tak Salah. Blog i juga :D


cari code ni

</head>

(tekan CTRL+F pada keyboard anda untuk memudahkan pencarian)

copy kod bawah ni :

<link href='letak url imej disini' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/>

dan

PASTE-kan kod ni betul-betul ATAS kod </head>

hasilnya akan jadi cenggini :

</head>
<link href='letak url imej disini' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/>

tukar URL imej tu dengan favicon pilihan anda.
nak design sendiri pn boleh, tapi kalau nak senang, pilih je kat SINI
Preview and Save Template kalau berkenan.
Sumber: nurqaseh-ramadhan

Semoga bermanfaat ;)
xoxo.
Continue reading Letak Icon Tepi Url Blogspot

Datin Red Isteri Terbaik

Assalamualaikum.

I tak berani nak kata apa tentang Dato Red dan juga Pelakon Cantik Ruhainies kat situ. I follow cerita Dato Red ni pun selepas keluar berita perkahwinan Dato dengan Adira, dan betapa tabahnya Datin Red, Isteri Dato Red ketika itu. Datin Red memang seorang isteri yang terbaiklah i boleh cakap. I tak tahu daripada mana Datin mendapat kuasa kesabaran, tahap punya penahan hati jiwa dan raga sebab mampu menghadapi dugaan hidup bermadu macam ni punya bermadu. No. I tak cakap hidup bermadu semua tak indah. Mama i pun hidup bermadu. And i pun dikeliling dengan mereka yang hidup bermadu. So. Indah tak indah. Mereka yang dalam kelompok ini sahaja yang tahu.


Suaminya baru-baru ini dikaitkan dengan pelakon wanita yang semakin meningkat naik, Ruhainies.

Dato Red turut mengeluarkan kenyataan bahawa dia menyukai aktres muda itu selepas tersebar sebuah video memaparkan aksi mesra mereka di sebuah pusat beli belah.

“Apa yang berlaku di luar sana biarlah suami saya sahaja selesaikan, dia yang mula cari masalah. Mengapa saya perlu pening kepala fikirkan masalah dia?

“Saya tidak tahu pasal orang luar mengecam atau marah dia, yang pasti hubungan saya dengan dia bahagia,” katanya memetik sebuah akhbar tempatan.


Bercerita mengenai hal bermadu, Datin Red berkata, “Saya percaya kepada jodoh, selagi ada jodoh saya akan bersama dia. Soal bermadu, saya rasa mana-mana wanita juga sama. Macam mana hancurnya hati saya ketika dia berkahwin dengan Adira, mungkin Adira juga merasai perkara yang sama kini.

“Cumanya selagi dia suami, saya akan pastikan menjadi isteri yang baik buat dirinya,” katanya lagi


Datin Red berkahwin dengan Dato Red 10 tahun lalu, ketika suaminya bekerja sebagai pemandu lori sayur.

“Saya berkahwin ketika berumur 19 tahun, memang selepas 10 tahun tiada apa yang saya dapat rasakan selain sayang kepada dirinya, mungkin juga sebab anak-anak.

“Kami mula mengalami kehidupan yang lebih senang sejak tiga tahun lalu, apabila perniagaan suami semakin baik,” katanya.

Dato Red berkahwin kali kedua dengan Adira di Songkhla, Thailand pada 3 Disember lalu. - Kredit and thanks : bulettinmedia.blogspot.com
doa yang bebaik sahaja untuk mereka.
xoxo.
Continue reading Datin Red Isteri Terbaik

Sakit Gigi Tak Nak Kawan

Assalamualaikum.

Sapa sini suka bila sakit gigi datang? T_T. Memang tak la kan. Adui. Sakit bukan kepalang. Rasa nak hempuk kepala orang je kan. I tak pernah sakit gigi sebelum ni tau. 


Pakcik Google. Pinjam Gambar Awak Sat :)


Tapi...tetiba sakit gigi datang, Ya Allah. I tak tahu nak cakap apa wei. Segala rasa ada. T_T. Suami i kata, ketika sakit gigi, doktor gigi pun tak boleh buat apa. Nak cabut ke apa ke, memang tak boleh. Kena tunggu hilang sakit gigi baru boleh fix kan gigi tu. Korang? Pernah alami sakit gigi tak? Apa korang buat untuk redakan sakit gigi ye? Sharelah sikit dengan i ;(


Muka sakit gigi. Duduk diam-diam kat situ ;(
xoxo.
Continue reading Sakit Gigi Tak Nak Kawan