27 January 2016

Easy DIY Gift dengan Printcious!

hi holla fellas. tahun baharu datang lagi. hehe. bermakna, tahun ini pasti akan ada yang bakal menerima hadiah yang lebih sweet deep deep gitu kan. hahaha. tahun lepas, ada few hadiah yang PG dapat, sweet deep deep juga. tapi. tapi. yang pasti bukan barangan daripada Printcious! amboi. ni kalau laki kita baca, sure cecepat je order barang dari Printcious. hahaha.

ok. sebut tentang Printcious ni, PG nak berkongsi dengan korang, PRODUK KELUARAN PRINTCIOUS, yang sangat senang untuk awak-awak dapatkan segera dan reka mengikut citarasa awak-awak semua dengan segera dan hadiahkan dengan segera juga buat kengkawan awak-awak. nak bagi hadiah tak semestinya kena tunggu hari yang istimewa macam hari jadi ke apa ke kan. hari-hari pun awak boleh bagi hadiah, kalau awak-awak banyak duit. hahaha. ar. ni berita bagus buat si pasangan hot-hot sweet couple gitu kan. bolehlah beli, reka (do it yourself) dan hadiahkan dekat pasangan awak. senang je kan? ;)

untuk info korang juga, berikut adalah kategori barangan yang ada dekat Printcious, bertepatan dengan tagline Printcious iaitu 'Precious Gifts From Your Heart'. awak-awak boleh pilih dekat situ, mana satu yang awak-awak nak. PG share link terus kat korang. senang korang klik. 
wa. banyak juga kategori tu kan. lagi best, bertepatan dengan in coming perayaan yang kita akan bakal sambut bersama sehati dan sejiwa ni, tahun baru cina, see, kat bawah ni, sweet je kan rekaan dari Printcious. phone cases tu heeee sweet. kot-kotlah ada sapa nak kasi kat PG kan, PG nak phone cases tu tau. hehehe. so, kalau ada yang berkenan, bolehlah tempah dan hadiahkan dekat kengkawan chinese kita yang menyambut tahun baru cina nanti.

http://www.printcious.com/gifts/occasions/chinese-new-year

so. macam mana? sweet deep deep kan? 
tunggu apa lagi wei? jom layari http://www.printcious.com dan 
juga facebook mereka di https://www.facebook.com/printcious
untuk mendapatkan perkhidmatan terbaik dari mereka! enjoy it! :)
done.

21 January 2016

Sinopsis Drama Cinta Hati Abah TV3


Sinopsis Drama Cinta Hati Abah

Drama terbaharu diTV3, Cinta Hati Abah mengisahkan tentang Pak Salleh, seorang nelayan yang telah kematian isteri, mempunyai tiga orang anak perempuan iaitu Baizura, Intan dan Zaharah.

Ketiga-tiga anak perempuan Pak Salleh bijak tetapi mempunyai personaliti yang amat berbeza. Baizura anak sulung, walaupun menjadi  harapan kerana mempunyai masa depan yang cerah, Baizura agak materialistik orangnya. Baizura bercinta dengan Marzuki, anak kepada seorang toke keropok.

Anak kedua Pak Salleh bernama Intan. Seorang yang lebih merendah diri dan amat sayangkan ayahnya dan adiknya zaharah.

Zaharah anak ketiha juga seorang anak yang pintar dan dia berjaya mendapat peluang untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.

Bermacam dugaan yang akan dihadapi oleh Pak Salleh dalam membesarkan ketiga-ketiga anak-anak daranya.

hopely drama ni akan se best drama aku pilih kamu yang habis kemarin. huhu. dan dan. jangan lupa saksikan episod drama cinta hati abah setiap isnin hingga rabu, pukul 10.00 malam hanya di slot samarinda tv3. hehe. da start semalam. tapi PG tak tengok :D

sumber dan kredit: notainfo

done.

20 January 2016

Tutorial Code Mudah Buang Garisan Bawah Link


holla fellas. tutorial mudah ni PG dapat dari blog kathyrbain tutorial yang sangat senang. copy dan paste sahaja. meh tunjuk kat awak-awak semua.

 

sebelum. semak pula ada garisan kat situ kan.

 

 selepas. yang tak de garisan kat situ.

so which better? hehe. 

the tutorial kat bawah :) 

1. login blog > rekaletak > tambah alat > html javascript
2. copy kod di bawah ini

<html>
<head>
<style type="text/css">
<!--
A:link {text-decoration: none}
A:visited {text-decoration: none}
A:active {text-decoration: none}
-->
</style>

3. paste ke dalam ruang html javascript,then save.

Ya Allah. senang sungguh. cubalah :)

done.

Nuffnang CPUV January With Love :)

syukur alhamdulillah. morning fellas. PG agak perasan dari last year december, syukur alhamdulillah, cpuv be daripada nuffnang, tak henti-henti masuk blog PG. rasanya bukan blog PG je kot. blog korang pun kan? syukurlah. rezeki hujung dan awal tahun. alhamdulillah. PG yang kejap ada kejap tak de ni pun, ada je cpuv masuk, apatah lagi korang kan. sure masyuk. hehe.

ok. kat sini, PG nak share dengan korang, cpuv be nuffnang yang PG dapat sepanjang bulan januari 2016. februari agak-agaklah tak masuk lagi kan. semoga dengan perkongsian ni, bagi semangat sikit kat korang untuk update blog korang. erk? blog diri sendirilah. hahaha.


tq nuffnang! tq dekat toyota new year untuk promosi kempen depa maybe. tq dekat shell too untuk depa punya kempen also. body perfect starter pack? hehe. tq also dan juga marigold - uht milk yang hari tu PG ada post tentang depa. tq korang. tq sebab sudi beriklan dalam blog PG yang tak seberapa ni ;) sob. nanges  tepi bangku :D

done.

19 January 2016

Memohon Penempatan Menjalani Latihan Pratikal di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu ❤

memohon Penempatan Menjalani Latihan Pratikal di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. assalamualaikum and hi student! amboi. amboi. macam cikgu pula kan. nasib tak de rezeki nak jadi cikgu. huhu.

ok. abaikan itu semua. pergi ke tajuk asal. bagi awak-awak yang membaca artikel ini, for sure, awak-awak adalah dikalangan student yang tengah mencari tempat untuk menjalani latihan industri atau latihan pratikal korang kan.


ok good. awak-awak semua berada ditempat yang betul. kat sini, PG nak berkongsi maklumat yang awak-awak boleh dapat bagaimana untuk memohon menjalani latihan praktikal di dewan bandaraya kota kinabalu (DBKK) dan bagaimana awak-awak ingin tahu samada permohonan awak-awak diluluskan, diterima atau pun tidak.

bagaimana Untuk Memohon Latihan Praktikal di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

membuat permohonan sangat senang. awak-awak hanya perlu menghantar surat permohonan menjalani latihan industri awak, dimana surat permohonan boleh didapati dari pusat pengajian ditempat awak-awak belajar, dan alamatkan surat menyurat awak ke alamat ini:

Pengarah,
Jabatan Pembangunan Sumber Manusia,
Tingkat 7, Bangunan Centre Point,
No. 1 Jalan Bandaran,
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu,
88675 KOTA KINABALU, SABAH.

atau. hubungi:

088-244000 sambungan 224 (jangan risau. panggilan awak-awak semua pasti dijawap) tapi. kena ingat, waktu pejabat adalah seperti berikut ya:

waktu pejabat:

isnin hingga khamis:
08.00 pagi - 01.00 petang
02.00 petang - 05.00 petang

jumaat:
08.00 pagi - 11.30 pagi
02.00 petang - 05.00 petang

jangan call waktu lunch break tau. tak da sapa nak sambut call ;D

bagaimana nak tahu permohonan awak-awak diluluskan, diterima atau pun tidak.

sebelum PG berkata-kata lebih lanjut. adalah penting untuk awak-awak tahu, tarikh sepatutnya awak-awak kena menjalani latihan praktikal awak-awak. ini agar. awak-awak tahu bila masa awak kena hantar permohonan awak. apa yang PG cuba tekankan adalah, awak-awak kena hantar surat permohonan awak lebih awal, seawal mungkin sebulan atau dua bulan dari tarikh sepatutnya awak menjalani latihan praktikal. kalau awak-awak bertanya PG, kenapa? PG jawap senang sahaja. jika permohonan awak ditolak, awak masih berkesempatan untuk mencari atau membuat permohonan ditempat lain untuk latihan praktikal awak. senang kan? :) PG harap benda ni awak alert la. jika bukan awak ingin menjalani praktikal di DBKK sekalipun. beringatlah untuk membuat permohonan ditempat lain pula. hehe. panjang pula PG berkata-kata kan ;D

ok. berbalik dengan pertanyaan diatas. senang sahaja jika anda ingin tahu. rileks. chill. jangan risau. awak boleh mengetahui samada permohonan awak diluluskan, diterima atau tidak melalui SURAT TAWARAN atau SURAT PENOLAKAN yang akan dihantar ke pusat pengajian tempat awak-awak belajar. senang. itu sahaja.

pesanan PG, kena alert dengan tarikh korang akan buat latihan praktikal. jika tidak menerima apa-apa perkabaran, its ok. boleh hubungi pejabat :)

wa. amboi. da panjang entry ni kan. oklah. stop kat sini dahulu. untuk awak-awak, jika ada persoalan mengenai permohonan penempatan menjalani latihan praktikal di dewan bandaraya kota kinabalu ini, bolehlah tinggalkan komen ye. inshaAllah PG akan membalasnya. harap membantulah. inshaAllah.

done!

18 January 2016

Giveaway Cash RM500 Jan 2016 by Emas Putih

Giveway January Cash RM500 by Emas Putih| Salam. Dijemput join GA uzu ni. GA pertama untuk tahun 2016. Sila tekan banner kalau nak join GA ini. Terima kasih.

[Tekan Banner Di Atas Untuk Join]
 
Ini ada satu produk baru yang membantu menghilangkan jerawat dalam masa 24 jam iaitu REFINITY Acne Hydrogel ! Ada 6 sebab kenapa anda perlu mencuba hilangkan jerawat anda dengan cepat iaitu :

1. PANTAS BERTINDAK
Formulasi Acne Hydrogel FOKUS pada rawatan jerawat dan bekas jerawat bagi menjadikan wajah anda kembali licin bersih berseri.

2. SENANG & MUDAH
Hanya sapu 2 kali sehari dan tunggu hasilnya. Cepat meresap dan kering tanpa rasa kesan minyak.
3. SESUAI UNTUK KULIT SENSITIF
Tidak seperti produk lain di pasaran, Acne Hydrogel diperbuat dari bahan herba Asli yang sangat efektif dalam rawatan jerawat dan bebas dari bahan kimia. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

4. PENGIKTIRAFAN
Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT151105679K) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PO-BMF-PPIM01407). Diyakini halal dan dijamin keberkesanannya.

5. 98% PENGGUNA BERPUAS HATI
Hampir 10,000 botol dijual setiap bulan dan hampir kesemua pengguna berpuas hati dengan kesannya. Setiap hari kami menerima testimoni positif dari pengguna.

Sesiapa yang berminat boleh dapatkan REFINITY Acne Hydrogel di http://refinity.com.my/ . Hilangkan jerawat anda semudah A B C dan sepantas kilat dalam masa 24 jam !!

Harga : RM70 sebotol / 2 botol RM130 *hargapromosi*
SMS / WhatsApp : ‘CLEAR’ ke 019-544 3000

Giveaway January2016 Cash RM500 by Emas Putih disponser oleh Emas Putih , dan Refinity Malaysia. Terima kasih kerana join GA ini :)

done.

17 January 2016

Marc Anthony - You Sang To Me Lyrics

morning fellas. lirik lagu dan lagu ni, just another one of lagu yang PG suka dengar. terus teringat zaman-zaman cinta cantun dolo-dolo. amboi-amboi. haha. PG share je tau. ;)


Oh...
I just wanted you to comfort me
When I called you late last night you see
I was fallin' into love
Yes, I was crashin' into love
Oh of all the words you sang to me
About life, the truth and being free, yeah
You sang to me, oh how you sang to me

Girl, I live off how you make me feel
So I question all this being real
'Cause I'm not afraid to love
For the first time I'm not afraid of love

Oh, this day seems made for you and me
And you showed me what life needs to be
Yeah, you sang to me, oh you sang to me

All the while you were in front of me I never realized
I just can't believe I didn't see it in your eyes
I didn't see it, I can't believe it
Oh but I feel it
When you sing to me
How I long to hear you sing beneath the clear blue skies
And I promise you this time I'll see it in your eyes
I didn't see it, I can't believe it
Oh but I feel it
When you sing to me

Just to think you live inside of me
I had no idea how this could be
Now I'm crazy for your love
Can't believe I'm crazy for your love
The words you said you sang to me
And you showed me where I wanna be
Yeah you sang to me, oh you sang to me

All the while you were in front of me I never realized
I just can't believe I didn't see it in your eyes
I didn't see it, I can't believe it
Oh but I feel it
When you sing to me
How I long to hear you sing beneath the clear blue skies
And I promise you this time I'll see it in your eyes
I didn't see it, I can't believe it
Oh but I feel it
When you sing to me

All the while you were in front of me I never realized
I just can't believe I didn't see it in your eyes
I didn't see it, I can't believe it
Oh but I feel it
When you sing to me
How I long to hear you sing beneath the clear blue skies
And I promise you this time I'll see it in your eyes
I didn't see it, I can't believe it
Oh but I feel it
When you sing to me

All the while you were in front of me I never realized
I just can't believe I didn't see it in your eyes
I didn't see it, I can't believe it
Oh but I feel it
When you sing to me
How I long to hear you sing beneath the clear blue skies
And I promise you this time I'll see it in your eyes
I didn't see it, I can't believe it
Oh but I feel it

done ❤

16 January 2016

Menjadi Isteri Yang Baik di Mata Suami ❤

amboi. amboi. entry pepagi ni ada-ada je kan. haha. PG realise, blog PG jarang nak berkongsi hal ehwal ke bab-bab ke isu-isu ke rumahtanggaan. hahaha. adakah PG tidak mengalami masalah dalam rumahtangga? nope. sapa kata tak. ada je. biasalah. alam rumahtangga, gaduh, bebaik ni adat. sapa yang da bernikah kawen tak pernah gaduh bagai? meh kongsi tips dengan PG cepat! haha.

ok tak pe. hari ni PG nak berkongsi dengan para-para kengkawan blogger PG, kaum hawa, bakal isteri tau memang berstatus isteri sekarang, tau yang single mother dan becoming isteri someday in coming kan, bagaimana menjadi seorang isteri yang baik di mata suami. gitu :) dengan harapan agar kehidupan kita sebagai seorang isteri adalah bebaik sahaja di mata suami dan di mata Allah S.W.T. InshaAllah Ya Allah. sama-samalah kita sebagai isteri ini beringat :)


yes with u
 
Bertimbang rasa dan hormati suami anda

Salah satu cara untuk menjadi seorang isteri yang lebih baik adalah dengan sentiasa bertimbang rasa dan menghormati suami anda. Suami anda tetap seorang lelaki yang mempunyai egonya yang tersendiri dan dia mempunyai hak untuk mempunyai pendapat sendiri dan nafsunya.

Anda haruslah sentiasa bijak dalam situasi tersebut. Jika apa yang anda lakukan adalah sentiasa mengomel dan meleterinya , lebih cepat dia akan berasa benci terhadap anda.

Biarkan suami anda buat apa sahaja yang dia perlu lakukan selagi ianya tidak membawa masalah kepada perkahwinan anda. Dia pasti akan gembira dengan anda kerana sentiasa menghormatinya.

Memaafkannya dan terus lupakan kesalahan tersebut

Jika berlaku sebarang perselisahan faham atau masalah, segeralah mencari penyelesaiannya. Jangan biarkan masalah tersebut terus berlarutan.

Bila penyelesaian sudah ditemui, terus lupakan sahaja masalah tersebut. Jangan sekali-kali cuba untuk mengungkit masalah itu kembali di masa hadapan. Sangat bahaya!

Jangan melampau-lampau bila berlaku perselisihan faham

Setiap pasangan pasti tidak lari dari berlakunya perselisihan faham. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Walau bagaimanapun, apabila ia berlaku, berhati-hati dan jangan melampaui batas seperti memukul, meludah, memanggil dia dengan namanya atau menyebut tentang cerai.

Jangan sekali-kali!

Hanya mengatakan apa yang terlintas di fikiran anda dalam tutur kata yang paling bijaksana dan berhemah. Cuba untuk kekal tenang sedaya mungkin dan bertolak-ansurlah dengan suami anda.

Sebolehnya jangan membawa api kemarahan anda sehingga ke bilik tidur. Selesaikannya secepat mungkin dan kemudian terus lupakan pertelingkahan tersebut.

Ungkapkan kata cinta kepadanya

Anda perlu memberitahu suami anda bahawa anda selalu menyayangi dan mencintai dia. Semua orang inginkan diri mereka dihargai dan sentiasa berasa diperlukan.

Amalkan amalan ini sekerap mungkin misalnya ketika suami anda bertolak untuk pergi kerja di pagi hari dan ketika kepulangannya serta sebelum tidur di malam hari. InsyaAllah hari-hari anda pasti akan lebih bahagia di sisi suami.

Sentiasa membuat aktiviti bersama-sama

Ingatlah bahawa perkahwinan melibatkan dua insan yang akan hidup bersama dan melayari bahtera perkahwinan sehingga ke akhir hayat. Jadi, teramatlah penting untuk pasangan sentiasa memahami dan sentiasa berinteraksi antara satu sama lain.

Lakukan perkara-perkara indah bersama-sama termasuklah juga ketika ingin melakukan sebarang aktiviti di rumah seperti cuci rumah, memasak dan sebagainya. Selain dapat meningkatkan jalinan mesra antara pasangan, sebarang kerja juga akan cepat untuk diselesaikan bila dilakukan bersama-sama.

Lakukan juga hobi anda bersama-sama suami. Pasti seronok!

thanks a lot kredit dan sumber pakarcinta :)
done. 

Invitation to collaborate with Zalora Malaysia Kali Ke-3


syukur alhamdulillah. rezeki yang amat baik dipermulaan tahun baharu 2016 ini. tak tahu nak kata apa da. just wanna say thanks so much dekat zalora malaysia kerana sekali lagi, untuk kali ke 3 buat aku, kerana sudi menjemput aku untuk menulis tentang produk mereka. syukur alhamdulillah. sebagai hadiah, woot woot RM100 voucher sebagai token. Ya Allah. terima kasih zalora! baiknya hati awak :D hahaha.


Hi,

Thank you for publishing the entry! I like that you have added in your own personal touch to the entry, very nicely done :)
As promised, here is your RM100 Zalora cash voucher code: xxxxxxxxx
It has been a pleasure working with you. I hope you have a wonderful experience shopping at Zalora :)

Thank you again!

artikel berkaitan Zalora :)
Tampil Mengoda bersama Melissa Shoes!
Heel Shoes to Wear on Your Birthday!
Jemputan kerjasama dengan Zalora Malaysia
3 Fesyen Terkini Baju Raya 2015
Barangan daripada Zalora Dah Sampai~
Pengalaman Membeli belah di Zalora
Invitation to collaborate with ZALORA Malaysia Kali Ke - 2
Waktu Yang Sesuai Membeli Belah di Zalora!

giler engkau tak wonderful shopping kat zalora. hehe. PG tengah servey-servey nak beli apa untuk kali ke 3 ni. hehe. nanti PG share ye ;)

again. thanks Zalora Malaysia!

done ;)

15 January 2016

Giveaway Sepanjang Bulan Januari

jika korang berperasaan. amboi. macam tak de perasaan pula kan :D ok. jika korang perasan, diawal tahun baru 2016 ini, banyak blog yang menganjurkan giveaway atau pun segmen blogwalking. sebenarnya segmen-segmen macam ni best. kelebihan kepada blog yang hari ni engko ada esok engko tak do. macam akulah. haha. jadi, kelebihan untuk engkorang follow segmen-segmen dari another blog sebenarnya amat-amat membantu untuk korang punya blog juga sebenarnya.

oleh itu. haha. kat sini, PG nak listkan beberapa segmen yang sedang PG joinkan diri dan juga segmen yang mana PG menjadi salah seorang sponsor, untuk korang yang belum joinkan diri dan berminat untuk join, boleh klik di link yang ada PG share kat bawah. senang. mudah untuk korang join sama. 




  1. Oh Cinderella by KMLIA HSHM
  2. Segmen Blogwalking | Yaya Cendana 
  3. Segmen : Mini Giveaway By Si Chubby 
  4. MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz 
  5. Australia's Souvenirs Giveaway By SitiYangMenaip & SalbiahM 
  6. New Year Giveaway 2016 by Izyan Athirah 
  7. Pencarian Bloglist Ashalya 2016 
  8. Segmen : Jom Tukar Bloglist by Lyssasecret.Com 
  9. Segmen Bloglist Azhafizah.com Jan & Feb 2016 
  10. Jejari Runcing Blogwalking Segmen
fuh. lap peluh kasi senarai untuk korang. hahaha. k, jom join sama ya :)
good luck and happy weekend!

done.

Tips Kekal Sihat di Musim Panas

hari tu dapat info kata musim panas till mac ni. fuh. lap peluh juga tu. semalam tido Ya Allah, tak boleh kata apa. aku lebih rela tido kat lantai dari beralaskan tilam empuk aku tu. haha. nasiblah rumah tak pasang aircon. jimat letrik sikit. jenuh nak membayar dua tiga ratus wei. meh baca tips kekal sihat di musim panas. bagi ingat dekat diri sendiri dengan korang sekali :)


done.

14 January 2016

Oh Cinderella by KMLIA HSHM

good morning fellas. nak jadi cinderella memang tak boleh. berangan je la boleh. tapi tak salah kot nak berangan kan. tak sapa nak larang. hehe. korang nak jadi cinderella tak? apa yang korang minat dengan cinderella ni? tau korang tak minat langsung dengan cinderella? arrr. senang. meh sini jawap soalan tu. klik banner. jawap soalan dapat hadiah. oh bestnya segmen ni :) tarikh tamat segmen 10 februari 2016! lama lagi wei. kot-kot menang, hadiah for PG birthday on 6 februari ni lah jawapnya. hehe. inshaAllah kan. klik banner join tau.

http://kmliahshm.blogspot.my/2015/12/oh-cinderella-by-kmlia-hshm.html


for BLOG;

  1. Create a new post.
  2. Copy banner. Paste & backlink.
  3. Entry related to Cinderella.
  4. Comment, with link.
  5. Click 8Share.

The soalan ye kengkawan:

First, aku nak tahu kenapa korang nak jadi Cinderella.

haha. soalan juga ke apa ni? muahahaha. tak pe! sebagai menjawap soalan dekat atas, meh baca kenapa aku nak jadi Cinderella.

of course kalau dapat mak tiri dengan anak-anak tiri yang jahat macam syaiton tu, jadi cinderella, kebetulan terjumpa putera raja yang hensem, romantika, plus kaya raya, ada segala harta benda, for sure nikah kawen terus tinggal kat istana. hidup mewah. segalanya mewah. hahaha.

next soalan.

Second, segala pengalaman atau memori yang kau ada berkaitan Cinderella.

pengalaman berlakon watak cinderella? memang tak la. memori paling best of course tengok filem cinderella kat pawagam. memori kot. hehe. dari kecik aku membesar dengan cerita-cerita cinderella ni. kartun bagai kan. then bila dibuat filem, memang tak nak lepaskan peluang pun tengok kat pawagam. lagi-lagi aku suka cerita cinderella ni, the all costum yang dia pakai. bila dia bertukar magic jadi cantik nak pergi menari tu kan, Ya Allah, boleh meremang bulu roma wei. hahaha. macam rasa diri sendiri pula. maigad! hahaha.

last soalan.

Soalan dari blogger; Kalau tak minat Cinderella?

memang tak la. minat giler kot. kalau tak minat, mungkin kat para kaum adam kot kan. hahaha.


nak juga share :D

the hadiah:


 wow! nak cincin! :D

done. 

13 January 2016

Tampil Mengoda bersama Melissa Shoes!

Melissa Shoes. Warna pink dekat situ memang betul-betul mengoda kan? ;) rasa nak grab 10 pasang je. amboi amboi. Ok, regarding tajuk PG atas tu, let me share sedikit bout Melissa Shoes kat korang, sebelum PG berkongsi 4 tips hebat membeli Melissa Shoes!

MELISSA SHOES adalah satu jenama fesyen kasut yang PG rasa tidak perlu diperkenalkan lagi sebenarnya! Ini terbukti dengan kewujudannya sejak lebih tiga dekad yang lalu, telah berjaya mencuri perhatian ramai pelanggan setianya untuk kekal setia sehingga ke hari ini. Mempunyai aura tersendiri, setiap barisan produknya pula, hadir dan diserikan dengan rekaan yang penuh elemen keremajaan dan sentiasa mengikuti perkembangan trend fesyen terkini yang sedang hangat dalam pasaran.

Malah, kini Melissa Shoes telah menjadi jenama fesyen kasut pilihan yang telah berjaya menarik perhatian ramai fashion stylist dan peminat fesyen yang lebih dikenali sebagai fashionista di seluruh dunia dan juga Melissa mempunyai reputasinya tersendiri yang cukup gemilang dalam industri fesyen sebagai jenama kasut plastik nombor satu di dunia!.

Untuk pengetahuan semua juga, selain daripada itu, Melissa mempunyai pencapaian yang cukup hebat dalam menghasilkan rekaan kasut yang cukup inovatif dengan kolaborasi istimewa bersama pereka fesyen antarabangsa yang hebat seperti Vivienne Westwood, Jean Paul Gaultier, Iseey Miyake dan Karl Lagerfield yang turut dikenali sebagai living legend. Hebat bukan? :)

4 TIPS MEMBELI MELISSA SHOES

PG kalau bab membeli kasut sebenarnya sukar untuk mencari sepasang kasut yang terbaik. Lebih-lebih dan nak-nak lagi untuk cari yang terbaik dengan harga yang berpatutan. hehe. Tapi, apa pun. Kat sini, PG nak kongsi dengan korang, 4 tips membeli Melissa shoes yang korang perlu tahu, dan boleh digunakan untuk mendapatkan kasut yang terbaik dengan harga yang menarik. jom baca. 

  1. Tips pertama, peka dengan bajet dan elakkan impulse purchase. pastikan korang mempunyai senarai kasut yang korang benar-benar mahukan. cari dan stick dengannya. tidak semestinya jika ada kasut yang tengah on sale, bermakna korang nak pun dapatkannya juga. kena stick pada yang satu la sebenarnya. hehe.
  2. Tips kedua dari seorang fashion stylist. Cuba untuk keluar membeli-belah pada penghujung hari. Ini kerana selepas korang banyak berjalan, kasut yang korang akan cuba, inshaAllah akan fit dengan lebih baik dengan kaki dan akan lebih selesa.
  3. Tips ketiga, dapatkan tiga saiz kasut yang berbeza sebelum membelinya. Beli yang benar-benar muat sahaja. mudah je tips ni kan? ;)
  4. Tips keempat, jika korang sukar berjalan dengan kasut tersebut, jangan beli! Mungkin ianya kelihatan cantik tetapi for sure korang tak nak kasut yang cantik tetapi menyakitkan dan tidak selesa kan? :)

so bagaimana? telah mendapat gambaran kasut apakah yang akan korang beli dekat Melissa Shoes? for sure pinky one tu kan? hehe. semoga tips yang PG Kongsikan ini dapat membantu korang dalam membuat pemilihan untuk membeli Melissa shoes atau maybe kasut-kasut jenama lain pula. semoga bermanfaat! ;)

done.

12 January 2016

Segmen Blogwalking | Yaya Cendana

awal tahun ni bersepah-sepah dengan segmen blogwalking kan. best je. ok. ni salah satu segmen blogwalking yang PG joinkan diri. bolehlah tambah kenalan kan. korang. all. jemput join sekali ye :) klik je banner. jom :)
 
http://www.yayacendana.com/2016/01/segmen-blogwalking-yaya-cendana.html?m=0/

Yaya nak jemput korang semua untuk join segmen ni. Segmen Blogwalking ini berlangsung selama 2 minggu, 16/01/2016 - 30/01/2016 . 

Untuk join, korang hanya perlu :

1. Follow blog Yaya Cendana
2. Buat entry " Segmen Blogwalking | Yaya Cendana "
3. Copy link entry & paste di ruangan komen entry ini

Awal bulan Februari yaya akan buat sekali lagi entry dan letakkan url blog korang dalam entry tersebut. 

Sambil - sambil kita blogwalking, boleh kumpul rakan - rakan blogger lain yang belum kita kenal. kan . 

done. 

Giveaway New Year 2016!

good morning again fellas. sekali lagi. lagi dan lagi. giveaway yang ada PG sponsor. nak dapatkan hadiah daripada PG? k jom cepat join giveaway dekat bawah ni. syarat pun mudah je untuk korang ;) just follow follow blog gitu. arrr. jangan cakap PG tak pernah mention kelebihan join giveaway tau. good luck!


Giveaway New year 2016 berlangsung dari 9/1/2016 -31/3/2016 merupakan salah satu giveaway yang dilancarkan untuk menghargai setiap followers blog Izza sakura  yang sentiasa menyokong saya dalam dunia blogging ni

Terima kasih semua

Giveaway ni agak istimewa sikit sebab banyak hadiah menarik menanti para pemenang terutamanya cash.

Syarat mudah saja"

SYARAT:
1.Like fanpage AlongM, Eintan,Auliashawalblog,
2.Follow blog Irrayan dan letakkan di bloglist anda !
3. Follow blog saya ni ,kimcha, Eintan, shawal,yatie,yuha adie
4.Ig shop :alongm ,mek_cun
6.Letakkan banner di atas dan linkkan
7.Tinggalkan komen di bawah

HADIAH:
Topup RM5 x 2 PEMENANG | Topup 5 x 1 PEMENANG | Buku nota x 2 | Vector | Cash RM10 X 1 | Cash RM10 X 3 | Nano Lightener Cream | Cash RM10 X 2

best kan hadiah nak kasi? hehe. klik banner yer :)

done.

Segmen : Mini Giveaway By Si Chubby

jemput join semua ! :)

SYARAT SYARATNYA:

Follow blog Si Chubby yang kuat membebel iniii . I will check one by one and followback .
Mesti wajib tepekkan banner yang si chubby buat khas siap dengan karton muka original si chubby dibawah ini , tepekkan dalam entry korang and backlink banner ke entry INI

http://sichubbyy.blogspot.my/2016/01/first-segmen-mini-giveaway-by-si-chubby.html

3.Jawab soalan dari si chubby . Satu soalan tapi 3 fasa . macam biasa , BEBELAN paling kreatif akan dipilih . Soalan nya adalah :-
i) Apa impian korang yang sebenarnya ? And apa usaha korang untuk mencapai impian tu ? Kalau tidak tercapai ,apa korang akan lakukan ?
4.Tag DUA ORANG BLOGGER and of course , pastikan mereka tahu korang tag dia .
5.Comment di entry ini dengan link entry korang . 

hehe. ok PG cuba jawap tau :D 

impian PG? impian PG sebenarnya banyak. terlalu banyak. nak jadi kaya rayo one of daripada impian tu lah. hehe. tapi la ni impian yang paling ideal sekarang ni dan inshaAllah nak juga jadikannya satu kenyataan later adalah dengan punya brand tudung sendiri. inshaAllah. hehe. doakan PG tau. Apa usaha? usaha tetap usaha. tentang ini PG pernah ambik tempahan sikit sikit, dari adik ipar, dari kakak, dari kengkawan PG, nak test market macam mana kalau jual tudung dekat mana-mana. syukur alhamdulillah, meriah juga. persaingan pun hebatkan kalau part jual-jual tudung ni. hehe. Ok next jawapan. kalau tidak tercapai, nak buat apa? inshaAllah, jangan mengalah. jadikan impian kita tu sebagai satu pemangkin semangat. mungkin belum masanya untuk kita ber 'rezeki' dalam impian yang kita nak. tapi. tak semestinya impian kita itu akan terkubur begitu sahaja kan? zaman sekarang, banyak benda kita boleh buat demi mengejar impian kita. then why not tunggu lama sedikit as long, apa yang kita impikan itu..tercapai...inshaAllah. 

PG tag korang tau:

hehe. so Chubby. hopely PG menjawap soalan Chubby. awal pagi PG mai blog demi kerana Chubby tau :D wish me luck dear!

done.

11 January 2016

Random Kerja

projek analisa keberkesanan latihan hari tu tak selesai lagi. inshaAllah will selesai dalam minggu ni and sending with love to jabatan-jabatan berkaitan. hari ni tetiba je banyak benda nak kena rekod. fail atas meja tu fail the all buku dalam pusat sumber. ada buku yang baru masuk. so kena bubuh dalam fail tu. esok lusa tinggalkan bahagian ni, senang dekat pengambil alih tugas. muahaha. tak pe. pahala kot kan bagi senang dekat orang. dengan harapan jika aku ditukar bahagian baru, orang pun akan senangkan hidup aku pula dengan kerja lama depa. harapnyalah. huhu.






ni pula all books baru keluar dari pejabat mayor. to let people know, tahun ni inshaAllah kota kinabalu city hall akan bertukar mayor. so meaning, bulan januari ni think mayor abidin madingkir akan last menerajui dewan bandaraya kota kinabalu. next month akan ada mayor baru, jika tidak disambung kontrak mayor sekarang. so. sabahan. kita tunggu ye ;) nanti PG akan war-warkan sama. :)

so. till then. nak sambung kerja T_T
done.

MARIGOLD UHT Milk Yang Sesuai Untuk Semua Orang

nak sihat dengan mudah senang je. MARIGOLD UHT Milk sesuai untuk korang. sesuai untuk semua orang. jangan risau, minuman ini juga sesuai diambil pada setiap masa dalam sehari. selalunya PG akan teragak-agak nak  beli minuman yang ada susu dan coklat. teragak-agak sebab gula banyak tak? coklat mengemukkan dan susu meloyakan tak? hehe. PG bab minuman bersusu dan bercoklat ni memang susah sikit nak masuk. lebih-lebih lagi strawberry ;) itu PG la. lain orang lain citarasanya kan. erk. macam tak kena mengena pula kan. hehe.

ok. ok. tak pe. sebut pasal itu, kat sini, PG nak perkenalkan dekat korang. MARIGOLD UHT Milk, sudah semestinya dari MARIGOLD Produk. minuman yang sesuai diambil oleh semua orang pada setiap masa dalam sehari. Hanya 2 gelas sehari sahaja sudah cukup membekalkan diri kita dengan kalsium yang disyorkan. yang penting ia tidak mempunyai bahan pengawet dan sesuai diambil dalam sejuk atau pun tidak.


MARIGOLD UHT Milk boleh didapati dalam pelbagai 4 pilihan -
Penuh Krim, Chocolate, Strawberry dan Rendah Lemak .

For Health For Life? Jom dapatkan MARIGOLD UHT Milk sekarang :)
terima kasih Nuffnang. terima kasih MARIGOLD UHT Milk sebab sudi beriklan dalam blog PG :)
done.

09 January 2016

Ketenangan Jiwa dan Hati ;(

good morning fellas. good morning blog. and of course good morning jiran-jiran belah rumah. amboi. amboi. muka baru bangun. tak padan sungguh status bini orang. muahaha. ok. hari ni as usual sabtu, duduk rumah. rumah sunyi sepi. tak pe. aku suka begitu. hati aku tenang. jiwa aku tenang seketika. hanya dengar bunyi mesin basuh otomatik aku dekat belakang je bersuara sedap je berlagu menandakan mesin tu masih sibok nak putar kiri kanan dan menandakan kain tak habis berbasuh lagi. hehe. ketenangan sungguh.


sebut pasal ketenangan. sebenarnya lately, ketenangan aku ntah hilang kemana-mana. aku cuba cari ketenangan aku semula. tapi ntah. aku tak jumpa lagi. setakat ini. ketenangan aku begini sahaja. rumah sunyi sepi. tenang seketika. suami da keluar. tak kejutkan aku bangun sebelum dia keluar. bermakna dia tahu aku tidak mahu diganggu. terima kasih Ya Allah, engkau berikan aku suami yang memahami aku disaat ketenangan aku perlukan. aku tahu dia faham. ;) tq suami. sob~ amboi. lebih-lebih pulaks. da la tak dikejutkan. bangun lambat pula. muahaha.

aku ada jumpa satu image yang dikongsikan dekat rakan-rakan blogger maybe. image dekat bawah ni. korang boleh baca juga kan. terkena dihati aku nak kongsikan dengan rakan-rakan blogger. aku rasa aku begitu. aku rasa aku seorang yang pemikir. aku ada cakap sebelum ni, aku jenis manusia yang bukan hal aku pun, aku tetap fikirkan. sedangkan suami da pesan banyak kali, jangan fikir hal orang lain. jangan fikir dan jangan nak membebankan fikiran sendiri dengan hal orang. sob~ engko rasa? ntahlah. aku cuba untuk tidak memikirkan. tapi ntah kenapa. ada sahaja benda yang aku fikirkan. T_T


nampaknya image ni aku kena print dan letak besar-besar dekat dinding supaya aku ingat untuk TAK MEMIKIRKANNYA lagi. kan? DIAM? yup. lately aku banyak diam. rumah pun sunyi sepi. dan aku masih mencari ketenangan jiwa dan hati aku lagi. doakan PG sayang-sayangku :(

done.

08 January 2016

Viral Kisah Emas Putih dan FizoMawar Kitchen

viral sejak beberapa hari ini, kes melenting pelakon Fizo Omar terhadap seorang blogger Kisah Emas Putih atau lebih dikenali dengan nama Uzu yang tak perlu aku nak kenalkan lagi dekat korang, berhubung dengan review yang dibuat oleh Uzu dalam blog beliau mengenai makanan dan juga perkhidmatan di restoran milik pelakon tersebut yang tidak dibuat dengan cara yang betul.

aku tak nak cakap lebih. aku pun blogger. aku pun pernah buat review pasal makanan ni. dan selalunya apa aku review memang akan cakap either makanan sedap atau tak secara jujur. itu adalah hak aku. begitu juga dengan perkhidmatan yang diberikan. itu semua adalah hak aku sebagai seorang pelanggan. bagus atau tidak bagus, itu hak aku untuk pertikaikan.


PETALING JAYA: Pelakon Fizo Omar menganggap ulasan sebuah blog yang mengkritik tentang makanan dan perkhidmatan di restoran miliknya iaitu FizoMawar Kitchen bukan dibuat dengan cara yang betul.
Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 30, berkata, kritikan itu memberi persepsi buruk kepada perniagaannya yang baharu sahaja beroperasi selama tiga minggu.

"Saya bukan tidak boleh terima kritikan orang ramai tentang kelemahan restoran saya tetapi cara penulisan dan niat sebuah blog dalam ulasannya baru-baru seperti berniat tidak baik.

BERKAITAN DAN BACA DISINI:
review kisah emas putih mengenai fizomawar kitchen restaurant 
permohonan maaf fizomawar kepada uzu 
kenyataan media fizomawar dan uzu hari ini

"Kita boleh baca penulisan tersebut dan menilai niat penulis itu untuk menegur. Apa salahnya dia menegur dengan cara yang lebih baik seperti menghantar e-mel atau mesej peribadi kepada saya," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Fizo berkata demikian selepas ulasan sebuah blog Kisah Emas Putih terhadap restoran miliknya FizoMawar Kitchen yang dikatakan tidak memuaskan apabila perkhidmatan terlalu lambat dan makanan tidak seperti diharapkan.

Restoran FizoMawar Kitchen yang terletak di Bandar Baru Bangi dilancarkan secara rasmi pada 15 Disember 2015.

Dalam pada itu, Fizo menjelaskan, sejak pembukaan restoran tersebut tiga minggu lalu, mereka menerima kehadiran pelanggan yang terlalu ramai hingga sukar dikawal.

Katanya, pelanggan yang diluar jangkaan itu membuatkan perkhidmatan restoran tersebut agak perlahan.

"Sejak dibuka memang terlalu ramai yang datang sehingga tiada tempat duduk dan pekerja yang pada awalnya hanya 15 orang terus saya tambah menjadi 30 orang.

"Saya akui perkhidmatan agak lambat kerana restoran ini baru beroperasi dan kami masih mencari sistem yang terbaik agar semua berjalan lancar. Saya juga minta maaf jika ada yang menunggu hidangan agak lama kerana setiap makanan kami ada prosuder operasi yang perlu diikuti setiap pekerja," ujarnya.

Sementara itu, Fizo meminta pelanggannya agar memberi peluang restoran tersebut memperbaiki kelemahan sedikit demi sedikit berikutan ia masih lagi baharu.

Selain itu, katanya, pembukaan restoran tersebut juga  telah memberi peluang pekerjaan kepada 30 rakyat Malaysia sebagai punca pendapatan.

"Saya terkilan kerana penulis blog tersebut merupakan orang Melayu dan sepatutnya dia menyokong kita yang sama bangsa untuk berniaga.

"Saya buka restoran ini pun memberi peluang pekerjaan kepada orang lain dan saya tidak pernah mengambil pekerja luar seperti Indonesia atau Bangladesh.

"Kalau saya hanya fikirkan tentang bajet atau mahu kaut keuntungan sudah tentu saya ambil pekerja luar sahaja kerana mereka lebih murah," ujarnya.

Penulis blog Siti Aminah.

Sementara itu, penulis blog Kisah Emas Putih, Siti Aminah, 26, berkata, dia tidak mempunyai sebarang niat jahat untuk menjatuhkan perniagaan pelakon tersebut.

Katanya, apa yang ditulis di blog miliknya itu merupakan pengalaman yang dilalui sendiri di restoran berkenaan.

"Saya sudah membuat pelbagai ulasan selama enam tahun di blog saya tapi saya akui ini kali pertama saya buat ulasan yang buruk kerana pengalaman yang saya lalui di restoran tersebut.

"Namun saya tidak sangka ramai yang baca dan viralkan perkara itu sehingga menjejaskan perniagaan restoran terbabit. Saya sudah minta maaf secara peribadi kepada pelakon itu andai perniagaannya terkesan dengan penulisan saya," ujarnya.
Sumber: mstar
 done.

Satu Hari Satu Entri Hebat Tak?

hebat sangat. setakat sehari satu entri, sapa-sapa kot boleh buat dalam masa lima minit. amboi. amboi. bersemangat je kan. by the way, hari tu, aku ada nampak lyssa faizureen update her entry, satu hari satu entri. waaaa. bersemangat waja sungguh awak. tabik spring kat awak. aku? jangan nak kata sehari dua, kadang seminggu pun ada pernah tak berupdate blog. hehe. kata blogger tegar. tak de nya. ke laut. muahahaha.


back to satu hari satu entri. sebenarnya benda ni penting. jika diperhatikan. ramai je blogger otai seperti uncle hasrulhassan, emas putih ke azhafizah dan ramai lagi akan cuba untuk up kan entri dalam blog mereka lebih daripada 5 entri atau lebih kepada 10 sehari. hebat kan? erp. ada sebab sebenarnya tu. hehe. meh baca sebab.

antara sebab diantara sebab menyebab, kepada blogger yang meletakkan sebarang bentuk jenis pengiklanan samada berbayar atau tidak berbayar. kepentingan untuk mengemaskini entri dalam blog adalah wajib dan memang kena buatlah jawapnya. sebab dengan entri mereka itulah akan menarik perhatian pembaca untuk mengunjungi blog mereka. dari entri mereka dan gabungan pengunjung yang datang, akan membantu menjana pendapatan melalui pengiklanan itu tadi. so jangan cakap satu hari satu entri. hehe. satu hari sepuluh entri dekat situ! hahaha.

itu sebab pentingnya update blog setiap hari. PG pun letak iklan daripada encik nuffnang. setakat ni memang tak mengecewakan. masuk tahun ni, inshaAllah akan dapat cheque ke 4 daripada nuffnang. kalau kita lebih rajin update blog, tak kisah post berjadual atau tidak berjadual, as long ada pengunjung, ada trafik, inshaAllah, earning daripada nuffnang tak akan pernah berhenti. cubalah wei. hehe.

so. so. so. satu hari satu entri? meh cabar diri sendiri. good luck PG!
done.

MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz


Assalamualaikum
MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz | MAA Takaful berhad merupakan satu syarikat insurance yang telah lama bertapak di Malaysia. Simpanan bertakaful MAA adalah simpanan yang dilaburkan di dalam dana syariah, yang menepati segala aspek- aspek yang telah ditetapkan dalam islam. Dana ini juga dilindungi oleh PDIM yang menjaga institusi perbankan dan insurans sekiranya terjadi apa-apa kepada syarikat pelaburan.

Peningkatan kos sara hidup yang tinggi kadang kala memaksa kita untuk membuat persediaan keewangan awal bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini berlaku pada masa akan datang. Lebih-lebih lagi persediaan KOS PENDIDIKAN ANAK-ANAK masa kini. Mennyedari masalah ini, MAA Takaful dengan berbesar hati menghulurkan tangan kepada anda para Ibu Bapa bagi membimbing anda dalam merancang keewangan dari aspek pendidikan anak-anak anda. Dengan perancangan keewangan ini, anda bakal menerima sebanyak RM 25 930.00 dengan hanya penyimpanan RM 100 setiap bulan. Memang berbaloi. Untuk maklumat lanjut sila klik (DI SINI).


Bagi membantu anda mendapatkan maklumat terperinci tentang Pakej Pendidikan Takaful ini, boleh lah bertanya dengan mana-mana agent MAA Takaful ataupun bertanya secara personally dengan Encik Nizam di talian 0176338008 (call/whatsapp/telegram). Sudah pasti layanan istimewa akan diberikan. (Klik di sini kalau nak mengurat abang Nizam ni yer)

Anda semua inginkan barangan seperti Diari dan Cash khas dari MAA takaful? Jom join MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz. Syarat-syarat seperti berikut:

Syarat-syarat:

1. Sila follow blog di bawah
2. Buat satu entri SEBIJIK macam entri ni siap dengan banner dan backlink segala bagai dengan tajuk MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz. Nak mudah copy and paste coding kat bawah ni jer (WAJIB)

3. Dah sudah buat entri SEBIJIK macam entri ni, paste link URL entri dalam runagan komen di bawh ni.

Mudah kan? 3 step je. Tak banyak la. Hehehe

Hadiah yang bakal di menangi

Tempat pertama - RM50 + Diari Khas dari MAA
Tempat kedua - RM 30 + Diari Khas dari MAA
Tempat ke tiga - RM 20 + Diari Khas dari MAA
Saguhati 1 - Diari Khas dari MAA
Saguhati 2 - Diari Khas dari MAA
Saguhati 3 - Diari Khas dari MAA

Pemilihan pemenang adalah secara random by Random.org

Jangan lupa join tau. Sila la war-warkan pada yang lain. Tarikh Tutup Penyertaan adalah pada 31 Januai 2016.

**Senarai peserta akan di kemaskini dari semasa ke semasa.

With Love
Papaglamz

-seikian-

jemput join korang. panjang bebenar entri segmen ni. hehe. good luck semua!
done.

07 January 2016

Analisa Keberkesanan Latihan 2015

langsung tak de kena mengena dengan dunia blog. nak update tentang tajuk diatas, dimana setiap tahun memang bahagian aku akan laksanakan. as usual analisa ni akan dibuat setiap hujun tahun dan yang pasti akan berkesinambungan ke awal berikutnya. maknanya. dalam dua atau tiga bulan kerja ni pack dan memang kena selesaikan sebelum merangka dan menyenarai pendekkan kursus-kursus yang bakal dilaksanakan pada tahun baru.

so. masa ni lah the all my bahagian yang hanya ada sepuluh orang sahaja dalam pejabat, dan dua orang lagi dekat our pusat pembelajaran dikingfisher akan melaksanakan projek ini tanpa gagal. jabatan ada belas-belas. dalam setiap jabatan paling ramai setakat ini adalah jabatan kesihatan persekitaran bandaraya dan juga jabatan landskap.

what we have to do bout this is. akan ada satu borang analisa. called insturmen analisa keberkesanan latihan. which is, satu borang akan ada nama anggota dan latihan-latihan atau pun kursus-kursus yang pernah beliau hadiri sepanjang tahun 2015 sahaja. so nanti hujung tahun 2016 pula, benda yang sama akan berulang. cuma mungkin jika bukan rezeki aku lagi duduk dalam bahagian latihan ni, so masa tu, aku tak buat lagi projek ni. nasiblah. hehe.

ok. selepas selesai mengemaskini borang yang ada. the all borang akan diprint, dibuat salinan pendua dan akan diedarkan kepada jabatan-jabatan yang berkaitan. selalunya memang the all jabatan memang akan terlibat. staff pun ramai. da mencecah 1500 orang aku rasa.

selesai dekat situ. then tunggu borang dikembalikan semula dekat bahagian aku. tempoh dua minggu diberikan untuk pengarah-pengarah memberikan respon semula dekat borang tadi. bahagian aku masa ni free for a while. balik borang nanti, kena kira borang tersebut semula dan the rest is, ketua bahagian aku akan ambik alih untuk siapkan laporan keseluruhan analisa keberkesanan latihan untuk tahun 2015.


simple je kertas kerja bos aku kali ni :D

done.

Acer Predator 17 Yang Cool Giler | Cpuv BE Nuffnang Pertama di Tahun 2016

Keep cool as you fly through the hottest parts of the galaxy with advanced thermal technology. wow! keep cool ya. kalau aku dapat seketul acer predator 17 ni memang baru betul-betul cool giler kentang putar la jawapnya. la ni belum lagi cool. muahahaha. 

memperkenalkan Acer Predator 17 sudah tentu dari Acer. satu jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi aku kira. aku memang peminat dengan Acer ni. dolo-dolo memang pakai laptop Acer for my first laptop. after that, bertukar ke asus. but la ni. tak pakai laptop pun T_T tunggu ar. ada rezeki nanti. nak juga grap laptop semula. 

back to Acer Predator 17. meh tengok gambar. sedap giler kan tengok gambar ;) sapa peminat warna hitam gabungan merah. memang sesuai sangatlah sapa nak grap seketul dua ketul laptop ni. sebijik tu bagi kat aku. hahaha. 





memang cool. body pun lawa kentang.

tq Nuffnang. tq Acer sebab sudi beriklan dalam blog PG ;)
done.

Australia's Souvenirs Giveaway By SitiYangMenaip & SalbiahM

good morning fellas. jemput join segmen rakan blogger kita kat sini ye. klik banner kat bawah. senang je. syarat pun sesangat mudah. jom :)


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :

  1. Follow blog SITI YANG MENAIP & SALBIAH M
  2. Buat satu entri bertajuk 'Australia's Souvenirs Giveaway By SitiYangMenaip & SalbiahM'.
  3. Tampal banner pernyertaan dan backlink kepada entri INI sahaja.
  4. Tag seorang rakan blogger.
  5. Publish entri dan JANGAN LUPA untuk tinggalkan link penyertaan anda di ruangan komen entri INI sahaja.
  6. Selesai.
tag: umikasum
jemput join klik banner ;)
done.

06 January 2016

Senarai 12 Peserta Mentor Milenia!

senarai 12 perserta mentor milenia telah pun dikeluarkan sejurus selepas program mentor milenia dipertontonkan pada ahad lepas. jika korang berkesempatan tengok, ramai giler yang menghadirkan diri untuk menunjukkan bakat masing-masing. rasanya ada juga kot yang datang setakat nak bersua muka dengan artis kesayangan mereka. pendapat aku je la. rata-rata yang aku tengok. satu bakat yang memang aku rasa super B, bila beliau berkesempatan berkolaberasi dengan akim. ala yang penyanyi buskers tu. ingat tak ingat tak? pergh. da macam artis aku tengok. hehe. rasanya beliau tak terpilih kot. tak perasan samada dia ada dalam gambar tu ke tak ;)


diantara mereka yang bakal terpilih dan akan bersaing dalam konsert pengenalan nanti

mengandingkan akim ahmad, black, hazama dan juga azlan sebagai mentor milenia untuk tahun 2016. hopely mereka yang benar-benar terpilih akan memberikan sesuatu yang 'wow'. bukan senang nak jadi artis rakaman kan. tengok sahaja pengalaman ke empat-empat mentor kali ini. bukan mudah. tengok sahaja kehidupan mereka sebelum bergelar artis dan perjalanan mereka untuk dikenali. for me. sapa-sapa yang terpilih, kena betul-betul belajar dari ke empat-empat mereka ni. sweet je hazama aku tengok. hahaha. 

meh tengok senarai protege mentor yang terpilih. lepas ni boleh vote depa ;)


PROTEGE MENTOR MILENIA HAZAMA
1. Muhammad Fareez Hazwan
2. Nurul Amira Mat Nasir
3. Iqbal Jaafar

 
PROTEGE MENTOR MILENIA AZLAN 
1. Sharifah Nurilmuhayati Syed Hussain
2. Nur Izzati Mohd Rashid
3. Siti Wan Ainnur Mohd Redzuan 
 

PROTEGE MENTOR MILENIA AKIM AHMAD 
1. Muhammad Afeeq Farhan Zulkifli
2. Nur Saheeba Raja Iftikhar Ahmed Khan 
3. Yusmeerunafishah Yusof 


PROTEGE MENTOR MILENIA BLACK 
1. Nurul Syazwanie Mohd Basri
2. Rossaidi Abdul Rani
3. Ridzuan Haqiem Rusli
 
Tarikh pertandingan pengenalan peserta pilihan mentor milenia untuk konsert pengenalan adalah seperti berikut. 
 sekaligus keputusan siapakah yang akan bakal menjadi protege kepada mentor masing-masing akan terjawap. jangan lupa tonton nanti tau.

Black dan Azlan : 10 Januari 2016
Akim dan Hazam : 17 Januari 2016

tarikh sebenar Pertandingan:
31 Januari 2016 (8 Protege Mentor Milenia akan mula berentap)

pengacara mentor milenia:
issey fazlisham dari kumpulan titan dan juga marsha milan londoh. (murah rezeki marsha lepas kahwin kan)

waktu siaran program mentor milenia:
setiap hari ahad (siaran langsung)
jam 9.00 malam hingga 11.00 malam

siaran ulangan program mentor milenia:
jumaat, jam 9.30 pagi

jurnal program mentor milenia:
ahad, jam 6.02 petang

SUDAH SEMESTINYA DI TV3

jangan lupa tonton tau :)

done.