Pindah ~

orang la ni tengah sibuk dengan preparation nak sambut raya. sibuk bertukang kat dapur. sebelah rumah aku, hari-hari aku boleh terhidu bau wangi depa buat kuih raya. kalau tak tahan dugaan, boleh terbuka awal puasa beta. hehe. kemarin singgah balik rumah mama, kakak sulung pula tengah sibuk kemas dapur depa. tukar tikar lantai baru. cantik. tak pernah lagi nampak design tu. amboi. semangat kakak beraya tahun ni. erk tak. semangat kakak buat kuih raya lepas ni. hehe.


orang tengah sibuk tu semua. aku pun sibuk juga. sibuk kemas barang rumah nak pindah lagi. kali ni, inshaAllah for own good, pindah rumah mama semula. rumah yang abang duduk. nasib abang tak banyak bunyi. FOR GOOD. nak cakap apa sebab pindah? banyak. banyak sebab. pendekkan cerita. FOR OWN GOOD. aku harap ini yang terbaik.

dalam minggu lepas dan till semalam, gigih kemas rumah. lain-lain barang da jual. malas nak bawa balik rumah abang. kang menyemakkan lagi dengan barang-barang yang sedia ada. so jual je.

sedih nak pindah? of course kot. tapi sebaik-baik perancangan beta, aku yakin, ALLAH S.W.T pasti ada perancangan yang lebih baik untuk aku. aku tunggu. tak nak banyak bunyi. kang kata aku tak bersyukur. T_T

just now. meh dengar lagu raya. even tak de mood nak beraya T_T

xoxo.
Continue reading Pindah ~

Fadhilat Ramadan

Hadith 1

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".


image kredit : google

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Hadith 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Hadith 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

kredit and thanks: darulnuman

semoga bermanfaat ya ;)
xoxo
Continue reading Fadhilat Ramadan

The Conjuring 2 5 Bintang!

korang yang da tengok the conjuring pertama, memang patut pergi tengok the conjuring part 2 pula. sariusly. part 2 berbeda amat dengan yang first. lebih banyak adegan seram dan as usual boleh buat sakit tekak. kejap kejap jerit. kejap kejap kena tutup mata. haha.

 

base on true story. berlaku sekitar tahun 1977. kalau korang peminat elvis persley, tahun ni lah mendiang tu femes amos. kena pergi tengok tau. ajak kengkawan ramai. jangan tengok sorang-sorang. PG tak janji korang boleh tidur sorang ke tak malam ni. hehe.



 
the heroin as usual :) 
ada satu babak dia first time jumpa budak tu. nama budak tu janet, makeup dia kat babak tu super B cantik!



apa kena mengena dengan nenek tua ni dengan budak perempuan baju merah kat bawah seperti dalam gambar? korang kena saksikan sendiri. aku bagi 5 bintang untuk filem the conjuring 2 ni.

  



the hero yang buat aku jatuh cinta dalam satu babak dia nyanyi kat rumah yang berhantu tu. hehe. 



 gambar atas dalam bilik sebenar juga bila masa filem ini di filemkan. korang kena tengok tau.

salam ramadhan 5
xoxo
Continue reading The Conjuring 2 5 Bintang!
,

Pemberian Bantuan Khas RM500 Pada 13 Jun 2016 ini

syukur alhamdulillah. tak banyak mana pun, tapi still boleh membantu kan? bersyukurlah. daripada tiada. semalam tengah masak kat dapur, bertubi-tubi pula whatsapp group adakah aku kesah tu masuk. erk. ni mesti ada hot gusip ni. haha. telah dijangka. rupanya nak habaq tentang bonus RM500 yang memang ditunggu-tunggulah oleh penjawat awam semua. jangan cakap PG je tunggu. korang yang blogger gomen ni pun, sure tunggu kan berita baik ni? hehe.


ok! katanya. pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada 13 jun ini. melibatkan anggaran peruntukan kewangan RM1 billion. bukan sikit. banyak tu. dengan harapan dimana bantuan ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara bagi persiapan hari raya aidilfitri nanti :)


juga disebut adalah mengenai satu kenaikan gaji tahunan (KGT) pada julai ini juga. sabah belum lagi T_T. so jangan lupa, ingatkan diri sendiri juga untuk berjimat cermat. gaji bulan 7 lama lagi kot nak sampai :D

terima kasih PM :D
xoxo
Continue reading Pemberian Bantuan Khas RM500 Pada 13 Jun 2016 ini
,

Senak Perut ;(

kemarin PG terpaksa bercuti. senak perut sesangat. tak tahu salah makan ke apa, atau suami masak daging pedas sangat. lepas makan tak sampai 20 minit, Ya Allah. sakit sangat. duduk dalam toilet dekat setengah jam dibuatnya. but Alhamdulillah, PG bertahan puasa juga sampai ke petang. even da membuang banyak time sahur T_T.


PG tak la pandai sangat bab-bab menjaga kesihatan. sendiri pun langgar makan apa je. sakit perut sendiri baru reti nak jaga. cari ubat la apa la. apa pun. yang penting bagi PG time bulan puasa ni, elakkan makanan pedas dan bergas. boleh makan tapi kurangkan.

korang macam mana pula? main sambar makan apa je ke ape? :)
selamat berpuasa hari ke 4!
xoxo.
Continue reading Senak Perut ;(

Tips Ramadan

untuk merehatkan fizikal dan mental anda secukupnya, pastikan anda tidur dalam 6-7 jam sehari. kerana tidur yang mencukupi akan membuatkan anda lebih produktif keesokannya ❤️


betul. make sure korang dapatkan tidur yang mencukupi dan berkesan tau. berkesan maksud esok bangun pagi segar. minda pun sejuk je. fikir pun positive je. hidup pun lancar je. trylah. jom tidur awal starting malam ni.

tapi. tapi. masalah juga kalau jenis yang memang tak dapat tidur seawal jam kan? macam PG. uwargh! kadang tengahmalam, masuk awal subuh baru mata nak terlelap. memang tidur yang tak berkesanlah kan? T_T. masalah betul juga time puasa macam ni. kena bangun subuh, masak. bayangkan PG baru nak masuk tidur jam satu pagi. then kena bangun semula pukul tiga pagi. lepas tu memang tak boleh nak tidur la kan. sat lagi tidur semula lepas sahur, confirm ada yang terlajak sampai ke pagi. ar stressnya! oh tak. dugaannya kat situ. ty

by the way. korang ada tak, tips mudah tidur? please please share dengan PG pleaseeeee ;( 
da jom tidur :)

xoxo

Continue reading Tips Ramadan

Sinopsis Drama Seindah Takdir Cinta

menyesal pula tak tengok drama ni dari episod satu. best juga. korang ada yang ketinggalan sama tak drama ni? ar. ni nak habaq. jangan risau kalau korang ketinggalan satu ke dua ke tiga episod sekalipun. la ni kat facebook, korang cari sahaja page seindah takdir cinta, dan sure ada update full episod kat situ. jangan kata PG tak bagitau pula tau. dan dan. bukan untuk drama ini sahaja. malah other drama pun ada. selalunya drama baru-baru kat tv memang akan cepat terupdate kat facebook hehe. itu pun juga tengok siapakah admin page. kalau admin rajin, after ten minutes habis kat tv pun da admin update kat facebook. selamat menonton tau! ❤️


Sinopsis Seindah Takdir Cinta

Mia Karmila (Amyra Rosli) anak gadis kesayangan Dato’ Kamal dan Datin Mariam yang biasa hidup dengan cara moden dan penuh kemewahan, langsung tidak menyangka pertemuannya dengan seorang pemandu teksi bernama Shahriman (Saharul Ridzwan) atau lebih mesra membahasakan dirinya Aiman telah berjaya merubah keseluruhan cara hidupnya. Mempunyai didikan agama yang sangat baik membuatkan Mia tertarik untuk mendekati islam melalui Aiman yang tidak diperolehi daripada kedua-ibu bapanya. Melalui beberapa pertemuan yang tidak pernah dirancang telah membenihkan bibit-bibit cinta yang tulus dalam hati mereka.

Adrian (Redza Rosli), masih muda tapi sudah memegang jawatan besar sebagai CEO di syarikat milik bapanya Tan Sri Effendi. Selain bergaya dan kaya-raya, Adrian juga memiliki perangai playboy dan sering sahaja berpoya-poya.

Adrian juga tidak putus asa untuk menjinakkan Mia Karmila sebagai kekasih untuk memenuhi kerakusan nalurinya, walaupun ramai perempuan lain bersedia untuk memenuhi segala kehendaknya termasuk Zetty, sahabat Mia sendiri. Perubahan sikap Mia Karmila benar-benar mencabar kelelakian Adrian sehingga dia bertekad, walau apa pun syarat yang diminta Mia Karmila, Adrian tidak peduli. Yang pasti Mia Karmila menjadi miliknya. Tekad Adrian menjadi bertambah kuat apabila kedua ibu bapanya dan juga ibu bapa Mia Karmila bagaikan menggalakkan dan merestui niatnya itu.

Dalam kepayahan dan kepiluan yang mencengkam jiwa, Mia Karmila terpaksa juga menerima ijab kabul Adrian apabila lelaki itu telah berjaya memenuhi setiap syarat yang dipintanya. Pilu di hati Mia Karmila bertambah parah apabila mengetahui Shahriman adalah dalang yang membolehkan Adrian menikahinya. Siapakah Shahriman sebenarnya?

Namun hanya ALLAH yang sesungguhnya maha mengetahui segala apa yang diaturkannya. Adrian terpaksa di masukkan ke hospital sebaik sahaja dia dan Mia Karmila dinikahkan. Sebagai seorang gadis solehah, Mia Karmila sedar akan tanggung jawabnya di sisi Adrian kini seandainya Syurga ALLAH adalah tujuan destinasinya.

Dengan itu Mia Karmila bertekad menjadi seorang isteri yang sentiasa diredhai oleh suaminya untuk mendapatkan Syurga ALLAH itu. Maka dengan seikhlas hatinya Mia Karmila cuba melupakan Shahriman dan terus tabah menjaga Adrian di hospital.

Bagaimanakah dapat Mia Karmila meneruskan hari-hari kehidupannya menjaga Adrian di hospital manakala hubungan Shahriman dengan keluarga Adrian semakin rapat, dan dengan itu juga membuatkan dia dan Shahriman sering bertentang mata.

Ia juga bagaikan luka lama berdarah kembali bagi Shahriman ketika menemankan Adrian dan Mia Karmila serta ibu bapa mereka menunaikan Ibadah Umrah di Mekah. Shahriman benar-benar tidak mampu lagi untuk terus menyorokkan segala derita jiwa dan hatinya yang gersang selama ini apabila melihat gadis yang pernah bertahta di hatinya itu menerima segala ujian dan dugaan ALLAH dengan begitu ikhlas dan tulus.

Demi cintanya pada Mia Karmila yang tidak pernah luak walau sezarah pun, Shahriman terus berusaha untuk mendapatkan kembali cinta itu walau pun dia tahu cinta Mia Karmila kini hanyalah untuk Adrian apabila kedua suami isteri itu mengakuinya di hadapan Baitullah.

Berjayakan Shahriman memujuk dan mendapatkan kembali cinta Mia Karmila yang pernah direlakannya untuk diberikan kepada Adrian? kredit and thanks: http://www.myinfotaip.com

panjangnya sinopsis. selamat menonton semua ;)
xoxo
Continue reading Sinopsis Drama Seindah Takdir Cinta

Happy Fasting!

ramadhan tiba ramadhan tiba. erk. macam kenal je macam kenal je kan. hola! assalamualaikum, salam ramadhan kedua semua. syukur. syukur alhamdulillah. da bagi lelawa blog. da edit cecantik punya. da bagi letak semula iklan nuffnang kat situ. dengan harapan moga korang klik. haha.

 tq google!

salam ramadhan again korang. syukur alhamdulillah. diberikan kesempatan once again untuk tahun ini. berpuasa. menikmati sedikit kelebihan yang ada dalam bulan puasa tahun ini. panjang masa lagi. baru dua hari kot puasa kan. nak cari pahala bebanyak. bulan puasa ni lah. thats it. tu je. nak cari pahala, kumpul pahala. bulan ni lah. PG pun nak cakap banyak, nak cakap bab-bab pahala semua ni, memang tak berkelayakan langsunglah. terawih pun ntah ke mana. Ya Allah!. nampak sangat kan. T_T

apa pun. PG nak ucapkan Happy Fasting kat korang sekali lagi

xoxo
Continue reading Happy Fasting!