Assalamualaikum fellow. Ahad lepas i berpeluang mengikuti Majlis
Perasmian Pembukaan Cawangan Baru Syarikat Glocal Travel & Tours Sdn
Bhd bagi cawangan Sabah yang bertempat di No. 42, Blok K, First Floor,
Royal Plaza Putatan, Kota Kinabalu Sabah. Untuk makluman, Glocal Travel
& Tours Sdn Bhd adalah satu AGENSI PELANCONGAN yang berdaftar dengan
Kementerian Pelancongan, Matta dan juga Bumitra, yang menyediakan
Pakej-Pakej Umrah Murah dan juga Pakej-Pakej Pelancongan yang murah dan
sudah pasti melancong dengan 100% Halal Solat Dijaga. Itu yang menarik
kan? ;)
Glocal Travel & Tours Sdn Bhd
Majlis Perasmian Pembukaan Cawangan Baru Glocal Travel & Tours Sdn
Bhd, dimulakan dengan mendengar ucapan kata-kata aluan daripada Pengarah
Urusan Glocal Travel & Tours, iaitu Encik Mohd Idzham Mohd
Isa, dan diteruskan dengan mendengar ucapan kata-kata aluan daripada
Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Yahya Bin Hussin, Timbalan Ketua
Menteri Sabah, Merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah,
juga Adun N. 18 Petagas, sekaligus merasmikan Majlis Perasmian Pembukaan
Cawangan Baru Glocal Travel & Tours Sdn Bhd.
Sepanjang majlis turut diselang selikan dengan mendengar penerangan daripada Duta Mutawwif Glocal Travel & Tours, iaitu Ust. Hj. Lamsin B. Hj. Anggali mengenai Pakej-Pakej Umrah dan Umrah Ziarah kepada para bakal jemaah umrah yang hadir. Pelbagai perkongsian menarik, ringkas namun padat dengan info yang berguna.
Gambar Sekitar Majlis Perasmian Pembukaan Cawangan Baru Glocal Travel & Tours Sdn Bhd dan biarlah gambar yang berbicara :D
Sesi penyerahan Cendera Kenangan juga tanda telah materi dengan rasminya pembukaan cawangan baru Glocal Travel & Tours Sdn Bhd daripada CEO Glocal Travel & Tours sendiri, Encik Mohd Idzham Mohd Isa kepada Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Yahya Bin Hussin, Timbalan Ketua
Menteri Sabah diatas kesudian merasmikan majlis pada hari tersebut. Turut ditemani disitu adalah Ust. Haji Lamsin, Duta dan Ketua Muttawif Glocal Travel & Tours Sdn Bhd, Serta Isteri CEO disitu. Muda kan wife CEO? Cute je tengok :) Wajah laki bini pun da seiras. Memang jodoh la wei ;D
Pihak Glocal Travel & Tours Sdn Bhd juga turut mengambil kesempatan memberikan sumbangan kepada anak-anak yatim, pelajar-pelajar tahfiz serta beberapa surau dan masjid disekitar daerah putatan. Seiring dengan perasmian tersebut, majlis sebenarnya telah bermula awal dengan mendengar tadarus Al-Quran di pejabat Glocal Travel & Tours Sdn Bhd yang baru.
Majlis diteruskan lagi dengan beberapa siri Cabutan Tiket Bertuah
daripada CEO Glocal Travel & Tours Sdn Bhd sendiri berserta Isteri
dan anak disitu. Ye sangat sweet si kecik itu pun nak juga ikut ayah dan
ibu dia. Hehe.
Dan itu dia. Diantara mereka yang menang
cabutan tiket bertuah itu tadi. Antara yang menarik dengan cabutan
tiket bertuah, CEO telah mengumumkan dengan memberikan tawaran diskaun
sebanyak RM1000 dan juga RM500 kepada yang bertuah.
Yang tak bertuahnya,,i ler :D tak pe. Bukan rezeki i kan :)
Totally semua kerusi yang kosong telah dipenuhkan. Syukur Alhamdulillah. i sentiasa percaya, jika kita memudahkan urusan orang lain, inshaAllah, urusan kita juga inshaAllah akan dipermudahkan. Syukur.
Tahniah Glocal Travel & Tours Sdn Bhd.
Dan. Itu dia one off our Blogger Sabahan yang datang bersama our team blogger sabahan (me, jun, liza dan nat). See? Dia (Eca) permudahkan urusan kami selaku media (kununlah media kan? haha) datang ke majlis perasmian, jemput ambil dekat kk dan siap selamat hantar balik, dan itu dia, rezeki dia menang diskaun tiket pelancongan sebanyak RM500 daripada Glocal Travel & Tours Sdn Bhd. Sape nak bagi kan? Syukur alhamdulillah rezeki ko ca :) Nampak? Dia permudahkan urusan kami, dengan cash dia dapat rezeki.
Penutup Majlis Perasmian Pembukaan Cawangan Baru Glocal Travel & Tours diakhiri dengan mendengar sedikit bacaan ayat suci Al-Quran.
Dan bagaimana? Menarik kan program sepanjang majlis perasmian? Oh, i akan kongsikan kemudian beberapa pakej umrah yang telah sedia ada oleh pihak Glocal Travel & Tours. Menarik. Sangat menarik. Harga sangat berpatutan. Dan yang lebih penting for me, kita pergi umrah kerana Allah SWT, pergi haji juga kerana Allah SWT, rukun islam yang ke 5 dan wajib dilakukan bagi yang berkemampuan. Dan sudah pasti, aspek-aspek keselamatan, keselesaan ketika berada di rumah Allah, kita nak kan yang terbaik sepanjang masa. InshaAllah. Anda tidak akan menyesal memilih menggunakan khidmat Glocal Travel & Tours Sdn Bhd sepanjang menuju ke rumah Allah, apatah lagi berada di rumah ALLAH. InshaAllah.
Firman Allah SWT.: “Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah.” (Surah al-Baqarah, ayat 196).
Jumpa di entry akan datang ya! (copy ayat eca :D)
Xoxo.
Love Korang!
Tahniah korang, bestnya dpt join event mcm ni kan..sekurangnya org Sabah ni nda la ketinggalan kan hehe..apa2 pun gud job blogger Sabahan
ReplyDeleteTerima kasih asha :)
Deletetahniah semua... rugi btl x join tapi apakan daya, jarak x mgizinkan.. In shaa Allah ada jodoh kita jmpa yerr..
ReplyDeleteTerima kasih unni. InshaAllah. Ada rezeki kita jumpa juga tu :)
Deletehi Yatie .... mrs pip dtg bertandang ...baru sempat meninggalkan jejak ...
ReplyDeleteseronoknya attend event T_T.
Hi Mrs Pip, terima kasih singgah blog yatie :)
Deleteseronok juga. tapi ada juga yang tak seronoknya. hahaha.