Showing posts with label #Berita Semasa. Show all posts
Showing posts with label #Berita Semasa. Show all posts

Tawaran Tambang Serendah 59 Sen Sehala dengan AirAsia, AirAsia X

Berita baik untuk semua manusia sekalian alam. AirAsia, AirAsia X menawarkan tambang promosi istimewa bersempena sambutan Hari Kebangsaan yang ke-59 serendah 59 sen sehala ke pelbagai destinasi, yang boleh ditempah melalui talian bermula isnin hingga 28 ogos 2016. 

katanya lagi:

“Tambang asas tidak termasuk cukai dan fi hanya daripada 59 sen sehala itu adalah bagi destinasi dari Kuala Lumpur ke pelbagai destinasi termasuk Alor Setar, Johor Bahru, Siem Reap, Ho Chi Minh City dan lain-lain. “Tambang promosi ke semua destinasi dalam rangkaian perkhidmatan AirAsia dan AirAsia X seperti Macao, Lombok, Kolkata, Tehran, Osaka, Shanghai dan tempat lain yang menarik, turut ditawarkan dalam tempoh promosi berkenaan,” kata syarikat penerbangan tambang rendah itu.

Syarikat penerbangan itu berkata tambang promosi ini tersedia untuk tempoh seminggu di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia, dengan penumpang boleh terus terbang, selain menikmati tempoh perjalanan yang lebih lama dari 23 Ogos, 2016 hingga 9 Mac, 2017.
kredit and thanks: https://www.sayangsabah.com

macam mana? ada ada plan nak ke mana-mana tak? PG inshaAllah bulan disember nanti will terbang ke Kuala Lumpur dan akan terus ke iPoh, Perak. Blogger kat iPoh kalau terserempak PG, jangan segan say hi ye ;)❤️
xoxo
Continue reading Tawaran Tambang Serendah 59 Sen Sehala dengan AirAsia, AirAsia X

Pingat Perak Malaysia di Sukan Olimpik 2016. Tahniah Pandelela Rinong & Cheong Jun Hoong

Pingat Perak Malaysia dari Pandelela Rinong & Cheong Jun Hoong | Sukan Olimpik 2016 | PG tak la aktif sangat nak ambil tahu tentang dunia sukan dekat Malaysia. tapi kalau da melibatkan ke banggaan buat Malaysia sendiri, masa tulah nak sibuk-sibuk ambil tahu. hehe. PG nak ucapkan tahniah buat Atlet Acara Terjun 10m Platform Seirama Wanita Pandelela Rinong & Cheong Jun Hoong kerana telah mendapat pingat perak untuk acara ini semalam. nampak kengkawan post dekat facebook. bangga la kan. Malaysia kot.


by the way, nak tahu lebih banyak info-info sukan olimpik 2016 untuk para atlet Malaysia kita, boleh semak disini mysumber.

xoxo.
Continue reading Pingat Perak Malaysia di Sukan Olimpik 2016. Tahniah Pandelela Rinong & Cheong Jun Hoong
,

Kenapa Game Pokemon itu Haram?

Game Pokemon Haram?. Ah'ah. PG sebenarnya wondering kenapa game pokemon ni dikatakan haram dekat Malaysia. sedangkan ianya adalah sejenis permainan je kot. tak salah kalau nak main. mungkin dikatakan haram dek sebab benda tu game, dan akan menyebabkan kelalaian bila bermain. who know. PG tak berapa nak ambik tahu tentang game ni sebenarnya, memandangkan PG bukan jenis main game punya orang. hahaha. setakat main candy crash dengan COC yang itu pun da lama berkubur. hehe. so haram ke tak haram. jom baca perkongsian daripada blogger Maria Firds mengenai Game Pokemon ini. harap jelas kat situ ;)


pakcik google. pinjam gambar awak sat ye.

xoxo.
Continue reading Kenapa Game Pokemon itu Haram?
,

Pemberian Bantuan Khas RM500 Pada 13 Jun 2016 ini

syukur alhamdulillah. tak banyak mana pun, tapi still boleh membantu kan? bersyukurlah. daripada tiada. semalam tengah masak kat dapur, bertubi-tubi pula whatsapp group adakah aku kesah tu masuk. erk. ni mesti ada hot gusip ni. haha. telah dijangka. rupanya nak habaq tentang bonus RM500 yang memang ditunggu-tunggulah oleh penjawat awam semua. jangan cakap PG je tunggu. korang yang blogger gomen ni pun, sure tunggu kan berita baik ni? hehe.


ok! katanya. pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada 13 jun ini. melibatkan anggaran peruntukan kewangan RM1 billion. bukan sikit. banyak tu. dengan harapan dimana bantuan ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara bagi persiapan hari raya aidilfitri nanti :)


juga disebut adalah mengenai satu kenaikan gaji tahunan (KGT) pada julai ini juga. sabah belum lagi T_T. so jangan lupa, ingatkan diri sendiri juga untuk berjimat cermat. gaji bulan 7 lama lagi kot nak sampai :D

terima kasih PM :D
xoxo
Continue reading Pemberian Bantuan Khas RM500 Pada 13 Jun 2016 ini

Viral Kisah Emas Putih dan FizoMawar Kitchen

viral sejak beberapa hari ini, kes melenting pelakon Fizo Omar terhadap seorang blogger Kisah Emas Putih atau lebih dikenali dengan nama Uzu yang tak perlu aku nak kenalkan lagi dekat korang, berhubung dengan review yang dibuat oleh Uzu dalam blog beliau mengenai makanan dan juga perkhidmatan di restoran milik pelakon tersebut yang tidak dibuat dengan cara yang betul.

aku tak nak cakap lebih. aku pun blogger. aku pun pernah buat review pasal makanan ni. dan selalunya apa aku review memang akan cakap either makanan sedap atau tak secara jujur. itu adalah hak aku. begitu juga dengan perkhidmatan yang diberikan. itu semua adalah hak aku sebagai seorang pelanggan. bagus atau tidak bagus, itu hak aku untuk pertikaikan.


PETALING JAYA: Pelakon Fizo Omar menganggap ulasan sebuah blog yang mengkritik tentang makanan dan perkhidmatan di restoran miliknya iaitu FizoMawar Kitchen bukan dibuat dengan cara yang betul.
Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 30, berkata, kritikan itu memberi persepsi buruk kepada perniagaannya yang baharu sahaja beroperasi selama tiga minggu.

"Saya bukan tidak boleh terima kritikan orang ramai tentang kelemahan restoran saya tetapi cara penulisan dan niat sebuah blog dalam ulasannya baru-baru seperti berniat tidak baik.

BERKAITAN DAN BACA DISINI:
review kisah emas putih mengenai fizomawar kitchen restaurant 
permohonan maaf fizomawar kepada uzu 
kenyataan media fizomawar dan uzu hari ini

"Kita boleh baca penulisan tersebut dan menilai niat penulis itu untuk menegur. Apa salahnya dia menegur dengan cara yang lebih baik seperti menghantar e-mel atau mesej peribadi kepada saya," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Fizo berkata demikian selepas ulasan sebuah blog Kisah Emas Putih terhadap restoran miliknya FizoMawar Kitchen yang dikatakan tidak memuaskan apabila perkhidmatan terlalu lambat dan makanan tidak seperti diharapkan.

Restoran FizoMawar Kitchen yang terletak di Bandar Baru Bangi dilancarkan secara rasmi pada 15 Disember 2015.

Dalam pada itu, Fizo menjelaskan, sejak pembukaan restoran tersebut tiga minggu lalu, mereka menerima kehadiran pelanggan yang terlalu ramai hingga sukar dikawal.

Katanya, pelanggan yang diluar jangkaan itu membuatkan perkhidmatan restoran tersebut agak perlahan.

"Sejak dibuka memang terlalu ramai yang datang sehingga tiada tempat duduk dan pekerja yang pada awalnya hanya 15 orang terus saya tambah menjadi 30 orang.

"Saya akui perkhidmatan agak lambat kerana restoran ini baru beroperasi dan kami masih mencari sistem yang terbaik agar semua berjalan lancar. Saya juga minta maaf jika ada yang menunggu hidangan agak lama kerana setiap makanan kami ada prosuder operasi yang perlu diikuti setiap pekerja," ujarnya.

Sementara itu, Fizo meminta pelanggannya agar memberi peluang restoran tersebut memperbaiki kelemahan sedikit demi sedikit berikutan ia masih lagi baharu.

Selain itu, katanya, pembukaan restoran tersebut juga  telah memberi peluang pekerjaan kepada 30 rakyat Malaysia sebagai punca pendapatan.

"Saya terkilan kerana penulis blog tersebut merupakan orang Melayu dan sepatutnya dia menyokong kita yang sama bangsa untuk berniaga.

"Saya buka restoran ini pun memberi peluang pekerjaan kepada orang lain dan saya tidak pernah mengambil pekerja luar seperti Indonesia atau Bangladesh.

"Kalau saya hanya fikirkan tentang bajet atau mahu kaut keuntungan sudah tentu saya ambil pekerja luar sahaja kerana mereka lebih murah," ujarnya.

Penulis blog Siti Aminah.

Sementara itu, penulis blog Kisah Emas Putih, Siti Aminah, 26, berkata, dia tidak mempunyai sebarang niat jahat untuk menjatuhkan perniagaan pelakon tersebut.

Katanya, apa yang ditulis di blog miliknya itu merupakan pengalaman yang dilalui sendiri di restoran berkenaan.

"Saya sudah membuat pelbagai ulasan selama enam tahun di blog saya tapi saya akui ini kali pertama saya buat ulasan yang buruk kerana pengalaman yang saya lalui di restoran tersebut.

"Namun saya tidak sangka ramai yang baca dan viralkan perkara itu sehingga menjejaskan perniagaan restoran terbabit. Saya sudah minta maaf secara peribadi kepada pelakon itu andai perniagaannya terkesan dengan penulisan saya," ujarnya.
Sumber: mstar
 done.
Continue reading Viral Kisah Emas Putih dan FizoMawar Kitchen
,

Senarai 12 Peserta Mentor Milenia!

senarai 12 perserta mentor milenia telah pun dikeluarkan sejurus selepas program mentor milenia dipertontonkan pada ahad lepas. jika korang berkesempatan tengok, ramai giler yang menghadirkan diri untuk menunjukkan bakat masing-masing. rasanya ada juga kot yang datang setakat nak bersua muka dengan artis kesayangan mereka. pendapat aku je la. rata-rata yang aku tengok. satu bakat yang memang aku rasa super B, bila beliau berkesempatan berkolaberasi dengan akim. ala yang penyanyi buskers tu. ingat tak ingat tak? pergh. da macam artis aku tengok. hehe. rasanya beliau tak terpilih kot. tak perasan samada dia ada dalam gambar tu ke tak ;)


diantara mereka yang bakal terpilih dan akan bersaing dalam konsert pengenalan nanti

mengandingkan akim ahmad, black, hazama dan juga azlan sebagai mentor milenia untuk tahun 2016. hopely mereka yang benar-benar terpilih akan memberikan sesuatu yang 'wow'. bukan senang nak jadi artis rakaman kan. tengok sahaja pengalaman ke empat-empat mentor kali ini. bukan mudah. tengok sahaja kehidupan mereka sebelum bergelar artis dan perjalanan mereka untuk dikenali. for me. sapa-sapa yang terpilih, kena betul-betul belajar dari ke empat-empat mereka ni. sweet je hazama aku tengok. hahaha. 

meh tengok senarai protege mentor yang terpilih. lepas ni boleh vote depa ;)


PROTEGE MENTOR MILENIA HAZAMA
1. Muhammad Fareez Hazwan
2. Nurul Amira Mat Nasir
3. Iqbal Jaafar

 
PROTEGE MENTOR MILENIA AZLAN 
1. Sharifah Nurilmuhayati Syed Hussain
2. Nur Izzati Mohd Rashid
3. Siti Wan Ainnur Mohd Redzuan 
 

PROTEGE MENTOR MILENIA AKIM AHMAD 
1. Muhammad Afeeq Farhan Zulkifli
2. Nur Saheeba Raja Iftikhar Ahmed Khan 
3. Yusmeerunafishah Yusof 


PROTEGE MENTOR MILENIA BLACK 
1. Nurul Syazwanie Mohd Basri
2. Rossaidi Abdul Rani
3. Ridzuan Haqiem Rusli
 
Tarikh pertandingan pengenalan peserta pilihan mentor milenia untuk konsert pengenalan adalah seperti berikut. 
 sekaligus keputusan siapakah yang akan bakal menjadi protege kepada mentor masing-masing akan terjawap. jangan lupa tonton nanti tau.

Black dan Azlan : 10 Januari 2016
Akim dan Hazam : 17 Januari 2016

tarikh sebenar Pertandingan:
31 Januari 2016 (8 Protege Mentor Milenia akan mula berentap)

pengacara mentor milenia:
issey fazlisham dari kumpulan titan dan juga marsha milan londoh. (murah rezeki marsha lepas kahwin kan)

waktu siaran program mentor milenia:
setiap hari ahad (siaran langsung)
jam 9.00 malam hingga 11.00 malam

siaran ulangan program mentor milenia:
jumaat, jam 9.30 pagi

jurnal program mentor milenia:
ahad, jam 6.02 petang

SUDAH SEMESTINYA DI TV3

jangan lupa tonton tau :)

done.
Continue reading Senarai 12 Peserta Mentor Milenia!

Empat Tarikh Pembayaran BR1M 2016

Tarikh pembayaran BR1M 2016. Morning fellas. dah kemaskini BR1M 2016 korang belum? kalau belum, meh masuk link ni (KEMASKINI BR1M 2016). those yang tak tahu, pendaftaran atau pengemaskinian BR1M 2016 telah pun dibuka pada 05 Disember 2015 hari tu, dan akan berakhir pada 31 Disember 2015 ini. tak lama lagi tu. sekarang ni cepat sangat masa berlalu kan.

ok. kat sini, PG nak kongsikan dengan korang, risalah yang PG mengenai agihan pembayaran BR1M 2016. sebelum ini, as korang tahu, pembayaran dibuat dalam 3 kali sahaja kan. tapi, kali ini, pembayaran akan dibuat dalam 4 kali. iaitu dalam bulan januari, april, jun dan september.


Tarikh Pembayaran BR1M 2016

Kategori Individu (RM2,000 dan ke bawah):

28 Januari 2016 - RM400

Jumlah keseluruhan : RM400

Kategori Isi Rumah (RM3,000 dan ke bawah):

 
28 Januari 2016 - RM250
28 April 2016 - RM250
23 Jun 2016 - RM250
28 September 2016 - RM250

Jumlah keseluruhan : RM1,000 

Kategori Isi Rumah (RM3,001 - RM4,000):

28 Januari 2016 - RM200
28 April 2016 - RM200
23 Jun 2016 - RM200
28 September 2016 - RM200

Jumlah keseluruhan : RM800 

Kategori E-kasih (RM1,000  dan ke bawah):

28 Januari 2016 - RM250
28 April 2016 - RM250
23 Jun 2016 - RM350
28 September 2016 - RM250

Jumlah keseluruhan : RM1,050
 
so. apa tunggu lagi? jangan lupa kemaskini br1m korang sekarang.

Toodles!
Continue reading Empat Tarikh Pembayaran BR1M 2016

Berita Gembira Bajet 2016 Untuk Penjawat Awam



  • Beri faedah pemindahan gaji penjawat awam bersamaan 1 kenaikan gaji tahunan ikut gred yang akan manfaatkan 1.6 juta
  • Menambah baik sebanyak 252 skim perkhidmatan yang akan memanfaatkan 406,000 penjawat awam 
  • Menetapkan gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam kepada RM1,200 sebulan 
  • Menetapkan kadar pencen minimum RM950 sebulan 
  • Gaji minimum Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dinaikkan kepada RM920 bagi semua sektor kecuali perkhidmatan domestik/pmbantu rumah 
  • Penjawat awam akan terima pemberian khas RM500 pada Januari 2016 
  • Pesara Kerajaan akan menerima bayaran bantuan khas sebanyak RM250
Pautan Sumber: mysumber.com
toodles.
Continue reading Berita Gembira Bajet 2016 Untuk Penjawat Awam

Intipati Bajet 2016

Intipati Bajet 2016. sikit jam lagi pukul 3.00 petang ini akan berlangsungnya pembentangan bajet bagi tahun 2016 pula. sudah pasti seluruh rakyat Malaysia menanti-nanti pembentangan ini dan tertanya-tanya, apakah intipati bajet 2016 yang akan disuarakan oleh Perdana Menteri Malaysia kita pada hari ini. syukur alhamdulillah, untuk tahun ini dan hopely untuk bajet 2016 akan ada terselit berita gembira (mungkin) untuk pejawat awam. harapan BAJET 2015 dan harapan untuk BAJET 2016, harapnya sama juga atau mungkin ada penambahbaikan (mungkin), harap macam tu la kan.

berita gembira daripada bajet 2015.
Bonus RM500 untuk penjawat awam


terselit sama tidak lama selepas itu
Pengumuman kenaikan Elaun Perumahan bagi Penjawat Awam RM300
Download Pekeliling Imbuhan Tetap Perumahan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan

kita harapkan ada yang terbaik untuk semua rakyat Malaysia ok .

toodles.
Continue reading Intipati Bajet 2016

Pekeliling Elaun Rumah 2015 Naik

holla. Pekeliling Elaun Rumah 2015 Naik. PG baru perasan yang PG tak baca lagi tentang pekeliling yang mengatakan elaun rumah naik pada bulan november 2015 tu. PG yakin rata-rata kengkawan gomen PG pasti tunggu kenaikan ni kan? jangan risau. sebab penantian kita tidak lama lagi akan terlaksana, dimana pembayaran akan berkuatkuasa pada november 2015 ini.

Pekeliling Imbuhan Tetap Perumahan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan

pekeliling yang PG cek dari laman web jpa. so that mean, untuk sabah juga akan terlaksana sama. tak perlu risau, sebab sure akan dibayar. hehe. korang yang nak download pekeliling elaun rumah 2015 naik, klik sini dekat link tu tau ;)


tahniah government! hahaha.

toodles.
Continue reading Pekeliling Elaun Rumah 2015 Naik

Pengantin Paling Baik

bila kita hidup dengan ada rasanya tanggungjawab dalam diri masing-masing, even kita bukan sesiapa untuk sesiapa, atau kita berada dekat luar masa waktu kita bertugas dalam pejabat, tidak ada yang lebih mulia jika kita dapat membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan dari sesama insan. PG tabik spring dengan seorang jururawat yang telah membantu menyelamatkan seorang lelaki yang lemas dipantai. Namun, ajal maut ditangan tuhan kan. Bukan kerja kita. Jom baca.

 

CHINA - Seorang jururawat yang sedang menghadiri sesi fotografi pra-perkahwinan berlatar belakangkan pantai, terpaksa menangguhkan seketika sesi fotografinya itu bagi menyelamatkan seorang lelaki yang lemas di pantai itu. 

Tanpa ragu-ragu, bakal pengantin itu bergegas mendapatkan mangsa dan mula melakukan bantuan penafasan CPR untuk menyelamatkannya. 

Guo Yuanyuan, jururawat di Hospital Dalian, sedang menghadiri sesi fotografi pra perkahwinannya, ternampak seorang lelaki lemas di pantai. 

Difahamkan, lelaki itu mengalami serangan jantung secara tiba-tiba ketika sedang mandi laut.


Guo terus berlari mendapatkan mangsa dan melakukan CPR terhadapnya sementara menunggu pihak paramedik dan ambulan yang tiba 20 minit kemudian.

Walau bagaimanapun, Guo mahupun doktor tidak dapat menyelamatkan mangsa yang sudah meninggal dunia.

Meskipun cubaan menyelamatkan mangsa adalah sia-sia, tindakan jururawat itu menjadi bualan hangat di media sosial negara itu dan diberikan gelaran 'Pengantin Paling Baik'. - THEHYPEMEDIA.COM 
 
semoga Guo diberkati sentiasa.
Toodles.
Continue reading Pengantin Paling Baik

Imbuhan Tetap Perumahan Naik ke RM300 | Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 di Bayar Pada 25 Jun 2015

Imbuhan Tetap Perumahan Naik ke RM300, juga Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 akan diberikan. 

hi fellos. tadi dapat whatsapp dari kengkawan pasal pengumuman najib mengenai imbuhan tetap perumahan yang dinaikan kepada RM300 dari RM180 sebelum ini. Kenaikan akan berkuatkuasa pada 01 Novmber ini. Bonus pun ada disebut, dimana bayaran bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam gred 54 dan ke bawah, bantuan khas RM250 pula untuk pesara. paling best, tarikh bayaran adalah pada 25 Jun 2015. :)


Sumber dan Kredit: khabarkinabalu



Toodles.
TERIMA KASIH PM :)


UPDATE TERKINI:

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan bayaran bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat Gred 54 dan ke bawah.

Perdana Menteri berkata, bantuan berkenaan bagi meringankan beban kewangan penjawat awam membuat persiapan menyambut Ramadan dan hari lebaran.

Katanya, bantuan khas ini akan turut dinikmati lebih 700,000 pesara kerajaan yang menerima pencen dengan bayaran berjumlah RM250.

"Kedua-dua pembayaran ini akan dibuat pada 25 Jun ini yang membabitkan anggaran implikasi kewangan berjumlah RM1 bilion," katanya ketika berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Keempat Belas (MAPPA XIV) di sini.

Najib turut mengumumkan berkuatkuasa 1 November ini, penjawat awam akan menikmati kadar baru terendah imbuhan tetap perumahan sebanyak RM300 sebulan berbanding kadar terendah RM180 yang diterima buat masa ini.

Beliau berkata, kadar baru itu akan dinikmati oleh gred jawatan 41 dan ke bawah dimana ia memberi manfaat kepada 1.1 juta penjawat awam di seluruh negara.

Katanya, pada masa sama, penjawat awam yang menduduki kuarters pula akan menerima 25 peratus daripada kadar imbuhan tetap perumahan yang diterima mereka. "Kadar baru itu membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM1.04 bilion," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/61765

Toodles.
Continue reading Imbuhan Tetap Perumahan Naik ke RM300 | Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 di Bayar Pada 25 Jun 2015

Sabah diLanda Gempa Bumi

Kota Kinabalu Sabah di LANDA GEMPA BUMI.


KOTA KINABALU: Satu gempa bumi dengan kekuatan 5.9 pada skala Richter berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau berlaku jam 7.15 pagi tadi. Gempa yang dikesan di kedalaman 54 kilometer di bawah tanah itu dirasai di sekitar Ranau, Tambunan, kawasan pedalaman dan pantai barat termasuk Tuaran, Kota Kinabalu, Beaufort dan Kota Belud. Difahamkan, beberapa premis perniagaan termasuk bank dan pejabat kerajaan mengalami keretakan serta cermin pecah berikutan gegaran kuat berkenaan.

Di Kota Kinabalu, penduduk di apartmen serta kakitangan awam dan swasta di bangunan tinggi diarahkan mengosongkan premis serta-merta. DISYORKAN . Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/59280

KEADAAN di dalam sebuah premis di Ranau selepas gempa bumi pagi tadi. 
- Foto ihsan pembaca BH

Centre Point Kota Kinabalu Sabah turut terasa gegaran kesan gempa bumi yang berlaku. Aku yang baru masuk pejabat, fixkan tudung terasa gegaran sebelum mira, my officemate menjerit 'lari. lari'. Ya Allah. Panik wei. baru tengok wayang san andreas kemarin, tak boleh nak bayangkan sekiranya bumi sabah benar-benar dilanda gempa bumi yang memusnahkan dan meruntuhkan bangunan yang tengah aku duduk sekarang ni. Bayangkan office aku dekat tingkat 7, kena belari menggunakan tangga turun keluar dari bangunan. kalau tak sempat tadi? Ya Allah. takutnya.

Gunung Kinabalu mendap. Dapat news dari kengkawan tadi, gunung kinabalu sedikit mendap akibat gegaran gempa bumi yang berlaku. Ya Allah. scarynya.

Toodles.
Continue reading Sabah diLanda Gempa Bumi
,

Achey Juara Mingguan Episod Ke Empat Qu Puteh Bintang Bersama Bintang

Achey Juara Mingguan Minggu Ke Empat. Tahniah sekali lagi achey! Selepas dinobatkan menjadi juara minggu pada minggu pertama dengan gandingan mantap adik ben comel loteh, kali ni, malam ini, achey sekali lagi berjaya menjuarai pada minggu ke empat aka episod ke empat, bergandingan dengan of course the only one tomok! Serius, gandingan yang cukup baik, jalan cerita mudah difahami dan serasi bersama gitu. Amboi. da macam juri pula aku kan ;)





Memenangi RM10,000 untuk kali kedua. hebat. Daebak achey! ;) Good luck untuk achey untuk minggu-minggu seterusnya. ;)

Toodles!
Continue reading Achey Juara Mingguan Episod Ke Empat Qu Puteh Bintang Bersama Bintang
,

Bocik Juara Mingguan Episod Ke - 3 Qu Puteh Bintang Bersama Bintang

Tahniah Bocik, kerana dinobatkan sebagai juara minggu bagi episod ke tiga atau minggu ke tiga qu puteh bintang bersama bintang. Tahniah sekali lagi. Rm10,000 tu. Bukan sikit wei. Pinang anak dara orang da cukup :D hehe.  


tahniah bocik, juara mingguan minggu ke 3 qu puteh bintang bersama bintang


belanja korang satu gambo aku :D

Jangan lupa saksikan malam ni, pukul 9.00 malam di tv3. Siapakah yang akan bakal menjuarai minggu ke empat pula. Saksikan!

Toodles.
Continue reading Bocik Juara Mingguan Episod Ke - 3 Qu Puteh Bintang Bersama Bintang

Google Malaysia di GODAM!

agak tekesemia while baca status blog uncle hasrul hassan. pakar seo malaysia. google malaysia kena godam? tidak! agak menakutkan disitu kan. agak-agak apa benda mamat godam tu nak erk?

benci. tak suka. banyak-banyak benda hang nak godam, google sekali engko nak tunjuk kehebatan. apa pun, hopely benda ni akan diselesaikan dengan segera.

risau juga kalau tersangkut paut dengan blogspot.



kredit: hasrulhassan

toodles.
Continue reading Google Malaysia di GODAM!
,

Achey Juara Mingguan Episod 1 Qu Puteh Bintang Bersama Bintang

Tahniah Achey dan adik ben kerana telah menjadi juara mingguan minggu pertama, episod 1 dengan memenangi hadiah wang tunai bernilai RM10,000.00! Memang patut layak pun, sebab tengok tadi persembahan depa sangat santai bersahaja tapi best dan for me, memang menepati cita rasa qu puteh la. Hehe. Siapa tak tengok lagi, bolehlah layarinya di tonton.com.my ya :)


Tahniah Achey!

Entri Berkaitan:

Toodles.
Continue reading Achey Juara Mingguan Episod 1 Qu Puteh Bintang Bersama Bintang
, ,

Qu Puteh Bintang Bersama Bintang !

Qu Puteh Bintang Bersama Bintang. Sebut Qu Puteh, teringat pengasas produk Vida Beauty iaitu Datuk Seri Hasmiza Othman yang meletup tu. Murah rezeki beliau kan. ;)


Qu Puteh Bintang Bersama Bintang (QPBBB) adalah sebuah program gabungan dua genre iaitu lawak dan juga nyanyian sebagai cabaran utama buat para peserta.

Bakal berlangsung selama 10 episod mulai malam ini, 12 April 2015 dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Pukul 9 malaman dan selama episod berlangsung, tidak akan ada satu penyingkiran disitu.

Mantap juga kan. Then all the peserta akan ada peluang untuk menang hadiah utama iaitu wang tunai sebanyak RM50,000.00 di peringkat akhir! Malah, yang best giler pula, setiap minggu akan diberikan RM10,000.00 kepada juara mingguan! Adoi. Sakit jantung. Kalau PG, sure setiap minggulah akan buat yang terbaikan ;)


Peserta Program Qu Puteh Bintang Bersama Bintang:
  1. Achey (juara BMB)
  2. Abam dan Fad (Bocik)
  3. Ammar dan Issey (Titan)
  4. Izzu dan Pian (Kepoh - juara BMB 2)
  5. Ariff dan Kamal (Sumbu)
  6. Chiwan dan Achik (Chilok).
Hadiah Pemenang Utama: Wang Tunai RM50,000.00
Hadiah Mingguan: Wang Tunai RM10,000.00

Format Persembahan:
Mempersembahan sketsa komedi selama 40 minit dan nyanyian 2 minit mengikut tema yang diberikan.

Juri Tetap:
Pengasas produk Vida Beauty iaitu Datuk Seri Hasmiza Othman sebagai juri tetap bersama dua juri jemputan setiap minggu.

50 peratus markah akan diberikan oleh juri profesional manakala selebihnya dibuat menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS).

Pengacara Qu Puteh Bintang Bersama Bintang:
  1. AG
  2. Yana Samsudin
  3. Fizie (Hot FM) - pengacara disebalik tabir.
Jangan lupa saksikan ya.
TV3, Setiap Ahad, Pukul 9 Malam Bermula 12 April 2015.

kredit : mstar.com

Toodles!
Continue reading Qu Puteh Bintang Bersama Bintang !

Siapa Daniella Sya?

Daniella Sya, 26 Tahun, seorang model dan juga pelakon yang mendakwa dirinya diganggu oleh seorang pekerja syarikat Uber. Hot citer ni sekarang till aku tertanya-tanya siapakah Daniella Sya. tak perasan pula apa lakonan beliau ;)


Daniella Sya

KUALA LUMPUR: Insiden seorang model dan juga pelakon Daniella Sya, 26, yang mendakwa dirinya diganggu pemandu selepas menaiki kereta sewa syarikat Uber kecoh diperkatakan di Internet.

jemput join giveaway iphone 5s disini ;)

Ia menjadi heboh selepas personaliti tersebut bertindak memuat naik paparan mesej komunikasi pemandu berkenaan yang di luar batas profesional ke media sosial.

Menurut cerita personaliti itu, dia telah menggunakan perkhidmatan tersebut pada 26 Februari lalu. Pada awalnya tiada apa yang berlaku memandangkan dia selamat tiba ke destinasi tujuannya.

Dua minggu kemudian, pada 3 Mac jam 11 malam, dia menerima pesanan teks daripada pemandu yang sama dan ia disifatkan sebagai percubaan untuk memulakan perbualan santai dengannya.

Daniella merasakan bahawa insiden itu melanggar privasinya. Dia mendakwa pemandu berkenaan telah menyalahgunakan nombor tersebut untuk mengenalinya, dan lebih mengejutkan, insiden seumpama itu adalah kali ketujuh terjadi kepadanya.


“Mereka sering meninggalkan komen pada gambar saya di WhatsApp, atau di mana-mana saja mereka terjumpa gambar saya. Ia berbunyi “Hi, cantik gambar profil” atau “Hei, bagaimana kehidupan sekarang?

“Secara amnya, mereka cuba pelbagai cara untuk memulakan perbualan,” ujar Daniella yang sebelum ini mengabaikan sahaja ‘gangguan’ mereka.

Mengulas mengenai tindakan pemandu-pemandu yang terus mengganggunya di medium komunikasi sosial, Daniella mengakui telah melakukan kesilapan.

“Saya silap bukan saja kerana mengabaikan tindakan mereka, malah saya tidak membuat laporan kepada pihak berwajib. Saya rasa dengan tidak bertindak apa-apa itu satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

“Namun, selepas rasa diganggu entah kali ke berapa, dan walaupun ‘orang yang tidak dikenali’ yang sering meninggalkan komen ini saya ‘block’, masalah tetap tidak selesai. Hinggalah kali akhir saya menerima pesanan teks (pada 3 Mac lalu), itulah masanya saya nekad untuk lakukan sesuatu,” katanya kepada Astro AWANI.

Kuasa media sosial

Menurut Daniella, generasi masa kini terkenal dengan sikap mendokumentasi setiap perkara kecil yang berlaku. Setiap perasaan individu, menurutnya, terzahir dan menjadi hidup dalam dunia media sosial.

“Maka, saya lakukan apa yang pemilik akaun Facebook lain lakukan – saya kongsikannya!” ujar Daniella yang menyatakan memang tiada cara lain yang lebih baik untuk dapatkan perhatian lebih-lebih lagi dia sendiri tidak tahu cara untuk menghubungi syarikat perkhidmatan teksi tersebut.

Tambah Daniella, perkara yang menyusul selepas itu adalah mengejutkan. Dia menerima banyak maklum balas dari pengguna perkhidmatan kereta sewa atau teksi yang menyatakan bahawa mereka juga pernah mengalami nasib serupa.

“Saya menerima pelbagai respon. Ada yang positif mengatakan bahawa mereka gembira saya telah menyuarakannya. Malang sekali, ada juga yang ketakutan mengenai kemungkinan tindak balas daripada pemandu berkenaan, lebih-lebih lagi mereka tahu di mana saya tinggal,” ujarnya.

Daniella juga berpendapat ramai wanita yang menerima gangguan atau penindasan sering saja mendiamkannya kerana terdapat kekangan mentaliti yang mengatakan hal itu tidak akan dipandang serius atau memalukan diri sendiri sekiranya disuarakan.

“Perkara yang membimbangkan sebenarnya adalah terlalu banyak rasa takut disebarkan berbanding rasa peduli,” kata Daniella yang akhirnya mengadu tentang insiden tersebut kepada syarikat Uber melalui e-mel sehari selepas kejadian.

Menurutnya, dia kemudiannya telah menerima balasan e-mel dan juga panggilan pihak Uber yang meminta maaf dan menjelaskan bahawa pemandu berkenaan sudah digantung daripada tugas serta siasatan telah dijalankan.

Daniella mengakui, tindakan yang dilakukannya itu adalah kerana dia tidak mahu hanya berdiam diri tentangnya dan berharap setiap anggota masyarakat mengambil langkah proaktif.

Mengulas mengenai keselamatan wanita dalam menggunakan perkhidmatan penghantaran seumpamanya, Daniella yakin bahawa semua orang perlu melihatnya dari sudut penambahbaikan dari segenap sudut.

“Masalah yang terjadi sebenarnya ada hikmah kerana ia bermakna kita mempunyai peluang untuk melaksanakan sesuatu dengan lebih baik.

“Saya juga yakin pihak Uber mempunyai sumber untuk melabur dalam membangunkan pasukan operasi, pengurusan dan prosedur keselamatan yang lebih baik sekali gus memastikan perlindungan data pelanggan dan pemandu,” ujarnya.

Pada masa yang sama, Daniella tetap berterima kasih kepada ramai lagi pemandu lain yang bertugas dan mencari rezeki dengan jujur, beretika dan dipercayai.

“Golongan inilah yang membuatkan saya masih percaya pada masyarakat kita. Ada banyak cara kita boleh memperbaiki keadaan semasa dan perubahan ke arah lebih baik itu memerlukan penglibatan kita semua,” ujar Daniella yang turut menyatakan kesediaannya untuk menyokong dan terlibat dalam mana-mana kempen mengenai hak dan keselamatan wanita.

Uber ambil langkah serius

Sementara itu, jurucakap dari syarikat Uber ketika dihubungi Astro AWANI memberitahu, sejurus selepas menerima maklumat tentang pemandu mereka yang didakwa menghubungi penumpang tanpa keperluan selepas tamat perjalanan, akaunnya telah serta-merta digantung untuk menjalankan siasatan.

“Pasukan kami telah menghubungi penumpang tersebut pada kadar segera dan bekerjasama untuk mencari penyelesaian dalam perkara tersebut.

“Uber berpegang pada polisi tiada toleransi atas kelakuan yang tidak bersesuaian dan sangat komited terhadap keselamatan dan keselesaan penumpang. Atas sebab itulah kami berusaha memastikan kualiti terbaik dalam setiap lebih sejuta perjalanan yang kami kendalikan sehari di seluruh dunia,” ujarnya.

Pada masa yang sama aplikasi Uber mempunyai ciri khusus untuk memastikan keselamatan dan akauntabiliti seperti membekalkan maklumat pemandu dan penarafan , supaya penumpang sentiasa tahu siapa yang datang menjemput mereka.

Uber juga mempunyai sistem maklum balas dan penilaian mandatori bagi memastikan setiap perjalanan dinilai.

“Uber juga akan memiliki penyelesaian terbaharu tidak lama lagi untuk mengekang sebarang komunikasi antara pemandu dengan penumpang selepas perjalanan,” ujar jurucakap berkenaan. Kredit: Astroawani.

Toodles.
Continue reading Siapa Daniella Sya?