Showing posts with label #decorumah. Show all posts
Showing posts with label #decorumah. Show all posts
,

Dekorasi Hari Raya Yang Simple

Assalamualaikum fellas! i bab-bab deco rumah ni memang i suka. Bukan takat kat rumah punya deco, kat office pun i boleh deco. Kalau da start deco, memang akan terus mendeco. Sebut pasal deco ni, i da terbayang beberapa benda nak deco untuk persediaan hari raya yang akan bakal tiba ni kat rumah mama. Rumah mama tak lah besar sangat. Nak kemas ke deco apa-apa ke, senang sajalah kiranya.

Dari dahulu lagi i memang nampak dan perasan, setiap hari raya tiba je, pasti akan ada yang berpusu-pusu shooping kat mall untuk tukar itu ini kan. Tukar langsir, tukar karpet, tukar sofa, tukar meja makan, tukar tv dan banyak lagi lah. Ok, dan kali ni i nak share satu benda memandangkan benda ni tak perlu kot korang nak berpusu-pusu shooping dengan kesesakan orang ramai kan. Korang just pergi laman web lazada. Memandangkan sekarang sedang berlangsungnya Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya Sale bermula pada 19 Mei sehingga 25 Jun 2017, dengan sale gila-gila sehingga 90%. Koramg boleh sahaja shooping secara online kat situ.


Ok. A few thing i memang da plan nak deco tadi kan. Kat bawah i tips dekorasi hari raya i yang simple untuk korang yang suka dengan benda-benda simple.

1. Phootbooth.
 
Family i jenis gila selfie. Kat lazada ada jual beberap item untuk photobooth tau. Contoh gambar kat bawah. But, if boleh print dan make it sendiri, why not DIY sendiri kan? 
 

2. Meja makan

Meja makan kalau still boleh pakai, no need kot tukar kan. i plan nak cat sahaja meja makan lama kat rumah mama. Warna putih why not? Nampak baru juga kan. 

3. Langsir

Yang ni i memang tabik spring dengan mama. Mama memang kerjaya dia menjahit, so memang tahun-tahun akan tukar langsir. But mama the best is, dia boleh pasangkan semula kain-kain langsir lama, dan beli yang baru untuk bagi pendua langsir tu. Which is, tak perlu nak beli mahal-mahal. Beli kain 1 meter dengan harga rm2.50 tu pun boleh. Muahaha.
 
Ok. Rasanya itu sahaja kot i nak share pasal dekorasi tips hari raya i yang sangat simple. Hehe. By the way, bagi korang yang masih tercari-cari furniture untuk dekorasi raya korang, i share link kat bawah, inshaALLAH moga membantu korang dalam mencari barangan deco untuk hari raya korang nanti. Jom.

 
Xoxo. 
Love Korang. 
Continue reading Dekorasi Hari Raya Yang Simple
, ,

Mengemas Tak Sudah-Sudah

hola fellas. tetiba sunyi dekat blog ni kan. baca tajuk je, sure aku nak cakap apa. honestly, sampai ke hari ni, mengemas rumah sewa tak pernah berhenti-henti. ada je benda aku nak buat. ada je benda aku nak deco. ada benda je aku nak google sampai habis kuota dibuatnya. haha. bila nampak deco tu tak ok, cari lagi, google lagi.

alih-alih da penat sangat, at the last. akhirnya! itu dia. wallpaper kaison yang sangat murah telah selamat aku pasang dekat ruang tamu rumah sewa aku. hehe. hasil usaha dan bantuan shasha. fuh. peluh-peluh sampai sakit pinggang dibuatnya. akhirnya. siap juga. meh tengok selepas dan sebelum aku pasang wallpaper kaison tu.


atas selepas pasang


sebelum adalah dinding warna purple dan hijau dekat situ

for next projek deco pula adalah almari dalam gambar bulat tu. saving duit dulu. next boleh buat. sabar sikit. da duduk sendiri ni, banyak benda kena fikir for future. kan? ;)

ok. tu je la nak share dengan korang. sebab aku rasa blog ni sepi seketika. kena juga update latest kan ;) 

toodles!
Continue reading Mengemas Tak Sudah-Sudah

Taman Mini Yang Simple Untuk Balkoni

bila duduk sendiri ni, da macam-macam benda aku fikir nak deco itu ini dekat rumah tu. even ada yang kata tak perlu lah kot nak deco-deco bagai. bukannya rumah sendiri. sewa kot kan. ada yang kata tak rasa rugi ke nak deco-deco ni. NANTI bila ada rumah sendiri, sayang pula kan tinggalkan semua deco-deco dekat rumah sewa.

oh tidak!

bagi aku, kalau kita ada niat yang bebaik punya baik. tak de masalah. inshaAllah, Allah S.W.T bantu. inshaAllah.

so. setakat nak deco pasang wallpaper ke, cat rumah ke, pasang tikar baru ke, etc ke apa ke, tak de masalah. perkataan NANTI tu, tak tahu bila kan? so. dalam NANTI tu, maksudnya adalah kita merancang sesuatu yang panjanggggg, yang tak tahu bila berkesudahaannya. so. dalam NANTI tu, adalah few thing yang aku sure nak buat dekat rumah sewa yang aku duduk sekarang. muahaha. nama pun rumah kan. kenalah selesakan diri sendiri. even duduk menyewa rumah orang ;) kita bayar kot. hahaha.

ok. dekat sini, aku nak kongsikan beberapa idea yang telah aku fikirkan untuk buat taman mini garden (inshaAllah) untuk halaman luar rumah. halaman luar rumah sewa aku tak la besar mana pun. tapi mampu untuk masuk kereta kesayangan suami tu. jom tengok.




last ni PG suka amat-amat suka ;)
simple but nice kan. ada hijau-hijau sikit. lampu comel sikit.
duduk lepak kat luar halaman rumah dengan suami? tak de nya :D hahaha.

so. macam mana? apa pendapat korang? cantikan? na. apa kata korng buat benda yang sama dekat rumah korang pula. ala, mesti mak-mak suka punya la. macam suami PG la. tak siap lah sure akan kata hee nak buat apa tu. punya bising kalah mak-mak kiah jiran tetangga. hahah. 

so wish me luck on my mini garden balcony. walawei!

toodles.
Continue reading Taman Mini Yang Simple Untuk Balkoni
,

LACK Wall Shelf

erk amboi. tajuk entri bukan main english. tapi entri tak la english mana pun. haha. ok, dekat sini PG nak kongsikan bahawanya Lack Wall Shelf seperti dalam gambar dibawah ni, da lama PG cari. selalu carian keyword rak dinding kayu. alih-alih nama beliau rupanya en. Lack Wall Shelf.

ok. kepengunaan Lack Wall Shelf ni sangat bagi PG, MENJIMATKAN RUANG. selain menjimatkan, ianya sangat praktikal bagi mereka juga PG yang memang tak suka semak-semak mata memandang  bila tengah sedap je menonton tv. kan kat rumah mak-mak kita ada je kabinet TV. lepas tu letak barang-barang banyak dekat kabinet tu, then berhabuk. berhabuk pula satu masalah bila nak lap hari-hari. erk. bukanlah malas nak bersihkan. tapi. why not kita cuba benda baharu. ruang tonton tv tak perlu nak semak-semak mata memandang. kita cuma fokus pada tv sahaja. haha. itu PG, bagi korang, mungkin korang ada pendapat lain ;)


   
 nampak tak kekemasan dekat situ? ;) kalau nak nampak ceria. bolehlah tambah sedikit warna. warna putih, such nice kan.


taraaa. nice kan? satu contoh yang PG jumpa dekat google. before dan after yang memang awesome. terpulang bagaimana korang nak deco :)

good luck!

toodles.
Continue reading LACK Wall Shelf

Home Deco Label

sejak beberapa hari ni, aku memang kaki google home deco dekat office. bukan je office, masuk kereta je terus google home deco punya design. belum lagi tahap kronik, sampai dalam bilik air aku bawa sekali google. lagi teruk kronik sampai suami ajak tidur pun masih tak tak mahu tidur sebab sambung lagi google home deco. sapa-sapa yang rajin semak keyword korang, nampak dalam carian home deco ke atau apa sahaja berkaitan pasal rumah, sah. memang aku lah tu. hehe.

minat dengan design home deco ni sebenarnya da lama kot. dari belum kawen lagi. dari masih zaman kegemilangan anak dara lagi pun. dekat ruang tamu, dapur memang tak boleh nak deco. kang mak-mak bising pula. da kenapa pula anak dara aku sorang ni. mak da kemas macam tu punya lawa, diubah pula kedudukan kat situ. ar. bising mak-mak kita kan.

ar. la ni da menikah kawen ni, dan bila da nak duduk sendiri laki bini berdua, ar lantaklah nak buat apa dekat rumah sendiri. mak tak bising. mak tak kata apa. masa ni lah nak pamerkan skill tersendiri macam mana nak hias rumah untuk laki sedap mata memandang. hahaha. erk. tak la kot. untuk keselesaan bersamalah sebenarnya. dulu mak-mak kemas rumah sebab nanti suami mak-mak bising. bapa kitalah bising :D nanti, da duduk laki bini, kemas rumah juga untuk laki kita sedap mata memandang. dan kita pun da ikut macam mana mak-mak kita buat dulu. benda yang sama kan? ;)




tu dia antara ruang tamu yang nice dan memang sedap mata memandang bagi aku. bagi korang, tak tahulah kot. putih memang pilihan utama aku la. bersih, suci, tulus mulus. duduk lepak pun tenang je. aku dengan suami memang kaki lepak tengok movie dekat luar. kalau ada wayang baru, kalau rajin, pergi tengok. kalau tak, nanti keluar cd cetak rompak (amboi), tengok dekat rumah je. so dapat ruang tamu macam ni punya baik, memang kaki duduk rumah je la tengok movie kan. oh rumah sewa PG tu nanti, tak la besar mana pun ruang tamu dia. tapi still ok dan nice kalau nak buat macam dekat atas punya design. kena cari dan bajet je la. dengar kata, MR. DIY da ada dekat 1Borneo, Kota Kinabalu, Sabah. wajib pergi this weekend memandangkan sabtu ni da masuk rumah sewa ;)

nanti nak buat home deco label. senanglah nak rujuk ke apa nanti. ok. stop kat sini dulu. nak balik da. bye korang!

toodles :)
Continue reading Home Deco Label