Showing posts with label #programrealititv. Show all posts
Showing posts with label #programrealititv. Show all posts

12 October 2016

Aprilissa Sue Ann Peserta 3 Juara dari Kota Kinabalu, Sabah

Assalamualaikum. Hi fellas.

I nak share tentang program realiti 3 Juara, di TV3 yang akan bermula pada 16 Oktober 2016 ini, setiap hari ahad pada pukul 9.00 malam. Program realiti nyanyian yang mencari tiga juara menerusi tiga genre berbeza iaitu balada, rock dan irama Malaysia. 

"Ia amat menarik untuk dijadikan sebagai satu lagi format program berbeza daripada yang sedia ada di mana kita mengangkat tiga pemenang dari tiga kategori berbeza dalam satu pertandingan," katanya kepada mStar Online.
Uji bakat telah pun dilakukan sebelum ini dan yang pastinya, peserta dari Kota Kinabalu, Sabah telah ditemui dan salah seorangnya adalah cik Aprilissa Sue Ann. Gadis manis kecik molek yang berjiwa besar dalam bidang nyanyian. Wow!



KONSEP PROGRAM 3 JUARA
Konsep 'battle' - 2 orang peserta dari setiap kategori setiap minggu
Bagaimanapun menariknya kata Suffian, untuk lima minggu pertama pertandingan tiada sebarang penyingkiran akan diadakan bagi memberi peluang kepada mereka mencari rentak sebelum yang benar-benar layak mara ke peringkat seterusnya.
"Sebanyak 18 peserta akhir akan kami pilih yang memperlihatkan enam dalam setiap kategori.
"Setiap minggu peserta dari genre rock sebagai contoh akan berentap dengan pesaing dalam kategori sama.
"Hanya seorang daripada setiap genre akan diumumkan sebagai juara," ujarnya.
HADIAH UNTUK BAKAL JUARA PROGRAM 3 JUARA
Wang tunai sebanyak RM300,000.00

Jangan lupa tengok tau :D
xoxo.
Share:

06 January 2016

Senarai 12 Peserta Mentor Milenia!

senarai 12 perserta mentor milenia telah pun dikeluarkan sejurus selepas program mentor milenia dipertontonkan pada ahad lepas. jika korang berkesempatan tengok, ramai giler yang menghadirkan diri untuk menunjukkan bakat masing-masing. rasanya ada juga kot yang datang setakat nak bersua muka dengan artis kesayangan mereka. pendapat aku je la. rata-rata yang aku tengok. satu bakat yang memang aku rasa super B, bila beliau berkesempatan berkolaberasi dengan akim. ala yang penyanyi buskers tu. ingat tak ingat tak? pergh. da macam artis aku tengok. hehe. rasanya beliau tak terpilih kot. tak perasan samada dia ada dalam gambar tu ke tak ;)


diantara mereka yang bakal terpilih dan akan bersaing dalam konsert pengenalan nanti

mengandingkan akim ahmad, black, hazama dan juga azlan sebagai mentor milenia untuk tahun 2016. hopely mereka yang benar-benar terpilih akan memberikan sesuatu yang 'wow'. bukan senang nak jadi artis rakaman kan. tengok sahaja pengalaman ke empat-empat mentor kali ini. bukan mudah. tengok sahaja kehidupan mereka sebelum bergelar artis dan perjalanan mereka untuk dikenali. for me. sapa-sapa yang terpilih, kena betul-betul belajar dari ke empat-empat mereka ni. sweet je hazama aku tengok. hahaha. 

meh tengok senarai protege mentor yang terpilih. lepas ni boleh vote depa ;)


PROTEGE MENTOR MILENIA HAZAMA
1. Muhammad Fareez Hazwan
2. Nurul Amira Mat Nasir
3. Iqbal Jaafar

 
PROTEGE MENTOR MILENIA AZLAN 
1. Sharifah Nurilmuhayati Syed Hussain
2. Nur Izzati Mohd Rashid
3. Siti Wan Ainnur Mohd Redzuan 
 

PROTEGE MENTOR MILENIA AKIM AHMAD 
1. Muhammad Afeeq Farhan Zulkifli
2. Nur Saheeba Raja Iftikhar Ahmed Khan 
3. Yusmeerunafishah Yusof 


PROTEGE MENTOR MILENIA BLACK 
1. Nurul Syazwanie Mohd Basri
2. Rossaidi Abdul Rani
3. Ridzuan Haqiem Rusli
 
Tarikh pertandingan pengenalan peserta pilihan mentor milenia untuk konsert pengenalan adalah seperti berikut. 
 sekaligus keputusan siapakah yang akan bakal menjadi protege kepada mentor masing-masing akan terjawap. jangan lupa tonton nanti tau.

Black dan Azlan : 10 Januari 2016
Akim dan Hazam : 17 Januari 2016

tarikh sebenar Pertandingan:
31 Januari 2016 (8 Protege Mentor Milenia akan mula berentap)

pengacara mentor milenia:
issey fazlisham dari kumpulan titan dan juga marsha milan londoh. (murah rezeki marsha lepas kahwin kan)

waktu siaran program mentor milenia:
setiap hari ahad (siaran langsung)
jam 9.00 malam hingga 11.00 malam

siaran ulangan program mentor milenia:
jumaat, jam 9.30 pagi

jurnal program mentor milenia:
ahad, jam 6.02 petang

SUDAH SEMESTINYA DI TV3

jangan lupa tonton tau :)

done.
Share:

03 May 2015

Achey Juara Mingguan Episod Ke Empat Qu Puteh Bintang Bersama Bintang

Achey Juara Mingguan Minggu Ke Empat. Tahniah sekali lagi achey! Selepas dinobatkan menjadi juara minggu pada minggu pertama dengan gandingan mantap adik ben comel loteh, kali ni, malam ini, achey sekali lagi berjaya menjuarai pada minggu ke empat aka episod ke empat, bergandingan dengan of course the only one tomok! Serius, gandingan yang cukup baik, jalan cerita mudah difahami dan serasi bersama gitu. Amboi. da macam juri pula aku kan ;)





Memenangi RM10,000 untuk kali kedua. hebat. Daebak achey! ;) Good luck untuk achey untuk minggu-minggu seterusnya. ;)

Toodles!
Share:

Bocik Juara Mingguan Episod Ke - 3 Qu Puteh Bintang Bersama Bintang

Tahniah Bocik, kerana dinobatkan sebagai juara minggu bagi episod ke tiga atau minggu ke tiga qu puteh bintang bersama bintang. Tahniah sekali lagi. Rm10,000 tu. Bukan sikit wei. Pinang anak dara orang da cukup :D hehe.  


tahniah bocik, juara mingguan minggu ke 3 qu puteh bintang bersama bintang


belanja korang satu gambo aku :D

Jangan lupa saksikan malam ni, pukul 9.00 malam di tv3. Siapakah yang akan bakal menjuarai minggu ke empat pula. Saksikan!

Toodles.
Share:

20 April 2015

12 April 2015

Achey Juara Mingguan Episod 1 Qu Puteh Bintang Bersama Bintang

Tahniah Achey dan adik ben kerana telah menjadi juara mingguan minggu pertama, episod 1 dengan memenangi hadiah wang tunai bernilai RM10,000.00! Memang patut layak pun, sebab tengok tadi persembahan depa sangat santai bersahaja tapi best dan for me, memang menepati cita rasa qu puteh la. Hehe. Siapa tak tengok lagi, bolehlah layarinya di tonton.com.my ya :)


Tahniah Achey!

Entri Berkaitan:

Toodles.
Share:

Qu Puteh Bintang Bersama Bintang !

Qu Puteh Bintang Bersama Bintang. Sebut Qu Puteh, teringat pengasas produk Vida Beauty iaitu Datuk Seri Hasmiza Othman yang meletup tu. Murah rezeki beliau kan. ;)


Qu Puteh Bintang Bersama Bintang (QPBBB) adalah sebuah program gabungan dua genre iaitu lawak dan juga nyanyian sebagai cabaran utama buat para peserta.

Bakal berlangsung selama 10 episod mulai malam ini, 12 April 2015 dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Pukul 9 malaman dan selama episod berlangsung, tidak akan ada satu penyingkiran disitu.

Mantap juga kan. Then all the peserta akan ada peluang untuk menang hadiah utama iaitu wang tunai sebanyak RM50,000.00 di peringkat akhir! Malah, yang best giler pula, setiap minggu akan diberikan RM10,000.00 kepada juara mingguan! Adoi. Sakit jantung. Kalau PG, sure setiap minggulah akan buat yang terbaikan ;)


Peserta Program Qu Puteh Bintang Bersama Bintang:
  1. Achey (juara BMB)
  2. Abam dan Fad (Bocik)
  3. Ammar dan Issey (Titan)
  4. Izzu dan Pian (Kepoh - juara BMB 2)
  5. Ariff dan Kamal (Sumbu)
  6. Chiwan dan Achik (Chilok).
Hadiah Pemenang Utama: Wang Tunai RM50,000.00
Hadiah Mingguan: Wang Tunai RM10,000.00

Format Persembahan:
Mempersembahan sketsa komedi selama 40 minit dan nyanyian 2 minit mengikut tema yang diberikan.

Juri Tetap:
Pengasas produk Vida Beauty iaitu Datuk Seri Hasmiza Othman sebagai juri tetap bersama dua juri jemputan setiap minggu.

50 peratus markah akan diberikan oleh juri profesional manakala selebihnya dibuat menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS).

Pengacara Qu Puteh Bintang Bersama Bintang:
  1. AG
  2. Yana Samsudin
  3. Fizie (Hot FM) - pengacara disebalik tabir.
Jangan lupa saksikan ya.
TV3, Setiap Ahad, Pukul 9 Malam Bermula 12 April 2015.

kredit : mstar.com

Toodles!
Share:

23 February 2015

Azmil Juara Mentor Legend 2014 | Tahniah!

Tahniah diucapkan buat Azmil kerana telah dinobatkan sebagai Juara Mentor Legend 2014 semalam! Ya Allah. Murah rezeki beliau wei. Tak sangka sungguh. Yakin Aina bakal menjadi juara, tetapi rezeki lagi berpihak pada azmil. Syukur alhamdulillah.



Pemenang tempat Pertama Mentor Legend 2014
Azmil
Hadiah:
- wang tunai RM300,000
- 2 buah kereta Proton Iriz
- 2 set televisyen 84’ ultra HD & set teater rumah
- baucer Zalora RM10,000
- trofi

Pemenang tempat ke-2 Mentor Legend 2014
Aina
Hadiah:
- wang tunai RM200,000
- trofi

Pemenang tempat ke-3 Mentor Legend 2014
Sarah
Hadiah:
- wang tunai RM100,000
- trofi
Kredit: yumida blog

hopely ini bukanlah persembahan terakhir buat mereka, dan berharap Azmil akan terus maju ke hadapan. Jumpa orang yang betul dan jangan lupa diri. Pesanan dayang nurfaizah for azmil, bagi aku, memang patut azmil ingat sampai bila-bila. Good Luck Azmil!

toodles.
Share:

22 February 2015

Juara Konsert Akhir Mentor Legend 2014! Nantikan Malam ini :D

Juara Konsert Akhir Mentor Legend 2014! Walaupun belum diumumkan lagi, tapi bagi aku, ketiga-tiga peserta akhir mentor legend 2014 yang duduk dalam final malam ini semenangnya sudah juara dihati para peminat dan juara pada diri sendiri! Kan? ;)


saksikan Konsert Akhir Mentor Legend di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam juga siaran langsung di TV3!

Tiga Finalis, gandingan mentor dan juga protege yang akan berentap di Final Mentor Legend malam ini!

1) Amy Search (Mentor) & Sarah (Protege)
2) Ella (Mentor) & Aina (Protege)
3) Dayang Nurfaizah (Mentor) & Azmil (Protege)

Hadiah Juara Mentor Akhir Legend 2014 pun memang mantap kan ;) tak sabar!

toodles.
Share:

18 February 2015

Konsert Akhir Mentor Legend 2014 | Nantikan 22 Februari 2015!

Tahniah buat Aina, Sarah dan juga Azmil yang berjaya mara ke konsert akhir mentor legend 2014 pada 22 februari 2015 ini. minggu hadapan! thank god sebab konsert akhir mentor legend tak tersama tarikh dengan jadual nak kena pegi Btn, Kundasang pada 27 februari ni. haha. macam-macam tau je kan. harap-harap konsert akhir tidak ditunda pula. kalau tak, memang menangis kot :D

seperti dalam jangkaan aku. aina dan sarah. memang layak ke konsert akhir. dua-dua memang super b power giler suara. betul cakap juri tetap. depa dua dan ada few lagi, suara memang da ala-ala penyanyi profesionallah aku cakap. nadeera pun sebenarnya ok. mungkin nasib tidak menyebelahi kepada nadeera pada malam akhir konsert separuh akhir kedua baru-baru ini kan. tak pe. mungkin rezeki nadeera akan lebih terbuka selepas mentor legend ini berakhir kan? :)

3 Peserta Mentor Legend 2014 Yang Mara ke Konsert Akhir Mentor Legend 2014!


Mentor
Amy Search

 Protege
Maishara Fazny binti Mahadzir (Sarah) | 19 Tahun | Kuala Lumpur


Mentor
Dayang Nurfaizah

Protege
Azmil bin Karim (Azmil) | 22 Tahun | Tawau, Sabah


Mentor
Ella

Protege
Nurul Aina binti Abdul Ghani (Aina) | 21 Tahun | Seremban

Ramalan Juara Konsert Akhir Mentor Legend 2014
kalau tak tanya aku. aku memang harapkan aina akan menjadi juara untuk konsert akhir mentor legend 2014! mungkin dengan kelebihan yang ada pada aina sebelum ini yang mana beliau pernah menjadi juara dalam satu pertandingan di luar negara, aku memang harapkan aina akan menang untuk ini. inshaAllah. apa pun. adat menang kalah memang sinonim dalam satu-satu pertandingan kan :) we vote for aina, maybe? :D

toodles!
Share: