Showing posts with label #random. Show all posts
Showing posts with label #random. Show all posts

Selamat Hari Malaysia!

Assalamualaikum.

Morning hi fellas. Tak terlambat kot kan i nak ucapkan Selamat Hari Malaysia kat awak-awak sekalian alam kan. Dengan harapan i semoga kemakmuran negara kita akan sentiasa terjaga. Terpelihara. Macam mana nak kekalkannya? Bersatu hati. Sehati Sejiwa. InshaAllah Malaysia, akan terus kekal maju. Amboi i da cakap macam i berpidato. I tak de background tu. Hehe. 

So ya. Aktiviti i tiga hari cuti duduk rumah tak de apa. I bangun pagi tinggal i kemas rumah apa yang patut dan i tinggal makan minum dan i layan drama korea i. Tu je. Nampak sangat hidup i simple kan? Ah'ah. 


So ya. Jumpa next entry maybe? Selamat Hari Malaysia again!
xoxo.
Continue reading Selamat Hari Malaysia!

Nak Tahu Ikhas atau Tidak Menulis Entri Blog~

Assalamualaikum.

erk. da kenapa kan? by the way, beberapa hari ni i ada masa yang sangat-sangat banyak kat office tau. Kerja office i da settelkan. Memandangkan i jenis tak suka nak tangguh-tangguh kerja dan better i selesaikan terus. After that i tak kisahlah jiran tetangga kata i takde kerja ke ape. Takde hal. Yang penting i da selesaikan part i dan all staff tahu kerja masing-masing. Takde kerja duduk diam-diam je la. Oh. Nak kata i makan gaji buta? Hahaha. Lagi i tak kisah. Sapa kerja dengan gomen da berbelas tahun, tahulah tinggi langit kat situ. Makanya, da habis kerja. Duduk diam, buat hal sendiri :D

Sangat free, jom blogwalking. Internet office pun free. Hehe. Dan, berbalik dekat tajuk i atas tu. I adalah buka dan baca balik few entry i yang lama-lama dalam blog ni. Nak tergelak pun ada. Rasa menyampah pun ada dan rasa nak padam je entri tu pun ada. Entri usia tengah dalam jiwa kacau masa tu, tak tahulah. Asal nak update pun ada banyak. Hehe. 


suami: tepuk dada tanya selera yang oi :D

See? Nampak sangat entri blog i ikhlas dan tak ikhlas kat situ Kan. Kat sinilah nak tahu ikhlas atau tidak kita ni menulis entri blog. Korang macam mana pula? Ikhlas menulis ke tau macam PG juga. ASAL UPDATE? :D

xoxo.
Continue reading Nak Tahu Ikhas atau Tidak Menulis Entri Blog~

Salam Kemerdekaan Ke-59!


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan!

PG nak ucapkan Selamat Hari Kemerdekaan buat Our Negara. Of course Malaysia, Tanah Airku. Dengan ucapan semoga Kita sebagai rakyat terus bersatu padu. sudah tentu ke arah yang lebih baik. evendo kita banyak dengar bebenda negative compare to positive. but. sebagai rakyat. sebagai rakyat yang diberikan akal dan fikiran yang waras, kita tahu mana baik dan buruknya kan. so! kita pilih yang positive!

tu je. sekian :D
i love u Malaysia 

xoxo
Continue reading Salam Kemerdekaan Ke-59!

Susahnya Nak Update Blog~

morning fellas. PG kat rumah since tak de laptop lagi. again laptop rosak. memang online and update blog menggunakan iphone dan tersangatlah susah nak update blog. bukanlah susah mana pun. but sangat limited. hanya para blogger yang update dari smartphone sahaja tahu kot macam mana perasaan PG dikala ini. huhu. nak harap ada orang sponsor laptop sebiji sekarang ni, memang meninggi. hehe. bajet da habis dekat baiki iphone 5 PG baru-baru ni. uwargh T_T 


pakcik google. pinjam gambar awak sat ye.

morning sunday! ❤️
xoxo
Continue reading Susahnya Nak Update Blog~

Being Beautiful of U

morning. assalamualaikum fellas! kat inanam sekarang matahari super B cantik.  ceria je. sedap mata memandang. matahari awal pagi bagi vitamin E kan? ye ke? hahaha. maaflah kalau PG salah. hehe.

da cantik-cantik kat situ. kita pun kenalah cantik juga kan. perempuanlah katakan. nak cantik bukan saja dengan makeup dressing lelawa. tapi. juga cantik mental. cantik mental senang je. meh tengok gambar bunga yang PG share ni. sure mental pun cantik. fresh tengok. mata pun sedap. segar gitu :) PG love bunga so much! tak kisahlah bunga apa pun, as long dia lawa dipandangan mata. korang macam mana pula? suka bunga ke tak. by the way, happy weekend semua!




pakcik google. pinjam gambar awak sat ye.
xoxo
Continue reading Being Beautiful of U
,

Tempahan Design Kad Maybank Visa Debit

Tempahan Design Kad Maybank Visa Debit. hi fellas. anyone yang da tukar kad maybank visa debit tak? PG tak tukar lagi. oh. maksud tak tukar tu, bila pada satu hari dibulan lepas kot, maybank sms kat inbox suh pi tukar kad maybank tu. rasanya all kad atm kot. sebab kengkawan PG yang lain, ada kad atm selain maybank, depa kena suruh pergi tukar juga kad tu. tak tahu kenapa. tapi mungkin untuk keselamatan. tapi kalau untuk benda baik, kenapa tidak untuk menukarnya kan :)

then. da alang-alang if korang nak pergi tukar kad maybank tu nanti, kat sini PG kongsikan halaman facebook "Design Kad Maybank" dimana korang boleh membuat tempahan design kad maybank yang korang suka. PG tak de link facebook tu. tapi korang boleh cari dekat kotak search tu nanti. taip sahaja 'Design Kad Maybank'.

PG share antara design yang PG rasa lawa kat situ. 
bunga-bunga cinta gitu kan. hehe. 



oh man! PG sangat-sangat berkenan dengan dua design kat atas.
tq designer!

Untuk makluman bersama, Facebook Design Kad Maybank hanya membuat design sahaja, dan segala tempahan dan bayaran caj pertukaran kad pula adalah melalui pihak maybank.
so ingat tau. depa design sahaja. tidak mengeluarkan kad.

Design Kad Maybank Visa Debit dengan Gambar Sendiri pun boleh. contohnya macam gambar kad maybank blogger Azhafizah seperti kat bawah ni ;)


kredit: azhafizah

juga ada disertakan panduan bagaimana menukar kad maybank visa debit dengan menggunakan gambar sendiri. selamat mencuba!

xoxo. 
Continue reading Tempahan Design Kad Maybank Visa Debit

Happy Free!

i'am happy free sebab kerja da selesai. untuk hari ni je. hehe. ada lagi tertangguh tapi kena buat cara tertangguh. kerja kat pejabat ni tak pernah nak habis. tapi kerja yang wajib diselesaikan, of course kena selesaikan. itu perkara wajib. kalau tak. serba salah sampai esok hari pun tak habis-habis. tadi baru je cik puan setiausaha pengarah bagi memo regarding kerja. tapi juga kena tangguhkan benda tu, sebab ketua bahagian PG berkursus 3 hari. oh. jangan cakap sebab ketua bahagian PG berkursus dan PG free tau. hehe. PG sentiasa free. ar ni penting nak kena ingatkan sesama kita. kerja, kerja juga. tapi life sendiri pun kena ada. kan? ;)



thanks google for lovely doodle here :)

xoxo.
Continue reading Happy Free!

Datin Red Isteri Terbaik

Assalamualaikum.

I tak berani nak kata apa tentang Dato Red dan juga Pelakon Cantik Ruhainies kat situ. I follow cerita Dato Red ni pun selepas keluar berita perkahwinan Dato dengan Adira, dan betapa tabahnya Datin Red, Isteri Dato Red ketika itu. Datin Red memang seorang isteri yang terbaiklah i boleh cakap. I tak tahu daripada mana Datin mendapat kuasa kesabaran, tahap punya penahan hati jiwa dan raga sebab mampu menghadapi dugaan hidup bermadu macam ni punya bermadu. No. I tak cakap hidup bermadu semua tak indah. Mama i pun hidup bermadu. And i pun dikeliling dengan mereka yang hidup bermadu. So. Indah tak indah. Mereka yang dalam kelompok ini sahaja yang tahu.


Suaminya baru-baru ini dikaitkan dengan pelakon wanita yang semakin meningkat naik, Ruhainies.

Dato Red turut mengeluarkan kenyataan bahawa dia menyukai aktres muda itu selepas tersebar sebuah video memaparkan aksi mesra mereka di sebuah pusat beli belah.

“Apa yang berlaku di luar sana biarlah suami saya sahaja selesaikan, dia yang mula cari masalah. Mengapa saya perlu pening kepala fikirkan masalah dia?

“Saya tidak tahu pasal orang luar mengecam atau marah dia, yang pasti hubungan saya dengan dia bahagia,” katanya memetik sebuah akhbar tempatan.


Bercerita mengenai hal bermadu, Datin Red berkata, “Saya percaya kepada jodoh, selagi ada jodoh saya akan bersama dia. Soal bermadu, saya rasa mana-mana wanita juga sama. Macam mana hancurnya hati saya ketika dia berkahwin dengan Adira, mungkin Adira juga merasai perkara yang sama kini.

“Cumanya selagi dia suami, saya akan pastikan menjadi isteri yang baik buat dirinya,” katanya lagi


Datin Red berkahwin dengan Dato Red 10 tahun lalu, ketika suaminya bekerja sebagai pemandu lori sayur.

“Saya berkahwin ketika berumur 19 tahun, memang selepas 10 tahun tiada apa yang saya dapat rasakan selain sayang kepada dirinya, mungkin juga sebab anak-anak.

“Kami mula mengalami kehidupan yang lebih senang sejak tiga tahun lalu, apabila perniagaan suami semakin baik,” katanya.

Dato Red berkahwin kali kedua dengan Adira di Songkhla, Thailand pada 3 Disember lalu. - Kredit and thanks : bulettinmedia.blogspot.com
doa yang bebaik sahaja untuk mereka.
xoxo.
Continue reading Datin Red Isteri Terbaik

Sakit Gigi Tak Nak Kawan

Assalamualaikum.

Sapa sini suka bila sakit gigi datang? T_T. Memang tak la kan. Adui. Sakit bukan kepalang. Rasa nak hempuk kepala orang je kan. I tak pernah sakit gigi sebelum ni tau. 


Pakcik Google. Pinjam Gambar Awak Sat :)


Tapi...tetiba sakit gigi datang, Ya Allah. I tak tahu nak cakap apa wei. Segala rasa ada. T_T. Suami i kata, ketika sakit gigi, doktor gigi pun tak boleh buat apa. Nak cabut ke apa ke, memang tak boleh. Kena tunggu hilang sakit gigi baru boleh fix kan gigi tu. Korang? Pernah alami sakit gigi tak? Apa korang buat untuk redakan sakit gigi ye? Sharelah sikit dengan i ;(


Muka sakit gigi. Duduk diam-diam kat situ ;(
xoxo.
Continue reading Sakit Gigi Tak Nak Kawan

Fadhilat Ramadan

Hadith 1

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".


image kredit : google

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Hadith 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Hadith 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

kredit and thanks: darulnuman

semoga bermanfaat ya ;)
xoxo
Continue reading Fadhilat Ramadan
,

Senak Perut ;(

kemarin PG terpaksa bercuti. senak perut sesangat. tak tahu salah makan ke apa, atau suami masak daging pedas sangat. lepas makan tak sampai 20 minit, Ya Allah. sakit sangat. duduk dalam toilet dekat setengah jam dibuatnya. but Alhamdulillah, PG bertahan puasa juga sampai ke petang. even da membuang banyak time sahur T_T.


PG tak la pandai sangat bab-bab menjaga kesihatan. sendiri pun langgar makan apa je. sakit perut sendiri baru reti nak jaga. cari ubat la apa la. apa pun. yang penting bagi PG time bulan puasa ni, elakkan makanan pedas dan bergas. boleh makan tapi kurangkan.

korang macam mana pula? main sambar makan apa je ke ape? :)
selamat berpuasa hari ke 4!
xoxo.
Continue reading Senak Perut ;(

Happy Fasting!

ramadhan tiba ramadhan tiba. erk. macam kenal je macam kenal je kan. hola! assalamualaikum, salam ramadhan kedua semua. syukur. syukur alhamdulillah. da bagi lelawa blog. da edit cecantik punya. da bagi letak semula iklan nuffnang kat situ. dengan harapan moga korang klik. haha.

 tq google!

salam ramadhan again korang. syukur alhamdulillah. diberikan kesempatan once again untuk tahun ini. berpuasa. menikmati sedikit kelebihan yang ada dalam bulan puasa tahun ini. panjang masa lagi. baru dua hari kot puasa kan. nak cari pahala bebanyak. bulan puasa ni lah. thats it. tu je. nak cari pahala, kumpul pahala. bulan ni lah. PG pun nak cakap banyak, nak cakap bab-bab pahala semua ni, memang tak berkelayakan langsunglah. terawih pun ntah ke mana. Ya Allah!. nampak sangat kan. T_T

apa pun. PG nak ucapkan Happy Fasting kat korang sekali lagi

xoxo
Continue reading Happy Fasting!

I'm Back!

hahaha. i'm back! siapa punya gambar yang paling rajin editlah ni ya. hehe. bagus. kretip sungguh. ayat pun direct to the point. ar tu juga nak habaq kat korang, yang i'm back! hehe. rindu nak membebel wei. rindu nak blogwalking :D nanti nampak nama PG kat kotak komen korang tu, datang-datanglah ziarah PG semula ye. hehe. boleh sama-sama naikkan earning nuffnang blog semula. kekeke.


PG pinjam gambar ko wei! :D

xoxo.
Continue reading I'm Back!

Pashmina Premium by aL-Mi'a

 

remember i told my en. bos cuti hari tu sebelum beliau nak pindah jabatan? hehe. itu dia. ole-ole for me. terima kasih en. bos. lepas ni sure tak de lagi bos nak bagi ole-ole macam ni punya baik. sob tetiba kan. oh tu. pashmina premium dari aL-Mi'a. buatan tangan indonesia. kat pelekat tu katalah. sejenis tudung ala-ala keknis bos kata. esok lusa aku pakai. tempek kat sini tuk korang tengok. ada pelbagai warna en. bos beli. tapi satu je harus pilih. hahaha. 

en. bos terima kasih. sayang ketat-ketat dekat hang. pindah nanti keep in touch tau! T_T

xoxo.
Continue reading Pashmina Premium by aL-Mi'a

Demam ;(

bila orang rajin buat overtime, engko pun sibuk nak join sama buat overtime. terimalah pembalasan sipitung bila sakit, lemah gemalai datang menyerang tak fikir lagi datang nak bagi salam. ar sudah. jawaplah sendiri.

ar. lemahnya di hari isnin yang berbahagia ini. sob. rasa nak baring je sekarang ni. rasa nak tarik selimut. rasa nak bantal busuk paling empuk didunia. tak peduli busuk macam mana sekalipun. rasa nak tilam paling sedap dan nyaman. rasa nak sesedap rasa duduk kat rumah. layan movie korean sambil makan snek. cola sejuk. ar bestnya! betapa rasa diri perlu cuti sebab lama tak ambil cuti panjang-panjang. cuti pun banyak lagi. tapi tak tahu nak pergi mana. sakit pun bawa je masuk pejabat. sebelum ini lah.

la ni. rasa nak balik rumah je! rasa nak cuti. peduli cuti bebanyak kat situ. kalau tak mampu tak kan nak paksa badan tu kan. arrrr malasnya!!


korang. pernah tak rasa apa yang aku rasa ni? :(
xoxo.
Continue reading Demam ;(
,

Update Sepantas Kilat

assalamualaikum fellas!

Ya ALLAH. rindunya nak membebel kat sini. maap erk. nampak gaya nak jadi seorang blogger yang rajin mengupdatekan blog dari hari ke sehari ke seharian, memang nampak sangat tak nyata kerajinan kat situ. huhu. rasa nak lempang diri sendiri pula.

ok. meh nak update sekilat mana mungkin pasal PG. kot-kot ada yang rindu nak tahu pasal PG kan. perasanlah diri sendiri kot-kot juga ada peminat sendiri. muntah hijau.

ok!

masuk bulan april. till bos PG akan berpindah ke jabatan lain. sob. meh update pasal kerja.

satu. hari tu PG tukar bahagian. even masih sama jabatan. bos masih sama. alhamdulillah. ketika itu. konon-konon diri adalah yang terbaik sebab bos bawa sekali masuk bahagian baru. perasan nak mampus.

dua. gosip masih bertebaran. viral sana sini. lepas tukar bahagian. still banyak gosip berterbangan. cerita sana sini bos aku akan dipindahkan. minta simpang malaikat. janganlah masa tu. baru tukar bahagian kot. tak kan la nak dipindahkan pulaks kan. ketika itu. gosip yang ada macam rasa tak nak dengar je. tapi. melibatkan bos aku kot. tak kan tak nak tahu kan. hahaha.

tiga. masuk bahagian baru. fail pekeliling diserahkan dekat aku. tukar kulit fail baru. bos suruh. konon-konon tak nak nampak old fashion. ye la. saya yang menurut perintah dekat pejabat. nanti tak buat. susah diri sendiri kan. ketika itu. terus rasa. oh bahagianya sebab ada kerja baru. kerja lama tinggal sama sekali. masa pindah. diri rasa tenang. tapi agak sunyi sepi. sebab orang da biasa buat kerja. bila takde kerja. blur sepanjang masa. rasa diri tak berguna sama sekali. rasa pergi kerja makan gaji buta saja. ar ambik. statement memang tak fikir sapa-sapa. sebab memang kena dengan diri sendiri.

fail baru done. buat kerja baru lagi. fail permohonan kad kuasa untuk para pegawai kena settel cepat. ketika itu. sebab da tahu dan dah dengar yang bos aku dalam senarai yang akan dipindahkan. aku rasa diri kelabu. awan berarak mendung yang kelabu. ala-ala macam lagu awie tu kan. share kerja dengan cik cantik aka donna. cepatkan siap apa yang patut sebelum bos bla dari jabatan dan bahagian dasar. huhu.

last week. 15.04.2016. fail permohonan settel kemas. gambar settel edit. senarai data permohonan settel. tinggal hantar pi kedai je lagi. da pas dekat bos. pandai-pandailah bos urus. after that baru pas kat aku semula. huhu.

bos. dapat surat pindah jabatan. berkuatkuasa 09.05.2016. rasa macam tak berkaitan nak update dekat sini tentang bos. tapi. bos aku kot. sedih sat. later la aku talk pasal bos. apa pun. kerja tetap kerja. nak tak nak. kan?

ahad. kemarin. 17.04.2016. on duty. litter free city run. duty dekat check point air je. jangan kata tak penat. rasa penat sebab cecepat nak tuang air dalam gelas tu, rasa diri da macam join pelari sama berlari. hahaha.


bodyguard from kota kinabalu sabah saja bah :D
cik cantik aka donna. tq untuk gambar ni tau. cantik ko ambil. macam ko juga cantik. hehe
 
latest. la ni da settel few thing yang memang kena settel cepat sebelum bos pindah. and now i'm free! tunggulah arahan seterusnya. hahaha. bolehlah berjimba dengan blog ;) lama tak blogwalking. rindu nak buat tu semua. earning nuffnang pun tak cek lagi. harap-harap nuffy sudilah naikkan earning lagi. hehe.

dan also. thanks untuk korang yang sudi mai singgah blog PG tau. k bye! jumpa next entry sepantas kilat. muahaha.

xoxo
Continue reading Update Sepantas Kilat

sekejapnya hujan~

morning fellas. sekejapnya hujan pagi tadi. huhu. sedar-sedar subuh tadi Ya Allah bestnya hidup hujan turun akhirnya jua. setelah sekian lama. sekian lama? hahaha.


view dari office PG. laut kat situ tak nampak langsung da. bau jerebu sampai masuk office PG kata

korang bebaik tau sekarang. musim panas tak menentu ni. nauzibillahminzalik. takut sangat dengar kes-kes kematian akibat haba panas ni. PG hanya mampu banyakkan minum air putih dan elakkan berada ditempat-tempat yang panas. tak mau jalan keluar dari office at all. ar nampak? elakkan :)

so korang becareful tau.

xoxo
Continue reading sekejapnya hujan~

Im Fine

Im Fine. tak. i tak ok. i tak ok at all. all the thing. the all thing berkaitan hati dan perasaan i tak ok. kinda all the thing just now, segalanya dalam kepura-puraan. i tak tahu sampai bila i mampu hadap the all thing. i kecewa. i sakit hati. i terseksa. i tak tahan. tu je. sangat-sangat tak tahan. i nak lari dari kerasaan sakit i. i tak mahu rasa sakit da. i tak mampu nak hadap da. i tak ok honest. i da fikir banyak kali. banyak kali dan banyak kali juga i repeat-repeat ulang dan tayang fikir. i masih duduk dalam keadaan dan situasi yang bikin i rasa, i boleh keluar sebenarnya dari masalah ni. i da penat.

 

but my friend told me, love da cukup sebenarnya.
im just like. what?! engko tak duduk dalam masalah aku kot.

aku akui. love was my everything. but.
sometimes love is not enough k. huh!


no at all!

done.
Continue reading Im Fine

Jodoh dengan Laptop 1Malaysia

bersyukur sangat alhamdulillah. akhirnya. terberjodoh juga dengan laptop 1Malaysia yang dulunya diberikan secara percuma je kan. tapi yang aku punya ni, kebetulan kawan office tak pakai. dan tak pernah pakai pun. dari simpan sahaja dekat rumah, kenapa tak buat something dengannya kan. dijadikan cerita. si kawan ni cakap kat PG, kata dia ada laptop 1Malaysia tu tapi tak pakai dan kiranya nak jual kalau-kalau ada sapa yang nak.


pucuk dicita ulam mendatang. PG memang da lama nak laptop 1Malaysia ni. nak dapatkan secara free tu memang tak la kan. si kawan ni jual murah giler, PG tak banyak cakap, terus deal beli. hahaha. akhirnya! kuat sungguh jodoh kami kan. 

since tak pakai laptop sebelum-sebelum ini, nak dapatkan laptop baru memang boleh je, tapi kena fikir bajet lagi dan lagi. then niat nak dapatkan laptop baru tu, hold dahulu. fikir juga masa tu, kalau nak beli laptop just untuk blog je, memang rasa agak satu kerugian je. lagi pun dekat office, PG pun memang selalu je buka blog. update segala pun dari office selain handphone. 

dan. dan. syukur alhamdulillah. akhirnya its mine! rajinlah lepas ni update blog dekat rumah. kalau internet mengizinkan. hehe. 

done :)

Continue reading Jodoh dengan Laptop 1Malaysia