Showing posts with label Drama Melayu Lover. Show all posts
Showing posts with label Drama Melayu Lover. Show all posts

Sweet Fattah Amin dan Neelofa dalam Suri Hati Mr. Pilot

Assalamualaikum Fello! Siapa suka gandingan Fattah Amin dan Neelofa dalam Suri Hati Mr. Pilot? Sebab i sebenarnya sukaaaa sangaatttt. Tak taulah nak cakap macam mana. Depa sweet. Manis like candy sugar. Sweet like kucing. Sweet like ntah apa-apa ntah. Dan apa yang i mampu cakap, mohonlah korang couple ke apa ker. Sebab koranggg sangattt sweeeeeettt. Mohon jangan sentap dengan statment i tau. Blog i kan. Hehe.


hi fattah :D
kredit: www.moviesinfobsyokv2.net

I tengok drama ni dekat laman web kbergetar.com tau. i Tak de astro kat rumah. So laman web tu memang best giler. Laju je update drama ni. Ok! Sapa tak tengok lagi, please mohon tengok drama ni sekarang. Jangan kata i tak share pula. Dan those people, seem macam dengar anti depa, no please jangan kecam i tau. Sebab i memang suka gandingan depa berduaaaa :D

  

OK bye.
Xoxo.
Love Korang.
Continue reading Sweet Fattah Amin dan Neelofa dalam Suri Hati Mr. Pilot

Sinopsis Drama Mariam Alisa diTV3

Sinopsis Drama Mariam Alisa | Mariam Alisa mengisahkan tentang Mariam Alisa. Seorang gadis kampung yang hanya tinggal berdua bersama ayahnya yang sudah uzur dan juga lumpuh. Disebabkan Mariam adalah satu-satunya anaknya, dan ketidak selesaan apabila dijaga kebajikannya beliau menyebabkan ayah Mariam menyuruh Mariam bernikah dengan Ustaz Haiqal, yang sering bertandang ke rumah kerana Ustaz Haiqal sering membantu Mariam dan ayahnya. Namun, Mariam yang sering dipermainkan oleh lelaki, masih belum terbuka hati lagi menerima mana-mana lelaki.


Sumber: Myinfotaip

Demi menyara kehidupan Marian dan juga ayahnya, Mariam menjual nasi lemak di sebuah gerai dikampungnya. Sehingga pada suatu hari, Farhan seorang pemuda kampung datang membeli nasi lemak Mariam. Pada saat itu, Farhan telah mula sukakan Mariam, sehingga sanggup berpura-pura pekak demi mendekati Mariam. Mariam pula mula berlembut hati dengan Farhan kerana mengetahui Farhan seorang pekak dan kelihatan seperti bukan orang berada.

Dan. Bagaimanakah dan sampai bilakah Farhan perlu berahsia dengan Mariam? Jangan lupa saksikan Drama Mariam Alisa setiap hari Rabu hingga Jumaat pada jam 09.00 malam di TV3.

TAJUK : MARIAM ALISA
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 26 Ogos 2016
HARI / MASA : Rabu hingga Jumaat, 9.00 malam
SIARAN : Slot Lestary TV3
PENGARAH : Shahrulezad Mohameddin
TERBITAN : Radius One Sdn Bhd
PELAKON : Elvina Teylv, Ben Amir, Amirul Faqeem, Haris Zainuddin, Aida Aris, Roy Azman, Nadia Aqilah, Najua Pramlee, Zalikha Awaluddin

PARA PELAKON DRAMA MARIAM ALISA

Elvina Teylv sebagai Mariam Alisa
Ben Amir sebagai Farhan
Amirul Faqeem sebagai Ustaz Haiqal
Haris Zainuddin sebagai Fareeq
Aida Aris sebagai Datin Hayati
Roy Azman sebagai Dato Mokhtar
Nadia Aqilah sebagai Sharmin
Najua Pramlee sebagai Adila

LAGU TEMA / OST MARIAM ALISA
Lagu : Dalam Keraguan
Penyanyi : Nadia Aqilah


Nadia Aqilah nyanyi bestkan? I suker :)
xoxo.
Continue reading Sinopsis Drama Mariam Alisa diTV3

Sinopsis Drama Lara Terindah di TV3

Sinopsis Drama Lara Terindah | Hi fellas. PG ada tengok drama ni. Masuk semalam, da dua episod rasanya. PG suka tengok lakonan Nelydia Senrose dan juga Nonny Nadhirah. Nonny kalau berlakon watak perampas something, mesti berjaya kan? And hopely on this drama pun, Nonny berjaya dengan watak dia. Jom baca sinopsis drama ni. 


pakcik google. pinjam gambar awak sat ye.

Lara Terindah mengisahkan tentang Razlan dan Elena. Dimana pada satu hari mereka terlibat dalam satu kemalangan dan menyebabkan Razlan terlepas satu projek besar. Kebencian Razlan terhadap Elena seorang penulis skrip drama bertambah apabila mengetahui Elena bekerja di produksi yang sama dengan ibunya iaitu Puan Mimi dan beranggapan Elena cuba mengambil kesempatan daripada ibunya.

Kebencian Razlan bertambah dan sering memandang rendah terhadap Elena yang dilihat intim dengan Dato' Kamal dan Razlan memperalatkan Nisa, seorang pekerja baharu di Syarikat Razlan, untuk mendekati Elena agar dia dapat membalas dendam. Dalam masa yang sama, Nisa telahpun mula menaruh hati dengan Razlan dan nekad memiliknya.

Namun, siapa sangka Razlan telah jatuh hati dengan Elena dan berniat untuk melamarnya. Dan tindakannya itu menyebabkan Nisa cemburu dan menganggap dirinya telah diperalatkan oleh Razlan dan oleh itu, Nisa telah mengupah Ali untuk memperkosa Elena.

Semenjak kejadian hitam itu, Elena dengan nekad memutuskan hubungannya dengan Razlan, even Razlan masih dalam hatinya. Satu hari, Elena bertemu dengan Andi, seorang yang pemalu dan sering membuatkan Elena bahagia. Tetapi kehadiran Andi, belum mampu membuatkan Elena melupakan Razlan.

Dan. Bagaimanakah kehidupan Elena selepas itu? Diantara Razlan dan Andi, siapakah yang bakal dipilih Elena untuk menjadi teman sehidup sematinya? Sama-samalah kita saksikan drama Lara Terindah di TV3, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.58 petang.

Macam bestkan? Selamat menonton
xoxo.
Continue reading Sinopsis Drama Lara Terindah di TV3

Sinopsis Drama Si Kolot Suamiku

Si Kolot Suamiku, nasib bukan suami kita. hehe. hi fellas! meh ingat berapa lama tak layan drama melayu bila drama korea menguasai diri. muahaha. tapi. tapi. drama si kolot suamiku ni PG kena wajib tengok. sebab apa? sebab ada kak long petir kot kat situ. hahaha. PG suker lakonan dia. mantap dan memang syok layanlah kalau tengok. meh baca sinopsis drama ni. sebab juga esok da starting episod 1 Si Kolot Suamiku ni. best!

Sinopsis Drama Si Kolot Suamiku

Sinopsis drama Si Kolot Suamiku, mengisahkan tentang Tengku Nur Edrina seorang anak yang degil dan menpunyai ego yang tinggi kerana ayahnya berketurunan raja dan emaknya dilahirkan di kalangan bangsawan. Angkuh dan bangga diri membawa hidupnya jauh dari nilai murni seorang wanita Melayu. Disebabkan dia dibesarkan di Kuala Lumpur, maka suasana kampung memang tidak kena dengan jiwa bandarnya. Kepada lelaki seorang itu dia memandang rendah dan jelak.

Kudin pula seorang lelaki kampung yang hidup membanting tulang kepada tanah untuk mencari rezeki. Kudin suka hidup berdikari dan lebih gemar hidup sederhana dari segala segi. Hidup di kota besar tidak pernah menjadi impiannya, bahkan wanita seperti Edrina tidak pernah tersenarai sebagai calon bakal surinya.

Mereka dipertemukan apabila Tengku Ahmad Ehsan mengunjungi Mak Kunah, emak Kudin untuk melunaskan janji lama yang pernah tersimpul kukuh antara moyang mereka dahulu. Kedatangan lelaki itu untuk membuka cerita yang terperuk lebih berpuluh tahun lalu, agar segala amanah dan wasiat dapat diselesaikan tanpa ada hutang piutang yang tidak dilunaskan sebelum dia menutup mata.

Perkahwinan atas rancangan keluarga membuatkan hidup mereka berdua kian sesak. Konflik bertambah meruncing apabila Edrina tidak mahu terus tinggal di kampung, dan Kudin pula enggan berpindah dan bernafas di kota besar.

Jadi bagaimana? Siapa yang akan mengalah akhirnya? Benarkah Kudin itu seorang lelaki kolot yang menjengkelkan? Dan selama mana Edrina mampu mempertahankan ego dan mengelak hatinya jatuh kepada lelaki seperti Kudin?

Pelakon Amar Baharin, Siti Elizad Sharifuddin, Faizal Hussein, Kuza, Atikah Suhaime, Dania Azmi, Vicha Saywho, Waris, Epy Kodiang. Terbitan MiG Production Sdn Bhd dan arahan Eyra Rahman.

Saksikan nanti drama Si Kolot Suamiku adaptasi dari novel karya Fazlyn Ridz bermula pada 15 Ogos ini setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 hingga 11 malam di saluran Astro Ria.


itu dia. totally kredit to blog kbergetar.com.
tq awak! 
xoxo.
Continue reading Sinopsis Drama Si Kolot Suamiku

Saya Tak Tonton Drama Sayangku Kapten Mukhriz

Sinopsis Sayangku Kapten Mukhriz | holla fellas! PG sebenarnya tak tengok pun drama ni. bukan tak tengok sebab tak suka. jangan kecam jangan kecam PG ye wahai para peminat drama ni. sebenarnya tak tengok sebab PG jarang tengok tv sekarang ni. more tengok pun dekat facebook online. of course drama korea. hehe. so. cerita drama melayu, PG tinggalkan. bukan tak suka tengok. suka tapi later laterlah. gitu. lagipun PG since tahu kat mana drama melayu ni mudah di download, makanya, bila da habis drama ni nanti kat tv, barulah PG download full drama. masa tu nak tawaf tonton sampai lebam biru hitam biji mataku pun tak pe. hahaha. apa pun, PG share sinopsis kat sini. untuk korang yang tak baca lagi. happy reading!


Sinopsis Drama Sayangku Kapten Mukhriz

Berkisarkan tentang kehidupan Kapten Ustaz Syed Mukhriz Al-Attas, pegawai KAGAT yang berkhidmat di situ, seorang lulusan UIA dan berasal dari Perlis. Mukhriz menjadi tumpuan warga kem kerana kisah hubungannya dengan Kapten Aliza yang menjadi perhatian. Kapten Aliza Adeline, keturunan cina jatuh cinta pada Mukhriz. Malah, ramai yang suka mereka bersama sebab merasakan mereka pasangan yang sepadan. Namun, keputusan Mukhriz untuk menolak cinta Kapten Aliza membuatkan wanita itu kecewa dan minta ditukarkan ke Kelantan. Gamat seketika suasana. Ramai yang simpati pada Kapten Aliza kerana tahu Kpten Aliza sedang mendalami Islam dan perlukan pembimbing. Namun Mukhriz bimbang jika Aliza mahu memeluk Islam kerana mahu berkawin dan bukan kerana sinar Islam itu sendiri. Dan Mukhriz juga mengalah kerana dia tahu Fakhrie begitu sukakan Aliza dan berdoa agar suatu masa nanti mereka akan bertemu jodoh.

Kapten Ustaz Mukhriz dan Doktor Ariana - Seorang ustaz dan seorang doktor. Seorang tak ingin bercinta dan belum bersedia untuk berkahwin kerana berasakan belum bersedia memikul tanggungjawab seorang suami manakala seorang pula jatuh cinta tahap meroyan. Seorang malu-malu kucing, seorang main redah asal tercapai hajat di hati. Seorang menjaga title ‘ustaz’ dan seorang langsung tidak peduli title ‘doktor’. Sudahnya beginilah. SMS sahaja dan cari peluang bertemu, konon tidak disengajakan.

Pelbagai perkara Ariana lakukan demi cintanya terhadap Mukhriz. Sudahnya dia utus surat ala-ala budak sekolah rendah dan kasi bunga hingga kecoh satu kem.

Doktor Ariana mahu meminang Ustaz Mukhriz? Semua pening kepala! Tewaskah Mukhriz dengan keselambaan Ariana? Apa akan jadi seterusnya apabila Mukhriz ini rupanya ramai peminat. Kapten Aliza, Siti Awina dan dalam diam Mukhriz bertemu semula dengan gadis idamannya, Rabiatul Adawiyah… Mengalahkah Doktor Ariana atau terus memikat dan berusaha memenangi hati Kapten Ustaz Mukhriz
Pelakon dan Watak Pelakon:
Raja Afiq sebagai Kapten Ustaz Mukhriz
Amaniena Baharun sebagai Dr Arianna Dahlia
Ikhlas Jalil sebagai Kapten Ustaz Fauzan
Hafizul Kamal sebagai Zakuan
Neera Azizi sebagai Dr Anisa
Reen Rahim sebagai Siti Awina
Fezrul Khan sebagai Leftenan Komander Izzudin
Ieka Zulkifli sebagai Marlia
Hafizuddin Fazil sebagai Tuan Razlan
Khaty Azian sebagai Puan Sharifah Radziah
Noniswara sebagai Puan Zarina
Nurul Iliyana sebagai Mirza
Alif Hadi sebagai Syamsul Baharin
Nur Sarah Alisha sebagai Puteri
Feiyna Tajudin sebagai Rabiatul Adawiyah
Azzahra Ahmad sebagai Harlina
Mohd Fadhil sebagai Kapten Fadzhil
Tash Yong seabgai Amrina
Aliff Aziz sebagai Dr Faizal
Iskandar Zulkarnain sebagai Syamsul Bahrin
Alex Faizal sebagai Syamsudin
Lagu Tema | OST Sayangku Kapten Mukhriz:
Lagu : Anugerah Terindah
Penyanyi : Black Hanifah

Lagu : Kali Ini
Penyanyi : Cherpen Band

Video & Lirik : Link

Episod : 23 episod
Tarikh Tayangan : 13 Julai 2016
Hari / Masa : Isnin-Khamis, 6.58 petang
Siaran : Slot Akasia TV3

kredit and thanks : www.myinfotaip.com
xoxo
Continue reading Saya Tak Tonton Drama Sayangku Kapten Mukhriz

Sinopsis Drama Suami Tanpa Cinta

Assalamualaikum.

Sinopsis Suami Tanpa Cinta | Drama Suami Tanpa Cintah mengisahkan tentang Zaidan Iman (Aid) dan Ain Syifa yang berkawan sejak dari zaman sekolah lagi, dan demi kerana ingin menyelamatkan perniagaan keluarga masing-masing, mereka mengambil keputusan untuk berkahwin dan menggabungkan syarikat mereka.

Namun. Perkahwinan mereka bersyarat, dimana sekiranya talak jatuh ke atas Ain, maka syarikat mereka akan jatuh ke tangan Ain Syifa. Manakalah Aid tiada lagi hak ke atas syarikat tersebut. Oleh kerana itu, Aid dan Ain masing-masing berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankan rumahtangga mereka.


Sumber: myinfotaip

Ain cuba sedaya upaya menyayangi suaminya Aid, sepertimana Aid yang mencintainya. Namun, kisah silam Ain membuatkan Ain menutup dirinya untuk mencintai Aid. Namun. Kehidupan mereka semakin hari semakin ceria dan bahagia. Malah mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Aid melakukan pelbagai cara untuk membuatkan Ain jatuh cinta kepadanya. Ain yang keliru dengan perasaanya sendiri, masih belum mampu untuk meluahkan rasa cinta kepada suaminya yang telah berputik, yang telah disedari oleh Aid.

Sehingga pada suatu hari. Kepercayaan yang dibina diantara mereka, akhirnya teruji dengan satu berita yang sampai ke pendengaran Ain. Ain mula sangsi dengan Aid yang juga sudah mula berahsia dengannya. Ain membawa diri meninggalkan Aid dengan nota kecil yang membuatkan Aid menjadi risau dan cuak. Dapatkah Aid mencari Ain? Bagaimanakah perkahwinan Suami Tanpa Cinta ini akan kekal hingga ke jannah? Apakah kebenaran disebalik cerita yang didengari oleh Ain akan terjawap? Jangan lupa saksikan Drama Suami Tanpa Cinta di Astro Ria ya :) I tak de astro kat rumah. I tengok online je :D


EPISOD : 16 episod
TARIKH TAYANGAN : 4 April 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
PENGARAH : MP Roslin Md Sharif
TERBITAN : Pena Creative Picture Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahaya, Janna Nick, Cristina Suzanee, Mark Adam, Sarah Hildebrand, Afzan A.Rahman, Noor Ikhram, Wan Sharmila, Mia Nasir, Roy Azman, Zeila Jalil, Hilal Azman, Liza Abdullah, Ungku Ismail Aziz

PARA PELAKON DRAMA SUAMI TANPA CINTA:

Shukri Yahaya sebagai Zaidan Iman (Aid)
Janna Nick sebagai Ain Syifa
Cristina Suzanee sebagai Alesya
Sarah Hildebrand sebagai Adura
Mark Adam sebagai Rafael
Wan Sharmila sebagai Rozalinda

LAGU TEMA DRAMA SUAMI TANPA CINTA 
Lagu : Mungkin Saja
Penyanyi : Janna Nick

xoxo.
Continue reading Sinopsis Drama Suami Tanpa Cinta

Episod 25 Drama Uda dan Dara

i follow tau drama uda dan dara tu. kalau i tertinggal satu episod sekalipun, i akan cepat-cepat pergi tonton kat drama episod/novel dalam facebook. tak habis kuota tengok dalam tu? tak! sebab i pakai idd internet tu tau. so i cuma perlu langgan RM0.70 sehari sahaja untuk melayari facebook. apa-apa i nak tengok dalam tu kira berbaloilah. nak tukar berapa puluh kali sehari gambar profile dalam fb tu pun tak pa. sangat berbaloi lah bagi i. selain drama berepisod, wayang yang latest pun ada depa letak. i share dengan korang. korang hanya perlu cari drama episod/novel, malaysia tube, drama terkini dan ada lagilah. tapi yang i selalu masuk tu la drama episod/novel. sekarang ni yang i selalu tonton, aku bukan bimbo dan juga uda dan dara. aku bukan bimbo tu da nak habis minggu ni kan ;) sapa-sapa tertinggal episod kat tv, bolehlah tonton kat situ.


amboi. panjang i membebel. hehe. ok. sebut pasal drama uda dan dara episod 25. semalam. malam ni episod 26 la kan. i follow sebab i memang da follow cerita ni dari episod 1 lagi. sayang pula kalau ketinggalan satu-satu episod. novel asal drama uda dan dara ni i tak baca lagi. nak pinjam kat sapa pun i tak tahu. huhu. so i hanya mampu tonton sampai habis je la drama ni.
ok. semalam punya cerita. mar lakonan siti saleha da keluar dari rumah her husband, man lakonan zul ariffin. dek kerana tak tahan dengan layanan yang dia dapat dari kak yah lakonan dynas, kakak kepada zul ariffin. sebab apa kak yah tak suka si mar? sebab dia nak  si kaleeda, sepupu depa kawen dengan adik dia, sebab amanat dari arwah mak depa adik beradik nak depa jadi suami isteri. tapi. malangnya man lebih memilih mar untuk menjadi pasangan hidup beliau. tak pa. drama ni panjang lagi. kot-kotlah kaleeda will be isteri nombor dua kali kan. kita tunggu dan lihat. hehe.

malam ni tak sabar nak tunggu sambungannya. by the way. ni entry kemarin. was publish today. hehe. late ya ;)

by the way juga. siapakah yang mencari keyword sebegini dekat google?

Kisah Panjang Dalam Drama Uda dan Dara

 drama episod uda dan dara memang kisah panjang. 65 episod tau ;)
xoxo
Continue reading Episod 25 Drama Uda dan Dara

Sinopsis Drama Uda dan Dara

sinopsis drama uda dan dara. woot woot. dah lama tak tengok drama lakonan zul ariffin dan siti saleha. boleh jadi melting tengok depa dua ni berlakon. zul ariffin, memang tak boleh dinafikan lakonan dia yang bersahaja dan memang sangat-sangat mau melting aku dibuatnya. hehe. siti saleha pula, memang sangat berbakat. drama, filem lakonan dia sebelum-sebelum ini ni pun, memang masuklah dengan dia aku tengok. dan aku harap. drama uda dan dara ni akan menjadi satu fenomena pulak lepas ni. manalah tau kan. hehe. jom baca sinopsis.

sinopsis drama uda dan dara


Drama Uda dan Dara yang akan bersiaran selama 60 episod telah diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd, mengisahkan tentang seorang gadis bernama Siti Mariam lakonan Siti Saleha yang berkawan baik dengan Izzat Hilman (Zul Arifin). Perhubungan mereka ditentang oleh ibu Izzat Hilman yang ingin menjodohkannnya dengan Khalidah. Izzat Hilman juga sering menghina Siti Mariam kerana agak berlebihan berat badan. Ini membuatkan terjadinya perselisihan faham antara Siti Mariam dan Izzat Hilman sehingga ke tahap Siti Mariam membencinya.

Setelah terpisah lama, mereka bertemu semula. Kini Siti Mariam sudah semakin cantik dan Izzat Hilman mula jatuh cinta kepadanya. Namun kenangan silam masih menghantui Siti Mariam. Izzat Hilman tidak mahu mengalah dan dalam diam Siti Mariam turut menyimpan rasa cinta.

Namun bila Siti Mariam mengingatkan kembali wasiat arwah ibu Izzat Hilman dia jadi takut untuk menjalinkan perhubungan lebih-lebih lagi kehadiran Khalidah seolah ingin memisahkan perhubungan mereka. Ini membuatkan Siti Mariam meletakkan syarat pada perhubungan mereka, tempoh tujuh bulan diberi dan Izzat Hilman perlu bersiap sedia untuk berpisah.

Dapatkah Izzat Hilman memenuhi syarat tersebut? Apa akan terjadi kepada kesudahan kisah percintaan ini? Jangan lupa tonton Drama Uda Dan Dara setiap Isnin hingga Jumaat jam 6:00 petang. Episod satu Drama Uda Dan Dara telah mula disiarkan pada 24 Februari 2016.

Sumber and thanks: notainfo.com

done.
Continue reading Sinopsis Drama Uda dan Dara

Sinopsis Tundukkan Playboy Itu

sinopsis tundukkan playboy itu. sapalah pula mamat playboy ni. ar nak tahu sapa, kenalah tengok drama terbaharu di slot akasia tv3, berjudul tundukkan playboy itu, mengantikan drama cinta si wedding planner. setiap hari isnin hingga khamis, pukul 6.58 petang. para pelakon drama ni pun boleh tahan juga. PG tengok depa punya promote drama ni pun, boleh tahan juga. dekat facebook je banyak sangat sharing post. jom baca sinopsis.


sinopsis tundukkan playboy itu

mengisahkan tentang kehidupan seorang lelaki kaya raya, lakonan harraz naufal (hafidz roshdi) yang suka berpoya-poya, bermain cinta, membuang masa sehinggakan tan sri mukhriz (ridzuan hashim) dan puan sri rosell (maria farida) sebagai parent yakin bahawa sudah tiba masanya untuk seseorang yang istimewa, hadir dalam hidup harraz bagi menundukkan sikap playboy anak mereka. sisi lain harraz pula dia seorang yang bertanggungjawab apabila melibatkan soal syarikat, bersesuaian dengan jawatan dia sebagai ketua pegawai eksekutif harraz holding. dia sangat berdisiplin, menepati masa dan berusaha untuk memajukan syarikatnya.

suatu hari. tan sri mukhriz bertemu suffian (mahmud ali bashah) rakan lama sekolah beliau dan dalam pertemuan itu, tan sri mukhriz bertemu dengan nurin (uqasha senrose), anak suffian yang baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang arkitek, lalu merasakan sesuatu dengan nurin pada pandangan pertama, tan sri mukhriz terus memberi tawaran bekerja di syarikat harraz.

nurin menghadiri temuduga di syarikat harraz. namun berasa kecewa kerana syarat yang diletakkan oleh harraz untuk dia membuka tudung sebelum diterima bekejar atas alasan syarikatnya bertaraf antarabangsa. nurin tetap dengan pendiriannya dan walau berat hati dia menolak syarat harraz.

tan sri mukhriz yang mengetahui hal ini, cuba membela nurin dan memaksa harraz untuk menerima nurin sebagai arkitek baru di syarikat mereka. akur dengan itu, harraz bersetuju menerima nurin, dalam masa yang sama makin marah pada ayahnya dan semakin benci dengan nurin.

ada sahaja perkara yang cuba harraz buat untuk menyusahkan nurin ditempat kerja. berbeda dengan farhan (alif satar), sepupu harraz, yang bagaikan jatuh cinta pandang pertama, dengan membantu nurin dalam pekerjaanya sambil merahsiakan hubungan yang ada dengan harraz.

semakin lama nurin bekerja di syarikat itu, harraz mula menyedari nurin sememangnya seorang pekerja yang cekap dan berkebolehan. hati harraz mula berubah, tapi dalam masa yang sama keliru dengan perasaan sendiri kerana gadis bertudung sememangnya bukan citarasa harraz.

pada suatu hari. nurin terpaksa membantu rakannya, nashrain lee (ben asri) seorang pereka fesyen yang kekurangan seorang model muslimah dengan menjadi model. nurin memakai persalinan muslimah beserta niqab yang menutup sebahagian wajahnya. kebetulan sama majlis pertunjukkan fesyen tersebut dihadiri harraz. bagaikan magik. nurin melangkah ke pentas peragaan, harraz terpaut dengan panahan mata nurin tanpa menyedari itu adalah nurin. sejak dari itu, harraz berusaha untuk mengenali dan menjejaki model tersebut. dalam masa yang sama. hubungan nurin dan harraz semakin rapat dan berita itu tidak disenangi elfira (mawar rashid) yang memburu cinta harraz. 
 
bagaimana? adakah nurin mampu menundukkan sikap playboy harraz? adakah harraz akan memahami erti sebenar cinta? dan adakah elfira berjaya memusnahkan kerjaya nurin? sama-sama kita nantikan sampailah habis drama ni ya. :D

done
Continue reading Sinopsis Tundukkan Playboy Itu

Sinopsis Drama Cinta Hati Abah TV3


Sinopsis Drama Cinta Hati Abah

Drama terbaharu diTV3, Cinta Hati Abah mengisahkan tentang Pak Salleh, seorang nelayan yang telah kematian isteri, mempunyai tiga orang anak perempuan iaitu Baizura, Intan dan Zaharah.

Ketiga-tiga anak perempuan Pak Salleh bijak tetapi mempunyai personaliti yang amat berbeza. Baizura anak sulung, walaupun menjadi  harapan kerana mempunyai masa depan yang cerah, Baizura agak materialistik orangnya. Baizura bercinta dengan Marzuki, anak kepada seorang toke keropok.

Anak kedua Pak Salleh bernama Intan. Seorang yang lebih merendah diri dan amat sayangkan ayahnya dan adiknya zaharah.

Zaharah anak ketiha juga seorang anak yang pintar dan dia berjaya mendapat peluang untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.

Bermacam dugaan yang akan dihadapi oleh Pak Salleh dalam membesarkan ketiga-ketiga anak-anak daranya.

hopely drama ni akan se best drama aku pilih kamu yang habis kemarin. huhu. dan dan. jangan lupa saksikan episod drama cinta hati abah setiap isnin hingga rabu, pukul 10.00 malam hanya di slot samarinda tv3. hehe. da start semalam. tapi PG tak tengok :D

sumber dan kredit: notainfo

done.
Continue reading Sinopsis Drama Cinta Hati Abah TV3

Novel Cik Cinderella dan Encik Tengku

holla fellas! selamat bercuti tau tuk korang. best je kan duduk rumah. sobs. aku?? aku kena kerja. huhu. tapi kerja tak berat mana pun. duduk jaga para pekerja siapkan depa punya kerja membaik pulih bilik kuliah sahaja. will bosan sedikit. tapiii. tak pe. haha. dekat pusat pembelajaran aku ni, ada wifi free lagi laju giler. muahaha. lepas ni boleh blogwalking dengan suka hati. yahoo!

oh lagi satu. aku nak cuba tawaf baca novel cik cinderella dan encik tengku ni juga. korang tengok tak drama ni semalam? huhu. melting sangat-sangat dengan shukri yahya. sweet. kacak je :D

 

korang da baca dak?

Toodles!
Continue reading Novel Cik Cinderella dan Encik Tengku

Sinopsis Drama Cinta Si Wedding Planner

Cinta Si Wedding Planner. Bakal menemui peminat Slot Akasia setiap pukul 7.00 malam mengantikan Akulah Balqis. Tak lama lagi. 30 Disember 2015 ini. Jangan lupa tau. Jom baca sinopsis. hehe. As usual, Cinta Si Wedding Planner adaptasi dari Novel juga ;)


Sinopsis Cinta Si Wedding Planner

Cinta Si Wedding Planner mengisahkan tentang Zara yang merupakan seorang perancang perkahwinan. Dia telah bercinta selama 4 tahun dengan sepupunya bernama Bazli. Namun percintaan yang diharapkan ke jinjang pelamin, musnah bila berlakunya suatu insiden. Kisah cinta yang cuba mereka rahsiakan dari pengetahuan Pak Lang dan Mak Lang, berakhir jua akhirnya.

Seorang pelanggan Zara yang bernama Puan Marina begitu menyenangi sikapnya. Biarpun mempunyai empat orang anak, Puan Marina tetap mahu menjadikan Zara sebagai anak angkat memandangkan Zara hidup sendirian di Kuala Lumpur.
Suatu hari Zara berebut parkir dengan seorang lelaki. Lelaki itu bernama Fariz dan merupakan seorang bekas tentera laut. Pintu hati Fariz pernah tertutup untuk wanita setelah dikhianati oleh kekasih hatinya bernama Shirah. Namun pertemuan dengan Zara kembali membuka pintu hati Fariz.

Rupanya Fariz adalah anak kepada Puan Marina. Semakin kerap bertemu, Fariz semakin jatuh hati pada Zara. Bila Fariz mendapat tahun bahawa Zara juga kecewa dalam percintaan dan asyik diganggu dengan Bazli, Fariz nekad menjadikan Zara isterinya. Puan Marina terus bersetuju meminang Zara. Biarpun hatinya belum mencintai Fariz, Zara tetap menerima pinangan tersebut.
Selepas berkahwin, Fariz terus berubah sikap, dari seornag lelaki yang baran dan moody menjadi romantik dan penyayang. Manakala Zara pula berusaha menjadi seorang isteri yang terbaik buat Fariz. Bila bahagia mula menjadi milik mereka berdua, muncul pula bekas kekasih Fariz untuk menagih cinta. Zara diugut untuk meninggalkan Fariz.

Perkahwinan mereka mula bermasalah. Fariz kembali baran dan sering mengabaikan Zara. Misi Fariz untuk menyelamatkan perkahwinannya bersama Zara tidak berhasil. Zara meminta cerai dan membawa diri ke Aukland.

Bazli cuba membantu untuk membawa Fariz dan Zara bersama kembali tetapi dugaan yang lebih hebat pula berlaku. Obsesi bekas kekasih Fariz terhadapnya membuatkan keadaan menjadi diluar kawalan sehinggakan nyawa Zara dan kandungannya berada dalam bahaya.
Apa akan terjadi selepas itu? Berjayakan Fariz menyelamatkan rumahtangganya bersama Zara? Dapatkah kebahagiaan kembali menjadi milik bersama? Kredit and thanks: tvon9.net
Toodles!
Continue reading Sinopsis Drama Cinta Si Wedding Planner

Sinopsis Takdir Cinta Lakonan Rita Rudaini

hollas! aku duduk rumah je hari ni. erk. da memang pun hari-hari aku duduk rumah tiap weekend. hihi. dan juga since duduk sendiri ni, malas sungguh nak update blog. tak paham pula. perangai tak serupa bikin langsung kata blogger tegar. haha. ok. meh baca sinopsis takdir cinta lakonan hebat rita rudaini yang tengah main dekat tv3 sekarang ni. aku tak tahu nak update apa. update sinopsis drama pun jadilah. hahaha. happy week end korang!


Zarina seorang gadis yatim piatu. Ibu dan ayahnya terkorban dalam nahas jalan raya. Zarina belum berumahtangga walaupun usianya sudah mencecah 40 an. Dia selalu menjadi mangsa kata umpatan rakan-rakan sekerjanya. Sudahlah andartu, tidak tahu berfesyen itu kata-kata yang sering dilemparkan kepadanya tetapi Zarina tidak pernah mengambil pusing akan perkara itu. Hanya Anis iaitu rakan serumahnya yang selalu membelanya.

Anis merupakan rakan sekerja dan serumah dengan Zarina. Anis agak sosial sedikit orangnya. Setiap malam suka melepak di kelab-kelab untuk berhibur. Pulang lewat malam. Zarina selalu menegur dan menasihati Anis supaya tidak terlalu liar dan menjaga kehormatan diri dan nama keluarga. Anis rimas dengan sikap Zarina yang selalu membebel padanya tetapi dia hanya mendiamkan diri kerana dia hormat dan sayangkan Zarina.

Zarina sering berasa pening kelapa dan batuk berdarah. Dia mendapatkan rawatan di hospital dan doktor mengesahkan yang dirinya menghidap barah dan dijangka hanya dapat bertahan selama 3 hingga 6 bulan sahaja. Zarina mulai menyalahkan takdir. Baginya takdir terlalu kejam pada dirinya. Dia tidak mahu mati kerana dia belum dapat merasa hidup berpasangan dan belum merasa indahkan jatuh cinta. Tetapi Mak Nab menasihatinya supaya menerima takdir tuhan itu dengan redha. Setiap kejadian ada hikmahnya. Sedikit sebanyak kata-kata Mak Nab itu meyakinkan Zarina dan dia mulai bangkit kembali.

Zarina nekad berhenti kerja. Dia mahu menikmati kehidupannya yang singkat itu. Dia merubah imej dirinya. Dia mulai menghias dirinya dan berpakaian anggun. Dia mengambil keputusan untuk bercuti di Cameron Highlands. Dia mengambil pakej berbulan madu. Hasratnya adalah ingin merasai suasana berbulan madu di kawasan peranginan.

Pertemuan dengan Syamsul di Cameron Highlands membenihkan perasaan cinta di hati Zarina. Dia akui berasa selesa bersama Syamsul walaupun baru berkenalan dengan jejaka itu. Dan tanpa diduga Syamsul juga berperasaan yang sama terhadapnya. Tetapi mengenangkan dirinya yang tidak dapat hidup lama, Zarina menolak hasrat Syamsul untuk mendekati dirinya dengan lebih rapat lagi. Zarina pulang ke Kuala Lumpur secara senyap-senyap tanpa pengetahuan Syamsul.

Syamsul mencari Zarina. Kebetulan beg tangan Zarina tertinggal di hotel tempat dia menginap. Syamsul membuka barangan milik Zarina dan tanpa niat menbaca diari Zarina. Akhirnya, Syamsul berjaya bertemu dengan Zarina. Zarina marah apabila mengetahui yang Syamsul telah membaca diarinya.

Syamsul meminta pandangan rakan sepejabatnya. Dia mahu memiliki Zarina. Baginya Zarina adalah gadis yang dicarinya selama ini.

Syamsul memberanikan diri melamar Zarina tetapi ditolak oleh Zarina tanpa alasan yang kukuh. Syamsul terpinga-pinga dengan tindakan Zarina itu.

Akhirnya Anis menjadi mangsa teman lelakinya. Dia sangkakan Jeff serius mahu mengahwininya. Rupanya Jeff hanya mahu mengambil kesempatan pada dirinya. Jeff telah mengambil kesucian diri Anis sewaktu Anis mabuk dan membawanya ke hotel. Anis menyesal kerana tidak mendengar nasihat Zarina. Namun semua itu sudah terlewat. Nasi sudah menjadi bubur. Walau dia menangis air mata darah sekali pun, kesuciannya tidak akan kembali lagi. Anis membawa diri pulang ke kampung halamannya.

Zarina berpindah ke kampung datuknya. Dia mahu mengerjakan umrah bersama datuknya jika hayatnya masih ada. Syamsul berjaya menjejaki Zarina dengan bantuan Mak Nab. Syamsul memberitahu datuk Zarina tentang penyakit yang dideritai oleh Zarina. Datuknya terkejut dan bersedih dengan kenyataan itu.

Syamsul memarahi Zarina kerana merahsiakan perkara itu dari pengetahuannya. Zarina menegaskan yang dia tidak mahu menyusahkan sesiapa dan tidak mahu menerima cinta Syamsul sedangkan dirinya akan dipanggil Ilahi bila-bila masa sahaja. Syamsul tetap berkeras mahu mengambil Zarina sebagai isterinya. Akhirnya Zarina menerima lamaran Syamsul setelah diyakini oleh Syamsul. Tiada istilah terlewat seandainya jodoh sudah ditakdirkan untuk mereka. Tamat. Kredit: Aznanie
Toodles!
Continue reading Sinopsis Takdir Cinta Lakonan Rita Rudaini

Tonton Online dan Download Free Tuan Anas Mikael Episod 10

Tonton Online dan Download Free Tuan Anas Mikael Episod 10. hehe. Tuan Anas Mikael dengan Ayu tengah dating kat krabi wei. woot woot. Kay pula of courselah dengan Mika. hehe. Mika tu memang bukan orang melayu ke? cakap macam orang melayu tulen je kan. hehe. by the way, sapa tak tengok lagi Tuan Anas Mikael Episod 10, jom tonton online dan download free kat bawah :)



Toodles!
Continue reading Tonton Online dan Download Free Tuan Anas Mikael Episod 10

Tonton Online dan Download Free Akulah Balqis Episod 1 dan 2

semalam tak sempat nak tengok Akulah Balqis Episod 2. tak pe. tak pe. thank god ada laman web yang memang aku da bookmarks untuk tonton online. senang cerita. hehe. Sapa yang tak tengok Akulah Balqis Episod 1 dan Akulah Balqis Episod 2 juga, boleh klik dekat link yang PG kongsikan dekat bawah ya. rugi sapa tak tengok lakonan hebat puteri balqis kita tu ;)


baca sinopsis Akulah Balqis kat sini



Toodles.
Continue reading Tonton Online dan Download Free Akulah Balqis Episod 1 dan 2

Akulah Balqis Sinopsis

Akulah Balqis Sinopsis. mengantikan drama Hello Mr. Perfect yang telahpun tamat siarannya selasa hari tu, kemarin drama terbaharu di TV3 Akulah Balqis mengantikan slot tersebut. tidak perlu disangkal lagi lakonan hebat adik kecik molek Puteri Balqis, kini Balqis mengisi masa mingguan kita selama empat hari setiap hari isnin hingga khamis di Slot Akasia. Daebak!

semalam episod pertama drama Akulah Balqis ni. lakonan balqis memang aku nantikan untuk malam ni. tengok balqis berlakon pun memang boleh membuatkan airmata aku sendiri boleh gugur. apatah lagi kalau tengok drama yang ada bab-bab nanges bagai ni. hehe. jom baca sinopsis ;)


SINOPSIS AKULAH BALQIS
 
Mengisahkan tentang kanak-kanak bernama Balqis (Puteri Balqis), yang meneruskan kehidupan tanpa bimbingan kedua orang tua yang lalai dengan tanggungjawab untuk membesarkannya. Gadis seusianya mungkin sedang bermain-main dengan riang tanpa perlu risau memikirkan bagaimana mereka perlu merancang perjalanan untuk meneruskan hidup.

Berlainan dengan Balqis, dia perlu mengorbankan zaman kanak-kanaknya untuk mencorak kehidupannya sendiri, terumbang ambing tanpa bimbingan ibu bapa. Kedua ibu bapanya, Yamin (Aeril Zafrel) dan Seri (Nabila Huda) sibuk mencari pekerjaan setelah syarikat tempat bekerja Yamin jatuh muflis. Seri juga mula bekerja untuk membantu Yamin dan mengabaikan Balqis. Balqis terpaksa berhenti sekolah kerana tiada siapa yang boleh menghantarnya ke sekolah.

Kerana tertekan dengan desakan hidup, Yamin mula terlibat dengan dadah setelah mereka tinggal di rumah kawan baiknya, Zali (Kamal Kamarudin), seorang pemuzik di kelab malam. Kerana ketagihan dadah, wang yang diperolehi Yamin dengan bekerja sambilan sering tidak mencukupi. Ketagihan Yamin akhirnya turut mempengaruhi Seri yang kemudiannya menyebabkan mereka dimasukkan ke dalam Pusat Pemulihan Dadah menyebabkan Balkis hilang tempat bergantung. Zali pula tidak sanggup untuk menjaga Balqis dan mahu menghantar Balqis ke rumah kebajikan masyarakat. Balqis melarikan diri dan hidupnya semakin melarat apabila terpaksa merempat di jalanan.

Muncul pula Milda (Nadia Brian), seorang model terkenal yang seringkali bermimpi mengenai Balqis tanpa dia sendiri mengenali anak kecil itu. Suatu hari, mimpi Milda menjadi nyata apabila dia telah melanggar Balqis sama seperti di dalam mimpinya. Kerana itu juga, Balqis dibawa pulang oleh Adi (Nazim Othman), suami kepada Milda yang kasihan dengan nasib Balqis.

Pada awalnya, Milda tidak menyenangi kehadiran Balqis dalam keluarga mereka. Berbeza dengan Adi yang menjaga Balqis seperti anaknya sendiri. Adi merasa senang dengan kehadiran Balqis dan mereka menjadi semakin akrab. Adi memang menginginkan zuriat sendiri tetapi tidak bagi Milda. Setiap kali Milda dan Adi bertengkar, pasti Balqis akan mencari jalan supaya Adi dan Milda berbaik. Kerana itu juga, hati Milda semakin lembut dengan kebaikan Balqis dan mula menerima Balqis.

Tiba-tiba, satu hari Yamin dan Seri muncul di depan pintu rumah Adi. Milda dan Adi tidak sanggup menyerahkan semula Balqis kepada ibu bapa kandungnya itu. Adi dan Milda takut kehilangan Balqis dan membuat keputusan untuk melarikan Balqis dari ditemui oleh ibu bapa kandungnya.

Bagaimanakah kesudahan hidup Balqis? Berjayakah Yamin dan Seri menemui Balqis dan menebus kesalahan kerana membiarkan satu-satunya zuriat mereka hidup merana? 

JUDUL : AKULAH BALQIS
 
EPISOD : 24 episod
TARIKH / MASA : 18 November 2015 (Isnin-Khamis, 7.02 petang)
SIARAN : Slot Akasia TV3
SKRIP: Erma Fatima
PENGARAH : Pali Yahya
TERBITAN : Rumah Karya Citra Sdn Bhd
PELAKON : Puteri Balqis Azizi, Aeril Zafrel, Nabila Huda, Nazim Othman, Nadia Brian, Puteri Aishah, Nabilah Dally, Fazlina Ahmad Daud, Amai Kamarudin, Anne Abdullah, Mohd Benladin, Balkisyh Semundur Khan, Zulkifli Ismail, Aziza Kazan


WATAK PELAKON
 
Puteri Balqis sebagai Balqis
Aeril Zafrel sebagai Yamin
Nabila Huda sebagai Seri
Nazim Othman sebagai Adi
Nadia Brian sebagai Milda
Puteri Aishah sebagai Jenny
Amai Kamarudin sebagai Zali
Nabilah Dally sebagai Cikgu Nur
Fazlina Ahmad Daud sebagai Tok Ma
Balkisyh Semundur Khan sebagai Jun
 
LAGU TEMA / OST AKULAH BALQIS

Lagu : Semua Tentang Kita
Penyanyi : Asfan Shah

Lagu : Menangislah Hati
Penyanyi : Daqmie

Lagu : IBU
Penyanyi : Haddad Alwi feat. Farhan

Video & Lirik > Link
 
toodles.
Continue reading Akulah Balqis Sinopsis

Tonton Online dan Download Free Tuan Anas Mikael Episod 7

Tonton Online dan Download Free Tuan Anas Mikael Episod 7. Makin lama makin menarik dan makin juga menjadi tanda tanya apakah yang akan berlaku next drama ni kan. PG sebenarnya tak berapa berkenan nak tengok drama ni. sebab, PG da baca novel ni. then bila telah diadaptasikan menjadi satu drama, jalan cerita memang berubah sikit dari jalan asal dalam novel. apa pun. jom klik link untuk tonton online dan download free Tuan Anas Mikael Episod 7 ;)



Episod 7 : Tonton or Download

Toodles!
Continue reading Tonton Online dan Download Free Tuan Anas Mikael Episod 7

Tonton Online Tuan Anas Mikael

Sinopsis Tuan Anas Mikael baca dekat sini. nak tonton online (kredit and thanks) Tuan Anas Mikael pula klik dekat sini. ar jangan lupa. boleh tonton online plus boleh je download dekat situ. PG da download 2 episod. hehe. best je tengok. tak de nya nak tunggu-tunggu lepas iklan habis ;)


 susah-susah. PG share link. 
senang korang tonton online, senang korang download free Tuan Anas Mikael :D

Episod 1 : Tonton or Download
Episod 2 : Tonton or Download
Episod 3 : Tonton or Download
Episod 4 : Tonton or Download 

 TUAN ANAS MIKAEL

EPISOD : 15 Episod
TARIKH TAYANGAN : 9 November 2015 / 9 malam
SALURAN : Astro RIA
ARAHAN : Raja Ahmad Alauddin
TERBITAN : Pena Creative Pictures Sdn Bhd

PARA PELAKON : Aaron Aziz, Zara Zya, Wan Sharmila, Shah Rezza, Raja Ilya, Normah Damanhuri, Emmelia, Sarah Anne, Fazlina Ahmad Daud
toodles!
Continue reading Tonton Online Tuan Anas Mikael

Senarai Pemenang Anugerah Skrin bagi Tahun 2015

aku tak tengok sampai habis ASK 2015 semalam. bukan sebab aku tak layan ASK. tapi mungkin sebab pengacara ASK 2015 kali ni yang aku rasa macam tak menarik minat aku untuk tengok ASK 2015 sampai the end. ntahlah. apa pun, farah fauzana of course dihati ;) terus tutup tv, layan drama korea dekat laptop. tahniah buat lisa surihani! 

 

KATEGORI DRAMA

Drama Terbaik
Lorong Kecil Ke Syurga – Aniq Communication Sdn Bhd

Lakon TV Terbaik
Joe Sidek – Lorong Kecil Ke Syurga

Pengarah Drama Terbaik
Raja Mukhriz – Lorong Kecil Ke Syurga

Penyunting Drama Terbaik
Akashdeep Singh – Lorong Kecil Ke Syurga

Videografi Terbaik Drama
Jamaluddin Yaacob – Penyabong

Pelakon Lelaki Terbaik Drama
Amar Asyraf – Dari Pintu Neraka

Pelakon Wanita Terbaik Drama
Sara Ali – Hak

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama
Izuan Fitri – Penyabong

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama
Raja Ilya – Lorong Kecil Ke Syurga

Drama Rantaian Komedi Terbaik
Rubberband – Balang Rimbun Sdn Bhd

Drama Rantaian Terbaik
Hidayahmu Ramadan – Primeworks Studios Sdn Bhd

Drama Rantaian Popular Media Sosial
Rindu Awak 200% – Creative Skill Solution Sdn Bhd

KATEGORI FILEM

Filem Terbaik
Lelaki Harapan Dunia – Everything Films Sdn Bhd

Lakon Layar Terbaik
Liew Sen Tat – Lelaki Harapan Dunia

Pengarah Terbaik Filem
Liew Seng Tat – Lelaki Harapan Dunia

Pelakon Lelaki Terbaik
Beto Kusyairy – Gila Baby

Pelakon Wanita Terbaik Filem
Lisa Surihani – Dendam Orang Mati

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem
Sharnaaz Ahmad – Gila Baby

Pelakon Pembantu Terbaik Filem
Ayu Raudhah – Lagenda Budak Setan 3: Kasyah

KATEGORI PENERBITAN DALAMAN

Rancangan Bual Bicara Terbaik
Wanita Hari Ini (Banduan akhir) – Hazrena Mohamed Kassim

Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik
Welcome To The Rail World – Mohd Zahir Zainuddin

Laporan Khas Berita Terbaik
Berita Nasional 5 (Kondosom Guhod) – Farizie Morinding

Rancangan Hiburan Terbaik
The Gadabout Barber – Krishna M. Pathmasinggam

Rancangan Anugerah Terbaik
Anugerah Juara Lagu 29 – Roslina Abd Rahman

Rancangan Realiti Terbaik
Mentor Legend (Akhir) – Ahmad Shaifullizam Arshad

KATEGORI TEKNIKAL

Videografi Terbaik
Hip-Hoppin’ Asia (The Saga Continues)

Suntingan Terbaik
The Gadabout Barber

Penataan Cahaya Siaran Langsung Terbaik
Muliadi Abas – Anugerah Juara Lagu 29

Penataan Bunyi Siaran Langsung Terbaik
Norazhar Md Amin – Mentor Legend (Akhir)

Rekabentuk Set Terbaik
Sufian Anwar – Mentor Legend (Akhir)

Montaj Terbaik
Anugerah Juara Lagu 29

Anugerah Bintang Bersinar Baby’s Blink Gold (Artis paling bersinar & cantik)
Neelofa

Sumber: azhafizah.com

toodles.
Continue reading Senarai Pemenang Anugerah Skrin bagi Tahun 2015

OST Drama Kau Aku Kita | Kau Bagai Udara by Bahrain Rahman


Lagu: Kau Bagai Udara
Penyanyi: Bahrain Rahman
Komposer/Lirik : Neves Pretty Ugly
OST Drama: Kau, Aku, Kita

Lirik Lagu Kau Bagai Udara – Bahrain

Jantung berdegup laju
Menangkis semua jawapan
Jika betul kau jemu
Terus teranglah dan berdepan
Susah untuk terima
Keputusan dari bicara
Cuma satu ku pinta
Cubalah fikirkan semula

Kau bagai udara bagiku
Dirimu ku perlu di dada
Sentiasa untuk bernafas
Pudar kiranya kau jauh di mata
Sesatlah di jiwa kerana kau yang ku cinta

Semua kesalahan tak berertinya sedemikian
Bila marah menjelma yang benar pun menjadi salah
Ini baru sekali kesilapanku sebegini
Aku layak terima diberi peluang berubah

Kau bagai udara bagiku
Dirimu ku perlu di dada
Sentiasa untuk bernafas
Pudar kiranya kau jauh di mata
Sesatlah di jiwa kerana kau yang ku cinta

Aku berjanji tak akan sia-siakan dirimu
Bukannya ingin mendedah kelemahan
Jauh di hatimu ku tahu masih tersimpan
Segala kenangan terindah
Segala perasaan cinta

Kau bagai udara bagiku
Dirimu ku perlu di dada
Sentiasa untuk bernafas
Pudar kiranya kau jauh di mata
Sesatlah di jiwa kerana kau yang ku cinta

kredit and thanks to: infotaip

toodles.
Continue reading OST Drama Kau Aku Kita | Kau Bagai Udara by Bahrain Rahman