Showing posts with label Officeku Syurgaku. Show all posts
Showing posts with label Officeku Syurgaku. Show all posts

13 May 2017

Sambutan Hari Pekerja Warga Kerja DBKK 2017

Assalamualaikum fellas! Rasanya tak terlambat kot nak ucapkan Selamat Hari Pekerja buat semua para pekerja diseluruh dunia kan? Selamat Hari Buruh Semua! Semoga tahun ini juga menjanjikan yang terbaik buat diri kita sendiri sebagai seorang pekerja. Kot-kotlah azam tahun ni nak jadi pekerja yang lebih cemerlang, terbilang, gemilang dan terang benderang kan. Teruskan usaha awak-awak semua. Untung nasib, hujung tahun naik gaji ke, kot-kot naik pangkat. Amin ;)

 

 
   
opsss. my sista pula over disitu :D

Regarding tajuk i hari ni, ni cerita khamis baru-baru ini, dimana sambutan hari pekerja bagi warga kerja Dewan Bandaraya Kota Kinabalu 2017 telahpun diadakan dengan meriah sekali even cuaca pada hari tersebut hujan turun dengan lebat. Namun, dengan semangat para warga kerja DBKK yang sanggup bersama-sama meraihkan hari tersebut, depa sanggup tunggu dan enjoy sampailah majlis tamat kira-kira pukul 5 petang. Syukur alhamdulillah. I jangan cakaplah. I tuan rumah punya sambutan. Muahahaha. Kenalah tunggu sampai habis acara. Hehe.

 
 

the pinkies :)


Apa pun, i nak ucapan sekali lagi, Selamat Hari Buruh buat semua dan juga buat kengkawan blogger i yang bekerja :)

Xoxo
Love Korang!

13 April 2017

Pertukaran dan Perpindahan Yang Memenatkan!

Assalamualaikum fellas. Lama tak update blog. Rindu tak? Hehe. Ok, i tengah berusaha untuk kemaskini blog ni semula. Lama sangat tak masuk blog ni. Since pindah jabatan plus pindah semula jabatan. Erk? Macam tak mulia pula i kan, bebalik je pindah jabatan. :D


Pembantu Tadbir (P/O) Gred N22 yang menjadi pilihan. Muahahaha.

Ok. Meh nak cerita sekaligus. Last year, jabatan lama i bagi pindah i keluar dari bahagian lama. Masuk bahagian baharu. Ok good. Tak de masalah. i Ok sahaja. As long masih jabatan yang sama. Duduklah i mereput kat bahagian baru. Kononlah.

Tak lama. i Naik pangkat. Syukur alhamdulillah. Terus i kena pindah jabatan lagi bagi memenuhi kekosongan yang ada once i naik pangkat. Ok thank god. Kena pindah jabatan. i Nangis. Sapa kata i tak nangis. i sedih. Deep. Meraung-raung tepi pintu. Muahaha.

Tak lama. Hahahaha. i Pindah masuk balik semula jabatan lama. Gembira? Surelah i happy. Yahoo!! Sekali lagi i meraung-raung tepi pintu. Ok mohon jangan menyampah :D


Sejenis ketul kerja i juga. I memang rajin. Hahaha. Abaikan plastik bata kat situ. Sebab kini dibawah meja i tak de apa benda selain cpu besar gajah itu memandangkan jabatan i akan melaksanakan EKSA. Apa eksa? Later i cakap. Hehe.


Kerja lama i di jabatan lama. Sejenis semak berulang kali dokumen yang tidak boleh ditunding jari kepada sesiapa pun jika ada berlaku kesalahan. Muahaha


Sejenis ketul format kajian yang i kena buat ;)


Itu dia. Seketul dua tiga ketulan muka gembira i setelah kembali ke jabatan lama :D
ok date karma! 07 April 2017 (Jumaat). Senang i nak cari date tu. Hahahaha.


Xoxo. 
Love Korang!

07 October 2016

Calling For Hari Sukan Negara 2016 Peringkat Negeri Sabah

Assalamualaikum gais.
(gais tu macam korang. awak pun boleh kot. atau kalau ikut pemahaman i la kan, dia berbunyi macam ni "wei korang, wei gais! jom pergi makan! 'wei gais! korang buat apa gais?!") hahaha. Maaflah kalau i salah :D
Hola gais. Sorry. Beberapa hari i tak de kat sini kan. Jangan risau. I tak pergi mana pun. Ada je. Cuma mood nak update blog tu biasalah. Sometimes ada mood, sometimes tak de mood. Hehe. Tapi. Namun bagaimanapun. I'm so happy sebab menang hadiah saguhati giveaway one of blogger i join hari tu. Nanti hadiah da sampai ke tangan i, i review ye. Before that, i nak cakap pasal Hari Sukan Negara, which is esok! Yahoo!! I raikan bersama dengan YB KJ. Kenalkan? Raikan bersama dari jauh sahaja. Hehe.


#harisukannegara #harisukannegarasabah #hsn2016

Ok. Esok i punya duty on Hari Sukan Negara senang sahaja. I pergi candid-candid gambar area pantai teluk, likas, kota kinabalu sabah of course. So! Blogger sabahan. Esok mana yang lalu dan berada di teluk likas awal pagi, nampak i sedang candid-candid, selfie sorang-sorang diri, bolehlah tegur i. Jangan risau, i tak makan orang. Muahahha.

Lepas candid-candid kat situ, ada few tempat lagi yang i akan pergi. Sepeti perdana park, tg. aru. pantai tg. aru 1 dan 2, taman prince philip, tg. aru, grace point. taman rimba ujana tropika, penampang, taman tun fuad stephens, bukit padang. So, area i dengan team i kat situ. As i cakap, kerja i senang. Ambik-ambik gambar, candid, selfie dan laporkan kepada urus setia collect gambar pula dan i balik rumah Zzzz. Muahaha.

Belum selesai lagi. Itu part sebelah pagi. For petang pun benda yang sama. Jam 3 macam tu i da ada kat tempat-tempat yang berdekatan dengan i dahulu. I duduk sebelah inanam. So i pergi terjah teluk likas dahulu. Kalau selalu i lalu area kat situ, memang ada few manusia sekali alam juga buat aktiviti riadah kat situ. Dan! Hopely gais. Esok turun. Please support i. Please support Hari Sukan Negara! Oh. if anyone nampak posting i ni, i ada letak >>> #harisukannegarasabah <<< kat facebook. So those! Sabahan, bolehlah pakai hastag tu :) Kita-kita juga bah ni kan :D

Dan! dan. Esok juga ada acara larian tau. Tengok image kat bawah. Ada area Masjid Bandaraya kat situ. Kalau sempat i tunggu korang lari-lari anak kat situ, kalau tak sempat, Bye! Hahaha.


So! I update secepat mungkin untuk Hari Sukan Negarai Peringkat Negeri Sabah 2016 with love. Salam Jumaat semuanya :)

xoxo.

01 September 2016

Tepat Jam 01.00 Petang

Assalamualaikum.

Nampak sangat i tunggu jam ke pukul 01.00 petang kan. Jangan tunggu lama, mari update blog. Kerja office ni kalau nak kena habiskan, tak akan pernah nak habis kot sampai pencen 60 tahun. Itu kalau yang pilih bersara sampai umur 60 tahun lah kan. Kalau yang ambil pencen umur 55, 58? syukur alhamdulillah kat situ. Awak-awak telah berjaya dalam menghabiskan tempoh perkhidmatan awak sebagai seorang penjawat awam dan berjaya melunaskan segala hutang piutang awak sebelum awak-awak bersara. Hakikat kan? Hehe.


Pakcik Google. Pinjam Gambar Awak Sat Ye :)

Jom update blog dan tido segera ;)
xoxo

29 August 2016

Mereput Kat Office!

holas! aircon dekat office ni boleh buat aku reput kat tempat duduk sorang-sorang. susah juga kalau bagi off aircon tu. sat lagi adalah akak-akak tu kata kepanasan la apa la. yang kesejukan tahap dewa ni, terpaksalah mengalah T_T


mereput kat office, terjumpa gambar lama ketika PG dekat Lost World of Tambun, Ipoh Perak!. orang tak de keja memang macam ni. muahaha

by the way! selamat hari isnin dan salam kemerdekaan korang! sehari lagi kerja dan cuti on wednesday kan. yahoo! PG da make a list kdrama nak tengok nanti. hehe.

xoxo.

30 April 2016

Overtime Day ;(

bertabahlah hati sebab dihari cuti datang office dengan niat satu sahaja. nak cepat habiskan kerja orang lain dan hujung bulan claim overtime. good. that one claim terbaik. dapat gaji. syukur alhamdulillah. ada juga penambahan. boleh berjimba-jimba duit tu. erk. amboi. nampak sangat tak ikhlas. hahaha.

ok. hari ni da masuk hari yang ke tiga belas hari ot since last week. hari biasa ot dari jam 5 petang to 7 malam. tu pun sedar tak sedar kejap je masa tu berlalu. kena sambung esoknya pula. la ni pula hari sabtu. bertabahlah hati. tak pe kan. as long berbayar. ar zaman sekarang ni, nak kejar ot bebanyak biar meletup gaji tu. sapa suruh semua barang naik. ingat nak makan pasir ke apa kita ni. huhu.


bini superman :D

stop kat sini dulu. sebab mata aku memang da ajak nak tido sesangat tapi gagah nak siapkan kerja. harapan aku Ya ALLAH, kuatkanlah aku dengan kengkawan aku yang bertebaran kat office ni siapkan kerja ot kitaorang dengan harapan siap cepat dan blah dari office ni. 

isnin cuti. yahoo!

xoxo.

18 April 2016

Update Sepantas Kilat

assalamualaikum fellas!

Ya ALLAH. rindunya nak membebel kat sini. maap erk. nampak gaya nak jadi seorang blogger yang rajin mengupdatekan blog dari hari ke sehari ke seharian, memang nampak sangat tak nyata kerajinan kat situ. huhu. rasa nak lempang diri sendiri pula.

ok. meh nak update sekilat mana mungkin pasal PG. kot-kot ada yang rindu nak tahu pasal PG kan. perasanlah diri sendiri kot-kot juga ada peminat sendiri. muntah hijau.

ok!

masuk bulan april. till bos PG akan berpindah ke jabatan lain. sob. meh update pasal kerja.

satu. hari tu PG tukar bahagian. even masih sama jabatan. bos masih sama. alhamdulillah. ketika itu. konon-konon diri adalah yang terbaik sebab bos bawa sekali masuk bahagian baru. perasan nak mampus.

dua. gosip masih bertebaran. viral sana sini. lepas tukar bahagian. still banyak gosip berterbangan. cerita sana sini bos aku akan dipindahkan. minta simpang malaikat. janganlah masa tu. baru tukar bahagian kot. tak kan la nak dipindahkan pulaks kan. ketika itu. gosip yang ada macam rasa tak nak dengar je. tapi. melibatkan bos aku kot. tak kan tak nak tahu kan. hahaha.

tiga. masuk bahagian baru. fail pekeliling diserahkan dekat aku. tukar kulit fail baru. bos suruh. konon-konon tak nak nampak old fashion. ye la. saya yang menurut perintah dekat pejabat. nanti tak buat. susah diri sendiri kan. ketika itu. terus rasa. oh bahagianya sebab ada kerja baru. kerja lama tinggal sama sekali. masa pindah. diri rasa tenang. tapi agak sunyi sepi. sebab orang da biasa buat kerja. bila takde kerja. blur sepanjang masa. rasa diri tak berguna sama sekali. rasa pergi kerja makan gaji buta saja. ar ambik. statement memang tak fikir sapa-sapa. sebab memang kena dengan diri sendiri.

fail baru done. buat kerja baru lagi. fail permohonan kad kuasa untuk para pegawai kena settel cepat. ketika itu. sebab da tahu dan dah dengar yang bos aku dalam senarai yang akan dipindahkan. aku rasa diri kelabu. awan berarak mendung yang kelabu. ala-ala macam lagu awie tu kan. share kerja dengan cik cantik aka donna. cepatkan siap apa yang patut sebelum bos bla dari jabatan dan bahagian dasar. huhu.

last week. 15.04.2016. fail permohonan settel kemas. gambar settel edit. senarai data permohonan settel. tinggal hantar pi kedai je lagi. da pas dekat bos. pandai-pandailah bos urus. after that baru pas kat aku semula. huhu.

bos. dapat surat pindah jabatan. berkuatkuasa 09.05.2016. rasa macam tak berkaitan nak update dekat sini tentang bos. tapi. bos aku kot. sedih sat. later la aku talk pasal bos. apa pun. kerja tetap kerja. nak tak nak. kan?

ahad. kemarin. 17.04.2016. on duty. litter free city run. duty dekat check point air je. jangan kata tak penat. rasa penat sebab cecepat nak tuang air dalam gelas tu, rasa diri da macam join pelari sama berlari. hahaha.


bodyguard from kota kinabalu sabah saja bah :D
cik cantik aka donna. tq untuk gambar ni tau. cantik ko ambil. macam ko juga cantik. hehe
 
latest. la ni da settel few thing yang memang kena settel cepat sebelum bos pindah. and now i'm free! tunggulah arahan seterusnya. hahaha. bolehlah berjimba dengan blog ;) lama tak blogwalking. rindu nak buat tu semua. earning nuffnang pun tak cek lagi. harap-harap nuffy sudilah naikkan earning lagi. hehe.

dan also. thanks untuk korang yang sudi mai singgah blog PG tau. k bye! jumpa next entry sepantas kilat. muahaha.

xoxo

29 February 2016

Tukar Bahagian Tukar Pejabat Tukar Kerja

but thank god bukan tukar jabatan. syukur alhamdulillah. tak boleh nak komplen apa dan tak boleh nak banyak bunyi. terima dengan hati yang terbuka memandangkan pertukaran ni memang sebenarnya aku harapkan, iaitu bertukar bahagian tapi masih dibawah ketua bahagian aku yang lama, yang juga mendapat arahan untuk bertukar ke bahagian baru. bersama-sama kami berdua yang keluar adalah sorang lagi staff baharu di bahagian lama. hahaha.


nampak sangat mood ntah apa-apa ntah
maap erk. aurat ke apa benda ke. jangan terlalu fokus :D

so. ketika ini. tiga orang keluar dari bahagian latihan dan ke bahagian baharu, dan juga sorang lagi keluar, ditukar ke bahagian pembangunan organisasi, mengantikan pegawai yang sedia ada, yang di arahkan mengambil alih tugas ketua kerani. reramai keluar macam ada isu kan? erk. tak de ye. hehe.


bahagian lama. bye awak T_T

dan officially. hari ini, aku da berpindah, tukar bahagian. tukar pejabat. tukar kerja. kerja lama aku tinggalkan sepenuhnya dekat bahagian lama. cuma if depa nak rujuk apa-apa, for sure aku sedia membantu. aku da duduk 6 tahun dekat bahagian latihan dan pembangunan kot. the proses, perjalanan kerja aku da boleh simpan dalam kepala, di tepi sikit-sikit, dan di bahagian baru yang aku totally tak tahu apa benda, akan aku simpan paling depan untuk aku buktikan, bahawasanya aku mampu untuk belajar benda baharu. amboi amboi. semangat je lebihkan. buatnya tak tahu la. hehe.


bahagian baru. meja masih bersepah-sepah. but ini bukan meja aku sebenarnya. sementara sahaja :D

dan officiallynya juga. esok 01 Mac 2016. bermulalah tugasan baharu. bos pun masih dalam perancangan aku tengok. memandangkan bahagian dasar 'new' bagi kami-kami. tak pe en. bos! kita boleh tunggu. do ur best. sebab kita-kita tahu engko mampu ;)


nasib ada yang baik hati bagi coklat. hati pun ada senang :D

oklah. setakat ini sahaja ye kengkawan. meja aku still tak berkemas. dan dan. please. doakan yang terbaik untuk aku di bahagian baru. thank god yes, tak tukar jabatan. muahahaha.

done :)

11 February 2016

Dan Bila Gosip Tidak Akan Pernah Terhenti

penat. bukan penat sebab dok sama melayan gosip. tapi penat sebab mendengar gosip yang ada, tapi tak tau bila nak berhenti. dari satu gosip, muncul pulak satu gosip. teruslah ke gosip yang seterusnya. rasanya gosip yang sedia ada pun, tak da kesudahan. apa lagi yang next punya gosip. penat wei. tak paham sapa yang memulakan dan siapakah yang akan menamatkan segala kegosipan yang ada.

nak tahu bila masa gosip akan muncul. masa manusia-manusia sekalian alam duduk dalam kelompok dan sembang secara senyap atau tidak. hahaha. 


shhh. diam!

done.

19 January 2016

Memohon Penempatan Menjalani Latihan Pratikal di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu ❤

memohon Penempatan Menjalani Latihan Pratikal di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. assalamualaikum and hi student! amboi. amboi. macam cikgu pula kan. nasib tak de rezeki nak jadi cikgu. huhu.

ok. abaikan itu semua. pergi ke tajuk asal. bagi awak-awak yang membaca artikel ini, for sure, awak-awak adalah dikalangan student yang tengah mencari tempat untuk menjalani latihan industri atau latihan pratikal korang kan.


ok good. awak-awak semua berada ditempat yang betul. kat sini, PG nak berkongsi maklumat yang awak-awak boleh dapat bagaimana untuk memohon menjalani latihan praktikal di dewan bandaraya kota kinabalu (DBKK) dan bagaimana awak-awak ingin tahu samada permohonan awak-awak diluluskan, diterima atau pun tidak.

bagaimana Untuk Memohon Latihan Praktikal di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

membuat permohonan sangat senang. awak-awak hanya perlu menghantar surat permohonan menjalani latihan industri awak, dimana surat permohonan boleh didapati dari pusat pengajian ditempat awak-awak belajar, dan alamatkan surat menyurat awak ke alamat ini:

Pengarah,
Jabatan Pembangunan Sumber Manusia,
Tingkat 7, Bangunan Centre Point,
No. 1 Jalan Bandaran,
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu,
88675 KOTA KINABALU, SABAH.

atau. hubungi:

088-244000 sambungan 224 (jangan risau. panggilan awak-awak semua pasti dijawap) tapi. kena ingat, waktu pejabat adalah seperti berikut ya:

waktu pejabat:

isnin hingga khamis:
08.00 pagi - 01.00 petang
02.00 petang - 05.00 petang

jumaat:
08.00 pagi - 11.30 pagi
02.00 petang - 05.00 petang

jangan call waktu lunch break tau. tak da sapa nak sambut call ;D

bagaimana nak tahu permohonan awak-awak diluluskan, diterima atau pun tidak.

sebelum PG berkata-kata lebih lanjut. adalah penting untuk awak-awak tahu, tarikh sepatutnya awak-awak kena menjalani latihan praktikal awak-awak. ini agar. awak-awak tahu bila masa awak kena hantar permohonan awak. apa yang PG cuba tekankan adalah, awak-awak kena hantar surat permohonan awak lebih awal, seawal mungkin sebulan atau dua bulan dari tarikh sepatutnya awak menjalani latihan praktikal. kalau awak-awak bertanya PG, kenapa? PG jawap senang sahaja. jika permohonan awak ditolak, awak masih berkesempatan untuk mencari atau membuat permohonan ditempat lain untuk latihan praktikal awak. senang kan? :) PG harap benda ni awak alert la. jika bukan awak ingin menjalani praktikal di DBKK sekalipun. beringatlah untuk membuat permohonan ditempat lain pula. hehe. panjang pula PG berkata-kata kan ;D

ok. berbalik dengan pertanyaan diatas. senang sahaja jika anda ingin tahu. rileks. chill. jangan risau. awak boleh mengetahui samada permohonan awak diluluskan, diterima atau tidak melalui SURAT TAWARAN atau SURAT PENOLAKAN yang akan dihantar ke pusat pengajian tempat awak-awak belajar. senang. itu sahaja.

pesanan PG, kena alert dengan tarikh korang akan buat latihan praktikal. jika tidak menerima apa-apa perkabaran, its ok. boleh hubungi pejabat :)

wa. amboi. da panjang entry ni kan. oklah. stop kat sini dahulu. untuk awak-awak, jika ada persoalan mengenai permohonan penempatan menjalani latihan praktikal di dewan bandaraya kota kinabalu ini, bolehlah tinggalkan komen ye. inshaAllah PG akan membalasnya. harap membantulah. inshaAllah.

done!

07 January 2016

Analisa Keberkesanan Latihan 2015

langsung tak de kena mengena dengan dunia blog. nak update tentang tajuk diatas, dimana setiap tahun memang bahagian aku akan laksanakan. as usual analisa ni akan dibuat setiap hujun tahun dan yang pasti akan berkesinambungan ke awal berikutnya. maknanya. dalam dua atau tiga bulan kerja ni pack dan memang kena selesaikan sebelum merangka dan menyenarai pendekkan kursus-kursus yang bakal dilaksanakan pada tahun baru.

so. masa ni lah the all my bahagian yang hanya ada sepuluh orang sahaja dalam pejabat, dan dua orang lagi dekat our pusat pembelajaran dikingfisher akan melaksanakan projek ini tanpa gagal. jabatan ada belas-belas. dalam setiap jabatan paling ramai setakat ini adalah jabatan kesihatan persekitaran bandaraya dan juga jabatan landskap.

what we have to do bout this is. akan ada satu borang analisa. called insturmen analisa keberkesanan latihan. which is, satu borang akan ada nama anggota dan latihan-latihan atau pun kursus-kursus yang pernah beliau hadiri sepanjang tahun 2015 sahaja. so nanti hujung tahun 2016 pula, benda yang sama akan berulang. cuma mungkin jika bukan rezeki aku lagi duduk dalam bahagian latihan ni, so masa tu, aku tak buat lagi projek ni. nasiblah. hehe.

ok. selepas selesai mengemaskini borang yang ada. the all borang akan diprint, dibuat salinan pendua dan akan diedarkan kepada jabatan-jabatan yang berkaitan. selalunya memang the all jabatan memang akan terlibat. staff pun ramai. da mencecah 1500 orang aku rasa.

selesai dekat situ. then tunggu borang dikembalikan semula dekat bahagian aku. tempoh dua minggu diberikan untuk pengarah-pengarah memberikan respon semula dekat borang tadi. bahagian aku masa ni free for a while. balik borang nanti, kena kira borang tersebut semula dan the rest is, ketua bahagian aku akan ambik alih untuk siapkan laporan keseluruhan analisa keberkesanan latihan untuk tahun 2015.


simple je kertas kerja bos aku kali ni :D

done.

04 January 2016

Dalam Ingatan | Majlis Persaraan Tuan Michael Samuil

sebelum ingatan bersamanya berlalu pergi. aku update segera mungkin. aku pasti aku akan merindui ketiadaannya. to our beloved x pengarah jabatan pembangunan sumber manusia, dewan bandaraya kota kinabalu, tuan michael samuil. ketiadaan tuan sangat-sangat meninggalkan kesan mendalam. bukan sahaja dekat aku, malah aku pasti keseluruhan anggota dijabatan. 

mengenali tuan pengarah selepas x pengarah puan wan maria berpindah ke sesb, tidaklah terlalu rapat. biasalah. kerani biasa macam aku ni, siapalah nak pandang sangat. siapa nak ambik peduli. kadang aku percaya, mungkin ada pengarah jabatan lain yang samada tahu atau tidak kewujudan staff mereka. aku rasa begitu juga tuan michael. seawal tuan masuk memegang jawatan sebagai pengarah jabatan pengurusan sumber manusia, dbkk ketika itu. tapi itu tidak bermakna, aku dan juga staff tuan yang lain tidak menghormati tuan sebagai pengarah. tidak sama sekali. kita tetap menghormati tuan sebagai pengarah dan ketua yang menerajui jabatan kita untuk berdiri gah atas nama dewan bandaraya kota kinabalu.

personally. terima kasih tuan. terima kasih atas sumbangan, tunjuk ajar tuan even tidak secara berdepan. but we know. apa sahaja yang tuan buat, tingkahlaku, percakapan atau apa sahaja ketika waktu pejabat, we know tuan nak kami tunjukkan satu sikap yang baik sebagai seorang penjawat awam. terima kasih tuan.


sebahagian anggota bahagian aku bersama tuan michael. 
selamat bersara. ketiadaan tuan kini amat-amat terasa. 
terasa seperti aku kehilangan seorang bapa once again. T_T


in deep. aku sebak. sebak bukan sedih. tapi aku sebak seperti ada sesuatu yang sukar untuk aku keluarkan dari which part of my body T_T
again. selamat bersara tuan. pray saya untuk tuan sentiasa ada. amin.
done.

Alhamdulillah its 2016!

alhamdulillah. alhamdulillah. masih diberikan kesempatan untuk aku duduk bernafas di tahun baru 2016 ini. syukur alhamdulillah Ya Allah. tak tau nak cakap apa. selagi boleh bersyukur. bersyukurlah dengan apa yang ada didepan mata. inshaAllah. hati tenang. jiwa pun tenang. kepala pun tak maigrain ;)

syukur alhamdulillah once again. hari ni masuk office dengan harapan jiwa dan bangsa, jadilah pekerja yang cemerlang, gemilang plus gemerlapan dan juga tidak terbilangan kiranya. kalau boleh nak buat kerja tu dengan lebih santai. memandangkan sebelum sebelum ini, orang nampak macam aku ni workholic sangat. sedangkan tak pun. tapi rasanya ye kot. selalu je sakit kepala. balik rumah pun terus terbongkang. masak ke mana, laki ke mana, solat pun ntah ke mana. nampak sangat kan. hehe. 

apa pun. tak terlambat kot nak ucap HAPPY NEW YEAR. SELAMAT TAHUN BARU 2016 kat korang. selamat untuk aku juga. juga aku nampak dekat facebook, bersepah-sepah manusia buat status keazaman depa untuk tahun baru ni. abih tu tahun 2015 tercapai ke dak azam korang? manusia. mana sempurna mana kan. begitu juga aku. macam biasa. aku rasa aku tak de satu azam kecualilah aku dapat polo program 1 Azam tu kemudian hari. hehe. so jangan tanya apa keazaman aku. sebab sebelum ini pun macam tak nampak je tercapai ke dak. muahaha. so tahun ini dan juga pada tahun-tahun yang mendatang, inshaAllah, let it be. apa je jadi dengan hidup aku, itulah aku. aku tak nak merancang lebih-lebih. orang kata, hidup hanya sekali. so hari ni bergumbiralah seperti mana esok tiada lagi hari untuk engko. boleh?

again. alhamdulillah. da masuk tahun 2016 ni. seperti mana yang aku cakap. aku tak nak plan apa-apa. hidup aku. hidup suami aku. kehidupan orang. atau sesiapa je la berdekatan dengan aku yang sewaktu dengannya. dan sudah tentu, paling utama. dengan kerja aku. aku tak nak plan apa-apa. kalau boleh aku nak setiap tugasan yang diberikan, aku selesaikan je segera mana yang boleh. nak lebih rileks. sebab da tahu apa benda kena buat setiap tahun. rutin. kerja aku kerja rutin. kecualilah jika ada penukaran bahagian selepas ini. itu aku citer lain entrilah.

kurangkan bercakap. apa yang aku perasan pada diri aku sendiri. banyak cakap. betul. aku memang banyak cakap. bebenda yang tak de kena mengena dengan hidup aku laki bini pun aku akan bercakap. kadang dengan laki aku pun, aku banyak cakap. dekat office banyak cakap. dekat rumah mama pun sama. dekat kereta pun sama juga. dekat mana-mana pun sama juga. abih tu da macam mana kan kalau da orang jenis peramah. muntah hijau. muahahaha. dan that why, kadang aku perasan aku jenis cakap banyak dan cakap pun laju. kadang boleh tersasul apa benda aku cakap. sobsob. sampailah beberapa hari ni, bila laki aku bercakap, aku keep silent and silent. terus aku rasa, hidup aku tak seindah seperti biasa. T_T  so. ya. kena kurangkan bercakap untuk tahun 2016 ini. melalut dalam blog je tak pe kot kan T_T

kesimpulannya. alhamdulillah. masih bernafas. masih menjadi isteri orang. masih belum mengandung. masih menyewa rumah. oh lama tak citer pasal rumah sewa aku kan. nanti aku citer pasal tu lagi ye. lagi. masih bekerja. masih duduk dalam bahagian yang sama. masih dengan perangai tak serupa bikin. masih suka bercakap banyak but inshaAllah akan less kan sikit. hehe. masih dan masih aku yang dolo dolo. so. jangan menyampah dengan aku. sebab aku juga masih seorang blogger yang perasan cantik dengan tagline 'be ur self itu perlu'. senang. kan? so! happy new year 2016 korang ;)  

belanja 1 gambar di awal tahun 2016. tudung keknis adik ipar kasi :D

done.

22 December 2015

Wow! Finally I'm Here ;)

Holla fellas! Berapa hari tak update blog ni? Hehe. Tak la sampai tak update pun kan. Kalau korang perasan pun, template blog ni pun bertukar juga. Nak kata aku tak de kat sini, tak boleh juga. Ada je bersepah-sepah. Cuma cumanya....a little bit busy few months ni. As korang tahu, aku busy pindah rumah. Tak lama juga lepas tu bos aka pengarah aku nak bersara. Oh. While i'm writing this entry, seriously aku kat dalam tandas. Muahahaha. Nope. Kiddinglah. Gurau je. Hehe. Oh back semula. Pengarah aku bersara. Oh nnti aku up entry pasal beloved pengarah aku tu ye. Later!!! And of course sangat-sangat busy dengan kerja-kerja yang tertangguh...sebab...sebab...my ketua bahagian da bising, even dia pergi lawatan sambil belajar dekat koreaaaa for two weeks hari tu, but still juga sound directly by email, pap pap pap kena siapkan sebelum i balik office semula. I'm just like 'wow' apakah en. Bos?! Hahaha. So yaaa. I'm seriously seriously busy! Oh no! That mean no blog untuk aku fokus siapkan kerja! Hurm. Ok tak la kejam sangatkan. 

But yeah horey! Finally finally finally all my kerja tertangguh done! Fuh. Lap peluh. Huhu. Mampu tersenyum. Mampu tarik nafas lega. Mampu segalanya sampai aku boleh da nak makeover bilik sewa aku. Muahahaha. 


One of job aku yang da selesai! Fuh lap peluh ;)

Oh. Macam da panjang pula entry aku ni kan. Oh tak lagi. Banyak benda nak strory dekat sini. Rindu nak membebel again. Rindu nak blog walking. Rindu nak balas komen yang bersepah-sepah. Amboi. Macam femes amos. Macam-macam lagi lah. Buttt. I'm gonna go first. Esok inshaAllah aku bebel lagi ye. Hehehe. Best je nak taip banyak idea lah ni, en. Suami da panggil masuk tido. Erk. Haruslah tido. Hehe. Good nite and yaaa. Belanja korang satu gambar! Muahciked. Gatai pula. Hahaha ;)


Oh maigad! It's not my husband either! haha. Good nite!

Toodles ;)

11 November 2015

Cara Memohon dan Semakan Permohonan eKasih diDewan Bandaraya Kota Kinabalu

morning fellas. kat sini PG nak berkongsi maklumat tentang cara pohon eKasih dan semakan permohonan eKasih yang boleh dibuat di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. acapkali PG ditanya soalan berkaitan ini, samada ingin tahu cara mohon dan semak status permohonan eKasih mereka. semoga dengan perkongsian PG ini, dapat membantu pembaca dan juga orang ramai yang ingin tahu cara mohon dan semak eKasih mereka, terutamanya yang tinggal disekitar Kota Kinabalu, Sabah.


CARA MEMOHON/PENDAFTARAN EKASIH:

PG ada bertanya one of staff di Jabatan Kesejahteraan Masyarakat, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengenai cara untuk membuat permohonan eKasih. dan, jawapan yang PG terima adalah seperti ini:

Betul. DBKK adalah tempat yang betul untuk membuat permohonan eKasih. TETAPI.
UNTUK MAKLUMAN SEMUA!

Borang pendaftaran telah diselaraskan dan telah dihantar ke Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) BERDEKATAN anda.
macam mana nak tahu dimanakah UPPM yang sepatutnya korang pergi? tengok pada alamat yang tertera di KAD PENGENALAN korang. contoh mak PG. alamat beliau dalam kad pengenalan, INANAM, KOTA KINABALU SABAH. bermakna. UPPM di INANAM, adalah tempat untuk beliau membuat permohonan eKasih itu tadi.
contoh:

ALAMAT RUMAH : Kampung Kalansanan, Inanam, Kota Kinabalu, Sabah.

Tempat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) : UPPM N13 INANAM, SABAH.

isi selengkapnya borang permohonan pendaftaran eKasih and u done.

CARA MEMBUAT SEMAKAN PERMOHONAN/PENDAFTARAN EKASIH:

selepas selesai sahaja korang membuat permohonan eKasih itu tadi. PENTING untuk korang tahu adalah, borang permohonan akan dihantar ke Jabatan Kesejahteraan Masyarakat, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

disinilah semakan permohonan eKasih korang boleh dibuat. korang boleh juga hubungi 088-24400 dan minta sambung ke Jabatan tersebut untuk pertanyaan lanjut mengenai permohonan eKasih korang atau pun boleh datang ke Jabatan Kesejahteraan Masyarakat, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu sendiri, di Tingkat 7, Bangunan Centre Point, Kota Kinabalu, Sabah. naik lif parking atau pun satu lif naik ke boling tingkat 8 :D hahaha. senang cari lepas ni :D
rujuk ayat no. 16 dan juga no. 17 sekiranya pertanyaan korang adalah berkaitan ya.
 sumber: portal eKasih
16.   Bagaimanakah saya boleh mengetahui yang saya telah didaftarkan dalam sistem eKasih? 
Anda boleh menghubungi pihak Unit Penyelarasan Pelaksaan (ICU JPM) melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Negeri (JPP/PPPN – Bahagian/Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti Nama, No. Kad Pengenalan, No. telefon atau alamat e-mail/alamat surat menyurat yang boleh dihubungi.

17.   Sekiranya nama saya telah didaftarkan dalam eKasih, bolehkah saya mendapat sebarang bantuan ?
Kelulusan penyaluran bantuan adalah tertakluk kepada keputusan agensi pemberi bantuan berdasarkan syarat dan kriteria bantuan masing-masing. Data eKasih digunakan agensi pemberi bantuan untuk mengenal pasti mereka yang benar layak berasaskan kepada profil terkini peserta.

haha. itu dia. PG da selesai kat situ. hopely artikel ini dapat membantu korang ya. inshaAllah ;)

toodles!

09 November 2015

Bukan Sebab Isnin!

tak tau nak buat apa dekat office, bukan sebab hari ni memang isnin. isnin punya minggu-minggu lepas punya isnin pun sama juga aku macam ni. istilah monday blues kat aku, bukan je takat hari isnin punya blues. hari-hari lain punya blues pun memang ada. kalau boleh tiap hari lah layan blues. thank god aku memang jenis dapat arahan kerja je, terus siapkan cecepat. bukan sebab malas nak bagi tangguh-tangguh kerja. tapi sebab malas nak tengok apa yang ada didepan mata. huhu. so lepas tu boleh layan blues tengok drama korean dekat office kalau nak. hahaha. jangan kata aku tak de kerja pula. hehe.

 
tu dia.

tu baru keluar dari bilik pengarah. our pengarah will retire dalam bulan ni juga. then all the book come out dari bilik beliau dengan riang rianya. riang ria juga bagi aku kena kemas all the think. tak pe. da namanya librarians kan. ala kejap je ni. sat lagi clear. boleh berjimba-jimba dengan senang hati. lalala.

sebut pasal pengarah nak bersara. that mean. akan ada pengarah baru. of courselah kan. so. dalam few months ni juga sebenarnya, status siapakah yang bakal mengantikan pengarah sekarang, memang sangat-sangat menjadi tanda tanya. so many clu. tapi nak tahu yang sebenar-benarnya. yang sahih. kena tunggu pengarah bersara dahulu. hahaha. sangat-sangat misteri. nanti aku update sapa pengarah baru dekat office aku tau. kalau dapat pengarah macam KJ kan  best ;) perasan sungguhlah. :D

apa yang pasti. blues aku bukan pasal hari ni memang hari isnin ;)
toodles!

12 September 2015

Sabtu Bekerja

hollas fellas. good morning. korang yang gomen memang bestlah kan hari ni cuti, santai duduk rumah. tapi kalau dapat arahan kena bekerja dihari sabtu yang mengembirakan bagi mereka yang bekerja, macam aku sekarang ni, kena repeat ulang banyak kali baca senarai tugas tu. arahan dari semasa kena patuh. muahaha. makanya, 'saya yang menurut perintah' kenalah kerja juga gamaknya. hehehe.


tapi. tapi. tak pe. yang bestnya is, tak perlu nak siapkan kerja apa bagailah wei. kerja aku cuma duduk jaga training center ni je. sebab hari ni training kena sewa oleh jabatan luar for depa punya temuduga jawatan baharu. so. kita enjoy sahaja! yahoo. lepas ni nak update blog sampai lebam biji mata. thank god pengarah da siap-siap awal note overtime boleh claim. yahoo!! pengarah, saya sayang awak :D


buat kerja juga sikit-sikit, kang tak pasal-pasal makan gaji buta, rezeki dapat gaji tak berkat nanti :)

toodles.

07 September 2015

my dream workstation

hollas fellas. selain dekat rumah, masa kebanyakkan PG, adalah dekat pejabat. keja dengan gomen, biasalah. masuk pukul 8 pagi. balik pukul 5 petang. dalam setahun, sebulan sahaja balik awal dalam pukul 3 petang. memang best everlah masa tu. hehe. oh. tu pun belum tentu PG balik seawal jam 5 petang. sebab suami habis kerja pun dalam jam 5 petang, tapi nak kena ambik PG tu, kena tempuhi jem pula. selalunya paling lewat pun dalam jam 6 to 6.30 petang baru kena ambik.



habis tu apa PG buat sementara menanti suami ambik? haha. soalan cepumas pula. i'm not kinda yang suka jejalan dekat mall tanpa arah tujuan. nope. no at all. kecuali kalau ada benda PG nak beli, barulah jejalan while tunggu suami datang. selalunya buat apa?

selalunya PG akan duduk pejabat je lah. bila suami kata dia da otw, baru PG turun bawah. so masa nak tunggu tu, adalah masa yang sangat-sangat terluang! nak buat apa pun, memang ever best. masa tulah otak pun free sekejap. kerja yang tak habis kalau tak rushing memang PG akan tolak tepi jauh-jauh. tak nak pandang! hahaha. bukan sebab kita dibayar buat kerja sampai jam 5 petang sahaja tau. tapi kalau boleh, jika dan kalau boleh dan seboleh-bolehnya. please, bagi masa untuk diri sendiri juga. kerja tak akan pernah habis. hari-hari masuk kerja pun, kita akan mengadap benda yang sama. cuma how kita nak separate kan benda tu sahaja. da start da aku membebel kan. hahaha.

ok! PG sebenarnya nak kongsikan bersama dekat sini, beberapa gambar workstation atau meja kerja yang memang sedap je mata memandang. kalau dapat buat macam ni dekat office sendiri kan best. masuk office pun tenang je. rasa macam nak duduk dekat pejabat je. amboi. 
 
dan, mencari idea untuk buat sesuatu untuk PG berkaitan dengan meja kerja adalah juga sebahagian daripada aktiviti PG sementara tunggu suami datang pick up. jangan buang masa :D haha. internet pun free. muahahaha!



nak sangat buat macam ni :)










 
nice kan?

PG sangat terkenan nak buat macam gambar no. 2 tu :)
sedap macam aiskrim pula PG tengok. haha

Toodles.

Buku Rujukan Peperiksaan Bagi Mata Pelajaran 1C Subjek Utama Bagi Pegawai-Pegawai Jawatan Jabatan (Departmental Post) Dalam Gred 11

tajuk bukan main panjang. tetapi kalau ada sesiapa nak mencari buku rujukan untuk menduduki peperiksaan ini, yang mana tujuan peperiksaan adalah bagi memenuhi salah satu syarat pengesahan dalam perkhidmatan, kat sini PG kongsikan untuk korang. nak cari buku rujukan untuk peperiksaan lebih-lebih lagi disaat akhir, memang jenuh sebenarnya. juga sukar disitu bagi mana-mana pegawai yang bekerja dilapangan. serius. PG tahu kesukaran tu macam mana, sebab PG pun pernah tertanya-tanya buku rujukan apa yang patut dibaca, bersesuaian dengan peperiksaan yang kita nak duduk nanti.

bagi Buku Rujukan Peperiksaan Bagi Mata Pelajaran 1C Subjek Utama Bagi Pegawai-Pegawai Jawatan Jabatan (Departmental Post) Dalam Gred 11 ini, bahan-bahan rujukan atau buku rujukan yang patut dibawah nanti adalah seperti berikut:
  1. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008, dan
  2. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam


Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008 



Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
(buku warna kuning tu)
 
oh ini adalah bagi Peperiksaan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah sahaja tau. Semenanjung punya, PG tak sure. as PG memang di Bahagian Latihan dan Pembangunan, kita cuma boleh dapat jadual peperiksaan untuk negeri sabah sahaja.

so. itulah dua buah buku yang korang boleh guna untuk peperiksaan diatas. nak cari dekat mana? boleh cari dekat kedai-kedai buku seperti popular atau eatons :)
untuk mereka yang ambik peperiksaan ini, good luck!

toodles.

20 August 2015

Doa Sebelum Mulakan Kerja

morning fellas. syukur alhamdulillah. permulaan awal pagi yang baik hari ni. hujan pun tak hujan. semalam kilat sambar menyambar. takut juga jika berterusan sampai awal pagi hari ni. tapi nampaknya cuaca ok pula. syukur alhamdulillah. mood pun ok. haha.


as usual aku da sampai office. selalunya akulah manusia paling awal jejak kaki dekat pejabat. keluar awal pagi, tak jem. sat lagi kalau jem, jenuh juga punch kad merah. plus aku memang jenis tak suka nak kelam kabut masuk office. sempatlah juga nak tulis entry satu dua ketul. hehe.

ok, ok. apa pun. PG nak kongsikan doa sebelum memulakan kerja untuk korang semua. inshaAllah, semoga apa yang kita lakukan hari ini, diberkati oleh-Nya. inshaAllah Ya Allah :) Nanti kita sambung lagi k. nak cari breakfast sat. hehe.


pakcik google. pinjam gambar awak ye :)

toodles.