23 September 2016

Cerita Dalam Bas Awam ;)

Nak muka halus mulus tulis bak para wanita korea? Jangan harap nak dapat kalau ada sifat malas. Hehe. Tadi petang time i balik kerja, ada sorang minah ni duduk kebetulan sebelah i. Ya Allah. Licin, putih muka beliau wei. Beliau? Tak. Muda lagi. Muda dari i rasanya. Hehe. Kira adik i la kan. I punya nak pandang dia tak berani. Kang dia kata i pula. Da kenapa pandang-pandangkan. 

Sampai nak dekat kawasan i turun pun, i still tak berani nak pandang. Hahaha. Sebenarnya i nak tengok sebab i nak tanya produk apa dia pakai yang buatkan kulit wajah dia flawless macam tu. Hehe. Sampai kesudah tak berani nak tanya, i rasa i patut buat something dekat kulit wajah i. Tak la sampai nak buat pembedahan plastik. Sampai kesudah i jadi mangsa kutuk nanti.


Da macam hantu kak limah balik kampung pula :D

xoxo.
Share:

De'Xandra Perfume Botol Ke-3

Assalamualaikum. Hi.

Minyak Wangi De'Xandra | Tak jawap dosa :D. Hi awak-awak. I lama da nak kongsi artikel ni. Da sebulan dua artikel ni duduk dekat draft. Kesian dia. Hehe. By the way, ini adalah botol minyak wangi ke-3 yang i beli, tak silap i. Wangian original minyak wangi ni. Sangat harum dan PG memang syorkan awak-awak kalau nak beli, cari wangian De'xandra ni juga. Those sapa duduk dekat area Kota Kinabalu, Sabah, boleh contact PG untuk wangian tester tu. Cium bau je la then kalau nak dapatkan wangian tu, inshaAllah kalau ada stok, then awak dapat hari tu juga. Hehe. Tak pun esok lusa ke macam tu kan. PG tak jual tau. Kawan sepejabat PG yang jual :)


then. Ya. its me :D

Dengan pengalaman jualan perfumes ini, kami hanya membawa masuk perfumes-perfumes yang sangat TERKENAL & LARIS di Malaysia untuk memudahkan pengguna memilih. - GITU :D

xoxo.
Share:

22 September 2016

Plaza Shell @ Bangunan Hap Seng Kota Kinabalu, Sabah

Bangunan Hap Seng Kota Kinabalu, Sabah | Awal pagi i candid kat belakang bangunan Hap Seng ni. Da macam ala-ala korea punya bangunan kan? Hehe. By the way, bangunan yang dikendalikan oleh Hap Seng Consolidated Berhad ini menempatkan Plaza Shell kat sini. Macam mana i nak cakap ye. Plaza Shell kat bangunan Hap Seng Kota Kinabalu, Sabah. Senang kan? atau kalau nak cari bangunan Hap Seng Kota Kinabalu, cari kat Plaza Shell. Atau mana yang lebih better? Hahaha. Bingung i seketika :)


view belakang bangunan hap seng kota kinabalu, sabah


ni pula view depan bangunan hap seng kota kinabalu, sabah

Memetik petikan daripada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman:
"Bangunan yang dikendalikan oleh Hap Seng Consolidated Berhad itu memperlihatkan satu lagi struktur bangunan yang mempunyai reka bentuk dan seni bina moden. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman berkata ia merupakan satu kebanggaan apabila melihat bangunan tersebut didirikan disebuah tapak yang sebelumnya hanya sebuah perkampungan air dengan rumah-rumah yang dibina di atas tiang. “Hal ini menunjukkan bandaraya ini melalui kepesatan pembangunan dan transformasi kemajuan dari semasa ke semasa terutamanya sejak dekad kebelakangan ini,”katanya.
Sumber: sayangsabah
Jom breakfast!
xoxo.
Share:

21 September 2016

Beauty Box Giveaway by Sally Samsaiman!

Beauty Box Giveaway by Sally Samsaiman! | I join sama sebab i memang suka bebenda-benda barangan kecantikan, evendo sebenarnya dalam handbag cuma ada 3 benda basic seperti Azhafizah blog iaitu lipstick, foundation dan eyeliner. Kot-kotlah menang, rezeki, boleh buat koleksi dalam handbag i :D


Sebut pasal satu-satu produk, i setakat ni setia pada foundation B.B Cream keluaran maybelline tu. Since i da cuba sekali B.B Cream tu, after that, i tak tukar lain lagi. Kekallah sampai ke hari ni, still pakai. Selain itu, produk yang i pakai sekarang juga, pencuci muka Safi Rania Gold. Safi Rania Gold i da pakai dekat 2 tahun. Setakat ini dia ok dekat kulit wajah i. Yang penting sebenarnya nak jaga kecantikan is, jangan ada sifat malas. Nak cantik, kena rajin. Kan? ;)


B.B Cream Maybelline


Masker Safi Rania Gold | Pencuci Muka Safi Rania Gold | Rexona i :D

So macam mana? Best tak story tentang produk kecantikan PG? Simple sangat kan. Hehe. Awak-awak pula macam mana? Kalau nak sertai giveaway ini, klik banner atas sekali tau. Good luck! :)

xoxo.
Share:

Korean Lover | Sinopsis Scarlet Heart Ryeo

Sinopsis drama korea Scarlet Heart Ryeo. I tengok drama ni. Awak-awak tengok tak? I mula-mula macam tak berapa nak suka drama ni. Tapi bila da masuk pertengahan cerita episod satu tu, i start mula suka dan tunggu nak habiskan cepat dan pergi tengok lagi episod lain. Masa i download, i da download sampai episod 7. Kiranya nanti i tak akan tertunggu-tunggu apa next episod. Tapi bila da habis tengok, jadilah macam pagi ni. Semalam punya cerita, pagi ni i da balik-balik refresh facebook. Nak tunggu anyone yang share. Hehe. I tak de astro kat rumah. Hehe. Bukan sebab i tak nak beli, tapi i rasa tak berbaloi. Sebab waktu kerja i, balik rumah tinggal nak tutup mata je, dan esok i kena pergi kerja semula, membuatkan masa i kurang tengok tv. Hehe. Apa-apa pun, meh i share sikit sinopsis. I tak reti nak olah sangat, mana yang i mampu, i share la. ;)

 
Pakcik google. Pinjam gambar awak sat yer :D

Scarlet Heart Ryeo mengisahkan tentang Hae Soo, seorang gadis di era zaman moden yang terbawa masuk dan terperangkap ke zaman Dinasti Goryeo. Dimana zaman yang penuh dengan konflik perebutan kuasa berlaku diantara putera-putera Maharaja Goryeo ketika itu. Konflik terus-terusan berlaku dengan campur tangan permaisuri. Menarik jalan cerita ini diselitkan dengan percintaan yang berlaku diantara Hae Soo dengan Putera Ke-4 dan Putera Ke-8. 

Bagaimanakah dan apakah yang akan terjadi pada hubungan Hae Soo dan para Putera yang lain? Jangan lupa tengok tau drama ni. I pun blur-blur sikit dengan jalan cerita ni. Tapi for me, setakat ni, drama ni best ;)

xoxo.
Share:

20 September 2016

Giveaway Mangkuk Tingkat by El Darwena

Assalamualaikum.

Hi fellas. I pantang nampak warna pinky-pinky ni. Terasa ada satu cabaran dalam hati jiwa dan raga. Ar, sama macam giveaway mangkuk tingkat by el darwena ni. Warna mangkuk tingkat giveaway dia kat situ, memang i tak boleh tengok. Tapi da alang-alang ternampak, i terus join sama giveaway mangkuk tingkat ni. Dengan harapan i, moga i menang hadiah mangkuk tingkat tu. Muahaha. So awak-awak sekalian alam. Agak-agak kalau spesis sama macam PG, meh jemput sekali giveaway ni. Kot-kot rezeki awak-awak pula kan. Hadiah satu je tau. Tapi, mari kita berharap moga-moga tuan tanah nak bagi hadiah lebih dari satu kat situ. Hehe. Klik banner!


Giveaway tamat pada 15 October 2016 jam 11.59 malam tau :)

xoxo.
Share: