31 December 2014

Happy New Year 2015!

Oi mak jemah betul, reramai blogger talk pasal entri terakhir di tahun 2014 depa di jam-jam terakhir tahun 2014 ni. Da macam ada satu contest pula. Tajuk entri skema sama je semua. Entri bukan calang-calang. Hebat engko. Mana yang dapat rezeki terpijak tu, memang engko lagi hebat bergaya kot. Hot fm pun tak macam engkorang. Hehe. Ar, nampak sungguh aku jelesi dengan korang kan ;) Jangan judgemental tau. Sebab itu semua rezeki memasing. Aku yakin, siapa yang berusaha lebih, pasti akan mendapat kelebihan yang berlebihan juga. InshaAllah Ya Allah.


Then, what about me? My 2014? Aku juga macam korang kot. Lot of thing hapend for me. Kira macam ni. Selagi kita hidup, bernafas, bernyawa, masih duduk berdiri dekat bumi Allah ni, selagi itulah kita akan punya beribu satu cerita. Membezakan kita is, macam mana kita handle dan laluinya. As korang tahu tahun 2014 akan berlabuh pergi dalam masa beberapa jam sahaja lagi, and apa yang aku harapkan dalam tahun 2014 dan apa sahaja yang aku lalui sepanjang tahun 2014 ini akan memberikan seribu satu pengajaran sekaligus mematangkan lagi cara untuk aku berfikir sebelum bertindak melakukan sesuatu. Sebab aku yakin, tiada satu pun manusia di dunia ini yang sempurna akal dan fikirannya.

Ya Allah, for my 2015, aku tak harapkan apa-apa selain keredhaan dariMu untuk setiap langkah, setiap apa sahaja perlakuan dan tindakan aku. Aku percaya, bila kita meminta, memohon dan terus memohon keredhaan daripadaNya, pasti ada sesuatu yang baik tertulis untuk kita kan ;) Seiring itu, what i wish for 2015 is, menjadi seorang yang lebih berjaya daripada tahun-tahun sebelum ini. Jadi isteri, anak, menantu yang baik. InshaAllah. Ya Allah, bantulah aku! T.T

Ok, nampaknya itu sahaja kot what i wanna say bout my last remembering on 2014 ;) tak awesome kot kan. Hehe. Apa pun, happy new year 2015!!

Toodles.
Share:

Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan

Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan. Betul! Memang bagus untuk kesihatan. Moga shaklee menjadi pilihan utama masyarakat kini yang mementingkan pengayaan hidup secara sihat!. Kenali Shaklee. Satu Produk Kesihatan, vitamin dan supplement (makanan tambahan) berasaskan bahan semula jadi, yang telah diperakui sendiri oleh Islamic Services of America (ISA), badan yang diiktiraf oleh JAKIM, dan diakui sama oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bahawa produk ini adalah satu produk yang selamat diambil tanpa was-was! dan untuk pengetahuan semua, Produk Shaklee mempunyai rangkaian pengedar jualan terbesar di Malaysia!

Kredit: NutrisiMaya
Share:

Pembayaran BR1M 15 Januari 2015 Ini. Terima Kasih PM.

Syukur alhamdulillah. Nampaknya, pembayaran BR1M juga akan dipercepatkan iaitu pada 15 Januari 2015 ni. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat-peringkat dan keutamaan akan diberikan pada mereka yang berada di negeri yang terjejas akibat banjir. Tidak mengapalah. As long, we know, pembayaran akan dibuat awal. Syukur alhamdulllah. Bagi penjawat awam, kiranya mendapat durian runtuh tu, dengan pembayaran bonus kakitangan seawal pada 05 Januari 2015 juga, bersyukurlah, dan gunakanlah kelebihan yang ada ini sebaik mana mungkin.


KUALA LUMPUR 29 Dis. - Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dijadualkan pada akhir bulan depan, akan dipercepatkan mulai 15 Januari 2015.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pembayaran akan dibuat secara berperingkat-peringkat dan penerima di negeri yang terjejas banjir diberi keutamaan dalam proses penyaluran BR1M.

“Kerajaan prihatin dan mengambil berat tentang kesulitan yang dihadapi oleh mangsa-mangsa banjir, khususnya kepada penerima BR1M. Oleh itu, kerajaan bersetuju pembayaran BR1M dipercepatkan mulai 15 Januari depan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, menurut beliau, permohonan dan proses kemas kini BR1M juga dilanjutkan sehingga 31 Januari 2015. - Utusan
toodles.
Share:

Hari Terakhir Kerja di Tahun 2014 ;)

morning fellow. hari ni hari terakhir bekerja di dalam tahun 2014. nak menghabiskan kerja-kerja pada tahun ini sahaja sebenarnya, memang tak tercapai akalmu ala-ala lirik lagu elyana. ada sahaja benda yang menganggu bila nak habiskan satu-satu kerja. haha. bukan pasal blog sahaja tau :D



ok, lupakan pasal itu, sebab aku da update peminjaman buku for this year sahaja. segala laporan kursus, nota kursus, laporan pelajar praktil too i'm done with it. cutting news paper almost done for it. but tak selesai lagi dengan jayanya. nampaknya, aku kena bawa balik juga cutting tu. malas nak bawah ke tahun hadapan, mean esok la kan. hehe. oh esok cuti kan? yahoo!

tahun ni yang tak berjaya buat dengan jayanya is, hebahan buku for this library. huhu. nampak sangat tak menjadi seorang pekerja yang berdedikasi T.T sob~ En. bos, jangan marah tau :D minggu depan aku tengok berapa markah prestasi engko bagi ye. boleh? hehe.

yang berjaya diselesaikan sama adalah, pengisian borang penilaian prestasi. ar itu penting. kang ada yang tak dapat kenaikan gaji tahunan pula. hehe. haruslah isi kan jawapnya? :D ok, tu je la nak update pasal hari last bekerja hari ni. hari last korang bekerja pada hari ini pula, apa cerita? :) office sunyi sepi. ramai yang ambil cuti panjang. sampai ke temu!

toodles.
Share:

30 December 2014

Beautiful Marian Rivera Weeding Dress!

Omgeee! Nampak status dekat facebook tadi, the beautiful of Marian Rivera telah selamat menjadi isteri to her charming husband Dingdong. Congrats to both of you. ;) Cantiknya dia wei! Tengok sahaja baju kawen dia. Shes so gorgeous giler! I love her dressss!



Dia seperti seorang puteri right? ;)


Toodles.
Share:

Pembayaran Bonus Kakitangan Awam Pada 05 Januari 2015

Syukur alhamdulillah. Dimaklumkan bahawa Pembayaran Bonus Kakitangan Awam 2015 akan dipercepatkan iaitu pada 05 Januari 2015. Syukur alhamdulillah. Semoga pembayaran bonus ini juga sedikit sebanyak membantu keluarga ahli penjawat awam yang kita sedia maklum, terjejas akibat banjir agak luar biasa di pantai timur. InshaAllah. Gunakanlah sebaik mana mungkin.

 

http://www.mysumber.com/tarikh-bayaran-bonus-kakitangan-awam-2015-pada-januari.html

toodles.
Share:

iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger

iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger!. Betul. Begitu juga dengan aku. Impian untuk memiliki telefon pintar keluaran Apple ini memang telah lama aku impi dan idam-idamkan, sejak mengikuti kali pertama Contest iPhone 5 Gadget Impian anjuran Denaihati.com pada tahun 2012, dan kini, Denaihati sekali lagi berbesar hati menganjurkan Contest iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger. Sudah semestinya impian setiap rakan blogger yang mengikuti contest ini juga!


Sesuai dengan tagline blog Denaihati.com itu sendiri "Hidupkan Untuk Memberi", maka, tidak salah jika aku katakan, Denaihati.com berbesar hati untuk memberi peluang kepada tiga (3) orang pemenang untuk merebut peluang memenangi bukan satu (1) iPhone 5s, tapi!, tiga (3) unit iPhone 5s untuk dimenangi.

iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger

Rasanya tidak salah jika aku katakan, iPhone atau apa pun siri keluaran Apple memang menjadi impian semua orang, bukan. Bukan sahaja blogger. Malah, semua orang inginkannya jika diberi kesempatan ataupun peluang untuk memilikinya. Tetapi, mungkin dek kerana harganya yang agak mahal sedikit disitu, then, tidak semua orang mampu mendapatkannya. Begitu juga aku.

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Masih belum berjaya memiliki sebarang siri keluaran Apple, lebih-lebih lagi iPhone, tidak bermakna aku tidak ambil pusing tentang telefon pintar ini. Benar, tak kenal maka tidaklah jatuh cinta, kan. Bagi aku, ada beberapa perkara yang aku titik beratkan untuk memiliki sebarang jenis smartphone yang ada, lebih-lebih lagi jika berjaya mendapatkan iPhone 5s. Jom baca. Mungkin ianya bakal menjadi panduan buat korang yang ingin mendapatkan iPhone 5s selepas ni?.

Kamera

Kualiti kamera Apple iPhone 5s vs Asus Fonepad 7

Bagi aku, yang memang hantu "selfie". Kualiti kamera memang menjadi keutamaan aku. Dengan kualiti kamera yang ada pada iPhone 5s itu sendiri, sudah cukup awesome disitu. Lepas ni, tidak perlu lagi usung kamera canon pinky ke sana sini. Hanya menggunakan iPhone 5s, ianya nyata memuaskan!

Aplikasi

Menggunakan iOS 7, upgradable to iOS 7.1.2, planned upgrade to iOS 8 (sumber: gsmarena), dan antara review yang aku sempat baca mengenai aplikasi ini adalah, ianya membantu kita mengakses segala kemudahan yang ada dalam iPhone 5s dengan lebih cepat, dengan menjanjikan satu kepuasan kepada pengguna telefon pintar ini, terutamanya ketika kita ingin download pelbagai aplikasi melalui App Store iPhone sendiri. Hebat bukan? (sumber: amzanimokhtar)

Saiz

Saiz iPhone 5s ini memang aku respect. Just nice. Masuk dalam poket jeans pun memang cantik je kat situ dia duduk. Maka, saiz iPhone 5s memang sudah praktikal dan memang sesuai sebenarnya untuk para gegirl.

Kepuasan Diri Sendiri

Apa yang lebih bererti tika memiliki iPhone 5s jika bukan kepuasan diri sendiri kan. Bagi aku, bila memiliki sesuatu smartphone, lebih-lebih lagi iPhone 5s, itu adalah satu reward dan kepuasan untuk kita. Ye la, jika kita memiliki atas usaha sendiri, lebih-lebih lagi jika menggunakan tabungan yang dikumpul setahun pasti ianya adalah satu kepuasan! Tapi lagi puas jika ianya diberikan percuma melalui contest iPhone 5s Gajet Impian Setiap blogger anjuran Denaihati.com ini. Kan? ;)

Contest iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger

Berbalik dengan contest iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger tadi. Betul, ini adalah realiti dan bukan fantasi tau, dan dengan contest anjuran Denaihati.com ini, pastinya impian aku dan impian ke semua peserta yang turut serta contest ini akan bakal menjadi kenyataan. InshaAllah.

Memandangkan, ini baharu tugasan edisi pertama, that mean, aku sure akan ada beberapa cabaran lagi nampaknya yang bakal menyusul. Apa pun, jangan lupa support blog ni tau :)

Ingin turut serta Contest ini? Boleh sahaja. Jom jemput ziarah blog Denaihati sekarang - Tiga iPhone 5s Untuk Dimiliki.
Man Jadda Wa Jada –
Sesiapa Yang Bersungguh Pasti Dapat!
Contest iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger ini dianjurkan oleh Denaihati.com bersama para penaja yang hensem-hensem belaka, tetapi tidak lawan AbangEnsem kat situ dan para penaja jelitawan terutamanya sis AkmaOmar bersama geng-geng bas sekolah mereka iaitu

Penaja Utama

  1. http://amariman.com
Penaja Individu

  1. http://www.ombakcreatives.com
  2. http://ejamothman.com
  3. http://www.eridy.com
  4. http://www.hilalazmi.com
  5. http://www.eizil.com
  6. http://www.asamboi.my
  7. http://www.diarymama.com
  8. http://pendekarberkuda.org
  9. http://www.saji.my
  10. http://abangensem.com
  11. http://www.enveeus.com
  12. http://www.pakarniaga.com
  13. http://anarm.net
  14. http://www.daddydee.net
  15. http://www.sunshinekelly.com
  16. http://sweetkurma.com
  17. http://awn.my
  18. http://mawarmerah2008.com
  19. http://www.blogieta.com
  20. http://www.broframestone.com
  21. http://www.akmaomar.com
  22. http://khairilmazri.com
  23. http://wowberita.org/
  24. Japan Budget Trip
Arwah Syuhada Baharudin (http://www.syuhada1981.com @ http://syuhadabaharudin.com) juga adalah salah seorang penaja contest iPhone 5 Gajet Impian Setiap Blogger ini. Mari sama-sama sedekahkan Al Fatihah untuk arwah dan semoga tajaan ini menjadi sedekah yang terima oleh ALLAH.
Toodles!
Share:

Blogger Buat Duit Online

Blogger buat duit online, bukan lagi satu topik yang asing atau baharu bagi kerjaya seorang blogger. Jika anda adalah seorang kaki google, sudah pasti anda akan temui pelbagai informasi berkaitan blogger buat duit secara online dimana-mana sahaja!


Seiring dengan kemajuan teknologi maklumat kini, ianya juga bukan lagi satu masalah bagi kita untuk cuba membuat duit secara online atau dalam talian kan. Samada kita berani mencuba atau tidak sahaja. Dewasa ini juga, kita boleh melihat, para peniaga online wujud bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Satu peribahasa yang bertepatan sekali. Tidak melepaskan peluang yang ada, blogger sendiri adalah salah seorang yang tidak terlepas dari merasai tempias kemajuan teknologi maklumat ini dengan membuat duit secara online.

Untuk makluman, buat duit online atau secara dalam talian ini, sebenarnya bukan mudah. Tetapi bukan juga susah untuk kita pelajari tentangnya. PG percaya, jika kita berada di landasan yang betul, cara yang betul, inshaAllah, melalui medium blog, kita akan berjaya buat duit.

Blogger Buat Duit Oline

Apakah yang dimaksudkan dengan buat duit online?

Bagi PG, buat duit online atau bisnes online (secara dalam talian) membawa maksud mudah, iaitu satu proses transaksi urus niaga jual beli yang dijalankan secara dalam talian (online), dan masih menggunakan konsep yang sama iaitu peniaga masih memerlukan produk untuk dijual dan memerlukan pelanggan untuk membeli.

Bagaimanakah cara untuk buat duit online?
Satu persoalan yang bagus dan yang pasti, memang soalan ini selalu ditanya oleh mereka yang ingin membuat duit secara online kan? Sememangnya banyak cara untuk kita buat duit online ni. Pengalaman PG, paling mudah dan utama adalah, pertama, kita kena ada produk, kedua sebuah blog dan ketiga iaitu ilmu. Dengan ilmu yang ada, bak kata blogger hebat Tuan Denaihati dalam artikel Asal Jangan MLM, zero menjadi hero! konsepnya tetap sama. Kena ada ilmu untuk mencapai kejayaan. 
Oleh itu dekat sini, PG kongsikan bersama adalah beberapa artikel yang ditulis sendiri oleh Tuan Denaihati juga, selaku penganjur utama Cabaran iPhone 5s, yang menjurus kepada buat duit dengan blog, sebagai panduan untuk blogger atau sesiapa sahaja yang berminat untuk mencuba sendiri, bagaimana buat duit secara online.
Antaranya adalah:
Buat duit dengan blog secara affiliate - 17 August 2009
Buat duit dengan blog hanya dari iklan 27 July 2013
Buat duit hari-hari dengan World of Hijab - 18 September 2014
Moga perkongsian artikel diatas dapat membantu sedikit sebanyak buat rakan blogger baharu atau lama yang mulai berminat untuk menjana pendapatan sampingan melalui blog ya. Blogger Buat Duit Online

Ok, berbalik dengan tajuk utama, disini PG kongsikan bersama adalah, sedikit pengalaman peribadi, bagaimana dengan hanya menggunakan blog, PG berjaya menjana pendapatan sampingan atau erti kata lain, buat duit online sebagai panduan atau rujukan atau mungkin boleh memberi satu suntikan semangat buat rakan blogger lain, untuk cuba menjana pendapatan sampingan secara online.
Antara adalah:

  • Meletakan iklan dari Syarikat Pengiklanan (Nuffnang dan ChurpChurp)
PG telah meletakkan iklan Nuffnang dalam blog semenjak PG mengetahui bahawa melalui blog, kita boleh menjana pendapatan sampingan. Betul, dan syukur alhamdulillah, melalui pengalaman beriklan dengan Nuffnang dan masih menggunakan Nuffnang sebagai medium untuk menjana pendapatan sampingan, PG berjaya mendapat sedikit tidak banyak insentif dengan memperolehi pendapatan sebanyak RM400 ke RM500. syukur alhamdulillah. Mungkin bagi sesetengah blogger, Nuffnang bukan sebuah syarikat pengiklanan yang terbaik, tetapi bagi PG, jika ianya memberikan insentif secara percuma, kenapa perlu menolak, kan. Syukur alhamdulillah, Churpchurp juga begitu.

Melalui pengiklanan Nuffnang juga, PG mendapat insentif disitu apabila dijemput untuk menulis tentang Pelakon Wanita Popular Malaysia, Fasha Sandha, selain mendapat peluang sama, iaitu menulis mengenai Pelancaran dan Percubaan Escape! Syukur alhamdulillah. Semua ini memberikan satu moment yang paling indah bila diberi peluang untuk tulis mengenainya. Bukan juga semata-mata kerana buat duit tau. ;)
  • Review Produk
Buat duit melalui review produk juga salah satu cara blogger buat duit online. PG sendiri pernah diberi peluang membuat duit dengan menulis tentang produk Aura White Beauty Pure Glutathione Collagen atas jemputan blogger AkmaOmar, salah seorang penaja individu Tugasan Akhir Cabaran iPhone 5s disini, dan begitu juga baharu-baharu ini PG mendapat jemputan dari pihak Zalora Malaysia dengan menulis tentang produk barangan mereka. Syukur alhamdulillah, melalui cara review produk PG berjaya buat duit secara dalam talian. Jangan tidak percaya, ada sesetengah syarikat pengiklanan, peniaga, orang perseorangan malah ada juga dikalangan blogger yang menawarkan sejumlah bayaran yang agak besar juga semata-mata untuk "review produk" hasil keluaran mereka. Kelebihan yang ada ini, memberikan peluang untuk blogger lain buat duit melaluinya.
  • Mengikuti Segmen | Contest
Ini adalah cara paling mudah bagi blogger buat duit secara online. Pengalaman PG melaluinya apabila menang hadiah wang tunai sebanyak RM400.00 dalam segmen Cabaran iPhone 5 anjuran denaihati dua tahun lalu, selain mendapat RM100 dalam segmen Malaysia disini Lahirnya Sebuah Cinta baharu-baharu ini. Syukur alhamdulillah. Memang buat duit jika kita pandai menggunakan medium blog, internet ini sebenarnya. ;)
Nampaknya, itu sahaja serba sedikit perkongsian dari pengalaman PG sendiri mengenai blogger buat duit online, dan untuk makluman, topik hari ini adalah bersempena dengan Tugasan Akhir Cabaran iPhone 5s, anjuran denaihati, bagi memenuhi salah satu syarat akhir tugasan tersebut yang akan berakhir pada 30 November 2014 tidak lama lagi.

Berharap sangat, artikel ini akan menarik perhatian para penganjur, sekaligus melayakan PG untuk memenangi salah satu unit iPhone 5s yang ditawarkan. InshaAllah.

Penaja Utama
  1. http://amariman.com 
Penaja Individu
  1. http://www.ombakcreatives.com
  2. http://ejamothman.com
  3. http://www.eridy.com
  4. http://www.hilalazmi.com
  5. http://www.eizil.com
  6. http://www.asamboi.my
  7. http://www.diarymama.com
  8. http://pendekarberkuda.org
  9. http://www.saji.my
  10. http://abangensem.com
  11. http://www.enveeus.com
  12. http://www.pakarniaga.com
  13. http://anarm.net
  14. http://www.daddydee.net
  15. http://www.sunshinekelly.com
  16. http://sweetkurma.com
  17. http://awn.my
  18. http://mawarmerah2008.com
  19. http://www.blogieta.com
  20. http://www.broframestone.com
  21. http://www.akmaomar.com
  22. http://khairilmazri.com
  23. http://wowberita.org/
  24. Japan Budget Trip

Sebelum PG mengundurkan diri, kiranya disini, PG ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Denaihati atas penganjuran hebat Contest Cabaran iPhone 5s dengan hadiah 5 Unit iPhone 5s sebagai hadiah utama, malah hadiah wang tunai juga turut disediakan!, juga tidak lupa, ucapan ribuan terima kasih ikhlas dari PG kepada Para Penaja Utama dan Para Penaja Individu untuk Contest Cabaran iPhone 5s ini. Semoga kerjasama antara Denaihati dan Para Penaja tidak akan pernah berakhir. InshaAllah.
Memetik kata-kata Tuan Denaihati...“Untuk buat duit online perlu ada KEBERANIAN untuk mencuba mencuba mencuba kerana KEGAGALAN berkali-kali adalah guru yang paling baik”. 
Toodles.

Share:

29 December 2014

Carian Google Paling Popular 2014!

Carian Google Paling Popular 2014! Hebat! Memang menjadi idaman para blogger dekat dunia kot nak duduk dalam carian paling popular. Siapa tak nak, kan? tahu tak korang, menjadi carian google tu boleh memberikan seribu satu trafik dalam blog kita. Bukan takat ribu riban, puluh ribu plus ratus ribu plus siapa yang letak iklan berbayar tu, memang awesome kot earn korang  bakal dapat. Hebatkan? :) Apa yang menjadi carian google paling popular 2014? Jom find out this. This one, PG share sebab denaihati.com update bout this too. Memang awesome. Untuk makluman, setiap carian ada kategorinya memasing. lets find out more here Google.


Carian Kategori Menyeluruh
  1. MH370
  2. World Cup 2014
  3. MH17
  4. Astro Awani
  5. Perodua Axia
Carian Orang Perseorangan
  1. Karpal Singh
  2. Robin Williams
  3. Jennifer Lawrance
  4. Felixia Yeap
  5. Hanez Suraya
Carian Kategori Kereta
  1. Perodua Axia
  2. Proton Iriz
  3. Honda City
  4. Honda Jazz
  5. Proton Zaara
Carian Kategori Selebriti
  1. Felixia Yeap
  2. Hanez Suraya
  3. Keith Foo
  4. Sharifah Aini
  5. Erra Fazira
Carian Kategori Filem Malaysia
  1. The Journey
  2. Abang Long Fadil
  3. Balistik
  4. Pengantin Malam
  5. Kami Histeria
Carian Kategori Filem Dunia
  1. Annabelle
  2. Frozen
  3. Interstellar
  4. Maleficent
  5. Godzilla
Carian Kategori Laman Berita
  1. Malaysiakini
  2. Berita Harian
  3. Kosmo
  4. Sinar Harian
  5. Harian Metro
Carian Kategori Laman Membeli-Belah
  1. Lazada
  2. Mudah
  3. Lelong
  4. Groupon
  5. Zalora
Carian Kategori Personaliti Sukan
  1. Michael Schumacher
  2. Juan Mata
  3. James Rodriguez
  4. Luiz Suarez
  5. Angel Di Maria
Carian Kategori Siri TV
  1. Rindu Awak 200%
  2. Ariana Rose
  3. Projek Memikat Suami
  4. Line Walker
  5. Temptation of Wife

Carian Kategori World Cup Matches (Lawan Piala Dunia)
  1. Brazil vs Germany
  2. Germany vs Argentina
  3. Brazil vs Colombia
  4. Brazil vs Chile
  5. Argentina vs Belgium

love both of u! ;D

Hebat! Memang hebat. Nampak tak carian kategori siri tv Rindu Awak 200%, mendahulu di tangga pertama dari siri tv Ariana Rose disitu. Ni gara-gara penangan lakonan Zul Ariffin dengan Ayda Jebat la ni. Hehe. Hopely, drama siri Istikharah Cinta pun akan menjadi carian google paling popular pula pada tahun 2015. Tengok sahaja how Zul Ariffin berlakon dengan Faye Kusairi tu, Ya Allah, sweet wei!. Jatuh cinta betul dekat Zul tu ;)

apa pun, bagi korang yang rasa-rasa nak duduk dalam carian google paling popular tu, ar, salah satu cara nak duduk dalam tu adalah, dengan rajinkan diri update blog sendiri, and of course, cari ilmu how to duduk sana k. :D

toodles!
Share:

Sesi Persekolahan 2015 di Tangguh ke 11 dan 12 Januari 2015

hi fellow. berikutan dengan banjir yang melanda di beberapa  buah negeri di negara kita, as korang tahu, oleh itu, sesi persekolahan bagi tahun 2015 juga di tangguh seperti mana kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pendidikan. Terima kasih diucapkan kepada TPM.


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan berkata dengan penangguhan itu, tarikh baharu sesi permulaan persekolahan tahun depan bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari (Ahad), manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari (Isnin). Sumber: sinarharian
bagi negeri-negeri yang tidak dilanda banjir, syukur alhamdulillah, dengan penangguhan ini, bolehlah mengambil kesempatan sedikit untuk penuhi peralatan sekolah untuk kegunaan anak-anak bila sekolah telah bermula nanti.
please pray for pantai timur. 1 komen diperlukan untuk membantu mereka. komen dimana-mana artikel dalam blog denaihati.com sekarang.
toodles.
Share:

28 December 2014

Pesawat AirAsia Hilang Dari Surabaya ke Singapura | 155 Orang Penumpang Terlibat

Pesawat AirAsia hilang? Menurut laporan laman web Detik.com, pesawat airasia yang telah berangkat pada 05.20 pagi, waktu indonesia barat (WIB), dilaporkan hilang diruang angkasa Pulau Kalimantan. Dimana pesawat yang menuju ke Singapura sepatutnya telah tiba pada 08.30 pagi tadi. Menurut staff khusus, Kementerian Perhubungan Indonesia, Hadi Mustofa, cuaca buruk antara faktor kemungkinan jangkaan awal kehilangan pesawat AirAsia A320 tersebut. Sumber: Berita Harian.


Buat rakan sahabat blogger PG, please, pray for them! 
Please, pray for mereka yang berada di Pantai Timur.

Untuk makluman:

Marilah sama-sama kita membantu mereka di Pantai Timur dengan hanya tinggalkan komen di mana-mana artikel dalam blog denaihati.com sekarang. Untuk makluman, setiap 1 komen kita akan bernilai RM1.00! Ayuh. Apa tunggu lagi. Sama-samalah kita membantu meringankan beban mereka.

Toodles.
Share:

27 December 2014

My Usual Day

hi fellow.

hari kebiasaan aku setiap hari, sama je kot macam orang lain. atau mungkin hari kebiasaan aku tak sama macam orang lain. hidup aku bangun pagi, pergi kerja. kerja balik rumah. then begitulah setiap hari. lain hal ditempat kerja, lain pula hal dirumah. but itulah rutin hidup kebiasaan aku.


sumber: google.

as usual. weekend macam ni. memang kebiasaan aku, duduk rumah 99%. 1% lagi bila ada mood baru nak keluar hangout. suami? as usual, bila aku kata, aku memerlukan space aku sendiri, then i believe suami pun begitu. i believe, kita semua nak hidup dengan bahagianya kan. kan caca? :) so. its not big deal to bagi space dekat each other kan. hiduplah dengan mencari kebahagian diri sendiri, bukan menanti kebahagian yang tak akan muncul dengan sendirinya. seperti kain putih yang putih bersih, jika bukan kita yang mewarnainya, tak lah nampak warna warninya kan. begitu juga hidup aku dan korang.

ok. tinggalkan bab tu. aku ada satu tebiat tau kalau tiba hujung minggu macam ni. memang kebiasaan aku la kan. haha. apa lagi kalau bukan kebiasaan membuat tahi mata dengan jayanya dan mengumpulkan lemak tepu dengan gembiranya! nampak sungguh sikap pemalas tahap dewa yang tidak akan mungkin akan pernah nak hilang macam tu je kan. dek kerana usaha mama membiasakan anak dia sorang ni berperangai pelik bin ajaib macam ni dari zaman kecik-kecik sampai zaman remaja, sehinggalah terbawa ke zaman anak dara, plus da masuk waktu nak senja ni :D haha. ni belum lagi kalau da ado anak sendiri. perangai kalau tak ubah-ubah lagi, memang rasa macam nak kena lempang je. hehe.

haha. kalau nak sebut usual day aku, memang banyak kot. tapi yang pasti keutamaan untuk tidur patut diutamakan memandangkan isnin till jumaat da bekerja seharian kan. now, masa untuk rehatkan badan :D

later PG sambung. nak zzzz. kekeke.
toodles!
Share:

Jom Teh Secawan

morning fellow. jom teh secawan :) teh tarik? PG tak berapa berkenan teh susu. tau kan teh susu? tak tahulah kenapa. memang tak berapa nak berkenan. kalau hidu bau dia lagi, rasa macam nak muntah pula. terus pening dan memang agak mematikan kuasa keinginan makan dengan tiba-tibanya even terhidu bau teh susu. dia macam something tau. lain orang, lain perangai kot kan. sila abaikan PG tau :D


Khasiat Teh, khususnya untuk kegunaan amalan kesihatan yang sihat sudah pun diketahui ramai, malahan beberapa kaji selidik dilakukan di seluruh dunia mengesahkan kebaikannya.

Teh hijau misalnya, dapat menyediakan lebih banyak antioksida berbanding mana-mana makanan atau minuman lain dalam pemakanan, disamping membantu mereka yang ingin mengurangkan berat badan. Jurnal Institut Kanser Negara pula menyiarkan hasil keputusan kajian epidemologikal menunjukkan, minum teh hijau mengurangkan risiko bahaya barah kepada lelaki dan wanita China hampir 60 peratus.

Begitu juga teh putih yang mempunyai beberapa kebaikan atau khasiat tertentu. Kajian Universiti Pace pada tahun 2004 menunjukkan, teh putih mempunyai kualiti antivirus dan antibakteria lebih daripada teh hijau. Selain itu, teh putih dikatakan membantu membuang toksin dalam sistem penghadaman dan membantu membaik pulih sel yang rosak. Pengambilan yang kerap pula dikatakan, mampu menyihatkan gigi dan gusi secara semula jadi.

Khasiat teh, ternyata tidak terbatas untuk kesihatan saja, sebaliknya turut memberi manfaat untuk rawatan dan penjagaan kecantikan. Kini, terdapat banyak produk pemuliharaan dan perlindungan kulit yang menggunakan rumusan teh iaitu daripada krin dan pencuci hinggalah deodoran. sumber: websabah
but, teh witout susu, PG okey. hairan bin pelik pula kan. hehe. apa pun, jom teh secawan :)

toodles.
Share:

26 December 2014

Pencarian Bloglist 2015 By BBL - Contest

hola fellow. jom join segmen pencarian bloglist 2015 by BBL - Contest sekarang. Kata BBL "Tujuan nak masukkan blog korang dalam MY bloglist untuk memudahkan BBL blogwalking & menabung tabung Nuffnang korang tu." Wa. memang bestlah kan kalau ada yang sudi menabung dalam tabung Nuffnang kita :D Jom join sekali dengan PG ya :D

http://budakbandunglaici.blogspot.com/2014/12/pencarian-bloglist-2015-by-bbl-contest.html

klik banner kalau nak join sekali ya :)
toodles!
Share:

Ayuh Rakan Blogger! Dengan 1 Komen daripada Kita, Boleh Membantu Mangsa Banjir !

Assalamualaikum rakan sahabat PG. Rakan sahabat blogger PG.

Disini, PG ingin meng ura-ura kan pada rakan sahabat semua, untuk membantu rakan-rakan sahabat, rakan-rakan saudara sesama islam atau sesiapa sahaja rakan masyarakat kita di Pantai Timur yang mana kita sedia maklum, dilanda banjir yang luar biasa, dengan hanya memberikan komen dalam blog denaihati yang mana, satu komen datang daripada kita, akan bernilai RM1.00.






Bagaimana cara untuk kita membantu? 

Senang dan Mudah! Dengan hanya memberikan KOMEN sahaja, di dalam blog Denaihati.com. Komen sebanyak mana sahaja mungkin, kerana setiap satu komen daripada kita, adalah bernilai RM1.00. Untuk makluman dan pengetahuan rakan sahabat blogger PG, Komen yang bernilai RM1.00 ini telah pun bermula kemarin 25.12.2014 dan akan berakhir pada 31.12.2014 ini

Apa tunggu lagi sahabat rakan PG, jika ini adalah satu cara atau tanggungjawab kita sebagai blogger untuk membantu rakan-rakan kita disana yang sedang berduka, jangan lengahkan lagi. Jom kita memberikan komen sebanyak mana mungkin dalam blog denaihati.com. Semoga bantuan yang kita hulurkan ini, sedikit sebanyak dapat membantu mereka di Pantai Timur. InshaAllah.

TABUNG BANTUAN MANGSA BANJIR 
  1. Setiap satu komen di blog Denaihati dari 25/12/2014 sehingga 31/12/2014 bernilai RM1 jadi komenlah sebanyaknya.
  2. Kepada pembaca yang nak membantu secara tunai sila bank in ke SINI. Tabung bantuan tunai akan ditutup pada 11.59 pm, 31/12/2015.
  3. Sila klik “Info Banjir Terkini” untuk mengetahui status bencana secara online.
Toodles.
Share:

24 December 2014

Segmen 12 Jam Bloglist #12 Mialiana.com

hi fellow. jom join segmen blogger hebat kak Mia Liana, semoga persahabatan antara kita sesama rakan blogger akan terjalin sampai bila-bila. Lagi pun, kak Mia Liana, memang suka buat segmen bloglist ni tau. Dengan segmen yang ada juga, pasti akan menaikkan trafik pada blog kita sendiri. Percayalah. :D Jom join sama ya :)

Segmen 12 Jam Bloglist #12 Mialiana.com

Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 24 Disember 2014, iaitu tepat jam 10.30 pagi sehingga 10.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #12 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Toodles!.
Share:

Library Suria Sabah Kota Kinabalu, Sabah

hi fellow. aku memang jarang masuk library. masa kecik-kecik dulu, arwah bapa pernah hantar pi masuk library. time cuti sekolahlah kan. masa tu library dekat kota kinabalu, sabah ni, masih berada di tapak lama tau. orang kota kinabalu, sabah memang tahu tapak library lama. kata je depan bangunan mahkamah, memang semua orang tahu. but then, dengan lamanya tidak menziarahi library, alih-alih library da bertukar tempat rupanya. nasiblah tahu kan. hehe.


Library Kota Kinabalu, Sabah dalam Kompleks membeli belah Suria Sabah :) hebat kan? hehe. Lepas ni, kalau boring or penat berjalan dekat shopin mall tu, bolehlah kot duduk santai dalam library sat :) oh by the way, rasanya dekat dalam shopping mall suria sabah, tidak ada kemudahan cyber tau. Aku ada tanya dekat kaunter pertanyaan sebelum ini, dan jawapan mereka adalah, satu-satunya cyber yang ada dalam kompleks membeli belah suria sabah ini adalah dalam library ni. So, korang yang tercari-cari atau tertanya-tanya, cyber ada atau tidak dalam suria sabah, jawapannya tiada. (kalau aku silap, please. let me know ya) 


Bangunan lama Library Kota Kinabalu, Sabah

 
sudah semestinya koleksi novel melayu menjadi pilihan untuk aku


the view


again. the view. sangat selesa. sejuk dan sedap mata memandang.


see? the cyber? hehe. aku duduk paling hujung (pc no. 1 tika menaip entri ini :D)


yes. the point of view. duduk tepi tu memang best kot. tapi lagi best kalau library ni mengadap laut belakang suria sabah ni. lagi sedap mata memandang kot. lepas ni bolehlah aku risik-risik kabar nak minta jawatan kosong. hahaha.

ok. tu je la nak update pasal library at suria sabah ni. later aku talk pasal library ni lagi. lagipun, kebetulan hari ni half day kerja. suami pun lambat sikit jemput aku, then ambil peluang datang masuk sini. boleh je update blog kan :D

toodles!
Share:

Korean Fever : Park Shin Hye!

hi fellow. aku dah terjebak tengok drama korean ni dari anak buah aku sorang tu. tak faham aku kenapa harus tengok drama korean, sedangkan drama melayu, plus drama english pun tak habis nak tawaf lagi. alih-alih da masuk drama cap korean. itu dulu. hehe. kalau korang tak tengok lagi a few drama korean, korang harus tengok kot. honest, jalan cerita antara korean drama dengan indonesia, aku rasa, better pilih korean. itu bagi aku la. bagi korang, tak tahulah kot kan.



yes. aku minat tengok Park Shin hye berlakon. i love, adore her dalam watak the heirs. serius. korang yang ever minat gila batak dekat drama korean, still tak tengok lagi drama ni, serius, korang harus pergi cari cd drama ni. berlambak kot da keluar drama ni kan. kalau dekat kota kinabalu, sabah ni, memang berlambak jual dekat bawah office aku ni. oh, tempat aku kerja, same place dengan shopin mall tau. jadi, aku memang tahu dimana ada jual cd drama-drama korean bagai ni. haha. pssst. kalau nak minta tlg beli, boleh sahaja. bankin duet banyak sikit. haha.

kat bawah antara drama yang Park Shin Hye lakonkan. Lepas ni wajib kena cari koleksi drama beliau :)
Selamat menonton semua :)

toodles!.
Share:

23 December 2014

Biodata Faye Kusairi Pelakon Istikharah Cinta

Tak baca sinopsis drama Istikharah Cinta lagi, boleh baca dekat sini. Cantikkan pelakon wanita drama ni. Faye Kusairi. Moga watak Faye dalam drama ni akan membuatkan peminat teruja seperti watak Adya dalam drama Rindu Awak 200%. Tapi, pastinya sesuatu drama ada kekuatannya tersendiri kan. Selamat menonton semua! :)



Biodata Faye Kusairi

Nama Penuh : Dayangku Faratiwan Adnil Bt Awg Kusairi
Nama Komersial : Faye Kusairi
Tarikh Lahir : 19 June 1987
Umur: 27 Tahun (2014)
Tempat Lahir : Miri, Sarawak
Kerjaya : Pengacara/ Pelakon
Bangsa : Melayu
Agama : Islam
Drama: Ammara Batrissya, Misiku Kuza 2, Aku Isterinya, Istikarah Cinta
Filem: Cinderella
Telemovie: Reserve
Tags : Biodata Profil 


Toodles!
Share:

Segmen Jom Kenal Blogger Baru Bro HH

hi fellow. berkesempatan untuk joinkan diri dalam segmen anjuran salah seorang blogger hebat dan handal dalam SEO di Malaysia, HasrulHassan, adalah satu pilihan yang tepat bagi para blogger newbie yang baharu nak menapak dalam dunia blog seperti PG. Tidak ingin lepaskan peluang yang ada. Ingin mendapatkan peluang untuk direview secara percuma daripada blogger HasrulHassan dari dahulu lagi, memang menjadi idaman PG.

Menepati syarat yang dipersyaratkan. PG kongsikan bersama sedikit tentang PG dan juga harapan PG menerusi blog sendiri.

http://www.hasrulhassan.com/2014/12/segmen-jom-kenal-blogger-baru.html
Mengenali dunia blog dari zaman persekolahan lagi, tapi tidak terdedah dengan banyaknya mengenai ilmu blog itu sendiri tetapi tidak bermakna minat ke arah dunia blog terkubur begitu sahaja. Minat menulis dalam diary sendiri, menginginkan PG untuk menulis dan terus menulis lebih daripada itu. Bukan sahaja untuk berkongsi cerita peribadi, tetap jugai ingin berkongsi kata hati, kata rasa dan sekaligus, ingin berkongsi apa sahaja yang ada dalam fikiran PG.

Membawa tagline Be Ur Self itu Perlu, dan harapan menerusi blog sendiri adalah dikenali dengan membawa satu nama yang lain daripada yang lain. Itu adalah antara sebab lain, apa yang PG harapkan menerusi blog sendiri. Bila HH sebut tentang misi dan visi disitu, PG seolah-olah tersedar daripada lamunan yang panjang seketika, what my blog use for? Setakat nak kongsi cerita peribadi ke? setakat nak kongsi rasa hati ke? :) nampaknya, fungsi blog kena sasarkan sedikit laluannya, jika ingin lebih berjaya sebagai seorang blogger.

Antara harapan lain PG melalui blog adalah seperti berikut:
  • Dapat menjana pendapatan sampingan secara online
  • Dapat menguasai ilmu blogspot
  • Dapat memperbaiki penggunaan bahasa dengan betul
  • Dapat mengenali mereka yang hebat dalam dunia blog sambil menimba ilmu blog
  • Lagi penting adalah dapat mendisplinkan diri untuk berblog

Nama Blog: Mrsyatie
Email : yatieowners@gmail.com
Url Blog: www.mrsyatie.blogspot.com

toodles.
Share:

Giveaway 2014 Bersama MyStoryMory.com

murah rezeki para penganjur yang menganjurkan segmen dengan memberikan pelbagai hadiah yang super awesome disamping para penaja yang baik hati yang mensponsorkan sama hadiah yang comel loteh. hehe. kali ni PG nak join segmen daripada blogger mystorymory blog pula. jom korang. nampaknya PG agak terlambat sedikit menjoinkan diri, tetapi masih sempat juga sebab tarikh akhir contest adalah pada 08 januari 2015 ni. ada masa lagi la kan :)

http://www.mystorymory.com/2014/12/giveaway-2014-bersama-mystorymorycom.html

klik banner to join sama ya :)

toodles!.
Share:

Simple Giveaway By Licha

hi fellow. jom support segmen rakan blogger kita lagi. sambil bersegmen, bolehlah kot menang hadiah yang super menarik tu :) moga-moga ada rezeki PG untuk memenanginya. Untuk makluman, segmen telah pun bermula pada 12 disember 2014 lagi sehinggalah pada 05 januari 2014. masih sempat lagi kalau nak join sama :) jom!

http://lilylicha.blogspot.com/2014/12/simple-giveaway-by-licha.html 

klik banner kalau nak join sama ya :)

toodles!
Share:

Benci Orang Banyak Cakap!

hi u. satu benda yang aku memang tak suka dalam hidup aku adalah, orang yang banyak cakap. boleh banyak cakap, tapi agak-agaklah engko nak cakap apa. aku pun jenis orang yang banyak cakap. lebih-lebih lagi kalau bab nak menyampaikan anak dara makcik timah sebelah rumah aku nak kawin. haruslah aku boleh jadi banyak cakap. sebab nak sampaikan benda yang baik atau erti kata lain, nak jemput jiran tetangga dari hujung rumah aku, ke hujung kampung jiran sebelah kampung lagi. serius boleh je kot. tapi aku kalau bab nak pergi attend rumah orang kawen ni, huhu. memang boleh dikira dalam setahun, sekali je kot aku pergi. hehe.


sebut pasal orang banyak cakap ni. such like. suami aku pun boleh aku jadikan contoh. memang banyak cakap. lagilah kalau cakap pasal bab agama. nope. jangan salah sangka. aku respect him bila sebut bab ni. cuma, mungkin saitonhironjin yang masih ada dalam diri ni, yang membuatkan level untuk aku mendengar kata-kata suami bab ni, agak low sedikit daripada kebiasaan. hehe. jangan anggap aku tak reti bab agama. nope k. syukur alhamdulillah. aku habis ambil kelas agama sampai darjah 6. cuma tak pergi ambil result je. kakaka.

banyak contoh kot boleh aku nak kata bila sebut pasal aku benci orang banyak cakap ni. cuma nak cakap je la. kalau nak banyak cakap, setakat nak buat hati aku membara semerah padi, tak perlulah kot. banyak benda lagi berfaedah aku boleh buat daripada dengar engko membebel dari 1 benda perkara yang kecil menjadi besar dibuatnya. heeee. sangat menyampah! (aku rasa aku da melalut da ni. tapi nak bagitau korang, aku memang benci orang banyak cakap!)

toodles.
Share:

22 December 2014

Barangan daripada Zalora Dah Sampai~

Lupa nak update pasal barangan daripada zalora yang aku tuntut menggunakan hadiah voucher hari tu. Yes, barangan da sampai dengan selamatnya tau. Terima kasih abang posmen. Hehe. Engko datang masa aku tak de dekat office ;D suami orang pertama yang tak sabar nak tengok barangan yang beliau pilih ;P sebelum tu nak bagitau korang, for the first time membeli belah dekat zalora, aku mendapat voucher lagi! Giler best! Terima kasih zalora ;) muah² love u!


Terima kasih Zalora!


Jam tangan + belt + tshirt suami


My bag ;)


Kasut suami! Tapi yang warna hitam tak ngam dengan suami. 
Then bagi dekat anak buah :D


Yes. Itulah dia barangan yang PG berjaya dapatkan, dengan voucher RM100 yang diberikan oleh Zalora :) again. Terima kasih banyak zalora! 

Toodles.
Share:

Aku Memang Suka Bermimpi di Siang Hari.

yup. honest. kadang aku memang suka sangat bermimpi di siang hari. aku pun tak faham. pernah aku take five dekat office, biasalah hari jumaat masa panjang. boleh je lelap seketika kan. siap mimpi hantu k. tapi tu perkara biasalah kan. but then, bila aku cakap aku suka mimpi di siang hari tu. aku bermaksud lain. contoh. aku nak jadi kaya segera. nak jadi kaya sebab aku boleh ambil cuti panjang dan kalau boleh resign kerja terus then aku boleh je pergi melancong mana aku nak. nampak tak? nampak sangat aku bermimpi di siang hari kan? tapi. aku cuma manusia biasa tau. aku cuma boleh bermimpi apa yang aku nak. dan tidak menjadi masalah kot kalau aku nak mimpi ke berangan ke apa ke, as long aku tahu dimana aku berpijak.


tapi. yes. jangan terlalu lama sangat bermimpi di siang hari. sebab, kita tidak akan dapat apa-apa. hanya usaha sahaja yang membolehkan kita mendapatkan apa yang kita nak. we have to ignore anything. move on. fikir positive. kita ada banyak pilihan jika pilihan yang ada di depan mata, bukan rezeki untuk kita. we have too! kita manusia. kita ada banyak pilihan sebenarnya.

but honest. aku memang suka bermimpi di siang hari ;) inshaAllah. mana tahu berangan-angan nak jadi kaya, tup-tup Allah S.W.T. nak bagi aku kaya, siapa yang tak nak kan? ;) sebelum tu, kita berdoa dan berusahalah. peace no war!

toodles.
Share:

Segmen GA Jalan-Jalan Tambah Kenalan by Ema Hasan

hi fellow. jom join and support segmen rakan blogger kita sorang ni, sempena her birthday. sambil bersegmen, mudah-mudahan boleh menang hadiah yang ditawarkan ;) hehe. before that, nak say happy birthday in advance or belated sebab tuan blog tak mention bila her birthday. happy birthday awak! pssst. nak tengok hadiah? klik banner sama :D

http://chenta-shima.blogspot.com/2014/12/segmen-jalan-jalan-tambah-kenalan.html

klik banner untuk join ya korang :)

Toodles.
Share:

21 December 2014

Safi Balqis White Trilogy - Pek Orange

hi fellow. before this, aku menggunakan Safi Balqis White Trilogy yang pek biru tu tau. tu pun sebab bila da sedar diri sikit, kena pakai pelembab kalau nak kulit wajah sentiasa nampak bersih, plus halus mulus dan tulus. Sebelum ni aku pakai nutox. Ok juga. Cuma saja gatal nak cuba benda lain. Tau-tau je la, pengaruh artis yang cantik-cantik ni kuat dekat jiwa dan raga, nampak je hanis zalikha lawa gitu, terus rasa patut cuba. Kot-kotlah cantik kulit wajah tu macam hanis kan. Hehe.


Pelembab Muka Hydragel

Pelembab Muka Hydragel Safi Balqis White Trilogy berasaskan air dengan tekstur gel yang sesuai untuk kulit berminyak. Formulasi yang bertekstur ringan ini pantas meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit. Kandungan asid hialuronik di dalamnya mengekalkan kelembapan dan kesegaran kulit pada wajah.

Safi Balqis White Trilogy dengan formulasi Arbutin, Nano BioWhite dan Limau Gedang bertindak menerusi 3 lapisan kulit untuk 10 aksi pada kulit wajah:
  • Mengawal lebihan minyak
  • Mencerahkan kulit
  • Memudarkan pigmentasi
  • Menyamaratakan tona kulit
  • Melindungi kulit dari radikal bebas
  • Menghidratkan kulit
  • Mengekalkan lembapan
  • Melembutkan kulit
  • Menghaluskan kulit
  • Menyegarkan kulit
 
Pembersih & Penyegar Kawalan Minyak & Jerawat 2 dalam 1 SAFI BALQIS White Trilogy

Pembersih & Penyegar Kawalan Minyak & Jerawat 2 dalam 1 SAFI BALQIS White Trilogy dengan rumusan bebas sabun bertindak 2 dalam 1 sebagai pembersih dan penyegar di samping mengawal minyak dan jerawat pada kulit wajah. Bersama dengan ekstrak Limau Gedang, manik-manik kecil yang mengandungi minyak tea tree bertindak sebagai antioksida yang memberi perlindungan kepada kulit. Ia membersih secara mendalam untuk mengeluarkan sisa kotoran di samping mengembalikan kesegaran tanpa menghakis lembapan semula jadi kulit wajah.

SAFI BALQIS White Trilogy dengan formulasi Arbutin, Nano BioWhite dan Limau Gedang bertindak menerusi 3 lapisan kulit untuk 10 aksi pada kulit wajah:
  • Membersih secara mendalam
  • Mengecilkan pori
  • Memudarkan cela
  • Melindungi dari sinar UV
  • Mencerahkan kulit
  • Melindungi dari radikal bebas
  • Menyamaratakan tona kulit
  • Mengekalkan lembapan
  • Menghaluskan kulit
  • Melembutkan kulit

Hasilnya: Kulit menjadi halus, mulus dan cerah sempurna.

Ok, apa lagi. Jom cuba sekarang. Kali ni senang je bagi PG. Pakai pelembab and foundation terus. Krim malam siang, memang PG tak pakai sebenarnya ;)

Toodles.
Share:

Bukan Senang Nak Mencari Rumah

Poyo betul tajuk tu kan. terang lagi bersuluh, nak cakap pasal mencari rumah, memang bukan senang. hehe. actually, niat untuk mencari rumah ni datang secara tiba-tiba, bila mana duduk bersembang dengan one of my officer dekat pejabat yang mengurus hal ehwal staff, jika ada staff ingin membeli rumah. kira senanglah berurusan dengan tuan ni kalau nak beli rumah nanti. but. my officer tu kata, better cari cepat sikit, memandangkan beliau akan bersara pada tahun hadapan. omgeeee. nampak gayanya, kenalah aku cari rumah dengan sesegera dan secepat mana mungkin.


aku nak rumah tu! hehe. (sumber : google)

kenapa baru sekarang terfikir nak beli rumah?

tak tahulah nak cakap macam mana. mungkin sebab aku takut sunyi bila duduk sendiri dengan suami kot. serius, macam-macam aku fikir bila masuk bab rumah ni. bukan aku takut nak berdikari sendiri. tetapi, ntahlah. separuh daripada jiwa dan raga aku tu, still kata, belum masanya lagi. nampak sangat pengaruh saitonhirojin tu kuat kan. haha. 

but then, bila difikirkan semula, then tiba-tiba seperti telah kembali ke jalan yang benar, terus tanam dalam hati, jiwa dan raga, kena cepat dapat kan rumah dengan segera mungkin. alamak.

ingat senang ke nak dapatkan rumah pada waktu terdekat ni?!

bukan nak sewa k. nak beli rumah!. ingat, ada ke orang nak senang dan suka suka hati nak jual rumah dengan harga RM10K or RM20K. ingat jual ikan basung ke apa T_T. harga rumah sekarang ni, bersyukurlah kalau dapat dalam harga RM80K. dapat harga macam tu, kena cepat ambil peluang. suami kata, harga rumah dekat sabah ni, berbanding dengan harga rumah dekat semenanjung Malaysia, memang jauh beda harganya. sangat! *suami, awak ingat kita duduk dekat semenanjung Malaysia ke? T_T sobsob~.

pencarian rumah bermula dan pasti akan diteruskan.

sangat. ada rumah dekat cyber city yang menjadi pilihan aku dengan suami sebenarnya. cuma nak tunggu jawapan daripada orang tu je if beliau jadi jual atau tidak. ni kalau orang tu terbaca apa yang aku tulis, mudah-mudahan terbukalah hati beliau, jual dekat aku :D hehe. bukan senang nak cari rumah sekarang ni, serius. kalau jumpa pun, memang dalam harga RM100K ke atas. *awak tak kesian dekat saya ke? T_T sobsob~. then, ada few tempat yang aku pergi tengok tadi. biasalah, nak cari rumah ni, bukan seperti nak pergi cari baju kot T_T

yang pastinya. pencarian akan bermula dari hari ini. semoga aku berjaya menjumpainya. doakan aku!

toodles.
Share: